Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ADALAH AHLI BERSATU DAN KETUA ARMADA MALAYSIA YANG SAH.

1 SYED

1 SYED 2

 

Kenyataan Media

1. Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima telah kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu. Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan adalah bahawa tindakan kami berlima mengambil kedudukan di Parlimen pada 18.05.2020 sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan kami melanggar perlembagaan parti BERSATU.

2. Peruntukkan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan:

(i) 10.2.2 Mengisytiharkan keluar daripada parti.

(ii) 10.2.3 Menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.

Dilihat pada takrifan di atas, amat dangkal dan tidak munasabah untuk kami dikatakan telah keluar parti sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah.

3. Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ianya bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak kami untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang- undang.

4. Yang jelas , pejabat Presiden bermain politik semasa isu Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang kini melanda negara. Ini juga menampakkan sikap diktator Presiden. Kami juga menyatakan di sini bahawa tindakan sebelah pihak (unilateral) oleh Presiden BERSATU kini dalam memecat kami tanpa sebab adalah kerana kegusaran beliau dalam menghadapi pemilihan parti serta posisi beliau yang tidak selamat selaku Perdana Menteri yang paling tidak stabil dalam sejarah pentadbiran negara kita.

5. Surat yang diutus kepada kami juga pada zahirnya menampakkan kecelaruan urusetia parti BERSATU kini. Ianya ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan parti dan tidak langsung menampakkan BERSATU ditadbir secara profesional. Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang diantaranya adalah para pengasas parti BERSATU sendiri adalah sangat menjelikkan serta biadab.

6. Pihak kami tidak menerima pemecatan salah ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk memastikan kemaslahatan ahli-ahli akar umbi BERSATU.

7.Kami akan memastikan BERSATU kembali ke landasan betul dan tidak lagi dijadikan wahana pacuan sesetengah pihak yang hanya tamakkan kuasa dan kedudukan. Pada Ahli-Ahli Parlimen BERSATU yang lain, kami menyeru dan memanggil anda, lihat apa yang kini berlaku pada parti kita sendiri, hilang kuasa di negeri-negeri dan menjadi bahan mainan parti yang dulu kita tentang bersama.

Bertarikh: 28.05.2020
#Kekal Berprinsip #Selamatkan Bersatu

YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Ahli Parlimen Langkawi
Pengerusi BERSATU

YB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun
Timbalan Presiden BERSATU

YB Syed Saddiq bin Syed Rahman
Ahli Parlimen Muar
Ketua ARMADA BERSATU

YB Dr. Maszlee bin Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
Ahli Majlis Tertinggi BERSATU

YB Dato’ Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah
Ahli Parlimen Kubang Pasu

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menipu Yang di-Pertuan Agong

1 TMJ

https://www.milosuam.net/2017/01/tmj-dedah-dokumen-bukti-annuar-musa.html?m=1#axzz6OO4aoG78

1 BUKTI ANUAR MUSA

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menolak dakwaan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia menyokongnya.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak pernah membuat perkara seperti didakwa Syed Saddiq.

Katanya, beliau terlibat dan menyimpan maklumat terperinci ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Saya baru dengar wawancara Syed Saddiq bersama Aljazeera. Dia tuduh Muhyiddin tipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 ahli Parlimen Bersatu termasuk beliau, (Timbalan Presiden Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan (Pengerusi Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Perdana Menteri.

“Ini satu pembohongan. Muhyiddin tidak pernah menyatakan semua ahli Parlimen Bersatu menyokong dia. Saya terbabit dan menyimpan maklumat terperinci siapa yang bersama kami,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya hari ini.

Dalam wawancara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Aramada) mendakwa Perikatan Nasional sebagai kerajaan tidak sah dan pintu belakang.

Beliau turut menegaskan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan dengan perubahan kerajaan.

Ini kerana, dakwa Syed Saddiq, Muhyiddin yang mengemukakan gambaran tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong tentang majoriti ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri itu.

https://www.sinarharian.com.my/article/72970/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Saya-simpan-maklumat-siapa-sokong-Muhyiddin-Annuar

https://www.milosuam.net/2017/01/tmj-dedah-dokumen-bukti-annuar-musa.html?m=1#axzz6OO4aoG78

BIAR HILANG KUASA, JANGAN HILANG MARUAH -Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Image may contain: 3 people, people standing and wedding

BIAR HILANG KUASA, JANGAN HILANG MARUAH.

