Kronologi Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

1 HADI ALTANTUYA

https://web.facebook.com/SinarHarian/videos/481272179190402/

Sinar HarianSuka Halaman

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan terbaharu bekas pegawai polis, Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Berita penuh di https://bit.ly/2st9pbs

Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linkin.bio/sinarharian

https://web.facebook.com/aminAli1234?fref=profile_friend_list&hc_location=friends_tab

Polis mungkin panggil Najib Razak ekoran SD Azilah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyenaraikan beberapa saksi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Azilah Hadri berhubung dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan berhubung SD tersebut telah dilaksanakan.

“Beberapa saksi dan individu telah disenaraikan untuk dipanggil bagi merakam kenyataan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis serah tugas jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan Komuniti.

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga menunggu arahan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan yang perlu diambil.

“Kita akan melaksanakan tindakan jika ada arahan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

https://m.kinitv.com/video/0b7ce3c0-0ce0-4414-b123-c308731e85b7?fbclid=IwAR09KUJVWbP5jiGXWjFE3BFELC-OabFAlEVHdgAdiXfqvaBbgSZfO7AwBoE

Kisah Pembunuhan Altantuya, Terbongkar Angkara Tambang Teksi

Kisah Pembunuhan Altantuya

1 HADI ALTANTUYA

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan bekas PM Najib Razak, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan dijatuhkan hukuman mati.

Kisah Pembunuhan Altantuya

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri pernah bertemu mangsa pembunuhan misteri, Altantuya Sharibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation pada 5 March 2009, Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama dengan mangsa dan mereka berdua juga didakwa sebagai pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bahan bukti tetapi negara pernah di gemparkan dengan pendedahan gambar yang kononnya gambar milik Najib bersama Altantuya Sharibuu.

Najib yang pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu dengan wanita Mongolia itu, seorang model yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Najib juga pernah bersumpah bahawa dia tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pakatan pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah menjalani proses pendakwaan di mahkamah, keputusan kes bunuh tersebut telah mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang juga pengawal peribadi PM Najib bersalah.

Sedikit kekeliruan yang tak berjawab hingga kini ialah, siapakah mastermind yang merancang kejadian bunuh tersebut.

Manakala Abdul Razak Baginda, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu pula dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah membabitkan isu wanita Monggolia tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak-gerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan misteri wanita itu ada hubung kait dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan yang di ketuai oleh Najib pada ketika itu.

Pendedahan pembunuhan misteri ini juga telah di muat naik dalam blog oleh penulis blog popular, Raja Petra Kamarudin melalui blognya, Malaysia Today.

Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk ‘Abuse of Power by the Deputy Prime Minister’.

Pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang PM Najib telah campur tangan dan berkepentingan dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Hajah Rosmah Mansor turut hadir di tempat pembunuhan tersebut.

Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011 setelah tidak sehaluan lagi dengan Ketua Pembangkang yang juga rakan rapat beliau satu ketika dulu.

Berikut terjemahan laporan yang di buat oleh media Perancis, Liberation French Newspaper pada 5 Mar 2009 oleh Arnaud Dubus.

***

Shaaribuu Setev marah dan kecewa. Di sebalik wajahnya yang muram itu tersirat suatu keazaman yang kuat. Orang tua berumur 60 tahun ini bertekad untuk lawan.

Tertulis segalanya di air muka dan tumpuan pandangan beliau, “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Dan mereka tidak pun mengeluarkan sepatah perkataan memohon maaf,” kata professor di bidang saikologi di University of Mongolia itu.

Pembunuhan anak perempuan beliau, Altantuya Shaaribuu, berlaku pada Oktober 2006.

Ini satu-satunya pembunuhan yang lain dari yang lain di rantau di mana pertikaian perniagaan atau perselisihan politik kadangkalanya diselesaikan dengan senapang.

Kes ini, yang bermula pada 2002 apabila syarikat Perancis, Armaris, menjual tiga kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu billion Euro, adalah luar dari kebiasaannya.

