YDPA tolak permohonan isytihar darurat. Otomatis PM bleh ditafsir hilang kpercayaan dari YDPA.

PM wajar letak jwtn ats dua fktur utama

  1. Tiada lagi majoriti. Dari 113 – 2 = 111 sdgkan minima majoriti ialah 112 org MP. 2 MP UMNO x lagi sokong PM iaitu Ku Li dgn bawa usul undi x percaya & Najib isytihar x sokong lagi PM melalui kempennya sokong Anwar.
  2. YDPA tolak permohonan isytihar darurat. Otomatis PM bleh ditafsir hilang kpercayaan dari YDPA.

Antara darurat dgn beri kemenangan percuma kpd Warisan di Batu Sapi, mana pilihan u? Org yg secerdik TSMY mmglah pilih darurat sb otaknya otak darurat wpun telah ditolak oleh YDPA & Mjlis Raja2 Melayu.

TSMY OUT

Datuk Dr Ir Apandi Ali DDAL

Mana Kejujuran Politik? Dr Puad https://t.co/g2gaGP6kxj

Panas !!! Ahli Parlimen Umno kemuka usul undi percaya untuk uji majoriti Muhyiddin?

Usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan dari ahli parlimen belah kerajaan, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Usul percaya, jika dikalahkan, bermaksud Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat .

“Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap perdana menteri, usul itu datang daripada sebelah kerajaan, tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dipetik oleh Utusan Malaysia dalam laporan edisi cetak hari ini.

Tidak jelas siapa yang mengemukakan usul undi percaya itu. PAS sebelum ini pernah mengemukakan usul serupa semasa sidang Parlimen terakhir pada bulan Julai lalu, tetapi ini tidak dibahaskan.

Di bawah aturan mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Sementara itu, Azhar juga mengesahkan Dewan Rakyat telah menerima lebih daripada 16 usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Azhar, bagaimanapun, memberitahu Utusan bahawa “banyak lagi usul penting telah diterima selain meletakkan fokus kepada pembentangan Belanjawan 2021”.

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa ahli parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad dan empat anggota parlimen yang berpihak kepadanya telah mengemukakan lima usul seumpama itu.

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mendesak supaya usul undi tidak percaya dikemukakan.

Speaker dalam sepuck surat bagi menjawab Razaleigh, berkata bahawa urusan bukan kerajaan hanya boleh mengatasi urusan kerajaan sekiranya ia mendapat sokongan daripada seorang menteri.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/548416

Panas !!! Pemuda Bersatu tetap mahu darurat, cadangan Tok Mat tak munasabah

Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) menyifatkan cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar semua parti memberi laluan kepada Warisan mengekalkan kerusi parlimen Batu Sapi sebagai “tidak munasabah.”

Pengerusi Biro Perundangan Armada Malaysia, Mohamad Siddiq Mohamad Azani, berkata pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) itu diadakan.

“Kenyataan timbalan presiden Umno mengenai keperluan darurat bagi mengelakkan PRK Batu Sapi adalah terjurus dari satu sudut pandang sahaja.

“Ini kerana sekalipun BN atau PN tidak meletakkan calon pada PRK Batu Sapi kali ini, ia tidak menghalang calon-calon bebas dan parti-parti tempatan lain yang ada di Sabah untuk meletakkan calon mereka.

“Sekiranya ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada pilihan lain melainkan terpaksa meneruskan proses pilihan raya merangkumi tempoh berkempen sehinggalah hari membuang undi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas pandangan Mohamad semalam bahawa (PRK) Batu Sapi tidak perlu diadakan sekiranya semua parti mengambil keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada Warisan memenangi kerusi itu.

Mohamad Siddiq (gambar) berkata yang lebih membimbangkan untuk mengadakan PRK adalah keselamatan dan kesihatan keseluruhan penduduk di Batu Sapi dan para petugas SPR yang akan terdedah kepada risiko penularan jangkitan wabak Covid-19.

“Kebimbangan petugas-petugas SPR ini bukanlah rekaan. Mereka akan terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini sekiranya pilihan raya diadakan.

