Tolak Belanjawan Rakyat Dan Penjawat Awam Sengsara (Aqidah Aswaja-Melayu/Islam), Naib Presiden Pas

Jika PH tolak belanjawan rakyat dan penjawat Awam akan sengsara dakwa naib presiden Pas

Bukan suatu yang pelik sekiranya Pakatan Harapan (PH) selaku pembangkang hari ini tidak menyokong Belanjawan 2021 yang buat pertama kalinya dibentangkan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata adakah seandainya dalam Belanjawan 2021 kerajaan meneruskan bantuan moratorium secara automatik dan membenarkan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluar sebanyak RM10,000, adakah mereka akan terima?

Walaupun kita (kerajaan) kata adanya moratorium dilanjutkan dan KWSP dibenarkan keluar RM10,000 sekali pun, saya yakin dan percaya pihak pembangkang tetap juga akan menolak.

“Sudah terang lagi bersuluh sikap mereka ini untuk buktikan bahawasanya rakyat bersama dengan mereka. Sedangkan tindakan mereka itu (tidak menyokong) yang merugikan (mangsa) adalah rakyat terutama penjawat awam,” katanya kepada Harakahdaily.

Terdahulu, dalam satu kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menyatakan pihaknya tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika pihak kerajaan tidak meminda beberapa perkara sebagaimana yang dinyatakan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ustaz Idris menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan itu amat mendasari seluruh keperluan rakyat terutama pembelaan terhadap B40 yang merupakan golongan agak ketinggalan dalam sudut ekonomi.

Bagaimanapun, beliau menekankan penting kepada kerajaan PN supaya memastikan tidak berlaku ketirisan agar sumbangan kerajaan untuk rakyat yang telah dibentangkan dalam Bajet 2021 sampai kepada rakyat.

Sumber berita

Arak atau Rasuah merosakkan orang melayu?presiden patriot bidas Menteri Pas

Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji membidas kenyataan Ahmad Shaary Marzuk Shaary mengenai kemungkinan memperluas larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara.

Ini berikutan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan memperkenalkan larangan itu di Kuala Lumpur mulai Oktober tahun depan.

Patriot menyeru Ahmad Marzuk dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk lebih fokus menangani masalah rasuah.

“Kami ingin meminta Ahmad Shaary untuk memberitahu kami mana yang lebih jahat – minum arak atau rasuah? Mana yang lebih merosakkan masyarakat dan negara kita? Kejahatan mana yang paling menarik orang Melayu?

Kepada Annuar dan Ahmad Shaary, beritahu kami di antara dua kejahatan ini, mana yang harus diambil tindakan terlebih dulu – menentang larangan minuman keras atau untuk membasmi rasuah di kalangan masyarakat Melayu,” kata Arshad.

Arshad turut menyifatkan kenyataan Ahmad Marzuk sebagai campur tangan dalam urusan orang bukan Islam.

Arshad turut menyifatkan larangan berkenaan “tidak perlu dan tidak masuk akal”.

“Orang ramai, terutama orang bukan Islam, memperhatikan apa yang telah dinyatakan oleh pemimpin PAS sebelum ini.

“Orang bukan Islam sering diberi jaminan bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan yang berkaitan dengan Islam dan urusan Islam, termasuk isu Hudud.

“Orang bukan Islam diberitahu bahawa mereka boleh mengambil makanan tidak halal selagi agama mereka mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kegagalan berpegang pada prinsip itu akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap Ahmad Marzuk dan pihaknya.

Semalam, Ahmad Marzuk, yang merupakan exco dewan Pemuda PAS Kelantan, mengatakan bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluas larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka, dan juga kedai ubat di seluruh negara.

Annuar sebelum ini menjelaskan bahawa garis panduan
baru mengenai lesen minuman keras itu dibuat setelah melakukan tinjauan
mengenai panduan yang digunakan di negara lain sebelum pelaksanaannya
di sini.

Sumber berita

https://m.malaysiakini.com/news/552005

Malaysia Tiru Zimbabwe cetak wang kerana mahu cepat kaya

[VIDEO] Pengalaman negara Zimbabwe cetak wang kerana mahu cepat kaya

Pengalaman negara Zimbabwe cetak wang kerana mahu cepat kaya

Kebanyakan negara seluruh dunia cuba mendapatkan wang pantas dengan cara mencetak lebih banyak wang, namun ia sangat jarang berlaku dengan baik.

Ini adalah kerana, jika semua orang mempunyai wang, kesemua produk akan meningkat naik harganya, dan mereka memerlukan lebih banyak wang untuk membeli produk tersebut.

