Kategori: NAJIB GILA KUASA
Najib Mahu Jadi Perdana Menteri Semula
“Malaysia hilang kerajaan sangat baik sejak PRU14,” kata PAS – (6 September 2018)
PATUT LER PUN…
Hari ini, kalangan pemimpin UMNO sendiri mendedahkan, Datuk Seri Najib RazakSEBENARNYA meminta untuk dilantik menjadi Pengerusi Barisan Nasional.
Elok sangatlah tu biar Najib terus kekal simen dalam UMNO demi mengepalai UMNO sampai mati..
KESIAN HAJI HADI YANG SANGGUP BERGABUNG DENGAN UMNO KERANA MIMPI JADI PM.
Najib minta dilantik sebagai pengerusi BN – Nazri Aziz
Nazri mendakwa, bekas presiden Umno itu mahu mengambil kesempatan apabila menyedari BN boleh menang kembali hasil kerjasama dua parti berkenaan.
“Saya tahu jawatan yang dipohon sebenarnya pengerusi BN, bukan pengerusi lembaga penasihat (BN), bila dia (Najib) lihat masa depan kita cerah dengan PAS.
“Mahu jadi PM (perdana menteri) lagi ke? Bagilah peluang kepada anak-anak muda, pimpinan baru, cukuplah,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas, yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.
Mengulas tanggapan yang melihatnya sebagai penyokong tegas Najib sebelum ini, Nazri menegaskan bahawa kesetiaannya ada perjuangan dan parti, bukan individu.
“Minta maaf saya tidak pernah setia pada individu…yang Datuk Seri Najib sebut walak, pada perhimpunan tahun lepas, walak itu pada perjuangan, walak kepada parti bukan kepada individu.
“Ahli Umno kena ingat, kesetiaan itu kepada parti bukan pada individu, dan kalau dulu saya dikatakan setia kepada Najib, (sebenarnya) bukan setia kepada Najib, tapi kepada presiden parti,” jelasnya.