Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PEMBERIAN BAKUL MAKANAN HANYA KAWASAN TERPILIH SAHAJA.

1 RINA BRONA.1 A TIKTOK C1 5 MENTERI PALING DIBENCI1 A TIKTOK1 A TITOK B1 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 MENTERI RAJA LAWAK DALAM PN1 SUJUD SYUKUR1 PAS MABUK ARAK

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ฃ๐—ช๐—ž๐— 
Ketika PKP sedang dikuatkuasakan..
๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ž๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—œ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ & ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข.. kebanyakannya dah dapat habuan dlm GLC & ramai dh dapat jawatan ahli lembaga pengarah dgn gaji & elaun yg lumayan.
๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐Ÿฐ๐Ÿฌ.. di kawasan Ahli Parlimen pembangkang, dah masuk minggu ke-4 PKP pejabat Ahli Parlimen masih belum menerima bakul makanan dari kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Adakah bakul makanan tersebut telah disalurkan kepada pihak lain untuk diagihkan

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih Dicemari Operasi Terpaksa Ditangguhkan.

Image may contain: 1 person, outdoor and nature

No photo description available.

Keadilan Selangor

Semoga Allah SWT berikan seksaan yang paling keras kepada pelaku berhati hitam ini atas pencemaran yang dilakukan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan Air Selangor terpaksa menghentikan tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kerana pencemaran bau mengakibatkan ribuan pengguna terjejas.

Amiiin Ya Rab.

 

TERKINI : IWK sedang menjalankan kerja2 menyedut bahan sisa berjadual dari mainhole dan kerja2 pemulihan oleh Air Selangor sedang giat dijalankan.

Harap semua pengguna yang terjejas dapat bersabar dan kekal tenang dalam menghadapi ujian ini.

 

KRISIS MENTERI-MENTERI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SUDAH TIDAK PERCAYA KEPADA KSU-KSU PENJAWAT AWAM.

1 ALLAH GAGALKAN NAJIB

KRISIS MENTERI-MENTERI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SUDAH TIDAK PERCAYA KEPADA KSU-KSU PENJAWAT AWAM.

27 November 2019.

Berita panas hari ini adalah laporan The Malaysian Insight yang memetik beberapa sumber sebagai berkata bahawa pemindahan besar-besaran beberapa orang Ketua Setiausaha Kementerian akan dibuat menjelang Disember bagi mengatasi masalah sabotaj dan daulah terpendam (deep state) perkhidmatan awam.

Lapan kementerian yang didakwa terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Disebabkan jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sememangnya sudah kosong sekarang, maka yang didakwa bakal terlibat oleh sumber-sumber The Malaysian Insight ialah:

(1) Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang Ketua Setiausahanya ialah Dato’ Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus.

(2) Kementerian Sumber Manusia yang Ketua Setiausahanya ialah Dato’ Amir Bin Omar.

(3) Kementerian Pendidikan yang Ketua Setiausahanya ialah Dato’ Dr. Mohd Gazali Bin Abas.

(4) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang Ketua Setiausahanya ialah Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad.

(5) Kementerian Kerja Raya yang Ketua Setiausahanya ialah Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan.

(6) Kementerian Pembangunan Usahawan yang Ketua Setiausahanya ialah Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi.

Dua ayat yang dikira penting dalam laporan ini adalah:

(1) Pertukaran ini adalah dibuat atas permintaan Menteri: โ€œAs such, a few ministers have asked that their secretary-general or those in senior posts be transferred out.โ€

(2) Mungkin akan ada lebih banyak lagi pertukaran: โ€œThere may be more, as there are demands for the dismissal of some officials.โ€

Ini adalah satu perkembangan yang agak mengejutkan jika laporan ini benar.

Dakwaan sabotaj oleh pegawai tinggi kerajaan adalah perkara yang serius.

Semoga tidak akan ada mana-mana pihak yang teraniaya dalam perkara ini.

LAPORAN BERKENAAN:
1. โ€œMore changes in civil service as Pakatan takes on โ€˜deep stateโ€™โ€, boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/s/200773
2. โ€œLebih ramai pegawai kanan akan dipindahkan untuk atasi daulah terpendamโ€, boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/200778

Golongan hidup dua alam terlalu ramai dalam kerajaan PH – PH Membunuh Diri Sendiri

Apa dah jadi Tun Dr Mahathir dengan menteri Perpaduan kesayangan Tun?