Sebenarnya, perkara ini telahpun berlaku di beberapa negara seperti Zimbabwe, dan Venezuela. Negara ini cuba mencetak wang kertas dengan banyak supaya menjadikan ekonomi negara mereka meningkat.

Apabila wang kertas ini dicetak dengan banyak, harga produk juga akan meningkat lebih banyak, sehinggakan negara negara ini mula mengalami sesuatu yang sangat dasyat iaitu “hyperinflation”.

Ia bermaksud harga akan naik dengan jumlah yang sangat luar biasa dalam setahun.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=iS-XtMshsTw&ab_channel=APHDChannel

ANNUAR MUSA SELEWENG RM129 JUTA DANA MARA

Lengkap pendedahan bagaimana RM129juta dana MARA diseleweng dalam pembelian hartanah di Australia. Sila sebarkan agar rakyat tahu.Dokumen lengkap, gambar di http://rafiziramli.com/…/penyelewengan-rm63-juta-dana…/

PENYELEWENGAN RM63 JUTA DANA MARA DALAM PEMBELIAN HARTANAH KEEMPAT, JUMLAH PENYELEWENGAN RM129 JUTA DANA MARA

Hartanah keempat yang dimiliki oleh MARA Inc di Australia ialah sebanyak 281 unit kediaman untuk pelajar-pelajar di sebuah bangunan yang beralamat 746 Swanston Street, Melbourne. Kediaman ini diuruskan di bawah jenama Unilodge iaitu sebuah syarikat penyediaan kediaman pelajar yang ternama di Australia.

Mengikut dokumen dalaman MARA yang dibentangkan kepada Tan Sri Annuar Musa pada 20 Mei 2014, unit-unit kediaman ini dibeli pada harga RM138.6 juta (atau AUD$41.8 juta) pada 28 Ogos 2012.

Di Australia, setiap jual beli sesebuah hartanah selalunya dilaporkan dan harga jual beli akan dimuatkan di laporan-laporan hartanah yang boleh diperolehi secara percuma kerana ketelusan sektor hartanah di negara itu. Malah, harga pasaran sesebuah hartanah juga boleh disemak dengan mudah.

NOW telah membuat semakan ringkas dengan sebuah perunding hartanah OnTheHouse di lamannya www.onthehouse.com.au untuk mendapatkan sejarah urusniaga jual beli yang melibatkan unit-unit di 746 Swanston Street serta nilaian terkini hartanah tersebut.

Carian NOW di www.onthehouse.com.au pada 1 Julai 2015 jam 537 petang (seperti tertera di mukasurat atas laporan yang disertakan bersama) mengesahkan bahawa sepanjang tahun 2012 (tahun MARA membeli unit-unit hartanah ini), hanya ada 6 urusniaga jual beli melibatkan unit-unit di alamat itu. Daripada 6 urusniaga jual beli tersebut, hanya ada satu jual beli yang melebihi dari satu unit dan dilabelkan sebagai unit S5, 746 Swanston Street (S5 mewakili 281 unit yang dibeli).

Urusniaga itu dilaporkan berlaku dalam bulan November 2012 pada harga AUD$23.5 juta (atau RM75.7 juta pada kadar tukaran AUD$1 bersamaan RM3.22 pada tarikh jual beli 28 Ogos 2012) mengikut laporan www.onthehouse.com.au

Ini bermakna, terdapat perbezaan harga jual beli sebanyak RM63 juta diantara jumlah yang dilulus dan dilaporkan oleh MARA (iaitu RM138.6 juta seperti di dalam laporan dalaman MARA) dan jumlah harga jual beli yang dilaporkan perunding hartanah bebas (iaitu RM75.7 juta).

Jumlah ini berkemungkinan adalah jumlah yang diselewengkan kerana jumlah yang diluluskan oleh MARA tidak semuanya digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746, Swanston Street yang dilaporkan bernilai lebih kurang separuh dari peruntukan yang dibelanjakan dan dilaporkan oleh MARA Inc.

Persoalannya: jika dana MARA sebanyak RM63 juta ini tidak digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746 Swanston Street, ke manakah dana RM63 juta ini diselewengkan dan siapakah yang mendapat laba dari skim pembelian hartanah ini?

Semakan nilaian semasa unit-unit hartanah milik MARA ini juga menunjukkan nilaian semasanya adalah sekitar AUD$23.6 juta ke AUD$26.6 juta, iaitu hampir separuh dari jumlah yang dibelanjakan oleh MARA Inc untuk membelinya dalam tahun 2012. Ini juga bermakna pada kadar tukaran matawang terkini, nilaian maksima unit-unit hartanah ini hanyalah RM77 juta yang menyebabkan MARA Inc akan kerugian RM62 juta jika MARA Inc menjual unit-unit hartanah ini sekarang.

