Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PASIR GUDANG ADALAH PETUNJUK PENYELEWENGAN ERA UMNO/BN !!!

1-MERUNTUHKAN NEGARA

PASIR GUDANG ADALAH PETUNJUK PENYELEWENGAN ERA UMNO/BN !!!

SPRM..SILA SIASAT !!!

GAGAL memasang alat amaran “early warning system” untuk menghidu pencemaran awal gas beracun Pasir Gudang.

Satu program bernama EQMP, usaha sama antara Kerajaan Negeri dan Swasta serta Kerajaan Persekutuan, ditandatangani pada tahun 2017 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM60 Juta

> PAKAR SCIENO TW SDN BHD

Telah dianugerah sebagai operator untuk program tersebut dari 2017 sehingga 2032 dengan kos pembelanjaan sebanyak RM855 juta, tambahan RM5 Juta setiap bulan atau RM167,000.00 sehari, namun masih gagal laksanakan tangungjawap utama mereka sebagai pihak yang pertama sepatutnya memantau keadaan alam sekitar dan maklumkan kepada kerajaan negeri tentang pencemaran awal yang berlaku.

> MESTECC RUJUK SPRM

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. YB Yeo Bee Yin telah menegaskan MESTECC akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan keatas perkara tersebut dan menggesa SPRM untuk menyiasat dokumen perjanjian antara Pakar Scieno TW Sdn Bhd tentang kegagalan program tersebut pada dasarnya.

> KEGAGALAN BERSIRI !!!

Dengan peruntukan tahunan sebanyak RM60 Juta, menelan hampir 30% budget tahunan Jabatan berkaitan, ia sepatutnya mengawal dengan pantas elakan penduduk dicemari bahan beracun. Bukan sahaja GAGAL semasa Sg Kim Kim dan gas beracun Pasir Gudang, malah program EQMP turut gagal tentang pencemaran di Kuala Koh dan Sg. Kelang.

Ini adalah antara Projek UMNO/BN yang Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa menanggung akibatnya, seperti di Johor, kegagalan UMNO/BN mengurus Projek JBiotech & Johor Wifi yang digelar sebagai Projek Gajah Putih UMNO/BN Johor.

Diharap SPRM bertindak efisyen menyelesaikan kemelut yang berlaku untuk kebenaran dan keadilan semua pihak yang terlibat.

CQ@#JohorMuafakat

CYBERTROOPER Umno Melancarkan Perang Saraf Siber Ke Atas DAP

1 media umno1 media fitnah umno

CYBERTROOPER Umno melancarkan perang saraf siber ke atas DAP untuk menjatuhkan Pakatan Harapan atas arahan Najib Razak, kata Lim Kit Siang.
Lim dalam kenyataan hari ini berkata beliau melihat sendiri mesej WhatsApp daripada Najib dan ibu pejabat perang saraf Umno kepada cybertrooper mereka untuk menyerang DAP bagi menyelamatkan Najib daripada dipenjara.
Menurut Lim, mesej WhatsApp itu berbunyi:
“Arahan dari HQ, sekarang pastikan setiap posting kita tumpu pada DAP dan kalau boleh gunakan kreativiti untuk kaitkan dengan isu bangsa dan agama
“Mengikut maklumat intel, akan ada pendedahan penyelewengan pemimpin Umno terbaru dari kerajaan, kita akan counter dengan kaitkan dengan DAP, pastikan team focus pada isu DAP tidak kira isu apa pun.”
Lim berkata mesej tersebut menjadi bukti ramalannya dua hari lalu bahawa terdapat perancangan baharu sedang giat dijalankan oleh Najib, Jho Low dan ibu pejabat perang saraf Umno.
Veteran DAP itu berkata, matlamat akhir perang saraf pembangkang itu jelas mahukan kehancuran PH dan menyelamatkan “duo kleptokratik Malaysia” daripada dipertanggungjawabkan ke atas skandal dana negara sarat hutang 1MDB.
Tambahnya lagi, mereka mahu memecah belahkan parti komponen PH dan ahli politik kerajaan dengan menggunakan konflik perkauman atau agama.
Pembangkang kini sudah ketandusan idea selepas strategi mereka sebelum ini tidak mendatangkan hasil, menyebabkan rancangan baharu menyerang DAP untuk melumpuhkan PH dilaksanakan, jelasnya lagi.
Menurutnya, taktik terbaru itu mahu menjadikan DAP sasaran dan memberikan gambaran wujud konflik kaum dan agama antara parti komponen PH.
Dalam tempoh beberapa jam selepas membuat kenyataan Isnin lalu, kata Lim, beliau membaca dua berita palsu mendakwa DAP menjadi pihak pendesak dalam pakatan pemerintah.
Walaupun sudah membuat penjelasan menafikan perkara itu, rencana sama diterbitkan laman Umno Online, katanya lagi.
Disebabkan perkembangan terbaru ini, beliau mengingatkan pemimpin PH supaya berhati-hati dengan teknik perang saraf pembangkang dan tidak terjebak jadi mangsa “politik jahat” mereka. C&P