Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

YDP Agong dan Raja-Raja Melayu tolak permohonan Muhyiddin untuk laksana Darurat

KENYATAAN MEDIA
Kuala Lumpur, 25 Oktober, 2020 – 
Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahangpada Jumaat lalu (23 Oktober, 2020.
Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.
Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.
Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.
Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.
Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.
Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak COVID19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.
Dato’ Indera Ahmad Fadil ShamsuddinDatuk Pengelola Bijaya DirajaIstana Negara

https://www.tuncarlos.com/2020/10/ydp-agong-tolak-permohonan-muhyiddin.html

Tiba Masanya Krisis Politik Diselesaikan Sultan Yang Bijaksana.

Tiba Masanya Krisis Politik Diselesaikan Sultan Yang Bijaksana..

Dalam pertikaian Politik hari ini, Ketika YDP Agong terpaksa berehat menjalani rawatan, Mengikut Undang2..Kuasa dan tugas YDP Agong boleh diambil tugasnya oleh Timbalan Ydp Agong.. Kebetulan Timbalan YDP Agong ketika ini adalah Sultan Nazrin Shah, iaitu Sultan Perak..

Aku masih ingat..Masa langkah Sheraton dulu, Aku mengharapkan kebijaksanaan Sultan Nazrin Shah menyelesaikan kemelut Politik pada ketika itu, tetapi malangnya ketika pertemuan Raja dan Sultan pada pagi jumaat sebelum watikah diperkenankan kepada Muhyidin Yasin dikeluarkan.. Sultan Nazrin adalah Sultan terakhir tiba di Istana Negara..

Dan hari ini..selepas DSAI mendakwa cukup sokongan, Tiba masanya tugas menyelesaikan konflik Politik negara diserahkan kepada Sulltan yang punya kepakaran dan Politik dan Undang2..Sudah pasti baginda Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah..

Aku tertarik kebijaksanaan Sultan Nazrin Shah ketika berlakunya pertukaran Kerajaan Negeri Perak, Ketika Peja menghantar sokongan parti UMNO dan PAS untuk membentuk Kerajaan.. Sultan terlebih dulu berjumpa dengan semua kepimpinan Negeri Perak pada ketika itu terdiri dari PKR,Amanah dan DAP..Seterusnya semua ketua parti Politik berulang kali sebelum keputusan dimuktamadkan..

Peja ketika itu dititahkan untuk meletak jawatan terlebih dahulu bagi membubarkan Kerajaan sebelum mengangkat sumpah sekali lagi sebagai MB.. Itu sebabnya dalam hal perletakan jawatan Tun Mahathir,Aku berbeza padangan.. aku menganggap pada sudut Undang2 tindakan Tun Mahathir itu tepat biarpun tidak pada sudut Politik.. persis apa yang berlaku sepertimana berlaku di Perak sebagaimana dititahkan Sultan Perak….

Andai Sultan Nazrin Shah yang menjalan kan tugas, aku rasa sudah pasti, Sultan akan menitahkan satu Sidang Parlimen diadakan.. Sebab itu saja tempat dan cara palin tepat memilih seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan manjoriti ahli Dewan Rakyat..

Semoga dipermudahkan.. Mungkin suatu hari nanti, gandingan Sultan Nazrin Shah dan Ds Anwar Ibrahim satu gandingan terbaik memimpin Negara.. 🙂

Ipohmali C&P.

TUANKU TANGGUG KOS PILIHANRAYA TAK????

1 DAULAT TUANKU

1 DEMOKRASI TSMY1 PARLIMEN JADI MUZIUM PN

1 PARTI SYAITAN

1 TANGAN PENGKHIANAT

Di petik Tulisan Rozzi Rahman.

TUANKU MENGUNDI TAK?????
TUANKU TANGGUG KOS PILIHANRAYA TAK????
TUANKU RUGI TAK KERAJAAN MANA YANG MEMERINTAH???
TUANKU PERNAH TAK RASA DIKHIANATI??!

Kami rakyat Malaysia ni, pada yang majikan sanggup bagi cuti untuk pastikan staff balik mengundi Demi memilih kerajaan dan masa depan yang lebih baik- menolak kleptokrasi!

Kami rakyat Malaysia menghadap jem bersesak dijalanraya Demi untuk satu undi memperjuangkan hak kami

Kami Rakyat Malaysia ada yang mengambil cuti tanpa gaji Demi untuk menzahirkan hak kami.

Kami rakyat Malaysia mengambil segala risiko keluar dari Zon selesa dan sikap tidak apa kerana kami sedar , kami mahu wajah baru pentadbiran negara ; kami mahu mewariskan sebuah negara yang sejahtera kepada anak bangsa.

