Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Muafakat Nasional tidak seindah dibayangkan, Umno-Bersatu pula menunggu belah

1 QARDAWI SUDAH TAHU1 CELAKA BESAR1 MCA TONCANG.1 PAS MABUK ARAK1 SUJUD SYUKUR1 ARAK BMF

1 MENTERI SEGALA MENTERI

1 LIDAH SYAITAN

Asalnya Muafakat Nasional — gabungan longgar tapi mesra Umno-Pas — lebih cenderung kepada pilihan membubarkan Parlimen berbanding kerajaan tebuk atap, sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri, hujung Februari lalu.

Kedua-dua parti Melayu itu, dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, mendedahkan pendirian mereka menarik balik sokongan kepada Mahathir kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan, yang turut mengandungi DAP.

Lama sebelum itu, Umno dan Pas percaya boleh mengambil alih kerajaan Persekutuan dalam PRU15, atas dakwaan majoriti pengundi, khususnya masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) kerana menyifatkan kedudukan Melayu-Islam semakin tergugat dan terancam.

Ditambah pula dengan sokongan pola pengundian pada PRU14, iaitu gabungan undi calon BN (Umno) dan Pas, untuk lebih kurang 30 kawasan Parlimen yang dimenangi PH, lebih banyak daripada calon bersimbolkan PKR itu. Ini bermakna, seolah-olah jika Umno dan Pas bergabung dan mengelak pertandingan tiga penjuru, 30 kerusi berkenaan akan direbut daripada PH.

Sekiranya Pas bersekutu atau bergabung dengan BN dalam PRU14, dengan andaian pengundi Pas tidak lari kepada PH, kerajaan BN dijangka tidak tumbang. Namun begitu, banyak penganalisis merasakan sokongan kepada calon Pas waktu itu turut dipengaruhi sentimen meluas anti-kleptokrasi kerajaan Najib Razak. Maknanya, jika Pas dilihat bersekongkol dengan BN, dijangka pengundi tradisinya akan menarik balik sokongan dan memilih pencabar terdekat regim itu, yakni PH.

Apa pun, untuk tujuan tulisan singkat ini, kita fokuskan kepada keupayaan dan kemampuan kerjasama antara Pas-Umno, menjelang PRU15. Apakah ia dapat bertahan kukuh, bagi mengekalkan kerajaan Melayu-Islam yang diperolehi secara pintu belakang pada awal Mac lalu, sekali gus bertambah keserasian dengan satu lagi parti Melayu, Bersatu?

Imaginasi saya pada awalnya, Umno mungkin lebih mudah membentuk persefahaman dengan Pas berbanding Bersatu. Walaupun perseteruan Pas dengan Umno sudah mengakar lebih enam dasawarsa, pendekatan parti Islam itu khususnya sejak 10 tahun lalu sudah berubah secara drastik.

Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, walaupun pernah mencetuskan amanat yang cukup kontroversi, yang memisahkan masyarakat Melayu akar umbi, tetapi beralih kepada pendekatan lebih lunak terhadap Umno. Semangat kemelayuan, sebagai bangsa dominan negara ini, ditambah faktor DAP yang diperlihatkan sebagai ancaman bersama, mempertautkan mereka.

Begitu juga dengan Umno, parti itu nampak lebih mudah serasi (dan senang menguasai) Pas, berbanding Bersatu. Parti bunga raya yang kini menguasai Kabinet Muhyiddin-Azmin, lahir daripada rahim Umno, manakala lebih separuh ahli Parlimen Bersatu, asalnya wakil rakyat Umno yang menang atas tiket BN. Kedua-dua parti itu berkongsi idealisme, sensitiviti dan mimpi yang sama. Masing-masing arif dengan kelebihan dan kelemahan sendiri.

Menanti bonus

Di peringkat awal penubuhan Kabinet, pemimpin-pemimpin Umno secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan komposisi jemaah menteri itu. Wakil Bersatu lebih menguasainya sedangkan bilangan ahli Parlimen Umno jelas menjayakan penubuhan kerajaan pintu belakang.

Selain perdana menteri, yang secara tradisinya memiliki senarai kuasa yang panjang, dua daripada empat menteri kanan daripada Bersatu, hanya seorang Umno dan bakinya, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah, menteri Bersatu juga bertaraf menteri kanan paling kanan, dan akan mempengerusikan mesyuarat menteri jika perdana menteri tidak berada dalam negara. Selain itu, portfolio strategik juga dimonopoli Bersatu, seperti pendidikan, luar bandar, komunikasi, wanita, malah kewangan yang disandang seorang senator tentunya atas pilihan perdana menteri.

