Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Anfaal Saari

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Biro Antarabangsa Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional menzahirkan solidariti buat rakyat Amerika Syarikat, George Floyd yang mati selepas didakwa menjadi mangsa perkauman di negara itu.

Ketuanya, Anfaal Saari berkata, keadilan seharusnya diberikan kepada semua tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit dan agama.

Menurutnya, walaupun pegawai polis tersebut, Derek Chauvin, yang menyebabkan kematian lelaki kulit hitam itu telah dijatuhkan hukuman membunuh, namun dunia tidak mahu melihat insiden tragis itu berulang lagi.

“Protes menuntut keadilan dengan slogan Black Lives Matter kini merentasi Minneapolis ke seluruh Amerika Syarikat dan sebahagiannya bertukar menjadi pertempuran ganas dengan pihak polis.

“Hak asasi manusia wajib dihormati sebagaimana termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

“Ironinya nyawa dan kehormatan bangsa kulit hitam tidak dimartabatkan di Amerika Syarikat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Floyd, 46, meninggal dunia pada petang 25 Mei lalu, sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa.

Chauvin kemudian ditahan empat hari selepas itu dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Dalam pada itu, Anfaal menasihatkan agar peserta demonstransi menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak mengakibatkan keadaan bertambah huru-hara.

Ini kerana tegasnya, dunia sama sekali tidak akan menjadi aman damai dengan keganasan.

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Tahniah AWAN Kelantan.AWAN

Image may contain: 1 person, standing, tree, sky and outdoor

Projek Kasih Untuk Wira Covid-19
Awal pagi tadi bersama Puan Najah Asri Ketua Biro Komunikasi Awan Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan Projek Kasih Awan untuk Wira barisan hadapan menangani Covid-19 ke beberapa lokasi sekitar Kota Bharu,
1️⃣Pejabat Kesihatan Kota Bharu – tempat pengumpulan Data Covid-19 seluruh Kelantan
2️⃣Klinik Kesihatan Bandar KB
3️⃣Pusat Saringan HRPZ2
4️⃣Pusat Saringan HUSM
Paling istimewa hari ini kami sampaikan sumbangan kek dan roti kukus kepada anggota Polis dan Rela yang bertugas di HRPZ. Jasa mereka bertugas dalam kepanasan terik matahari akan sentiasa kami hargai.
Walaupun tersebar berita lambakan makanan di sesetengah fasiliti kesihatan di ibukota kami tidak mendapatinya demikian di Kota Bahru. Kehadiran kami dengan sumbangan dihargai oleh para petugas. Awal pagi lagi kami datang kerana ada yang ditugaskan untuk bekerja di luar.
Alhamdulillah setelah beberapa hari kami berinteraksi semua pihak makin peka dengan kaedah penjarakan 1 meter dan salam hati yang kami amalkan.
Terima kasih kepada K Na pembekal makanan kami yang juga menyumbang roti kukus. Tentunya usaha tak dapat kami jalankan tanpa sokongan anda dermawan yang pemurah. Jom mainkan peranan kita.
#stayathome
#dudukdumoh
#awanpedulirakyatdihati

https://web.facebook.com/102821661219675/photos/pcb.142246970610477/142243527277488/?type=3&theater

AWAN Wilayah Persekutuan bantu petugas Covid-19 HKL

AWAN Wilayah Persekutuan bantu petugas Covid-19 HKL

Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN ) Wilayah Persekutuan (WP) yang diwakili Ketuanya, Dr Niekmah Adam, diiringi oleh Setiausaha AWAN WP, telah menyampaikan sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Sumbangan berjumlah RM800 yang dikutip dalam masa yang singkat dalam kalangan ahli AWAN Wilayah Persekutuan itu dibuat berikutan berita yang tersebar mengatakan petugas di HKL memerlukan kipas dengan kadar segera.

Sumbangan berbentuk tiga buah kipas dan 32 botol cecair pembasmi kuman itu akan digunakan di Wad Baru Pesakit Covid-19 HKL.

Menurut Pengarah Komunikasi AWAN Nasional, Anis Afida Mohd Azli, kedatangan wakil AWAN WP di hadapan pintu utama HKL telah disambut ceria oleh wakil Pengarah Hospital iaitu Pegawai Aset, Dr Haslina dan dua orang staf Wad Pesakit Cpvid-19 bagi menerima sumbangan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

“AWAN Nasional mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AWAN WP yang telah bertindak pantas dan peduli kepada petugas barisan hadapan yang memerlukan.

“Walaupun keterbatasan sumber dan pergerakkan, mereka tetap berperanan dalam masyarakat dengan keupayaan yang ada.

“Moga usaha murni ini dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua penggerak AWAN Negeri dan Kawasan di seluruh negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

AWAN Wilayah Persekutuan bantu petugas Covid-19 HKL