Kami rakyat Malaysia yang berada diluar negara menanggung kos dan menghadapi perjalanan yang jauh sanggup pulang dan membawa amanah kawan2 yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih!

Kami rakyat Malaysia menggunakan perbelanjaan sendiri, demi untuk satu undi kami.

Kami Rakyat Malaysia MEMPERJUANGKAN HAK KAMI SUARA KAMI!!!!

Mungkin terlepas pandang ; walau Tuanku telah tidak memperkenankan kerajaan baru sebelum PRU14, tetapi rakyat telah menzahirkan pilihan mereka, kami tidak derhaka tetapi pilihan kepada kemakmuran kelangsungan bangsa ini menjamin kelangsungan Tuanku diatas singahsana! Inilah cara kami membela bangsa dan Raja!!

Pembubaran Dun adalah satu tindakan bacul , menafikan suara rakyat, menafikan undi rakyat yang telah memberi mandat!!!! Demi maruah Demi prinsip dan Saya mahu menitipkan kepada anak cucu Saya bahawa Saya berani kerana benar, Saya hanya menyembah pada Raja yang berdaulat yang menzahirkan hormat Saya kepada pemimpin yang memayungi agama bangsa dan negaranya kerana keprihatinannya , tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya.

HARI INI TIDAK ADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG2 APA PUN YANG BOLEH MEINDAKKAN SATU UNDI SAYA!!! KECINTAAN SAYA KEPADA ALLAH DAN RASULLNYA- PADA ALLAH SAYA BERSERAH ,;(; NAMA KATA MENYERAH KEPADA TITAH SEKALIPUN JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI!!!!!

TIDAK BERADA ADA
TIDAK TEMPUA BERSARANG RENDAH
KEGELANGGANG RAKYAT TUANKU BERADA
JANGAN MURKA KALAU DISANGGAH

JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI
KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK
MENJADI PEMIMPIN BIARLAH PANDAI
LAGI BAGUS KALAU BIJAK!

By Rozzi Rahman

C&P.

Dengan Sokongan 129 MP, Tun M Akan Mengadap YDPA.

1 DAULAT TUANKU1 129 MP1 LETAK JAWATAN1 DEDAK TSMY1 AMANAT TSMY1 TSMY TAUKEY RASUAH

Selagi Mahathir hidup, jangan fikir mudah…kita pun tak suka Mahathir.Kita pun tak suka yg lain2…penyamun perompak semburit dan sebagainya.
Tapi jgn main dgn manusia bernama Mahathir ni…Cerita nya akan tamat bila dia di jemput olih sakiratul maut…dia mempunyai banyak kelebihan…jgn ketawakan nya nanti kita di ketawa olih kita sendiri… C&P.

MELIBATKAN YDPA DALAM KANCAH POLITIK ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN SENJATA TERAKHIR MELAYU/ISLAM RASIS.

CUBAAN BIADAB UNTUK MENGGANGGU TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG: APAKAH MELAYU ISLAM TIDAK LAGI KISAH BILA RAJA-RAJA DIHINA?

Kamarul Yusoff

Maklumat yang berwibawa telah diperolehi mengenai perancangan pihak tertentu untuk mengganggu titah perasmian Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 18 Mei.

Tujuan gangguan ini dirancang untuk dibuat adalah bagi meminta Yang di-Pertuan Agong mendedahkan dengan secara terbuka bilangan sebenar Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri sehingga mendorong Baginda memilih beliau.

Desakan terbuka ke atas Yang di-Pertuan Agong ini dibuat di atas kepercayaan bahawa Tan Sri Muhyiddin kononnya tidak memiliki jumlah sokongan yang mencukupi yang membolehkan beliau dipilih sebagai Perdana Menteri berbanding sokongan yang diperolehi oleh seorang pesaing beliau.

Pada hemat saya, cubaan ini, jika benar-benar diteruskan, hanyalah akan membunuh karier politik pelakunya sahaja kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen di Malaysia mana-mana Ahli Parlimen pernah bertindak biadab mengganggu titah perasmian Yang di-Pertuan Agong.

Peraturan-Peraturan (Standing Orders) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat terang-terang menyebut “kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu… tidak boleh disebutkan kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri bagi maksud-maksud itu”.

Apa lagi bila amat jelas disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong di dalam melantik Perdana Menteri daripada seseorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Mempersoalkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ini adalah nyata satu kesalahan di bawah Akta Hasutan yang menjadikan kesalahan ke atas mana-mana kecenderungan hasutan bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Malangnya, mutakhir ini sejak PN memerintah kita menyaksikan betapa pihak penguatkuasa undang-undang negara mahupun pertubuhan bukan kerajaan tidak begitu peka dengan tindakan memperlekeh dan menghina institusi kesultanan, khususnya institusi Yang di-Pertuan Agong.

Ini berbeza dengan waktu PH memerintah dahulu di mana Datuk Takiyuddin Hassan contohnya telah disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan semata-mata kerana menyebut “tak tahu macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat pengampunan daripada Agong” pada 8 Mei 2019.

Tetapi kini bila para pemimpin PH seperti Khalid Samad pada 5 Mac, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada 7 Mac dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 12 Mac terang-terang mempersoalkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, tiada sebarang laporan dan siasatan pun dibuat.

Mengapa ini boleh berlaku? Ke manakah hilang sensitiviti dan segala akujanji umat Melayu Islam khasnya dan rakyat Malaysia umumnya, termasuk di dalam prinsip-prinsip Rukun Negara, untuk mempertahankan kesetiaan mereka kepada Raja-Raja dan mendaulatkan undang-undang?

CUBAAN BIADAB UNTUK MENGGANGGU TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG: APAKAH MELAYU ISLAM TIDAK LAGI KISAH BILA RAJA-RAJA DIHINA?

Agong titah rakyat lebih bersatu pada 2020

1 LARANGAN MEMBERONTAK

Seri Paduka Baginda bertitah, agar rakyat Malaysia menoleh semula dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa-peristiwa dan cabaran-cabaran yang telah dilalui pada tahun sebelumnya semua memperbaiki diri, keluarga dan komuniti serta negara. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta sempena Tahun Baru 2020.

Titah Seri Paduka lagi, tahun baharu harus disambut dengan membuang jauh segala prasangka dalam kalangan rakyat demi kepentingan perpaduan, keharmonian serta semangat cintakan negara.

“Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kejayaan, perpaduan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh kita dan Malaysia pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya.

“Seharusnya, kita perlu menoleh semula dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa-peristiwa dan cabaran-cabaran yang telah kita lalui pada tahun lalu untuk kita semua memperbaiki diri, keluarga dan komuniti serta negara kita,” titah Seri Paduka dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Titah Seri Paduka, perpaduan sepatutnya berlangsung dalam suasana yang mudah dan saling mempercayai, selain ikhlas, bertolak-ansur dan saling menghormati.

“Saya berpandangan bahawa ramuan ini sudah cukup untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum khususnya di negara kita yang tercinta ini.

“Justeru itu, saya turut ingin mengingatkan semua rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang dikecapi negara selama 62 tahun memandangkan kebelakangan ini banyak isu berkaitan perkauman, sensitiviti dan agama sering dibangkitkan.

“Seperti pemimpin-pemimpin terdahulu, saya amat berhasrat untuk melihat negara tercinta, Malaysia terus bersatu-padu, harmoni serta maju dan saya percaya hasrat ini dikongsi bersama oleh kita semua, rakyat Malaysia.

“Semua harus sedar, perpaduan kaum adalah amat penting untuk menjamin kemakmuran Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, adat resam dan kepercayaan,” titah Al-Sultan Abdullah.

Titah Seri Paduka lagi, generasi muda Malaysia berperanan besar untuk memastikan kesinambungan usaha-usaha murni para pemimpin terdahulu, dengan statistik Jabatan Perangkaan pada Disember 2018 menunjukkan bahawa 68 peratus daripada rakyat Malaysia adalah di bawah umur 40 tahun dengan 51 peratus adalah di bawah umur 30 tahun.

Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama berazam dalam pertahankan dan semarakkan nilai-nilai murni yang telah menjadi pemangkin keharmonian, ketenteraman dan kemakmuran yang dinikmati sejak sekian lama.

“Semoga tahun 2020, bumi Malaysia keramat ini serta para pemimpin dan rakyatnya terus dirahmati dan diberkati ALLAH SWT,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan selamat menyambut tahun 2020 kepada semua rakyat Malaysia.

Seri Paduka bertitah bahawa tahun 2019 sangat bermakna kepada baginda yang mana pada tahun itu baginda telah dipilih untuk memikul tanggungjawab besar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 16 yang juga merupakan Ketua Agama Islam negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

“Alhamdulillah, masa begitu pantas meninggalkan kita dan tahun 2019 telah berlalu dan tahun baharu 2020 perlu kita tempohi dengan azam baharu.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong amat bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan ini dan dengan besar hati ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia di dalam negara mahu pun berada di luar negara,” titah Seri Paduka. – Bernama

http://www.yadim.com.my/v2/agong-titah-rakyat-lebih-bersatu-pada-2020/