Rata-rata pemerhati melihat Kabinet Muhyiddin-Azmin ini adalah bersifat sementara. Pemimpin Umno hampir setiap hari membangkitkan rasa tidak puas hati dan meluahkan kritikan terbuka terhadap prestasi menteri-menteri khususnya daripada Bersatu.

Target Umno lebih kepada PRU15, dan membentuk kerajaan bersama Pas, MCA, MIC dan GPS. Ujian paling sukar adalah menyelesaikan isu agihan kerusi di antara ketiga-tiga parti Melayu, terutama Umno-Bersatu.

Malah untuk mengagihkan kerusi sesama Pas dan Umno pun tidak mudah, khasnya di Pantai Timur dan Kedah. Ini kerana parti-parti tersebut tertumpu di konstituensi yang sama.

Selain Bersatu, cabaran besar menunggu Umno di Terengganu. Mungkin persefahaman lebih mudah dicapai di Kelantan memandangkan negeri itu dikuasai Pas sejak 30 tahun lalu. Sedangkan Terengganu hanya ditawan Pas pada 1999 dan bertahan sepenggal.

Pada 2018, faktor kemarahan terhadap regim Najib Razak begitu meluas. Kecaman terbuka Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said kepada kerajaan negeri Pas ekoran bantuan pusat melalui wakil-wakil rakyat yang tidak seimbang, membayangkan Muafakat Nasional juga bakal berdepan masalah besar. Dan ramai maklum perwatakan Ahmad Said berdepan saingan politiknya!

Justeru, saya percaya, kerjasama Pas-Umno yang dikatakan bakal memenangi PRU15 akan digoncang isu pengagihan sumber kerajaan. Sementara menunggu bibit-bibit keretakan Umno-Bersatu yang dijangka lebih parah, hubungan dalam Muafakat Nasional juga teruji.

Namun begitu, Pakatan Harapan tidak boleh sekadar menanti bonus, gabungan parti itu juga perlu bingkas selepas kecewa dikhianati dan tangkas menampilkan khidmat-sumbangan terbaik pada waktu negara menghadapi pandemik Covid-19. Rakyat akan membuat penilaian kritis berdasarkan rekod kerja kedua-dua gabungan parti.

Muafakat Nasional tidak seindah dibayangkan, Umno-Bersatu pula menunggu belah

Elaun barisan depan: Bermula dengan harapan, kini kekecewaan

Elaun barisan depan: Bermula dengan harapan, kini kekecewaan

1 TIKAM BELAKANG1 RM NAZAK1 PENGKHIANAT MESIR1 HADI MUNAFIK1 HADI JAHAT1 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 BERAPA NILAI MELAYU

KERAJAAN YANG DIASASKAN DIATAS PENGKHIANATAN PASTI JAUH DARIPADA KEBERKATAN TETAPI DEKAT KEHANCURAN DAN KEHINAAN.

Bermula dengan harapan apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan petugas barisan hadapan Covid-19 akan mendapat elaun khas RM600 sebulan.

Namun apabila ia dilaksanakan, baru mereka sedar, tidak sampai 30% dari mereka yang bertugas di barisan hadapan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat elaun itu.

“Saya jangka hanya sekitar 10 – 20 % sahaja daripada petugas barisan depan KKM ini mendapat elaun ini,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Institut Kanser Negara yang kini ditugaskan memerangi Covid-19.

Beliau sendiri yang bertugas untuk membuat screening (ujian awal) Covid-19 tidak mendapat elaun yang diumumkan oleh Muhyiddin itu.

Perdana Menteri pada 27 Mac lalu mengumumkan, kerajaan menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan COVID-19 daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

Elaun itu mula dibayar pada 1 April lalu dan akan diberikan sehingga wabak berkenaan berakhir.

Menurut doktor itu, beliau dimaklumkan, petugas yang akan mendapat elaun khas ini adalah yang bertugas dari menerima atau mendaftar pesakit sehingga mengesahkan pesakit itu tidak sakit lagi (dischange).

“Jadi kami yang membuat screening ini tidak terlibatlah kerana kami diluar circle itu padahal kami berhadapan dan dipanggil bertugas hanya kerana Covid-19 ini,” katanya.

