Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Mahathir dedah Usaha Ku Li untuk bentuk kerajaan baru

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan kepadanya usaha beliau mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Bekas perdana menteri itu berkata, bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal memperolehi sokongan yang diperlukan untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dia (Tengku Razaleigh) adalah di sebelah kerajaan. Dia mempunyai cadangan kononnya untuk kita tukar kerajaan.

“Dia berpendapat dia boleh cari cukup orang daripada pihak kerajaan untuk keluar daripada kerajaan. Tetapi benda itu tak berlaku,” katanya dalam program khas eksklusif bersama Astro Awani malam ini.

Mahathir berkata, beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja jika seseorang itu mempunyai majoriti yang kuat.

“Saya bersetuju dengan siapa sahaja, tapi hendaklah dapat sokongan majoriti, kalau dapat sokongan majoriti kepada Ku Li dia boleh jadi perdana menteri,” katanya.

Oktober lalu, Mahathir dikatakan berusaha mengetengahkan idea kerajaan perpaduan, selepas gambar menunjukkan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dimuat naik di media sosial.

Sumber yang rapat dengan Mahathir mendakwa perbincangan itu menyentuh cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan.Sumber berita

Ku Li tetap tegas tidak mahu sertai undian belanjawan

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah terus mempersoalkan keabsahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Tengku Razaleigh, juga dikenali sebagai Ku Li, adalah salah seorang daripada lima ahli parlimen kerajaan yang tidak hadir dalam dua undi belah bahagi mengenai peruntukan Belanjawan 2021 untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan hari ini.

Peruntukan itu diluluskan selepas mendapat undi menyokong yang lebih banyak berbanding undi tidak bersetuju.

Ketika dihubungi, pembantu Tengku Razaleigh berkata bahawa ahli politik veteran itu menghadiri sidang hari ini tetapi pulang sebelum jam 2 petang ketika undi belah bahagi pertama dijalankan.

“Kita balik sebelum tu… Tengku Razaleigh dah kata dia tak akan turut serta dalam perbincangan belanjawan selagi dia tidak iktiraf keabsahan (kerajaan),” kata pembantu itu.

Dia menambah bahawa Ku Li itu akan terus tidak terlibat dalam undian selagi sokongan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan tidak ditentukan melalui usul tidak percaya.

Untuk rekod, 10 hari berikutnya akan menyaksikan 27 pusingan pengundian lagi sebelum belanjawan dapat diluluskan secara keseluruhan.

Tengku Razaleigh sebelumnya menghantar surat – yang kini sudah didedah kepada umum – untuk memberitahu Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengenai rancangannya untuk tidak terlibat dalam perbahasan belanjawan selagi majoriti kerajaan PN masih belum diuji.

Dia juga berpendapat Azhar telah melanggar kebebasa parlimen yang dilindungi perlembagaan dengan menyarankan agar dia meminta persetujuan kerajaan untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Menjelang pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 sebelum ini, Ku Li telah mengedarkan suratnya kepada anggota parlimen lain di Dewan Rakyat tetapi tidak hadir semasa pengundian 26 November.

Tengku Razaleigh, yang mempengerusikan majlis penasihat Umno, bukan satu-satunya ahli parlimen Umno yang tidak hadir pada kedua-dua pusingan pengundian belah bahagi hari ini.

Menariknya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Najib Abdul Razak (BN-Pekan) juga tidak hadir.

Dua lagi tidak hadir dari bangku kerajaan ialah Richard Riot (GPS-Serian) dan Willie Mongin (PN-Puncak Borneo).

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553210

TERKINI -Tengku Razaleigh Hamzah (Penyelamat Umno) Tetap Hadir Semasa Perbahasan Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR: Surat tular yang mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah mengumum untuk tidak mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bukan surat sebenar kepada Speaker.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber pejabat Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Surat itu kononnya adalah permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO berkenaan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Surat berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris dan menjadi tular di media sosial pada Ahad.

Pada para akhir surat berkenaan, ia menyebut:
“Oleh kerana keabsahan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah lafazkan. Justeru, saya tidak dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan tersebut.”
Sekiranya benar keputusan itu dibuat Tengku Razaleigh, ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.
Malah, jika ia berlaku, akan timbul juga persoalan sama ada ahli parlimen lain yang akan mengikut tindakan tersebut. 
-AstroAwani

https://www.tuncarlos.com/2020/11/surat-mengatakan-ku-li-tak-hadir-ketika.html

Keputusan Muhyiddin istihar DARURAT akan musnahkan ekonomi negara -Ku Li

CYBERJAYA: Pengisytiharan darurat akan memburukkan lagi ekonomi Malaysia yang sudah teruk, kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleig Hamzah.
Veteran UMNO itu menjelaskan, beliau bukan mempersoalkan hak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Namun, ahli parlimen Gua Musang itu berpandangan tidak ada “alasan jujur” untuk kerajaan memohon pengisytiharan darurat itu.
“Sekiranya perdana menteri berjaya melaksanakan perintah darurat yang dicadangkan sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas menteri kewangan, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri (dan bekas pengerusi Bank Dunia dan IMF, saya boleh tegaskan ia boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi kita yang sudah teruk.

