Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KERAJAAN MELAYU/ISLAM, PINTU BELAKANG SONGLAP DUIT BANTUAN GOLONGAN MISKIN MASA PKP ?

Malaysiakini

Ahli Parlimen Pakatan Harapan terus mempersoalkan nilai bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan miskin yang terjejas dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Meskipun Jabatan Kebajikan Masyarakat mendakwa hampir 10 peratus daripada jumlah RM100 dipotong untuk membayar kos pembungkusan dan pengangkutan, ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkannya sebagai tidak wajar.

“Saya menerima 250 bungkus makanan dan masing-masing bernilai sekitar RM85. Saya tidak diberitahu apa yang berlaku dengan baki nilai itu.

“Saya diberitahu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pembungkusan dan pengangkutan menjadikannya RM85 dan bukan RM100,” katanya seperti dipetik oleh The Malaysian Insight.

 Katanya, jika RM15 diambil daripada setiap bungkusan, maka ia menelan belanja sebanyak RM3.3 juta.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan mengadakan sidang parlimen khas supaya ahli parlimen pembangkang dapat menuntut jawapan daripada menteri yang bertanggungjawab dalam tugas pengagihan makanan itu, iaitu Rina Harun.

Selain Fahmi, ahli parlimen pembangkang yang lain seperti Maria Chin Abdullah dan P Prabakaran berkata bahawa pengagihan makanan tersebut dilakukan dengan tidak telus serta mengelirukan.

“Tidak begitu telus pada masa ini. Mereka harus memberi laporan berapa bungkusan makanan RM50 dan RM100 yang diberikan.

“Jawapannya mesti daripada menteri bertugas (Rina Harun). Dia harus menjawab dan menjelaskan apa yang ada di dalam bungkusan RM50 dan apa yang ada di dalam bungkusan RM100, bukan menteri pertahanan,” kata Maria yang merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya.

Maria Chin Abdullah 

Sementara itu, Prabakaran yang merupakan ahli Parlimen Batu berkata beliau bukan sahaja tidak pasti 131 bungkusan makanan yang diterima dari JKM termasuk dari kategori mana, malah mendakwa barang dalam setiap bungkusan itu mungkin bernilai kurang daripada RM35.

“Setakat ini saya menerima ini dan semua telah diedarkan. Tidak pasti bila saya akan menerima baki agihan dan bertanya-tanya mengapa mereka tidak dapat mengagihkan 1,000 bungkusan sekali gus,” katanya.

P Prabakaran

Beliau turut menunjukkan setiap bungkusan makanan mengandungi beras 5kg, sepaket teh, 6 pek mi segera, sepaket gula, sepaket tepung dan setin sardin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Sebaliknya, kata beliau, bantuan itu adalah daripada NGO yang menghantarnya ke JKM untuk diagihkan.

Ia susulan wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

https://www.malaysiakini.com/news/522727

BANTUAN KHAS ‘BAKUL MAKANAN’ OLEH Jabatan Kebajikan Masyarakat

1 PECAH AMANAH

MAKLUMAN : BANTUAN KHAS ‘BAKUL MAKANAN’ OLEH Jabatan Kebajikan Masyarakat –

JKMHQ DI BAWAH TABUNG BANTUAN COVID-19 NADMA

Bantuan khas bekalan makanan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

– KAEDAH PERMOHONAN –

Ketua keluarga / individu perlu MEMOHON SENDIRI kepada JKM melalui cara berikut;

1. Hubungi Talian Kasih di nombor 15999 atau WhatsApp di nombor 019 261 5999.

2. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri/Daerah (8:30 pagi – 5:30 petang). No. telefon JKM negeri adalah seperti berikut;

> Wilayah Tengah
SELANGOR – 03 5545 8570
WP KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA – 03 2612 4060

> Wilayah Selatan
NEGERI SEMBILAN – 06 765 9332
MELAKA – 06 232 4670
JOHOR – 07 228 1450

> Wilayah Utara
PERLIS – 04 973 1926
KEDAH – 04 700 1700
PULAU PINANG – 04 650 5257
PERAK – 05 254 5505

> Wilayah Pantai Timur
KELANTAN – 09 741 6925
TERENGGANU – 09 630 1193
PAHANG – 09 565 0226

> Wilayah Malaysia Timur (Borneo)
WP LABUAN – 087 424 961
SABAH – 088 234 202
SARAWAK – 082 443 194

3. Maklumat yang diperlukan –
Nama,
No. K/P,
Alamat Rumah dan Bilangan Ahli Keluarga (Tanggungan).

JKM akan melakukan pengesahan maklumat sebelum diluluskan untuk penghantaran.

– KAEDAH SERAHAN –

Serahan akan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

– – – – – – –
Hebahan khidmat masyarakat ini adalah daripada Yayasan Basmi Kemiskinan.

Sila share dan sebarkan untuk manfaat bersama!