Impak “Kes Altantuya” di Perancis, Malaysia dan Mongolia masih belum memuncak ke tahap sepenuhnya.

Pembunuhan wanita Mongolia berumur 28 tahun itu adalah akibat dari bayaran komisyen atau “commission” sebanyak Euro 114 juta atau lebih kurang RM 570 juta yang dibayar oleh Armaris kepada pihak tertentu di Malaysia.

Pembayaran “commission” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia dalam parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetuskan pelbagai perkembangan yang berakhir dengan pembunuhan Altantuya dan lesapnya beberapa orang saksi utama kes pembunuhan tersebut.

Laporan polis Malaysia yang disediakan pada 19 November 2006 dan yang telah dirahsiakan sehingga kini, mendedahkan dengan terperinci bagaimana wanita muda, Altantuya dari keturunan golongan atasan Asia itu, telah dibunuh.

Dalam laporan polis tersebut tercatit keterangan salah seorang yang melakukan pembunuhan itu, iaitu seorang anggota polis Cawangan Khas Malaysia bernama Sirul Omar yang mengikut arahan seorang pegawai polis di sebuah balai polis berhampiran dengan tempat kejadian.

“Bila wanita Cina melihat pistol saya, beliau telah merayu agar jangan dibunuh sebab beliau mengandung.

“Azilah (pegawai atasan Sirul) telah memegang dan melempar wanita itu ke bumi.

“Saya terus menembak sebelah kiri mukanya.

“Azilah menanggalkan pakaian wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam karung plastik hitam.

“Melihat tangan wanita itu masih bergerak-gerak, Azilah mengarahkan saya tembak lagi, dan saya lakukan.

“Lepas itu kami usung mayat wanita itu ke dalam belukar. Azilah mengikat bahan letupan dikaki, perut dan kepala, dan kami letupkan wanita itu.”

Ini merupakan pengesahan bertulis yang pertama mengenai pembunuh-pembunuh Altantuya.

Pendedahan laporan polis ini dalam surat khabar Perancis, Liberation, merupakan berita dalam drama yang sungguh menarik melibatkan penjual senjata Perancis, dukun Mongolia, dan ahli-ahli politik Malaysia.

Kes ini boleh meletup bukan saja kepada kerajaan Malaysia, sebab Timbalan Perdana Menteri Najib Razak (ketika itu) disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ini, tetapi juga ianya akan memalukan DCNS, syarikat Perancis yang membina kapal-kapal tentera.

Syarikat usahasama Perancis Sepanyol, Armaris, yang menjual dua kapal selam jenis Scorpene dan satu jenis Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, telah dimiliki oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan yang mempersona dan bersophistikasi itu, Altantuya mengingatkan kembali kepada Mata Hari Timur Jauh (ejen wanita dizaman Perang Dunia Kedua).

Beliau dibesarkan di Saint Petersburg (Russia) dan menuntut di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing.

Selain dari Bahasa Inggeris, beliau fasih dalam bahasa Rusia, Cina dan Korea.

Altantuya ditakdirkan bertemu Abdul Razak Baginda di Hong Kong pada tahun 2004.

Razak Baginda adalah pakar kajian bidang keselamatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, iaitu pusat kajian yang pro-kerajaan Malaysia.

Kasih sayang telah cepat terjalin antara keduanya.

Altantuya yang dipanggil ‘Tuya’ oleh kawan-kawannya menjadi penolong yang berguna kepada Razak Baginda, terutamanya membantu Razak Baginda menterjemahkan bahasa Rusia kepada Inggeris.

Altantuya muda dan cantik rupawan, sementara Baginda kaya dan merupakan tokoh terkenal di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi kerana beliau amat karib dengan Menteri Pertahanan, Najib Razak (Razak Baginda juga adalah penasihat kepada Najib di bidang hal ehwal keselamatan).

Razak Baginda berlegar-legar dalam kumpulan elit eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala didampingi oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Razak Baginda membuat lawatan bersama ke Eropah dan melancong ke Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan menaikki kereta Ferrari merah kepunyaan Razak Baginda.