“Pelabur tempatan dan luar akan menghindari kita sepenuhnya. Keyakinan perniagaan akan musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Razaleigh juga menjelaskan beliau ada alasan untuk percaya bahawa perdana menteri dan jemaah menterinya sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.
“Inisiatif saya bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat sebagai untuk kepentingan diri saya atau saya ada minat untuk jawatan perdana menteri, tetapi untuk mempertahankan prinsip sistem parlimen kita,” katanya.
Sebelum ini, pejabat Tengku Razaleigh mendedahkan surat tokoh itu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta usul tidak percaya terhadap perdana menteri diberi keutamaan pada sidang akan datang. -Suara.tv

https://www.tuncarlos.com/2020/10/keputusan-muhyiddin-istihar-darurat.html

Gempar! kenapa Ku Li dipanggil Agong selepas Anwar?

Gempar! kenapa Ku Li dipanggil Agong selepas Anwar?

Saya fikir pada tubuh badan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kini ada satu petunjuk dan rahsia besar yang bakal meletuskan satu keadaan yang tidak mungkin dijangkakan oleh orang yang terbanyak.

Kemunculan Ku Li di Istana Negara di tengah-tengah fokus dan tumpuan orang ramai terhadap sosok yang bernama Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia menimbulkan banyak persoalan.

Adakah Ku Li bakal mencuri tumpuan untuk hari-hari yang berikutnya sebagai individu yang bakal mencetuskan suatu keadaan politik di luar dari kotak pemikiran pemerhati politik dan orang ramai waktu ini?

Ku Li kini seorang tokoh yang dilihat berada di tengah-tengah pertentangan politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Ku Li tidak dilihat terlalu mempertahankan BN dan sekutunya, serta tidak pula terlalu menyerang PH.

Ku Li mempunyai paparan wajah Melayu-Islam-Raja yang sangat kental, menjadikan Ku Li dilihat seorang tokoh yang paling sesuai berperanan dalam negara yang berada dalam kecelaruan politik, pertentangan kaum-agama dan ancaman wabak Covid-19 yang tidak mengenal batas sempadan bangsa dan agama.

Apabila Ku Li yang bukan seorang ketua parti dipanggil mengadap ke bawah Duli Tuanku, seusai Datuk Seri Anwar, saya fikir mungkin kedua-dua pemimpin ini (Anwar-Ku Li) sudah mencapai kata sepakat menubuhkan sebuah kerajaan rakyat (people government).

Kerajaan rakyat itu nanti bakal akan menamatkan segera ketidakpastian dan ketidakstabilan politik yang jika tidak diatasi segera, boleh menjerumuskan negara ke kancah krisis politik yang berterusan dan tidak menemui titik noktahnya.

Adakah Ku Li adalah tokoh yang akan membawa ahli-ahli Parlimen Umno untuk menyokong penyatuan sebuah kerajaan rakyat?

Sama-sama kita tunggu dan saksikan.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/ku-li-ke-arah-penyatuan-sebuah-kerajaan-rakyat/

Lelaki Kelantan malas, suka lepak di warung kopi, kata Ku Li

1 KELANTAN KOMUNIS 21 ISLAM DALAM BAHAYA

1 ISLAM BUKAN MELAYU TERBAIK

Lelaki Kelantan malas, suka lepak di warung kopi, kata Ku Li

AuthorDianKdejaLv.7 Revolutioner
3106291422-3-2014 09:54 PM
Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini mengakui lelaki Kelantan malas dan menjadikan wanita atau isteri mereka sebagai “ketua” keluarga dengan bekerja mencari rezeki serta memenuhi keperluan hidup keluarga.

Bekas menteri kewangan itu berkata, daripada pemerhatiannya situasi itu membanggakan kerana melihatkan kehebatan wanita Kelantan dengan menikmati kebebasan yang merupakan sesuatu perkara yang dituntut dan diperjuangkan oleh wanita Barat.

“Kita sering dipaparkan dengan gambaran mengenai kegigihan wanita Kelantan berniaga dan bercucuk tanam sedangkan suami mereka melepak di warung, menghabiskan waktu dengan aktiviti tidak bermanfaat dan tidak menepati keutamaan.