Oleh yang demikian, rumusan penyelewengan pembelian keempat-empat hartanah MARA di Australia adalah seperti berikut:

Dudley House RM15.2 juta

333 Exhibition Street RM33 juta

51 Queen Street RM18 juta

746 Swanston Street RM62.9 juta

Jumlah RM129 juta

Walaupun pihak berkuasa di Malaysia akan memberikan pelbagai alasan bahawa urusniaga-urusniaga ini tidak menyalahi undang-undang dan besar kemungkinan tiada tindakan lanjut akan diambil, sebarang urusniaga di Australia yang dilihat cuba menyembunyikan harga sebenar boleh disiasat bagi kesalahan mengelak cukai (tax evasion) dan mengubah wang haram (money laundering).

Oleh itu, Saudara Akmal Nasir akan berada di Melbourne, Australia minggu depan dari 10 hingga 14 Julai 2015 untuk membuat laporan dengan pihak-pihak berkuasa Australia agar keempat-empat urusniaga melibatkan MARA ini disiasat bagi kesalahan mengelak cukai dan mengubah wang haram.

Hanya dengan cara ini individu dan pihak yang terlibat boleh dibawa ke muka pengadilan bila mana kes-kes penyelewengan yang nyata seperti ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Isnin ini (6 Julai 2015),

NOW akan mendedahkan individu-individu di belakang urusniaga ini dan bagaimana urusniaga ini dilaksanakan di Australia.

RAFIZI RAMLI

AKMAL NASIR

Pengarah Eksekutif

NOW2 Julai 2015

http://tukartiub.blogspot.com/2016/04/rasuah-dan-jual-agama.html

Zahid lantik Annuar Musa sebagai setiausaha BN sekadar nak jaga maruah sahaja – Nur Jazlan

Zahid lantik sebagai setiausaha BN hanya untuk jaga maruah Annuar – Nur Jazlan

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa patut sedar bahawa beliau sudah lama ditolak oleh akar umbi UMNO.

Jelas beliau, tindak tanduk Ahli Parlimen Ketereh itu yang selalu mempertahankan Bersatu dan menjadi ‘jurucakap’ parti itu membuatkan ahli akar umbi UMNO sudah muak.

“Saya dapat rasakan tindakan pengurusan UMNO melantik Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung UMNO menggantikan Annuar sebagai isyarat penolakan pemimpin dan ahli UMNO terhadap beliau.

“Namun demi memberi muka dan menjaga maruah Annuar, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik beliau sebagai Setiausaha Agung BN.

“Mungkin pucuk pimpinan parti membuat keputusan berdasarkan suara akar umbi yang sudah jemu dengan tingkah laku Annuar yang mementingkan diri sendiri bagi memastikan tidak berlakunya pertembungan calon di Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Annuar yang mahu pucuk pimpinan UMNO mendengar suara akar umbi dalam menentukan kerjasama politik pada PRU15 nanti.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut mempelawa Annuar bertanding di kerusi Parlimen Pulai jika benar beliau seorang pejuang yang sentiasa boleh membawa kemenangan kepada UMNO.

Ujar Nur Jazlan, jika hanya bersandar kepada rekod bertanding di kerusi majoriti Melayu dan mudah menang, Annuar tidak boleh terlalu mendabik dada.

“Saya berbesar hati mempelawa Annuar bertanding di kerusi Parlimen Pulai yang majoritinya 48 peratus pengundi Melayu, 40 peratus orang Cina dan 12 peratus undi India, barulah dia (Annuar) boleh buktikan dia benar-benar winnable candidate atau pejuang kental UMNO.

“Sekurang-kurangnya saya sudah tiga penggal berjuang, bertanding dan menang di kerusi yang susah untuk menang itu, tapi saya tak pernah membangga diri,” katanya.

Nur Jazlan membidas sindiran Annuar terhadap dirinya dalam laman Facebook bahawa Menteri Wilayah itu mendakwa beliau sekurang-kurangnya menyumbang satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN kepada UMNO berbanding bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang kalah di Pulai pada PRU14 lalu.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/111374/BERITA/Politik/Sudah-lama-akar-umbi-UMNO-tolak-Annuar-dakwa-Nur-Jazlan

Gabungan besar antara UMNO, PPBM dan PAS – Tan Sri Annuar Musa

Saya ada terbaca berkenaan pandangan Tan Sri Annuar Musa yang inginkan gabungan besar antara UMNO, PPBM dan PAS.

