Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PH Lebih Baik Dari Umnopas Bagaikan Langit Dan Bumi.

No photo description available.

Kerajaan Sedia Peruntukan Untuk Usahawan Madu Kelulut

SIDANG PARLIMEN – BAGI meningkatkan pengeluaran madu kelulut dan menarik penyertaan belia dalam industri berkenaan, kerajaan menyediakan peruntukan kepada yang berminat menceburi bidang penternakan dan penghasilan madu itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, antaranya bawah Program Agropreneur Muda, peserta daripada golongan belia diberi bantuan dengan sasaran pengeluaran minimum 25 kilogram sebulan.

“Daripada jumlah itu, 20 peserta dibantu di bawah Program Agropreneur Muda berjumlah RM300,000 dalam bentuk input seperti sarang dan bongkah untuk pemeliharaan dan pengeluaran madu kelulut,” katanya.

Diskaun bil elektrik buat pengusaha taska

SEBANYAK 3,398 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) di Semenanjung Malaysia akan menerima manfaat diskaun 20 peratus bil elektrik mulai November ini hingga Disember tahun depan.

Inisiatif itu diberikan hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) selaras Program Galakan Pendaftaran Taska dijalankan KPWKM.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, kementerian berharap inisiatif ini akan dapat mengurangkan beban dan kos ditanggung pemilik serta pengusaha taska.

Beliau berkata, diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus ini diberikan hasil penjimatan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) yang dilaksanakan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Semenanjung Malaysia.

“Pemberian ini adalah berdasarkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan untuk memantau operasi taska di negara ini.

“Dianggarkan populasi taska bagi kanak-kanak di bawah empat tahun di negara ini adalah berjumlah 40,000 namun, hanya 11.9 peratus atau 4,744 buah daripadanya sudah berdaftar dengan dengan JKM,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Katanya, beliau berharap lebih ramai pengusaha taska berdaftar dengan JKM sekali gus merebut peluang diskaun bil elektrik berkenaan.

Yeoh berkata, pemberian diskaun ini hanya terpakai kepada pemilik dan pengusaha taska yang berdaftar dengan JKM di Semenanjung Malaysia dan taska itu juga dikenakan bil elektrik di bawah kategori tarif komersil (Tarif B) oleh TNB.

“Selain itu, bagi taska yang sudah berdaftar dengan JKM, pemberian diskaun akan bermula 1 November ini sehingga 31 Disember tahun depan. Bagi taska yang akan berdaftar dengan JKM, pemberian diskaun akan bermula mulai 1 November ini atau pada tarikh mereka berdaftar sehingga 31 Disember 2019,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga akan mengadakan perbincangan dengan Sarawak Energy Bhd (SEB dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) supaya pemberian diskaun ini dapat dinikmati sama oleh pemilik dan pengusaha taska di Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Bee Yin berkata, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi program diskaun bil elektrik berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500881/diskaun-bil-elektrik-buat-pengusaha-taska?fbclid=IwAR0dWjs1acwqiU3zGagDM9ci-nvPXjh1vr6wPP2tXNgs7zOuo8FAIswT3WA

Projek Perumahan Rakyat Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan

Image may contain: 2 people, beard and text

Terbukti PH lebih baik

PRU Ke-14 Membuktikan Kuasa Rakyat Dapat Mengalahkan Kuasa Diktator

Amanat cai
Dr Muhaimin Sulam
8:43 pagi (Dikemaskini 8:43 pagi)
Cukuplah peristiwa gugurnya setandan pimpinan secara serentak dalam suatu pemilihan empat tahun menjadi pengajaran. Sayangnya sejarah tersebut tiada dalam kamus pemikiran anggota Amanah yang pelbagai itu, terutama dalam kalangan yang menyertai parti selepas PH menawan Putrajaya pada 2018.

Maka mereka yang baru berusia setahun jagung mengorak langkah gagah. Mereka meredah adab dan kesusilaan bersiasah. Demokrasi difahami hanya dari persoalan angka. Sesiapa yang mempunyai angka besar bolehlah mendakwa memiliki kuasa.