“Kenyataan ini menghina lelaki Kelantan dan saya sebagai salah seorang yang terkait tidak suka dengannya tetapi terpaksa menerima kerana sememangnya terdapat lelaki Kelantan yang begitu sikapnya,” katanya semasa merasmikan pelancaran buku Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Petaling Jaya hari ini.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Li berkata, bekas menteri besar Kelantan sendiri pernah mengeluarkan kata-kata pedih menyindir lelaki Kelantan yang malas bekerja dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, senario itu lebih ketara pada waktu dahulu dan ia masih wujud di zaman sekarang walaupun sudah tidak begitu ketara.

Bank selalu untung, BNM perlu berpihak kepada rakyat, kata Ku Li – (Bank Memang Menipu dan Mencuri).

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan era 80-an Tengku Razaleigh Hamzah berkata Bank Negara Malaysia perlu mengambil pendirian yang memihak kepada peminjam, di sebalik kontroversi akibat kekeliruan mengenai moratorium pinjaman bank baru-baru ini.

“Apalah sangat jumlah pendapatan beberapa bulan yang hilang daripada faedah pinjaman sewa beli yang tidak kemas ini? Bertimbang rasalah,” katanya kepada FMT.

“Sepatutnya sebagai sebuah badan penyelia kewangan, BNM, di waktu sebegini, perlu berada di sisi peminjam.”

Kontroversi timbul selepas pengumuman BNM dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) mengenai tawaran moratorium pinjaman sewa beli baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan peminjam.

Loading…

Kenyataan mereka dilihat berbeza daripada apa yang difahami sebelum ini oleh peminjam yang mengambil tawaran moratorium bagi pinjaman sewa beli, susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Soalan lazim atau FAQ diedarkan BNM Mac lalu antara lain dikatakan menyatakan bayaran bulanan sewa beli tidak akan berubah sebelum dan selepas tempoh moratorium 6 bulan.

Bagaimanapun, ABM baru-baru ini menggariskan 2 pilihan kepada peminjam yang memilih moratorium.

Ia sama ada mereka membayar penangguhan ansuran terkumpul 6 bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan, atau memilih untuk meneruskan pembayaran ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan 6 bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

Ini bermakna terdapat faedah ke atas faedah yang tertangguh bayaran kerana mengambil tawaran moratorium.

Loading…

Kenyataan ABM kemudiannya disahkan BNM yang turut mengumumkan perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islam berkadar tetap.

Menurut BNM, peminjam perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran menyertai moratorium supaya sah di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Keputusan itu dianggap U-turn oleh beberapa pihak yang mempersoalkan jika pihak berkuasa kini menyebelahi bank yang menanggung kerugian kerana menawarkan moratorium ini.

Tengku Razaleigh yang bersimpati dengan orang ramai, mengingatkan bank komersial bahawa industri perbankan adalah satu-satunya industri yang sentiasa untung.

“Dengan ‘lockdown’ atau separa ‘lockdown’, sama ada kita kerja mahupun tidak, sebenarnya sewaktu semua orang sedang tidur, mereka sedang menjana keuntungan,” katanya.

“Meskipun dengan moratorium, industri bank mendapat keuntungan daripada pinjaman yang lain. Mereka tidak mungkin rugi melainkan mereka mencuri atau menipu.”

https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/bank-selalu-untung-bnm-perlu-berpihak-pada-rakyat.html
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/bank-selalu-untung-bnm-perlu-berpihak-pada-rakyat.html#ixzz6LGrDaPQX

 

KU LI GESA KERAJAAN TUBUH RCI KAJI KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA

KU LI GESA KERAJAAN TUBUH RCI KAJI KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA

1 PN PAU RAKYAT1 PN BARU

BERAPA KOS GAJI 72 MENTERI KeraJAAN PINTU BELAKANG MELAYU/ISLAM RASIS  SEBULAN ?

Ahli Parlimen Gua Musang, YB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li setuju dengan cadangan agar satu siasatan rapi dan mendalam dilakukan segera bagi menyiasat kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan dan negara.

Menurut Ku Li, jika ada sebarang penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dengan memutarbelitkan fakta dan keadaan yang sebenar, sehingga mengakibatkan rakyat, pelabur dalam dan luar negara serta institusi permodalan luar negara hilang keyakinan terhadap pimpinan dan ekonomi negara.

Malah mereka yang bertanggungjawab mesti diadili oleh Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen dan rakyat Malaysia dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dengan segera yang mengandungi terma yang jelas termasuk menghukum mereka yang telah secara langsung atau tidak langsung menjejaskan ekonomi negara.

Justeru rakyat amat mengharapkan agar kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dapat melakukan pembaharuan dalam negara dengan berani melaksanakan RCI demi kepentingan rakyat dan negara.

KU LI GESA KERAJAAN TUBUH RCI KAJI KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA