Mesyuarat Khas di Putrajaya esok untuk rombakan kabinet?

Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok.

Menurut sumber, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak mengaitkan mesyuarat itu dengan desas-desus mengenai rombakan Kabinet.

“Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketika ditanya mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu senarai itu berkemungkinan palsu.

“Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik,” jelas beliau.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.

Pengumuman itu memberikan kelegaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hubungan dengan UMNO tegang sejak kebelakangan ini.

Berita penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/106443/BERITA/Nasional/Mesyuarat-khas-di-Putrajaya-esok-cetus-spekulasi-rombakan-Kabinet

MP Umno zahirkan sokongan kepada Anwar dalam mesyuarat MP BN

Ada antara kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membangkitkan cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong sebagai Perdana Menteri, dedah seorang daripada mereka yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata, jika ada sebarang perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu, ia sama sekali tidak boleh melibatkan penyertaan DAP.

Kata sumber itu lagi, UMNO dan BN tetap berpegang pada prinsip “No DAP” jika ingin mencari jalan keluar dari kemelut politik sedang melanda negara ketika ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula memaklumkan kepada wartawan bahawa prinsip “No Anwar, No DAP” yang dipegang selama ini selari dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.

“Apa yang kita bincang, rata-ratanya bertegas kita tidak akan bekerjasama dengan parti yang terdahulu, itu sahaja keputusan… contohnya pandangan ramai di kalangan Ahli Parlimen BN adalah “No Anwar, NO DAP”.

“Kita akan kekalkan keputusan itu sehingga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO buat keputusan sebaliknya, maksudnya ubah yang membolehkan keputusan itu diuubah adalah kuasa MKT,” kata Zahidi lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan antara agenda perbincangan ialah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung penolakan Pengisytiharan Darurat.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-mp-bn-ada-mp-umno-syor-sokong-anwar-tolak-dap-sumber-265374

“Ramai dah tiada kerja, bayi minum air suam, air gula” Rintihan Rakyat Malaysia

“Ramai dah tiada kerja, bayi minum air suam, air gula” – Tak sanggup lihat penderitaan, guru jadi sukarelawan… tersentuh dapat sesuatu yang ‘mahal’

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/10/29/ramai-dah-tiada-kerja-bayi-minum-air-suam-air-gula—tak-sanggup-lihat-penderitaan-guru-jadi-sukarelawan-tersentuh-dapat-sesuatu-yang-mahal

UMNO tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan PN – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

UMNO memerlukan jawatan dalam kerajaan dalam usaha membantu rakyat selain mengukuhkan lagi kedudukan parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak diberikan jawatan yang sewajarnya ketika ini di dalam kerajaan.

“Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli UMNO itu ada, kita tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan.

“Kedudukan dalam kerajaan ini penting kerana kalau tidak ada kedudukan, tidak ada kuasa, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat?” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

Tajuddin yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak menyatakan tidak menjadi satu masalah besar untuk menempatkan salah seorang pemimpin UMNO untuk mengisi tempat Timbalan Perdana Menteri.

“UMNO juga ada sumbangan dalam kerajaan Perikatan Nasional, kalau nak kata kita (UMNO) gila kuasa, pangkat, kedudukan dan sebagainya dah berapa lama sebelum ini tiada isu tersebut bangkit.

“Kita sokong kerajaan Perikatan Nasional tetapi dalam masa sama jangan ambil kesempatan walaupun kita sokong dan tidak tuntut apa-apa sebelum ini,” katanya lagi.

Menurut sumber, malam ini bakal diadakan satu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam ini di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.

Kerajaan PN (Melayu/Islam) tak benarkan kempen boikot produk Perancis?

Kedutaan Perancis di Malaysia berkata Perancis tidak memihak atau memburukkan mana-mana agama dan ia menjamin wujudnya kedamaian untuk semua penganut agama dalam kerangka undang-undang dan prinsip republik itu, ketika seruan umat Islam memboikot produk Perancis.

Kedutaan itu, dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, berkata Presiden Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di Perancis tetapi hanya ideologi – Islamisme radikal – yang perlu diasing dan ditentang.

“Presiden jelas menyatakan beliau akan bertegas terhadap sebarang bentuk kesimpulan umum, membezakan majoriti besar penganut Islam Perancis dengan kumpulan pemisah minoriti yang menentang nilai Republik serta golongan yang membebankan kelompok majoriti,” menurut kenyataan itu.

Beberapa negara Islam menyeru kempen memboikot produk Perancis berikutan ucapan Macron pada 2 Oktober yang dianggap mengkritik Islam.

Kedutaan juga menyatakan terdapat beberapa personaliti cuba memulakan kempen anti barangan Perancis di Malaysia.

“Kami gembira dengan jaminan yang diberikan oleh pihak berkuasa bahawa kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan tindakan sedemikian,” katanya. – Bernama

MELAYU DAN ISLAM BERSAMA MENYOKONG YAHUDI DAN SANGGUP MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW ?

Sumber : https://ismaweb.net/2020/10/29/1malaysia-tak-benarkan-boikot-barangan-kedutaan-perancis/

Ahli Umno Kecewa dan Bersatu Berjaya Talkinkan Umno

DIA mungkin disokong oleh beberapa org Menteri atau separuh Menteri dalam kerajaan sbb mrk adalah ‘payrol’ dia masa BN jd pembangkang 22 bulan dulu.

Belum tentu ahli UMNO akar umbi boleh terima dia ni seandainya mrk tahu khianatnya pd UMNO dan PPBM tahu ttg ini.Waktu UMNO susah,dia dimana? Ini pemimpin ChapAyam..

Dan usaha utk pecahkan atau tamatkan riwayat UMNO akan jd kenyataan.Misi dan visi pasukan PPBM utk talkinkan UMNO akan berjaya.

Dan apa hak Muhyidin utk paksa UMNO pilih dia ni sdgkan dia telah dilihat secara nyata mengkhinati UMNO dgn segala tindak tanduknya sblm ini.Sabah bergolak,punca siapa,tanya Yakub Khan.Tanya Tajudin Pasir Salak apa yg disebut oleh dia ni.

Takkan hya krn dia Bendahari BN,dia kena diterima sebagai TPM? Chap jari blm kering lagi jd Bendahari terus nk diangkat sebagai TPM..

Halus mainan Muhyidin dan PPBM.

Hamzah ugut UMNO, TYT Sabah dan Zahid, kata Lokman.

Twitter (https://twitter.com/f4kr0ls00d/status/1321980110358994944?s=24)
Cikgu S0’0d But Heard
Hamzah ugut UMNO, TYT Sabah dan Zahid, kata Lokman. https://t.co/zQVDnJNvZa