“Pada 2 Okt lalu, SPR mengesahkan tiga orang petugasnya di PRN Sabah telah dijangkiti virus Covid-19.

“Ini merupakan antara faktor mengapa pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya diadakan,” katanya.

Menurut Mohamad Siddiq berdasarkan Perkara 54 dan 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas dewan dibubarkan atau berlaku kekosongan kerusi luar jangka.

“Atas kehendak undang-undang, pilihan raya ini tidak boleh ditangguhkan melainkan dengan pengisytiharaan darurat sahaja,” tambahnya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549102

Kelantan tak berhasrat lantik adun Umno sebagai exco – TMB

Kerajaan Kelantan sekali lagi menegaskan tidak akan ada sebarang pelantikan exco baru melibatkan Adun Umno.

Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah berkata, ketika PAS dan Umno memeterai kerjasama Muafakat Nasional (MN) pada September 2019, kerajaan Kelantan ibarat “rumah yang sudah siap”.

Dia berkata, isu lantikan Adun Umno untuk jawatan Exco memang ada dibincangkan tetapi bukan senang untuk mengubah struktur kerajaan sedia ada.

“Ada orang cadang tapi saya bagitahu secara terus-terang. Ada yang bandingkan dengan Kedah dan negeri-negeri lain.

“Kita di Kelantan dan Terengganu ini umpama rumah yang sudah siap, hubungan kita dengan Umno ini berlaku selepas rumah sudah siap.

“Jadi bukan senang untuk kita ubah, rombak dan renovate rumah yang sudah siap. Silap hari bulan ia boleh runtuh. Jadi lebih baik kita tunggu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya ketika sidang media selepas melawat Pameran Tuga Dekad Pentadbiran Kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika ditanya berhubung khabar angin pelantikan Exco di kalangan Umno yang kembali berlegar.

Naib Presiden PAS itu berkata situasi Kelantan dan Terengganu berbeza dengan kerajaan negeri lain.

“Adapun di Kedah, rumah baru dibina. Sama juga di Johor, Perak dan Melaka.Tak boleh kita bandingkan dengan dua keadaan itu.

‘Tapi bukanlah kita tak ambil kira peranan dan sumbangan Umno, tapi dalam bentuk yang berbeza. Memang ada yang bagus dalam Umno, saya pun tahu, tapi bukan masanya,” katanya lagi.

Dia membangkitkan keputusan PAS untuk menolak tawaran lantikan Exco di Perlis dan Pahang kerana “tidak mahu mengusik rumah yang sudah siap”.

“Sebab itu kita tak terima tawaran exco di Perlis dan Pahang. Kita tak mahu usik struktur yang sudah ada.

“Apa-apa perubahan pun tunggulah selepas pilihan raya. Di Kelantan, Umno pun tak minta (jawatan exco) dan kita pun tak tawarkan,” katanya yang juga Adun Panchor.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549074

Panas !!! Pemimpin Umno gesa Muhyiddin letak jawatan, Bersatu Muar lapor polis

PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno, Puad Zarkashi, yang dituduh seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Setiausaha Edzhar Jasmary berkata ketua bahagiannya akan membuat laporan polis terhadap ahli majlis tertinggi Umno itu petang ini, berhubung laporan memetik Puad sebagai menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Katanya, Puad didakwa tidak patuh pada titah Agong.

“Puad sebelum ini masih menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, walaupun selepas Agong bertitah supaya hentikan “politicking”. Selepas titah Agong itu, dia masih tidak berhenti, seolah-olah hendak panjangkan lagi cerita,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Puad dilaporkan menggesa Muhyiddin meletakkan jawatannnya susulan keputusan Agong menolak cadangan Putrajaya mengisytihar “darurat”.

Sebelum itu, Agong dalam titahnya menyatakan tidak ada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Agong juga meminta ahli politik henti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/28/ppbm-muar-tuduh-puad-panjangkan-cerita-selepas-titah-agong-akan-lapor-polis/

Panas !!! Pemimpin Bersatu kena gasak dengan MT Umno isu ‘darurat’

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim supaya lebih beradab ketika berhujah berkenaan dengan hal perundangan negara.

Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini, beliau turut mempersoalkan kewajaran tindakan Rais yang membawa perbincangan isu tersebut ke media sosial sedangkan Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu mempunyai jawatan di Dewan Negara.

“Kalau nak berhujah siapa betul dan siapa yang salah, biarlah beradab. Tak perlu melaungnya untuk didengar semua.

“Lebih-lebih lagi dalam struktur Parlimen kita, jarak Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong sangatlah dekat,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, budaya masyarakat Melayu menganggap Raja itu seperti bapanya.

“Oleh itu, perintah dan larangannya tak boleh dilihat dari perspektif undang-undang semata-mata,” jelasnya.

Terdahulu, Rais menerusi ciapan di akaun Twitternya telah mempersoalkan berkenaan dengan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ketika mengendalikan permohonan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Menurutnya, titah Agong yang menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan darurat didapati bercanggah dengan Perkara 40 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.

Pada Perkara 40 (1A) pula, ia menjelaskan Yang di-Pertuan Agong dikehendaki selepas mengikut nasihat atau selepas menimbangkan untuk menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/107807/BERITA/Politik/Shabery-Cheek-bidas-kenyataan-Rais-Yatim

Lokman Adam ditahan lokap, disyaki lakukan ugutan jenayah dan hina Muhyiddin -Polis

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam direman sehari bagi membantu siasatan berhubung sebuah video disyaki menghina Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang JSJ Bukit Aman telah memulakan siasatan berhubung satu laporan polis terhadap Lokman, semalam.

“Kita melakukan siasatan ke atas sebuah video yang telah dimuat naik oleh Lokman kerana disyaki mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas gajet dipercayai digunakan untuk memuat naik video tular itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan Lokman, semalam.
Difahamkan, Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.
Beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam. – FMT

https://www.tuncarlos.com/2020/11/lokman-adam-ditahan-lokap-disyaki.html

SURAT TERBUKA KEPADA SPEAKER DEWAN RAKYAT !!

SURAT TERBUKA KEPADA SPEAKER DEWAN RAKYAT !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

Kepada
Datuk Azhar Azizan @ Art Harun
Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat
Bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur.

BERKENAAN MESYUARAT KETIGA BAGI PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE-14 TAHUN 2020 DEWAN RAKYAT MULAI 02.11.2020 HINGGA 15.12.2020.

Saya adalah seorang Rakyat Malaysia yang cukup umur dan pengamal undang-undang. Saya juga perlu terlebih dahulu secara beretika mengisytiharkan bahawa saya adalah Kaunsel yang dilantik kesemua Plaintif dalam satu Saman Pemula yang dihasratkan memperolehi pelbagai Perintah Pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, termasuk Pengisytiharan ketidaksahihan pelantikan Datuk sebagai Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat pada 13.07.2020, yang masih berada di medan mahkamah, namun kandungan surat ini tiada mempunyai kaitan dan tidak boleh dianggap menjejaskan kandungan pertikaian itu.

  1. Tujuan utama saya menulis surat ini adalah untuk membawa kepada perhatian Datuk Speaker secara khusus, apa yang sudah lama dilaporkan oleh pihak media berhubung kewujudan 27 USUL UNDI TIDAK PERCAYA dan 2 USUL UNDI PERCAYA terhadap TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan UTUSAN MALAYSIA 28.10.2020 BERTAJUK “27 usul undi tidak percaya diterima Dewan Rakyat” :

“Jumlah keseluruhan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang persidangan Dewan Rakyat minggu depan adalah sebanyak 27 usul.

Menurut sumber, dua usul undi percaya kepada Muhyiddin juga dikemukakan.

Kata sumber itu, daripada 27 usul yang diperoleh, terdapat dua undi undi tidak percaya daripada dua ahli Parlimen sama dan bertindih yang menjadikan keseluruhan usul diterima adalah 25 usul.

Usul tersebut merujuk kepada Buku Aturan Urusan Mesyuarat yang dikeluarkan Parlimen hari ini dan semua ahli Parlimen mendapat salinan usul tersebut yang menjadi kebiasaan sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.”