Jagalah harga diri & maruah diri. Rezeki, ajal maut & segalanya di tangan Allah s.w.t.

Mulianya kita bukan kerana pangkat & kuasa. Kuasa yang hanya sementara. Mulianya kita kerana iman & takwa serta harga diri dan maruah.

Maruah diri itulah harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga. Harga diri tidak boleh dijual beli.

Biar miskin, biar papa, tidak mengapa, asalkan ada harga diri. Tiada guna harta, ilmu di dada, berjawatan, jika tiada maruah. Tiada maruah diri, ibarat binatang yang hidup berupa manusia. Jika sudah bersifat binatang, siapa akan hormati kita?

Ingatlah! Orang yang bermaruah akhlaknya mulia, ada sifat malu. Mereka sangat takut dengan Allah. Dengan manusia tidak meminta-minta. Miskin tidak meminta-minta, kayanya berkhidmat untuk manusia.

Orang marah, dia selamba. Dendam tiada, pemaaf pula. Ketika hidup susah, dia macam orang kaya, kerana tidak meminta-minta. Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap dia, kerana dia tidak melakukan kerja-kerja hina.

Yb masih ingat mengapa saya ambil keputusan untuk berjuang bersama Yb?

Because this “war” is worth fighting for,
Demi Malaysia.

#KekalBersatu

 — with Muhammad AffendiSharifah Muhazlisa Syed BakarAmir Long and 12 others in Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Dr Zakir Naik Bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and beard

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

1 hr

Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur.

Tidak perlu nak mendabik dada & mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu nak menghina & mencaci. Let’s move on. The country needs healing.

Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa & agama. We believe in moderation over extremism. Kesatuan kita, adalah kekuatan kita. Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama.

Unity in diversity. Stronger, together, forever.

 

Hadi Awang, PAS & UMNO Gagal Pecah Belahkan Penyokong PH
Dengan Mempergunakan Zakir Naik

……. — with Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti,Adnan IsmailMuhammad Juumayri and Adnan Adnan.

Setelah Zakir Naik “dikudakan” dipentas PAS.

Pandangan ambo……..

Zakir Naik telah menimbulkan provokasi yang menyentuh isu kaum di negara ini dalam syarahannya di Kelantan.Keadaan ini diakui oleh beliau dengan menampilkan permohonan maaf.

Seharusnya ucapan sedemikian tidak wajar bagi seseorang dari negara luar yang diberi perlindungan dinegara ini.

Setiap satu provokasi pasti akan ada tindak balasnya. Itulah yang terjadi kini. Pihak-pihak yang berkepentingan politik terus memainkan isu agar bersesuaian dengan dakyah yang ditanam dalam otak pengikutnya bahawa islam kini berada dalam keadaan terancam terus relevan.

Disesetengah tempat atau negeri, PAS terus memainkan isu Zakir Naik didesak untuk diusir dari negara ini dengan membuat report polis walaupun dari segi undang-undang ambo tak nampak local standi atau bahasa paling mudah, apa relevannya report polis terhadap tindak balas dari ucapan Zakir Naik di Kelantan? Jika Zakir Naik berhak menuduh, apakah pihak yang kena tuduh MESTI berdiam diri baru mengembirakan?

Nasihat ambo untuk Zakir Naik, teruskan kepakaran anda apabila suasana telah reda.Itu hak anda tapi anda sebagai seorang islam tetapi tiada hak bagi anda menyentuh soal politik negara ini dan mengeluarkan pendapat yang menyentuh isu perkauman.Keharmonian yang ada tidak wajar diganggu gugat.

Teruskan apa yang anda pakar tentangnya dan jangan menjadi pakar pada benda yang anda tidak tahu. Jadikan apa yang telah terjadi sebagai pengajaran dan pengalaman.

Nyamuk Menggigit
24 Ogos 2019