Menginap di hotel-hotel mahal dan makan malam di restoran-restoran terkemuka.

Lawatan tersebut bukan hanya bertujuan pelancongan; kontrak pembelian kapal selam sudah ditandatangani pada 2002, tetapi beberapa perkara penting masih perlu diselesaikan.

“Kami tahu bahawa Razak Baginda diperalatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai orang tengah untuk berunding perolehan kelengkapan senjata, terutamanya senjata yang berat-berat,” tegas seorang pakar bidang keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac 2005, pasangan tersebut (Altantuya dan Baginda) berada di Paris di mana mereka telah bertemu Najib Razak.

Suatu foto menunjukkan tiga sekawan itu di sebuah kelab eksklusif di Paris.

“Tuya tunjuk kepada saya foto tersebut. Beliau terangkan salah seorang dari lelaki dalam foto itu adalah teman lelaki beliau, Abdul Razak Baginda dan lelaki seorang lagi adalah ‘big boss’, Najib Razak.

Saya tanyakan samada mereka adik beradik kerana persamaan pada nama mereka, tapi dia jelaskan bukan dan Najib adalah ‘Perdana Menteri’, kata Amy, sahabat baik Altantuya.

Menurut seorang detektif peribadi, yang kemudiannya bersembunyi di India, Tuya yang cantik itu kadangkala menjadi perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri setelah dikenalkan kepada Najib oleh Razak Baginda pada hujung 2004.

Kisah ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya mendapat tahu bayaran wang komisyen oleh syarikat Perancis-Sepanyol, Armaris, sudah diterima di sebuah akaun bank di Kuala Lumpur.

Ianya dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat milik Razak Baginda.

Altantuya bergegas ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian beliau dari Razak Baginda.

Beliau mendakwa berhak menerima Dollar Amerika 500,000.00 dari wang komisyen tersebut.

Razak Baginda dan Altantuya telah berpisah sebelum itu sebagai pasangan kekasih.

Rosmah Mansor, seorang peniaga wanita yang amat ditakuti dan adalah isteri kepada Najib Razak, kerana rasa cemburunya terhadap Altantuya telah membantah sebarang bayaran kepada Altantuya.

Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan diiringi dua wanita rakyat Mongolia, seorang darinya adalah dukun untuk memukau Razak Baginda jika dia enggan membayar wang pembahagian komisyen tersebut.

Untuk beberapa hari Altantuya menganggu-gugat bekas kekasihnya itu.

Pada 18 Oktober, Razak Baginda sudah tidak tahan lagi dengan gelagat telatah Altantuya yang setiap hari mengacau di depan rumahnya.

Razak Baginda menghubungi Musa Safrie, pegawai aide de camp Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, sejurus sebelum jam 9 malam, dua pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, telah dihantar ke hadapan rumah Razak Baginda di mana Altantuya sedang menjerit-jerit.

Mereka mendapat arahan untuk ‘hapuskan wanita Cina itu’.

Mereka telah menculik Altantuya, bawa Altantuya sejauh sepuluh kilometer dan menembak Altantuya beberapa kali.

Seterusnya mereka memusnahkan mayat Altantuya dengan bahan letupan C 4, sejenis bahan letupan yang hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.

Kemasukan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam rekod imigresen Malaysia.

Maka kelihatanlah seolah-olah Altantuya tidak pernah melawat Malaysia, malah tidak ada kesan langsung yang tinggal mengenainya.

Tidak ada jenayah yang tak akan terdedah.

Pemandu teksi yang membawa Altantuya tidak mengambil ringan melihat Altantuya yang belum membayar sewa teksi seharian itu diculik di depan matanya.

Pemandu teksi itu telah mencatit nombor pendaftaran kereta penculik, dan membuat laporan polis di balai terdekat.

Beberapa hari kemudian, polis mengenal pasti kereta yang digunakan oleh penculik itu adalah kereta kerajaan.