(Link Laporan UTUSAN MALAYSIA 28.10.2020 BERTAJUK “27 usul undi tidak percaya diterima Dewan Rakyat” : https://www.utusan.com.my/nasional/2020/10/27-usul-undi-tidak-percaya-diterima-dewan-rakyat/)

  1. Saya juga tidak terlupa dengan pendapat yang diutarakan oleh Datuk Speaker beberapa kali berhubung apa yang Datuk Speaker ANGGAP sebagai kekangan perundangan yang menghalang Datuk Speaker dari membawa naik ke atas Senarai Persidangan Dewan Rakyat akan kesemua USUL UNDI TIDAK PERCAYA dan USUL UNDI PERCAYA berkenaan, atas ANGGAPAN Datuk Speaker bahawa “urusan kerajaan” adalah wajib diberi keutamaan dalam persidangan Dewan Rakyat mengatasi USUL-USUL persendirian yang lain, seperti yang dilaporkan pendapat Datuk Speaker oleh SINAR HARIAN 28.10.2020 bertajuk “Ahli Parlimen kerajaan kemuka usul undi percaya terhadap PM” :

“Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap Perdana Menteri. Usul itu datang daripada sebelah kerajaan tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dilaporkan sebuah media tempatan hari ini.

Di bawah aturan mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.”

(Link Laporan SINAR HARIAN 28.10.2020 bertajuk “Ahli Parlimen kerajaan kemuka usul undi percaya terhadap PM” : https://www.sinarharian.com.my/article/107374/BERITA/Nasional/Ahli-Parlimen-kerajaan-kemuka-usul-undi-percaya-terhadap-PM)

  1. Walhal sebelum daripada Laporan-laporan media itu sekalipun, Datuk Speaker telah dipetik memberi kenyataan akan alasan berkaitan keutamaan wajib diberi kepada urusan kerajaan, seperti yang dilaporkan MALAY MAIL 14.10.2020 bertajuk “Speaker Art Harun says no-confidence motion in Parliament will not be expedited if not from a minister” :

Gaji Para Menteri Kerajaan Pintu Belakang MuNafik

SENARAI MENTERI MALAYSIA DAN GAJI – 2020

1 YAB TAN SRI DATO’ HJ.MUHYIDDIN BIN HJ.MOHD. YASSIN PerdanaMenteri RM 104,841.65 RM104,841.65 RM1,258,099.80

2 YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI MenteriKananPerdaganganAntarabangsadanIndustri RM 68,913.28 RM68,913.28 RM826,959.36

3YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MenteriKananPertahanan RM 40,122.05 RM40,122.05 RM481,464.60

4 YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ MenteriKewangan RM 62,077.20 RM62,077.20 RM744,926.40

5 YB DATO’ SRI HJ. FADILLAH BIN HAJI YUSOF MenteriKananKerja Raya RM 58,463.28 RM58,463.28 RM701,559.36

6 YB SENATOR DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN MenteriKananPendidikan RM 34,242.00 RM34,242.00 RM410,904.00

7 YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG MenteriPengangkutan RM 65,236.48 RM65,236.48 RM782,837.76

8 YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) RM 41,578.13

RM41,578.13 RM498,937.56

9 YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN MenteriAlamSekitar Dan Air RM 57,227.20 RM57,227.20 RM686,726.40

10 YB DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN MenteriSumberManusia RM 143,628.55 RM143,628.55 RM1,723,542.60

11 YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN Menteri Pembangunan, Wanita, KeluargadanMasyarakat RM 34,004.48 RM34,004.48

RM408,053.76

12 YB DATO’ DR. NORAINI BINTI AHMAD MenteriPengajianTinggi RM 55,227.20 RM55,227.20 RM662,726.40

13 YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Tugas-TugasKhas) RM 65,407.20 RM65,407.20

RM784,886.40

14 YB DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE MenteriPertaniandanIndustriMakanan RM 59,972.43 RM59,972.43 RM719,669.16