Sedangkan demokrasi bukanlah semata-mata itu. Demokrasi juga membabitkan soal keadilan, kesejahteraan dan faedah yang dinikmati bersama.

Sayangnya persoalan-persoalan tersebut kurang dititikberatkan terutama dalam kalangan ahli politik yang tinggi angan impiannya.

Dalam sistem demokrasi, rakyat – atau pengundi – dikatakan mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin. Itulah yang disebutkan sebagai “kuasa rakyat”.

Rakyat atau orang awam berasa megah dan hebat kerana kuasa yang kononnya milik mereka.

Hakikatnya “kuasa rakyat” hanya tertera dalam buku atau nota-nota di universiti. Rakyat atau pengikut adalah alat paling ampuh untuk mendapat kuasa.

Dalam politik sebenar, rakyat atau pengikut tiada kuasa mutlak bagi menentukan pemimpin mereka. Sebaliknya rakyat atau pengikut terpaksa memilih antara pilihan yang ditentukan oleh unsur-unsur yang ada dalam sistem.

Acuh tak acuh

Unsur-unsur tersebut boleh dimanipulasikan oleh mereka yang mempunyai keinginan memperolehi faedah daripada unsur-unsur tersebut.

Antaranya, penggunaan ‘cai’ menjelang hari pemilihan.

Cai adalah senarai calon yang dicadangkan untuk disokong atau sebaliknya. Oleh kerana sebahagian pemilih tidak mengenali calon-calon yang bertanding, cai ini membantu mereka untuk membuat pilihan.

Pihak yang menyediakan cai mempunyai agenda mengatur organisasi agar mengikut kepentingan mereka. Pemilih yang malas berfikir dan membuat penilaian secara objektif, biasanya tanpa soal hanya memilih berasaskan cai yang disediakan.

Malas berfikir dan tiada keinginan membuat penilaian secara objektif lahir dari sifat tidak serius, acuh tidak acuh dan ketiadaan idealisme perjuangan. Dalam benaknya hanya perut dan tembolok sendiri yang dipentingkan.

Sesetengahnya bukanlah kerana perut dan tembolok sebaliknya didorong jiwa tanpa semangat, emosi dan juga akibat doktrinisasi yang merosakkan deria kebijaksanaan. Ia hanya mengikut navigator yang disediakan.

Amanah yang lahir daripada perpecahan PAS mempunyai unsur yang diwarisi dari tembuni asalnya. Secara politiknya, keadaan ini tentulah cuba dinafikan oleh kedua-dua pihak yang saling menganjingkan.

Bahkan kewujudan Amanah sendiri adalah sesuatu yang lahiriah dalam sistem demokrasi.

Semangat berpuak-puak wujud dalam semua masyarakat. Itu adalah sifat semula jadi masyarakat. Yang dilarang adalah semangat berpuak melampau.

Islam menganjurkan kesederhanaan. Semasa Nabi Muhamad SAW berhijrah ke Madinah, wujud golongan Muhajirin dan Ansar. Kedua-dua golongan atau puak ini disatukan oleh Muhamad sehingga membentuk kekuatan Islam.

Dalam keadaan kritikal, kadangkala semangat berpuak-puak akan terpancut keluar. Sewaktu kewafatan Nabi Muhamad SAW dan Sayidina Ali mengurus pengkebumian baginda, sebahagian sahabat berhimpun di Bani Saqifah bagi memutuskan siapa yang akan memimpin umat selepas ketiadaan nabi.

Nak kembali ke jahiliah

Ketika itu, para sahabat berbincang dan butiran perbincangan awalnya – secara bawah sedar – timbul istilah Ansar dan Muhajirin yang wajar menggantikan tanggung jawab kepemimpinan pada masa itu.

Keadaan dapat diselamatkan apabila Sayidina Umar al-Khattab memberi baiah kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah.

Baiah tersebut kemudian diikuti oleh semua yang hadir.

Begitulah peristiwa selepas Perang Bani Mustaliq. Berlaku fitnah ke atas isteri Muhammad, iaitu Aishah RA.