Pendedahan telah berlaku berterusan yang mana Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) pun tidak berdaya hendak menyekatnya.

Najib cuba menutup kes tersebut.

Beberapa jam sebelum Razak Baginda ditahan, Najib menghantar SMS kepada dia, “Saya akan menemui Ketua Polis Negara jam 11.00 pagi ini, masalah akan selesai. Bertenang”.

Beberapa jam kemudian, Razak Baginda ditangkap bersama-sama dua pegawai polis dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Dalam perbicaraan mahkamah yang dianggap mencurigai oleh ramai pemerhati, Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya dan dilepaskan dalam bulan November 2008.

Azilah dan Sirul yang dituduh menjalankan pembunuhan tersebut telah dihadapkan di mahkamah.

Jika tersabit kesalahan, hukumnya adalah hukuman mati. Keputusan mahkamah ditetapkan pada 9 April 2009.

Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau.

Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Razak Baginda merupakan simbol ketidakadilan proses kehakiman Malaysia.

“Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,” kata beliau.

Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Perdana Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang.

Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percaturan politik Malaysia antara Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Najib berjaya menepis, tetapi pembunuhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dilehernya.

Suatu aspek yang masih tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris.

Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar.

Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”.

Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Perancis DCNS?

DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual.

“Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris.

Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Perancis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasuki zon Schengen (dalam mana Perancis adalah negara ahli).

Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur.

Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat.

Agensi-agensi perisikan mendapati latarbelakang Altantuya menakjubkan dan FSB Rusia (dulunya KGB) mengikuti kes Altantuya dengan rapi.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya.

Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya.

“Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari.

“Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahu emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut.

Razak Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2018/06/kisah-pembunuhan-altantuya-terbongkar.html#ixzz68pRkmfxp
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

http://www.sentiasapanas.com/2018/06/kisah-pembunuhan-altantuya-terbongkar.html?m=1&fbclid=IwAR0YYW3hPf0c9xEpUC5pORX5Tnq1chTLHZT2CZK9fKU-d5BkPfmKqNUhnSE#axzz68hdFrCeP

DSP Musa bawa saya berjumpa TPM di dalam satu bilik pejabat di dalam Kediaman Sri Kenangan

2 DOSA SAHABAT DGN PEROMPAK

2 HADI ULAMAK PALSU

1 Ui Organ

Image may contain: text

https://web.facebook.com/HederRadikal/videos/2637923706244715/

https://web.facebook.com/abrahman.yaacob.71/videos/1022204438156131/

DSP Musa bawa saya berjumpa TPM di dalam satu bilik pejabat di dalam Kediaman Sri Kenangan dan DSP Musa kemudiannya keluar dari bilik tersebut. TPM menanyakan kepada saya sama ada saya kenal pegawai polis di IPD Brickfields. Saya mengiyakan. TPM beritahu kepada saya bahawa:-

(i) Seorang perisik asing dari negara luar kini berada di Kuala Lumpur dan cuba mengugut TPM dan pegawai khas TPM yang dikenali sebagai Razak Baginda (“Razak Baginda”).

(ii) Pegawai khas tersebut merupakan kawan baik TPM yang mana saya pernah berjumpa dengannya sewaktu tugasan rasmi di London suatu ketika dahulu.

(iii) Perisik asing tersebut adalah seorang perempuan, amat berbahaya kerana banyak rahsia tentang keselamatan negara yang diketahuinya.

(iv) Perisik asing tersebut tidak dapat mendekati TPM kerana kawalan keselamatan yang ketat maka perisik asing tersebut membuat ugutan terhadap pegawai khas TPM tersebut.

(v) TPM arahkan saya untuk jalankan operasi sulit apabila saya pulang ke Kuala Lumpur nanti.

(vi) Saya perlu berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah bahawa beliau sedang mengandung.