15 YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Ekonomi) RM 69,427.20 RM69,427.20 RM833,126.40

16 YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN MenteriDalamNegeri RM 55,227.20 RM55,227.20 RM662,726.40

17 YB DATO’ SAIFUDDIN BIN ABDULLAH MenteriKomunikasidan Multimedia RM 52,504.48 RM52,504.48 RM630,053.76

18 YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN MenteriPerumahandanKerajaanTempatan RM 51,236.48 RM51,236.48 RM614,837.76

19 YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF BIN AHMAD Menteri Pembangunan Luar Bandar RM 89,894.83 RM89,894.83 RM1,078,737.96

20 YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI ANNUAR BIN MUSA Menteri Wilayah Persekutuan RM 55,227.20 RM55,227.20 RM662,726.40

21 YB DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MenteriBeliadanSukan RM 59,561.20 RM59,561.20 RM714,734.40

22 YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH MenteriTenagadanSumberAsli RM 58,070.48 RM58,070.48 RM696,845.76

23 YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN MenteriLuarNegeri RM 51,113.00 RM51,113.00 RM613,356.00

24 YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR MenteriSains, TeknologidanInovasi RM 61,188.22 RM61,188.22 RM734,258.64

25 YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE MenteriPerpaduan Negara RM 68,712.13 RM68,712.13 RM824,545.56

26 YB DATUK SERI DR. ADHAM BIN BABA MenteriKesihatan RM 57,845.63 RM57,845.63 RM694,147.56

27 YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI MenteriPerdaganganDalamNegeridan Hal EhwalPengguna RM 43,637.33 RM43,637.33

RM523,647.96

28 YB DATO SRI DR. HJ. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR Menteri Pembangunan UsahawandanKoperasi RM 42,907.20 RM42,907.20

RM514,886.40

29 YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI MenteriPelancongan, SenidanBudaya RM 79,347.83 RM79,347.83 RM952,173.96

30 YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN Menteri di JabatanPerdanaMenteri (ParlimendanUndang-Undang) RM 62,412.13 RM62,412.13

RM748,945.56

31 YB DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI Menteri Perusahaan PerladangandanKomoditi RM 71,505.26 RM71,505.26

RM858,063.12

32 YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Agama) RM 56,221.13

RM56,221.13 RM674,653.56

SENARAI TIMBALAN MENTERI DAN GAJI

1 YB DATO’ EDDIN SYAZLEE SHITH TimbalanMenteriKerja Raya RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

2 YB DATO’ HAJI KAMARUDIN BIN JAFFAR TimbalanMenteriLuarNegeri RM 44,873.30 RM44,873.30 RM538,479.60

3 YB DATO’ SRI IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ TimbalanMenteriPertahanan RM 71,681.65 RM71,681.65 RM860,179.80

4 YB TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYA TimbalanMenteriPendidikan I RM 40,356.42 RM40,356.42 RM484,277.04

5 YB DATO’ DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI TimbalanMenteriKesihatan I RM 45,347.65 RM45,347.65 RM544,171.80

6 YB DATUK WIRA HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI HJ. SAMSUDIN TimbalanMenteri Pembangunan UsahawandanKoperasi RM 41,681.65

RM41,681.65 RM500,179.80

7 YB DATO’ HJ. ROSOL BIN WAHID TimbalanMenteriPerdaganganDalamNegeridan Hal EhwalPengguna RM 48,599.18 RM48,599.18

RM583,190.16

8 YB DATO’ SRI DR. HJ.ISMAIL BIN HJ. MOHAMED SAID TimbalanMenteriDalamNegeri I RM 68,347.65 RM68,347.65 RM820,171.80

9 YB TUAN JONATHAN BIN YASIN TimbalanMenteriDalamNegeri II RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

10 YB DATO’ SRI DR. SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDU TimbalanMenteri Wilayah Persekutuan RM 76,347.65 RM76,347.65 RM916,171.80