Kelantan Umno sambut
Terengganu Umno berucap

Pegawai perpaduan Daerah Besut panggil Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut buat ucapan untuk program bersama Pengarah Perpaduan Negeri.

Kalau begini Umno tak perlu menang piliharaya…
Umno tunggeng punggong tak berseluar dalam…

Tun Dr Mahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Datukย Razali Idris
Raja Kamarul Bahrin Shah
Waytha Moorthy Ponnusamy

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Kenapa Berlaku Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Najib Razak dilantik jadi Ketua Pengarah INTAN ???

Selepas setahun dua bulan kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir selepas kemenangan Pakatan Harapan rupanya masih belum banyak yang dapat dibersihkan.

Kita beri peluang setahun untuk “asimilasi” dengan kerajaan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan ini dan cuba “berkawan” dengan kakitangan awam ini.
Namun, peluang setahun kita dah bagi.

Baru-baru ini kita dapat tahu, bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Najib Razak dilantik jadi Ketua Pengarah INTAN.

INTAN ni la tempat untuk melatih Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam kerajaan.

Apa maknanya tu? Adakah ini kes terpencil?

Tidak sama sekali. Ini baru sedikit.

Banyak cerita yang PTD PTD ini menyampaikan perkara yang kurang benar untuk diumum Menteri. Yang dikecam kemudiannya Menteri yang baru setahun jagung.

Hari ini kerana kita bencikan “lantikan politik”, kita empower PTD PTD ini semua sehinggakan mereka naik tocang?

Adakah mereka ini tak akan menyeleweng sepertimana lantikan politik yang telah busuk dimata orang pada pentadbiran yang lalu?

Apa jaminan PTD dan pegawai kerajaan ini tak akan menyeleweng?

Apakah mereka manusia yang tak mungkin tewas kerana nafsu?

Sedangkan jika dilihat kes mahkamah, hanya ahli politik diheret ke mahkamah kerana rasuah, padahal bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan diheret kerana kes salah guna kuasa dan rasuah.

Kita kononnya guna transperancy, separation of power tapi alasan ini diguna untuk mereka jadi pensabotaj tegar kerajaan Pakatan Harapan.

Malah, ada ura ura untuk memindahkan kuasa Menteri kepada KSU (PTD). Menteri hanya jadi jurucakap kepada Kementerian!

Ada kementerian, yang mana mana lantikan politik telah menerima pegawai atas PTD ini untuk “tidak melayan” apa sahaja permintaan lantikan politik ini.

Mereka tidak diberi gaji dan gred yang setimpal.

Malah disisihkan sehingga PTD ini semua rasa berkuasa.

Ada juga kementerian yang KSU nya campak sahaja memo dari Pejabat Menteri dan juga Menteri.

PTD ini semua juga mengawal pemberian projek dan tender tanpa melibatkan pegawai-pegawai kerajaan lain.

Hasilnya, yang kenyang adalah mereka yang pernah menerima hasil dari BN.

Malah, di pejabat Menteri hatta pejabat Perdana Menteri dikekalkan kakitanganยฒ kerajaan di Pejabat Najib dan Menteri BN dulu.

Malah, apabila kuasa yang sebelum ini ada pada Menteri diberi kepada pegawai kerajaan/PTD ini semua, mereka mula rekrut kawan kawan, sedara mara untuk masuk ke pejabat Menteri.

Mereka ini lah yang merencatkan dan little nappoleon yang sebenar.

Apabila Dr Mahathir menyatakan kerajaan banyak sabotaj, ramai menafikannya.

Hakikatnya, walaupun mereka ini bergerak dalam diam, tapi mereka ramai.

Adakah kita tak belajar bagaimana kerajaan Hosni Mubarak jatuh?

Kerajaan kena tegas selepas setahun telah kita bagi masa.

Jangan kita biar mereka anak anai yang menhancur rumah yang kita baru nak bina semula.