——————————————————————————–

Beberapa peguam berkata akan berlaku beberapa kemungkinan dalam permohonan semakan semula yang difailkan bekas polis Azilah Hadri yang mahu mengenepikan sabitannya membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.emalaysiatoday.com/…/kemungkinan-bakal-berlaku…/…

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
#diambangketiraibesi

Pi Bala Dedahkan DS Najib, DS Rosmah & DS Nazim terlibat kes Altantuya – Parti Islam PAS Tumpang Dosa Freealtan

 

PI BALA bekas pegawai polis yang digunakan khidmatnya sebagai penyiasat persendirian oleh Razak Baginda. Dengarkan pengakuan dari Pi Bala ……………………………………………………………………… Kepada semua peminat – peminat pelakon, penyanyi dan public figure tanahair dan luar negara kami bawakan perkembangan lama dan terbaru selebriti yang anda sayangi. Kami bawakan juga berita2 Tular dan berita tokoh2 politik Tanahair dan luar negara Tak lupa tokoh Ilmuwan dan Agamawan Semuanya didalam 1 CHANNEL sahaja Please like and subscribe and click the bell icon to get new video updates ✅Berita Korporat 🎬Pelakon 🎤Penyanyi 👳🏻‍♂️Agamawan 🇲🇾Berita Tular

MP: Fokus juga pada bekas AG, polis, hakim kes bunuh Altantuya

Tiga belas tahun selepas Altantuya Shaariibuu ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan peledak di hutan belukar di Shah Alam, salah seorang pembunuh yang disabitkan mendakwa dirinya telah bertindak atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.

Pada tahun 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan seorang lagi anggota pasukan elit polis itu, Sirul Azhar Umar atas pembunuhan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati kepada pasangan berkenaan.

Walaupun Sirul berjaya melarikan diri dari Malaysia selepas Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan keputusan Mahkamah Tinggi dan kini berada di pusat tahanan imigresen di Australia, namun Azilah menghabiskan masa empat tahun terakhir dalam penjara sementara menunggu hukuman mati di Penjara Kajang.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah bagaimanapun tidak dapat menemukan motif pembunuhan warga Mongolia itu.

Susulan dakwaan Azilah yang mengejutkan dalam akuan berkanun (SD) yang difailkan bersama dengan afidavit untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dan perbicaraan semula, MP DAP Lim Lip Eng berkata pihak berkuasa perlu mengkaji semula keseluruhan kes itu dari awal hingga ke akhir.

“Sejak dari mula lagi, perbicaraan tersebut diselubungi kontroversi,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Lim (gambar, bawah) berkata, antara lain, pendakwaan tidak memanggil bekas pegawai polis pengiring Najib, DSP Musa Safri, untuk memberi keterangan semasa perbicaraan.

“Motif di sebalik pembunuhannya tidak pernah didedahkan kerana hakim dilaporkan berkata ‘motif, walaupun relevan, tidak pernah penting dalam pembunuhan.’

“Pendakwaan tidak merayu pembebasan (Abdul) Razak Baginda. Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod Altantuya masuk ke Malaysia,” katanya.

Dalam akuan berkanun, Azilah telah mendakwa Musa memainkan peranan dalam “operasi rahsia” yang membawa kepada pembunuhan Altantuya.

Dia juga mendakwa bahawa Razak Baginda, yang merupakan rakan dekat Najib, juga meminta beliau untuk membunuh wanita itu.

Menurut Azilah, Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri dan Razak Baginda didakwa cuba meyakinkannya mengatakan Altantuya ialah seorang perisik asing yang menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Razak Baginda pada mulanya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Lim, yang juga seorang peguam, menggesa suatu siasatan semula terhadap dakwaan terbaru itu, berkata pihak berkuasa bukan sahaja perlu memberi tumpuan terhadap persoalan jika Najib dan Razak Baginda telah mengarahkan pembunuhan tersebut semata-mata.

Beliau berkata malahan pihak berkuasa perlu meneliti tindakan peguam negara Abdul Gani Patail, pegawai polis yang menjalankan siasatan, timbalan pendakwaraya yang mengendalikan pendakwaan dan hakim yang mendengar kes itu.