Menurut beliau, kadar bayarannya juga tidak semestinya RM600 sebulan. Jika petugas ini terlibat dengan pesakit Covid-19 kurang dari 15 hari, mereka hanya akan mendapat separuh sahaja iaitu RM300 sebulan.

“Yang standby pun tak dapat kalau tak terlibat dengan pesakit. Misalnya driver. Dia kena standby untuk membawa pesakit Covid-19. Kalau tidak ada pesakit hari itu, dia tak dapat elaun itu,” katanya.

Akibat dari harapan yang diberikan tidak sama dengan apa yang mereka dapat, ramai petugas barisan depan mula terasa mereka dikhianati atau kecewa.

“Misalnya ramai antara rakan-rakan setugas saya, misalnya pembantu kesihatan mula kecewa kenapa mereka tidak dapat elaun ini,” kata sumber itu.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta agar kaedah pemberian ini dikaji semula agar lebih adil untuk semua kakitangan barisan hadapan.

 

 

Elaun barisan depan: Bermula dengan harapan, kini kekecewaan

Sistem Kementerian Pertahanan Negara Lemah Berpunca Dari Campur Tangan Politik Umnobn.

Kementerian Pertahanan lapor 14 lagi projek land swap kepada SPRM

Mohd Nasaie (dua dari kanan) berkata laporan kepada SPRM ini adalah kesinambungan daripada laporan yang telah dibuat kementerian pada 21 Februari lalu. -Gambar fail

Kementerian Pertahanan lapor 14 lagi projek land swap kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan hari ini membuat laporan berhubung 14 lagi projek pertukaran tanah (land swap) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pertahanan, Mohd. Nasaie Ismail berkata ia seperti dilaporkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) baru-baru ini.

“Laporan kepada SPRM berkenaan adalah kesinambungan daripada laporan yang telah dibuat kementerian pada 21 Februari lalu melibatkan projek yang terletak di Paloh, Johor dan Hutan Melintang, Perak.

“Terdapat kes yang mana projek terbabit menghadapi masalah kelewatan sehingga 11 tahun untuk disiapkan.

“Hasil siasatan menganggarkan kerajaan telah rugi sebanyak RM515.21 juta berdasarkan kepada perlanjutan masa projek yang gagal disiapkan segera, kontrak-kontrak tambahan yang tidak termasuk dalam perancangan dan penetapan nilai tanah gentian yang lebih rendah daripada harga semasa yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH),” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Difahamkan, projek yang menghadapi masalah kelewatan sehingga 11 tahun itu melibatkan Projek Penswastaan Kem Transit dan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

Land Swap merupakan satu kaedah pembangunan kem-kem tentera, perumahan anggota tentera dan fasiliti-fasiliti lain yang dibiayai melalui pertukaran tanah milik Persekutuan yang diberikan kepada pihak swasta yang membangunkannya.

Ia adalah satu kaedah untuk menangani kekangan kewangan kerajaan di sebalik keperluan yang besar terhadap pembangunan.

Keseluruhan 16 projek land swap itu melibatkan 2,923 ekar tanah milik Persekutuan yang bernilai RM4.7 billion dan nilai projek yang sepatutnya dibangunkan adalah sebanyak RM4.8 billion.

Sehingga Disember 2018, hanya lima projek telah disiapkan, dua dalam pembinaan dan baki sembilan projek lagi sama ada gagal disiapkan atau masih dalam proses untuk ditandatangani.

Berikut senarai 14 projek pembangunan melalui kaedah land swap yang dilaporkan:

1. Projek Pembangunan Kem Markaz 11 Briged, Depot Simpanan Pertahanan dan Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Serendah, pertukaran dengan tapak tanah Kem Sungai Buloh.

2. Projek Pembinaan Fasilitiu Sukan di Kem Sg Besi, Baik Pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kedah, 2 Kor Artileri Diraja (KAD) Negeri Sembiulan dan 4 RAMD di Tapah, Perak. Pertukaran dengan tanah kementah DI Jalan Kuching, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

3. Pembinaan Kem Batillion Infantri Tentera Darat di Batu Pahat, pertukaran dengan takap Kem Majidee, Mukim Plentong Johor.

4. Projek Penswastaan Kem Transit dan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

5. Cadangan Pembangunan Rejimen 514 Askar Wataniah, Sg Putat Melaka dan Permbangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Terendak Melaka.

