Segerakan Undang-Undang Mengikat Integriti Wakil Rakyat

1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 PARTI SYAITAN

 

Selagi mana Malaysia tidak ada akta berkaitan mengikat intergriti YB daripada dijual beli & khianat mandat rakyat , maka selamanya Malaysia akan dihidang dengan politik cacamerba .

Sejak 1961 isu ini tidak pernah selesai.

1961 – Kerajaan Pas Terengganu dikhianati
1977 – Kerajaan Pas Kelantan dikhianati
1985 – Kerajaan PBS Sabah diberi tekanan
1994 – Kerajaan PBS Sabah dikhianati
2008 – Kerajaan PR Perak Dikhianati
2020 – Kerajaan PH Pusat dikhianati , Kerajaan PH Melaka , Johor , Perak Kedah dikhianati

semua pengkhianatan ini bukan berdiri atas asas kukuh samada rasuah , rompak atau curi duit rakyat. Tapi hanya kerana nafsu sarakah , bergaduh sesama parti dan hilang jati diri . Dan inilah corak kepimpinan yang dilakar oleh orang tua hari ini untuk diceritakan kepada anak cucu kelak. Mereka diberi amanahb, kemudian mereka khianat tanpa rasa berdosa. Malah ada yang juak berkata ” padan muka sifulan , kami lompat tinggai dia..” tanpa sedikit rasa bersalah terhadap rakyat yang memberi kepercayaan. Apabila dipersoal , pandai mereka menyorok dibelakang singgahsana Tuanku .

” Ampun Tuanku beribu ampun , Sembah derhaka patik atas keputusan tuanku sekalian menghalalkan terus menerus kerja jahat politikus murahan ini..”

Sekali lagi , Rakyat harus mendesak agar digubal satu akta agar Wakil Rakyat yang dipilih tidak memainkan pilihan dan kepercayaan mejoriti rakyat. Mohon dicadang satu peraturan agar kerusi wakil rakyat itu harus berdiri atas satu parti yang kukuh , barulah SPR membenarkan parti itu bertanding . Jika wakil itu khianat atau mati , kerusi itu kekal milik parti dan boleh diganti oleh individu berkelayakan yang lain . Ini lebih wajar dan waras bagi mengekang kegilaan ahli politik dulu dan kini.

ABDULLAH SUADY RAMADHAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=581739532546693&id=133802037340447

https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=581739532546693&id=133802037340447&_rdc=1&_rdr