“Hal ini memerlukan penyiasatan semula oleh pasukan polis baru atau mungkin Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Bekas AG, pendakwa, hakim, peguam dan orang lain yang terlibat dalam perbicaraan itu sepatutnya membantu pasukan siasatan baru untuk melihat keadilan ditegakkan,” katanya.

Lim berkata jika siasatan mendedahkan terdapat pakatan sulit untuk melindungi individu tertentu, maka mereka yang terlibat juga perlu dibawa ke pengadilan.

Dalam afidavitnya yang memohon semakan kes, Azilah mendakwa terdapat keterangan dan fakta material yang tidak didedahkan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Najib telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata dan mendakwa bahawa ini mungkin komplot oleh Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kelemahan pentadbirannya.

[Baca berita asal]

Bapa Altantuya: SD Azilah peluang M’sia bersih nama

Bapa kepada Altantuya warga Mongolia yang dibunuh, Setev Shaariibuu melihat pendedahan mengejutkan oleh bekas polis yang menunggu hukuman mati, Azilah Hadri pada hari ini sebagai peluang untuk Malaysia membersihkan namanya.

Dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini, Shaariibuu berkata beliau kini dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan tetapi sedar mengenai SD Azilah yang mengaku telah membunuh Altantuya pada tahun 2006 selepas didakwa mendapat arahan daripada Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

“Ini peluang pihak berkuasa Malaysia sekarang untuk membersihkan nama negara di peringkat antarabangsa sekiranya mereka dapat segera mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan ini,” kata Shaariibuu dari Ulaanbataar, Mongolia.

“Kami berharap pendedahan terkini ini dapat mempercepatkan kebenaran dan membantu keluarga saya menuntut keadilan untuk anak perempuan saya, yang telah meninggalkan kami dengan tiba-tiba secara tidak adil, 13 tahun lalu,” katanya.

Shariibuu berjanji untuk bercakap lebih lanjut mengenai perkembangan mutakhir apabila dia keluar dari hospital kelak.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci mengenai perkara ini dalam beberapa hari lagi,” kata Shaariibuu.

Dengan SD berkenaan, Azilah kini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat semakan keputusan mahkamah yang mendapati dia bersalah atas pembunuhan Altantuya.

Azilah, bekas pengawal peribadi Najib, didapati bersalah membunuh Altantuya bersama seorang lagi anggota pasukan elit polis, Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang kini berada di pusat tahanan imigresen di Sydney, Australia.

Sirul Azhar kekal di pusat tahanan Villawood kerana Australia enggan menghantarnya pula disebabkan dasar menentang hukuman mati yang mana bekas anggota UTK itu telah disabitkan kesalahan membunuh di Malaysia.

Mereka dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana disabitkan membunuh dan meletupkan mayat Altantuya dengan bahan peledak gred tentera pada bulan Oktober 2006 di kawasan hutan belukar di Puncak Alam, Shah Alam.

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang juga rakan rapat Najib, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Najib dan Abdul Razak telah menafikan kandungan SD Azilah, dengan bekas perdana menteri menggambarkannya sebagai “rekaan semata-mata.”

Walaupun Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan terhadap Azilah dan Sirul pada Ogos 2013, namun Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 telah mengembalikan keputusan bersalah terhadap mereka.

Shariibuu menyaman kerajaan Malaysia, Najib, Abdul Razak dan dua bekas anggota UTK polis itu atas pembunuhan Altantuya.

[Baca berita penuh]

 

 

MAHATHIR: SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?

1 DEBU ALTANTUYA

MAHATHIR: SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?
(By: Ariff Ahmad)

Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).

Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.

Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA

Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene

👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah

a) Mokhzani Mahathir dan

b) Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi proxy Daim Zainuddin)

👉 2) Pada mulanya rundingan di lakukan melalui Syarikat Perimekar Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Pengarah Syarikat Perimekar pula ialah

a) Laksamana Muda (Rtd) Hussin Tamby dan

b) Mazlina Makhzan iaitu isteri Abdul Razak Baginda.