6. Projek Pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di Putrajaya.

7. Projek Pembinaan 60 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Slim, Cameron Highland, pertukaran dengan tanah Kem Brinchang.

8. Projek Pembinaan Kompleks 7 Briged Skudai. Pertukaran tanah Kem Tebrau dan Kem Penggawa Timur, Johor.

9. Projek Pembinaan Kem Logistik Tenterta Darat di Semenyih, pertukaran tanah Kem Batu Kentonmen.

10. Projek Pembinaan Kompleks Markaz 2 Divisyen Jalan Bayan Lepas, Bukit Gedung dan Sungai Ara, Pulau Pinang. Pertukaran tanah dengan Kem Batu Uban.

11. Cadangan penswastaan Kompleks Markaz Divisyen 1 di Muara Tuang, Sarawak dan Pembinaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA iv)di Sg Besi, tukaran tanah Bukit Raja, Klang dan Palm Road, Kuching.

12. Cadangan Pembinaan Depot Peluru 71 Batalion Ordnans Divisyen di Kem Muara Tuang. Tukaran tanah kem Stampin, Sarawak.

13. Projek Cadangan Pembangunan Fasiliti di Kem Muara Tuang dan Kem Pen risen, Sarawak.

14. Projek Pembangunan Fasiliti Skuadron 323 TUDM di Bukit Lunchu ke Bukit Banang, Johor dan Pangkalan Udara, Kuantan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kementerian-pertahanan-lapor-14-lagi-projek-land-swap-kepada-sprm-207829

2 makhluk umno BN yangg membawa barah berbahaya kepada Kerajaan PH

Image may contain: 2 people, people sitting

2 makhluk umno BN yg masih disimpan dan dipelihara oleh kerajaan PH hari ini

1) Ketua Pengarah YAPEIM – Dato Abibullah Shamsudin

2) Pengerusi Percetakkan Nasional Berhad – Abu Zahar Ujang

Inilah salah satu sebab yg memungkinkan kerajaan PH betul2 jadi kerajaan sepenggal.

Buktikan  PH Benar-Benar Membenci Rasuah Dan Pecah Amanah.

Najib Mencipta PROPAGANDA Dan Memuaskan Nafsu Jahat Dengan Wang Rakyat

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: text

No photo description available.

Image may contain: text

No photo description available.

 

 

PROPAGANDA BERBAYAR NAJIB

Brp Najib bayar, utk apa, kpd siapa?
Laman2 mana kilang propa Najib?

Ini keterangan mahkamah pasal bayaran Najib utk propaganda media sosial.

1. RM238,914 UTK PROPAGANDA MANDARIN

Wang ini disalurkan dari akaun peribadi Najib ke akaun Lim Soon Peng bagi tujuan membayar kerja2 propaganda bahasa mandarin.
– AD Network : Pemilik laman FB ‘Ah Jib Gor’
– Akademi Kewartawanan & Informasi Taima : Pemilik rangkaian akhbar ‘Chinese Weekly’

2. RM240,000 UTK PROPAGANDA MELAYU/INGGERIS
Wang ini disalurkan dari akaun peribadi Najib ke akaun Vital Spire Sdn Bhd, bagi tujuan membayar kerja2 propaganda bahasa Melayu/Inggeris.
– Vital Spire : Pemilik portal Malaysian Digest

3. Pada tahun 2013, Malaysian Digest menafi dibiayai kerajaan Najib.

Namun, setelah edisi kantoi hari ini, Malaysian Digest telah menutup laman webnya, akaun Twitternya & laman FB mereka.

4. RM300,000 UTK PANTAU SURAT KHABAR
Wang ini disalurkan dari akaun peribadi Najib ke akaun RHB Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (CENSE)

– CENSE dibayar utk pantau 6 buah akhbar selama 2 bulan (RM150K sebulan). Laporan harian, mingguan & bulanan dihantar ke Jabatan PM.

Laman-laman mana lagi bakal dikantoikan?
Sama-sama kita nantikan.

(Mungkin sbb ini akaun-akaun pro-Najib panas meroyan beberapa hari ini. Dahlah dedak terputus. Sekarang satu persatu laman-laman propa Najib dibongkar & dikantoikan)

Adrian Lim Chee En..

UMNO akan diharamkan – Dr Mohamad Khir

MOHAMAD Khir berpendapat UMNO tidak perlu hala tuju baharu kerana ia bakal menjadi kenangan dan sejarah. – Arkib NSTP

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berpendapat UMNO tidak perlu hala tuju baharu kerana ia bakal menjadi kenangan dan sejarah.