KENAPA JAKIM TERUS MEMBISU ? apakah golongan parasit telah memenuhi Jakim ?
1 Tun Islam1 BBB ISLAM DAN MELAYU1-MERUNTUHKAN NEGARA1 HADI RASUAH

Rina Harun Meluluskan kontrak kepada golongan pro umno

Image may contain: 4 people, people smiling

No photo description available.

Tahniahlah Rina Harun,katanya di luluskan kontrak-kontrak kepada golongan pro umno dengan sewenang-wenangnya….Masya’Allah!

Kera di hutan di susukan,anak-anak mati kelaparan,ke hulu-ke hilir anak-anak PH mengangkat kamu utk kamu duduk di kerusi Menteri,ada yg bergolok-bergadai semata mahu membantu kemenangan PH dlm PRU14,Langsung kamu tak peduli nasib-nasib mereka…

Kalau macam ni lah gerak kerja kamu wahai Rina Harun,memang tak lama lah kamu pegang jawatan Menteri tu… pasti ada gerakan secara besar-besaran yg akan menjatuhkan kamu dari kerusi empuk Menteri tu…

Terserlah Sifat Munafik KSU Negara Malaysia Yang Tidak Setia Kepada Kerajaan Semasa – Jemaah Parasit Dalam Kerajaan Pakatan Harapan

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 6 people, people smiling

Image may contain: one or more people, glasses and text

Image may contain: 36 people, people smiling

APA SUDAH JADI DENGAN KSN???

Pejabat ketua setiausaha negara malaysia harus memberi penjelasan terhadap perlantikan Iskandar Mohd Kaus sebagai Pengarah INTAN yang baru kerana kami merasakan perlantikan beliau seolah mencabar aspirasi perjuangan kami menentang regim Najib selama ini.

Iskandar adalah bekas KETUA SETIAUSAHA SULIT Najib Razak dan sudah pastinya beliau terlibat dengan pelbagai pergerakan Najib hinggakan kod peti besi simpanan tunai yang disita pihak berkuasa juga terletak dibilik digunanya di Pejabat Perdana Menteri dahulu.

Kami boleh menerima keterbukaan. Tetapi tidak hingga melukakan begini. Seolah satu pengkhianatan ke atas amanah rakyat jika masih menggunakan khidmat insan seperti ini sebagai ketua agensi kerajaan.

Sejak KSN baru dilantik dilihat seolah beliau bebas dan kebal berbuat apa2 tindakan di bawah kuasanya dan melebihi kabinet Perdana Menteri. Perkara seperti ini harus diberi perhatian.

Beberapa tindakan KSN melampaui batas dan norma seorang penjawat awam. Sebagai contoh sebelum ini beliau dengan tanpa berbincang dan tanpa pengetahuan Menteri menukar Ketua Setiausaha Kementerian sesuka hati. Dan lebih hebat tiada sekeping kertas pun dihantar ke pejabat menteri hingga berlakunya kekecohan.

Tanpa memikirkan pelan perangcangan yang dibuat bersama oleh Menteri dan KSU berbulan2 untuk kementerian harus dimulakan semula dengan KSU baru. Dan pastinya masa yang diperlukan lebih lama untuk melaksanakan perancangan dasar2 kementerian terhadap rakyat.

Ada juga menteri yang mahu menukar KSU kerana masalah kurang efektif dan merencatkan perjalanan kementerian. Setelah YB Menteri berbincang dengan YAB PM dan mendapat persetujuan dan dimajukan kepada pihak KSN, seolah endah tidak endah tiada sebarang tindakan juga diambil hingga sekarang. Itulah KSN sekarang.

Ada juga masalah KSU melampaui batasnya. Hinggakan pegawai tertinggi menteri pun seolah di bawah tapak kakinya. Hinggakan Setiausaha Politik Menteri tidak dibenarkan langsung terlibat dengan urusan kementerian waima tandatangan sekalipun. Pergerakan Setpol dihadkan. Padahal dari zaman dahulu SETPOL adalah orang penting menteri dalam kendalikan urusan antara menteri dan kementerian serta urusan luar. Dan Setpol mengetuai pegawai2 menteri yang lain.