Ketika itu berlaku salah faham dalam kalangan sahabat. Sentimen assabiyah dan perbezaan latar di antara Muhajirin dengan Ansar pun terpacul keluar.

Muhammad menegur dengan bersabda: “Apakah kamu hendak kembali ke zaman jahiliyah, sedangkan aku masih bersama dengan kamu?”.

Sentimen perpuakan sebegitu hanya merosakkan organisasi.

Baca Firaun dan Qarun bertopeng PH

Perpuakan boleh wujud melalui persamaan unsur-unsur yang mengikat sesuatu kelompok. Mungkin unsur itu adalah faktor negeri, bangsa, agama, universiti, jemaah asal, pengalaman bersama, pendekatan dan sebagainya.

Persamaan tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti slogan yang kelihatan seperti bersifat universal dan berjiwa besar.

Slogan-slogan dalam politik adalah satu bentuk strategi pemasaran pengaruh. Ia adalah tentang promosi dan propaganda.

Pengikut yang singkat pemikirannya akan terpengaruh dengan iklan-iklan politik yang ditawarkan. Dalam keadaan begitu mereka tidak lagi mengambil kira aspek kualiti kepemimpinan yang sewajarnya menjadi keutamaan dalam memilih pemimpin.

Situasi ini wujud dalam semua organisasi.

Oleh kerana mauduk artikel ini ialah tentang Amanah, bukanlah bermakna parti-parti lain tiada isu yang serupa. Parti mana, dan apa jua organisasi masyarakat mempunyai akan memiliki tabiat yang lebih kurang sama.

Ini adalah persoalan pemikiran masyarakat Melayu yang masih dikuasan ‘minda tertawan’.

Istilah ‘minda tertawan’ merujuk kepada ketidakupayaan seseorang berfikir secara kendiri, kurang mengkaji, lebih suka mengekori dan hanyut mengikut arus.

Ada nilai-nilai kepandiran yang naif dan lurus bendul walaupun di sana sini memang wujud kejujuran dan keikhlasan.

Dua kutub berbeza

Sistem pemilihan tampuk kepimpinan dalam Amanah lebih kurang sama dengan sistem koperasi. Sistem begitu dapat mengelakkan organisasi dikuasai oleh sesuatu puak atau rejim.

Sistem begini menjadikan Amanah lebih demokratik.

Namun idea inklusif dibawa Amanah membuka ruang seluas-luasnya untuk puak-puak Qabil – atau kelompok berkepentingan – menyusup dalam kerangka organisasi.

Setelah puak Qabil berkuasa, kelompok Habil yang ikhlas berjuang akan dibunuh tanpa rasa bersalah.

Perbahasan puak Qabil dan Habil telah saya huraikan dalam dua artikel sebelum ini.

Perlu diingat, Habil dan Qabil, kedua-dua adalah putera Nabi Adam AS. Kedua-dua pihak akan mengatakan bahawa mereka adalah saudara sedarah daging.

Hakikatnya, mereka adalah mewakili kutub masyarakat yang berbeza sama sekali.

Dalam konteks organisasi seperti parti, perpuakan yang ada masih dalam kerangka organisasi. Namun jika perpuakan itu melewati batas rasional, tunggulah saja saat kerosakan organisasi.

Apabila pertembungan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan organisasi, ia membawa makna persaudaraan dan kesetiakawanan akan terusir dari dalam diri.

Cai bukan panduan memilih pemimpin, sebaliknya ia mekanisme mencabut kebijaksanaan ahli membuat penilaian kualiti kepimpinan secara lebih objektif.

Cai adalah petanda bahawa pemimpin memiliki pengikut yang tidak berkualiti. Kerja pengikutnya hanya tukang angguk dan tukang kipas.

Negara tidak boleh dibina oleh pemimpin yang memiliki sejuta tukang kipas dan tukang angguk!

DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.

https://web.facebook.com/faiz.fadzil.585/posts/420565752136208

Elaun Pelatih Bawah Kerajaan Kini Akan Dibayar

Image may contain: text

Kutipan SST 2019 diunjurkan RM22 bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengunjurkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang diperkenalkan semula pada 1 September 2018, berjumlah RM22 bilion bagi keseluruhan tahun 2019, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.
Selain menjadi sumber pendapatan negara, beliau berkata, pengenalan semula sistem percukaian SST bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu telah banyak membantu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
“Ia melalui penjimatan daripada cukai tidak langsung semasa SST berbanding yang perlu dibayar oleh mereka sewaktu pengenaan cukai GST.
“Pengenalan semula SST secara amnya tidak menyebabkan berlaku kenaikan pada harga barang dan perkhidmatan. Sebagai contoh Indeks Harga Pengguna (IHP) tidak menunjukkan peningkatan ketara,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang ingin tahu anggaran pendapatan kerajaan di bawah sistem percukaian SST dan sama ada sistem percukaian itu berkesan dalam mengurangkan kos sara hidup.
Amiruddin berkata, skop pengenaan cukai jualan dan perkhidmatan di bawah sistem SST adalah lebih kecil berbanding di bawah sistem GST di mana pelbagai jenis barang dan keperluan asas pengguna seperti barang makanan asas tidak dikenakan cukai jualan.
Mengenai cukai perkhidmatan, beliau berkata cukai hanya dikenakan ke atas beberapa jenis perkhidmatan tertentu sahaja.
Menjawab soalan tambahan Mojuntin mengenai bagaimana kerajaan menangani ‘shortfall’ lebih RM20 bilion berbanding pendapatan cukai semasa GST dilaksanakan berjumlah RM44 bilion, Amiruddin mengakui bahawa ‘short fall’ memang berlaku, namun memberi komitmen bahawa kerajaan akan berusaha mengecilkan nilai ‘shortfall’ tersebut.
“Dalam usaha memastikan kerja-kerja pembangunan dan belanja mengurus negara dapat diteruskan, kerajaan optimis apabila ekonomi diuruskan secara lebih baik sehingga dapat meyakinkan pelabur masuk serta mewujudkan peluang perniagaan maka jumlah kutipan cukai-cukai berkenaan akan bertambah,” katanya. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/39600/BERITA/Nasional/Kutipan-SST-2019-diunjurkan-RM22-bilion?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Kutipan SST 2019 diunjurkan RM22 bilion&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/39600/BERITA/Nasional/Kutipan-SST-2019-diunjurkan-RM22-bilion?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Kutipan%20SST%202019%20diunjurkan%20RM22%20bilion&utm_content=&utm_term=

Semoga SST memberi manfaat untuk rakyat berbanding dengan GST yang hanya mengkayakan najib & kroninya sahaja.

HUTANG UNTUK MEMBANGUN NEGARA NORMAL-HUTANG NEGARA UNTUK NAJIB ITU TIDAK NORMAL

Image may contain: 1 person, text

Melalui perbicaraan2 kes korupsi Najib Razak, kita tahu Najib, keluarga & kroninya nikmati hasil daripada wang yang 1MDB & SRC pinjam daripada negara. Berbilion ringgit dipinjam, mungkin hanya 10% digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara. Selebihnya, Najib hidup mewah dengan wang itu. Najib juga ‘belanja’ kawan2 jenayahnya. Sampaikan kawan2 Najib setia hingga ke hujung nyawa.

Tak percaya, tanya Nik Abduh, Jho Low, Siregar dan ramai lagi penyangak2 negara!

Demi untuk membulatkan perut bangsat2 ini, kita semua kena tanggung pembayaran semula segala hutang2 tersebut. — with Nur Addah Aziz.

CUKAI GST DI LUAR NEGARA MALAYSIA MAMPU MELONJAKKAN PENUMBUHAN EKONOMI NEGARA SECARA MENDADAK TETAPI CUKAI GST DI MALAYSIA MAMPU MEMISKIN RAKYAT SECARA MENDADAK DAN MENJADIKAN NAJIB DAN UMNOPAS KAYA MENDADAK.

Tahniah PH Kerana Berjaya Mengurangkan Kadar Pengangguran Di Malaysia

Image may contain: 1 person