Tan Sri Annuar Musa adalah sahabat saya, semasa saya di Pejabat Perdana Menteri, beliau pernah beberapa kali datang melawat saya di pejabat.

Walaupun pandangannya akhir-akhir ini banyak berbeza dengan pandangan saya terutamanya tentang hubungan UMNO dengan PPBM, saya masih anggap dia sebagai kawan; dalam politik perbezaan pendapat adalah perkara biasa.

Pendirian saya berkenaan hubungan UMNO dan PPBM adalah jelas sejak dari mula dahulu semenjak langkah Sheraton pada bulan Mac tahun ini, iaitu kita perlu berwaspada dan berhati-hati.

Kerana apa-apa hubungan atau penyatuan yang dibuat perlulah berasaskan sebab yang ‘genuine’ dan ikhlas, dan bukan kerana kesesuaian politik segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas keadaan semasa.

Penyatuan yang dibuat berasaskan kesempatan semasa tanpa keikhlasan biasanya tidak akan berkekalan dan akan merugikan.

Ramai orang-orang UMNO dari akar umbi sehinggalah ke kepimpinan tertinggi yang berpengalaman mahupun yang segar telah nampak akan hal ini, sebab itu mereka juga tidak bersetuju dengan penyatuan dengan PPBM.

Oleh itu jika hubungan dengan PPBM ini dipaksakan juga, ia akan memecahbelahkan UMNO dari dalam.

Apa guna kita bergabung dengan orang lain jika disebabkan gabungan itu rumah tangga kita sendiri akan berpecah belah.

Jika sebab penyatuan dengan PPBM ini adalah kerana kononnya untuk menang bergaya dalam PRU-15, pandangan seperti ini jauh tersasar sebab jika UMNO berpecah belah, kita akan kalah sebelum pun pergi berperang.

Bagaimanakah kita mahu pergi berperang dan berjuang bermatian jika askar-askar kita di lapangan tidak percaya atau was-was kepada motif dan arah tujuan peperangan tersebut?

Apabila ini berlaku maka kita tidak boleh menang: yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran; dan yang diimpi cabut lari, yang di rumah makan diri.

……..

Saya dimaklumkan bahawa PPBM telah menyasarkan untuk bertanding di banyak kawasan-kawasan UMNO.

Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang kita telah kalah pada PRU-14 yang lepas.

Namun kebanyakan kawasan-kawasan ini adalah kawasan tradisi UMNO yang telah kita menangi banyak kali dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini iaitu sebelum PRU-14.

Ada juga kawasan-kawasan lompat yang kita tidak pernah kalah pun namun akan terpaksa (atau dipaksa) beri laluan kepada pelompat parti dalam PPBM.

Biasanya, dalam apa-apa peperangan atau perjuangan, jika kita kalah sesuatu kawasan atau kubu, kita akan cuba mendapatkannya kembali terutamanya jika kita hanya kalah sekali sahaja di kubu kita itu sebelum ini.

Namun jika kita memberikan laluan kepada PPBM begitu sahaja di kawasan-kawasan ini, maka belum apa-apa lagi kita telah mengangkat bendera putih dan dengan mudah menyerahkan kubu-kubu kita ini kepada pihak yang sebelum ini menentang kita, hanya kerana kononnya mereka kini “telah berdamai dengan kita dan akan menjaga kepentingan kita”.

Ini bukanlah suatu strategi dan keputusan yang waras atau bijak.

Sebab itu pada hemat saya kita perlu meneliti betul-betul cadangan gabungan besar atau “grand coalition” ini secara mendalam dan tidak hanya melihat pada atas permukaan atau mengikut-ngikut apa yang pihak lain buat.

Kerana jika kita silap maka UMNO akan berpecah dan jatuh, dan jika UMNO terkubur maka akan terlunjurlah jua satu faktor besar dalam perjuangan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

Salam,
ISHAM JALIL
Marhaen UMNO

Komen……U are right. Lebih baik UMNO kalah bertempur drp kalah dgn tunduk kpd Bersatu & PAS. Lagi pun dlm pertandingan skurang²nya 3 penjuru dgn PAS & Bersatu, UMNO tetap punyai kelebihan dgn sb musuh yg satu telah berpecah kpd PN, PH & blok ketiga.

YB = Wakil rakyat = wakil yg dipilih rakyat melalui praya. Dgn yg dmikian seseorg senator & ADUN lantikan DUN x layak diberikan tittle YB. Juga x layak utk seseorg senator n ADUN lantikan nikmati gaji & elaun setara YB yg dipilih rakyat. Buat perabis boras n gula negara serta memualkan rkyt. C&P.