KSN beri taklimat kpd semua SUSK n PTTK bahawa Setpol dan Menteri hanya untuk tugas politik.Yang tertinggi kuasa di di dalam kementerian ialah KSU dan SUSK.
Wah hebatkan. Baik kasi ja KSU jadi menteri.

Sebenarny di dalam Kementerisn no. 1 adalah Menteri no. 2 Timbalan Menteri
no. 3 Setpol 4. SUSK kemudian baru KSU.
Nampak mainan mereka?

Seperation of power hinggakan tender juga tidak diberi info kepada YB Menteri. Sedangkan pegawai2 Khas KSU sentiasa feed info kepada kontraktor. Itu yang sampai sekarang tiada kontraktor penyokong kerajaan mendapat tender waima masuk semua tender secara jujur.
Pasti kalah kerana mereka yg feed info, spec n price. Dan mereka juga dalam board tender yang pilih kontraktor. Menteri tidak masuk campur. Penyokong kerajaan siang malam maki menteri. Inilah kisah sebenarnya. Sudah lama terjadi. Bagaimana saranan menteri mahukan tender bersih berjaya. Kontraktor Umno semakin kaya adalah.

Begitu juga dengan masalah perjawatanan. Seoalah tindakan sabotaj dilakukan dengan menidakkan permintaan pejabat2 menteri menambah staf bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dan urusan waima permintaan dari kementerian yang besar. Penambahan adalah atas keperluan sebenar untuk licinkan perjalanan pentadbiran. KSU boleh melantik 4 pegawai khas dan 2 PA. Tetapi jika pejabat setpol dan menteri minta PA tidak boleh.

Itulah KSN sekarang. Kebal dan sangat tidak membantu. Seolah di belakangnya ada seseorang yang sangat kuat menjadi sandaran terhadap sikap endah tidak endah beliau kepada orang lain waima menteri sekali pun.

Gesaan menukar KSN dan pasukannya harus dibuat segera. Jika berlarutan natijahnya pasti merencatkan segala perjalanan pentadbiran. Pelbagai usaha kementerian dibawah seliaan menteri tidak akan berjaya jika begini sikap KSN. Tindakannya seolah mahu melingkupkan dan seolah sabotaj kerajaan sediaada.

Saban hari menteri dihentam dicaci tanpa siapa pun fikir masalah dalaman begini. Separation of power hanya frasa kata menghalalkan cara mengcengkam kuasa di mana menteri bukan siapa2 tetapi mereka lebih berkuasa.

Menteri2 juga sila buka mata. Tidak perform atau mengganggu perjalanan pentadbiran tukar sahaja mereka. Cukup2 sudah memberi peluang kepada mereka seperti ini. Kamu ketua maka kamulah nakhodanya. Usah biar dibuli terutama menteri2 baru.

Amukan kamu berguna demi rakyat. Kami menyokong. Dari membiarkan mereka ini membuli sesiapa sahaja kerana separation of power alasannya. Sila kaji amalan mereka semasa di zaman umno dan sekarang. Lain segalanya. Jika dahulu A boleh. Sekarang tidak boleh. Perlu ikut SOP. Manusia kalau betul jalannya dari dahulu lagi ikut SOP. Mengapa tidak dahulu? Lucu tetapi itulah realitinya. Reform sekadar mahukan kunci kuasa. Mereka mahu tunjukkann mereka lebih berkuasa dari menteri.

Itu belum kita bicara bagaimana separation of power memenuhkan temolok mereka sentiasa. Kita simpan ke episod seterusnya.

Gesaan KSN berundur harus dijalankan. Sudah hampir setahun tetapi masih tiada kemajuan dan tindakan serta wahyunya merosakkan perjalanan kementerian.

Usah ego bicara kamu penjawat awam jika dasar kerajaan tidak kamu bantu ikut. Usah ego bicara kamu itu ini jika kamu gagal melicinkan perjalanan. Serve government of the day sekadar retorik. Seeloknya tukar kepada Serve KSN for better power.

Kita rakyat. Jangan takut membongkar. Kalau dah karut begini buat apa nak diam lagi.

Credit to Mohd Ein

Golongan Parasit Dalam Kerajaan Pakatan Harapan