11 YB DATO’ MANSOR BIN OTHMAN TimbalanMenteriPengajianTinggi RM 51,675.65 RM51,675.65 RM620,107.80

12 YB TUAN ALI ANAK BIJU TimbalanMenteriTenagadanSumberAsli RM 58,762.89 RM58,762.89 RM705,154.68

13 YB TUAN WILLIE ANAK MONGIN imbalanMenteri Perusahaan PerladangandanKomoditi I RM 38,097.65 RM38,097.65 RM457,171.80

14 YB DATUK ABD. RAHIM BIN BAKRI TimbalanMenteriKewangan I RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

15 YB DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (ParlimendanUndang-Undang) RM 50,337.65

RM50,337.65 RM604,051.80

16 YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD TimbalanMenteri Pembangunan Luar Bandar I RM 37,847.65 RM37,847.65 RM454,171.80

17 YB DATO’ SRI DR. HJ.ISMAIL BIN HJ.ABD. MUTTALIB TimbalanMenteriPerumahandanKerajaanTempatan RM 41,796.89 RM41,796.89

RM501,562.68

18 YB TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH TimbalanMenteriKewangan II RM 46,547.65 RM46,547.65 RM558,571.80

19 YB DATIN MASTURA BINTI TAN SRI DATO’ MOHD YAZID TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Tugas-TugasKhas) RM 35,847.65

RM35,847.65 RM430,171.80

20 YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAMZAH TimbalanMenteriPertaniandanIndustriMakanan I RM 36,262.88 RM36,262.88 RM435,154.56

21 YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN TimbalanMenteriKomunikasidan Multimedia RM 35,181.65 RM35,181.65 RM422,179.80

22 YB DATO’ HENRY SUM AGONG TimbalanMenteri Pembangunan Luar Bandar II RM 21,847.65 RM21,847.65 RM262,171.80

23 YB DATUK AARON AGO DAGANG TimbalanMenteriKesihatan II RM 49,647.65 RM49,647.65 RM595,771.80

24 YB TUAN HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH TimbalanMenteriPengangkutan RM 36,262.89 RM36,262.89 RM435,154.68

25 YB DATO HAJAH HANIFAH HAJAR TAIB TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) RM 37,347.65

RM37,347.65 RM448,171.80

26 YB TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Ekonomi) RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

27 YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF TimbalanMenteri Pembangunan Wanita, KeluargadanMasyarakat RM 41,218.65

RM41,218.65 RM494,623.80

28 YB TUAN HAJI AHMAD MARZUK BIN SHAARY TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Agama) RM 37,347.65 RM37,347.65

RM448,171.80

29 YB DATO’ HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI TimbalanMenteriPertaniandanIndustriMakanan II RM 51,458.65 RM51,458.65

RM617,503.80

30 YB TUAN HJ. AWANG BIN HASHIM TimbalanMenteriSumberManusia RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

31 YB TUAN HJ. AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM TimbalanMenteriSains, TeknologidanInovasi RM 61,779.43 RM61,779.43

RM741,353.16

32 YB DATO’ SRI DR. WEE JECK SENG TimbalanMenteri Perusahaan PerladangandanKomoditi II RM 41,422.65 RM41,422.65 RM497,071.80

69 YB SENATOR TUAN WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL TimbalanMenteriBeliadanSukan RM 32,347.65 RM32,347.65

RM388,171.80

70 YB SENATOR DATO’ DR. AHMAD MASRIZAL MUHAMMAD TimbalanMenteriAlamSekitardan Air RM 32,347.65 RM32,347.65 RM388,171.80 71 YB SENATOR DATUK LIM BAN HONG TimbalanMenteriPerdaganganAntarabangsadanIndustri RM 34,347.65 RM34,347.65 RM412,171.80 72 YB SENATOR DATO’ DR. MAH HANG SOON TimbalanMenteriPendidikan II RM 51,543.65 RM51,543.65 RM618,523.80

73 YB SENATOR DATO’ SRI TI LIAN KER TimbalanMenteriPerpaduan Negara RM 74,547.65 RM74,547.65 RM894,571.80 RM43,641,345.48 has�ڸ�@�

C&P.