Beliau dalam satu status Facebook miliknya yang dimuat naik pagi tadi, berkata UMNO akan diharamkan seperti dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kenyataan Menteri Dalam Negeri, diikuti pernyataan Perdana Menteri, baru-baru ini telah menzahirkan secara cukup jelas bahawa UMNO akan diharamkan, mestilah diambil dengan serius oleh pemimpin UMNO hari ini.

“Mungkin UMNO masih lupa mereka bukan lagi kerajaan, yang boleh membuat keputusan akhir terhadap hampir semua keputusan dalam menentukan nasib sesebuah pertubuhan,” katanya dalam status berkenaan.

Dr Mohamad Khir berkata, UMNO akan diharamkan selepas bekas Presiden yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku pengubahan wang haram yang turut membabitkan UMNO yang dikatakan menerima RM20 juta daripada wang terbabit.

Katanya, berdasarkan undang-undang, mana-mana pertubuhan yang menerima dana wang daripada sumber haram atau meragukan boleh diharamkan pertubuhannya.

“Walaupun UMNO tidak mengetahui dari mana sumber wang terbabit, fakta menunjukkan ia datang daripada akaun Najib.

“Saya lihat UMNO akan diharamkan sebaik mahkamah membuat keputusan bahawa wang yang masuk dalam akaun Najib adalah dari sumber meragukan dan haram sifatnya.

“Ini berbeza dengan pembatalan sebelum ini dan UMNO mengambil langkah mendaftarkan semula pertubuhan,” katanya.

Berikutan itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu berkata, langkah terbaik perlu dilakukan UMNO ketika ini adalah mencari jalan supaya pengharaman parti tidak berlaku.

Katanya, kepemimpinan parti perlu menghidupkan dan meneruskan kelangsungan perjuangan parti walaupun terpaksa menggunakan nama lain.

“Perjuangan mesti diteruskan, ombak mahupun ranjau itu perkara biasa. Jangan menyerah biarpun kapal berubah, namun destinasinya tetap sama untuk agama bangsa dan negara,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/480016/dr-mohamad-khir-jangka-umno-akan-diharamkan?fbclid=IwAR0oxdNwXd7-YnfX6BmdMyI6bkT6E5XBmkKdNh65c2QnSJycQggKho1_oO8

Sembunyi dana parti, UMNO langgar Akta Pertubuhan 1966

DAP akan membuat aduan dan meminta penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkenaan keterangan seorang pemimpin UMNO dalam perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mahkamah semalam.

Pada hari keenam perbicaraan kes Najib, Setiausaha UMNO Johor Bahru, Abu Talib Alias dan Ketua UMNO Padang Serai, Asmadi Abu Talib mengaku menerima cek masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM50,000 daripada bekas Presiden UMNO itu.

Asmadi – yang merupakan saksi kesembilan – menjelaskan bahawa cek yang diterimanya tidak didepositkan ke dalam akaun UMNO Padang Serai, tetapi akaun peribadinya.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mengenai alasannya berbuat demikian, Asmadi menjawab:

“Sekiranya masuk ke dalam akaun bahagian, ia akan melibatkan mesyuarat agung tahunan (AGM).

“Tapi kalau melalui saya, ia akan terus masuk ke pihak pengurusan.

“AGM melibatkan juruaudit luaran,” jelas Asmadi.

Menurut Ahli Parlimen Kepong yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, pengakuan Asmadi itu membangkitkan persoalan sama ada pemimpin UMNO itu telah melanggar Akta Pertubuhan 1966.

“Menurut berita yang telah dilaporkan, mereka dengan sengaja menyembunyikan dana yang diberikan kepada UMNO tetapi menggunakan akaun individu-individu dengan tujuan menyembunyikan daripada pengetahuan pihak ROS dan juruaudit UMNO.

“Bukankah ini satu kesalahan jenayah yang serius serta melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

“Walaupun perbicaraan kes jenayah Najib Tun Razak dan SRC International Sdn Bhd sedang dijalankan, saya percaya pihak ROS dan agensi penguatkuasaan yang lain berkuasa bagi menjalankan siasatan serentak sama ada UMNO telah melakukan kesalahan-kesalahan susulan pengakuan saksi-saksi di mahkamah atas pembayaran secara ‘rahsia’ tersebut,” tambahnya.

Najib kini sedang dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. – Roketkini.com