(Sila rujuk FAKTA 2 dan FAKTA 3)

👉 3) PENGLIBATAN ALTANTUYA. Sebenarnya Altantuya langsung tidak terlibat didalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dan nama Altantuya hanya digunakan untuk memfitnah Najib. Pandangan saya ini adalah berdasarkan pada keterangan Abdul Razak Baginda, dimana beliau telah memberitahu Mahkamah bahawa

a) Beliau hanya mula mengenali Altantuya pada akhir 2004,

b) Sementara rundingan pembelian kapal selam Scorpene bermula pada tahun 2000

c) Dan perjanjiannya Scorpene dimuktamatkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002.

d) Semasa rundingan diadakan, seorang warga Inggeris bernama Martin Hill, telah bertindak sebagai jurubahasa kerana beliau fasih dalam bahasa Perancis,

(Sila rujuk FAKTA 4)

👉 4) MAHATHIR JUGA TERLIBAT. Semasa rundingan dimulakan sehingga perjanjian pembelian dimuktamatkan

a) Perdana Menteri Malaysia ialah Mahathir

b) Menteri Kewangan juga ialah Mahathir

Jadi sebagai sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, adalah mustahil Mahathir tidak tahun tentang kos pembelian Scorpene kerana yang akan menyediakan dan meluluskan bajet ialah Kementerian Kewangan.

Slogan Bersih, Cekap dan Amanah ialah slogan yang digunakan Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi rupa-rupanya Mahathir TIDAKLAH BERSIH dari skandal seks (sila rujuk FAKTA 5). Jika kita renung betul-betul wajah-wajah ANAK ANGKAT Mahathir iaitu Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir, maka kita dapati bahawa wajah-wajah mereka adalah SEIRAS dengan wajah-wajah anak-anak Mahathir yang lain seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina (sila rujuk FAKTA 6).

Selain daripada itu, mengikut ajaran Islam, jika Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir maka adalah HARAM bagi mereka di BIN kan atau BINTI kan kepada Mahathir (sila rujuk FAKTA 7)

Memandangkan Mahathir juga adalah kaki perempuan, maka wujud kemungkinan Mahathir juga mempunyai skandal dengan Altantuya sehingga menyebabkan Altantuya mengandung (sila rujuk FAKTA 8).

👉 5) SIAPA SIRUL AZHAR. Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri (sila rujuk FAKTA 9). Jadi ada kemungkinan yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya ialah Mahathir kerana hendak menutup perhubungan sulit antara mereka berdua.

Selain daripada itu, tugas Sirul ada seorang bodyguard Perdana Menteri. Beliau memulakan kareernya sebagai bodyguard Mahathir dan selepas Mahathir letak jawatan, beliau telah menjadi bodyguard Pak Lah. Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Pak Lah sehingga beliau ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006 (sila rujuk FAKTA 10) maka tidak mungkin Najib yang keluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya kerana Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu TIGA TAHUN selepas Sirul ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya

Jadi soalan saya pada Mahathir ialah: SIAPA YANG LEBIH RAPAT DENGAN SIRUL SEHINGGA BOLEH KELUARKAN ARAHAN UNTUK MEMBUNUH ALTANTUYA

Buka link FB untuk melihat buktinya

Posted on : 19th June 2018

Facebook Link

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=647281348965436&id=100010507293309

❎ FAKTA 1 – Malaysia tidak mohon ekstradisi Sirul – Dr Mahathir – Front Desk

8 Jun 2018

PUTRAJAYA, 8 Jun: Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar  Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh diserah balik kepada negara ini.

Beliau berkata bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi  hukuman  mati atas  pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

“Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak benarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara mereka sebab undang-undang di negara itu.

“Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air,” kata Dr Mahathir pada sidang media, di sini hari ini.

http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2018/06/08/malaysia-tidak-mohon-ekstradisi-sirul-dr-mahathir/

❎ FAKTA 2 – Scorpene: Siapa Terlibat?

Pencadang asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan membeli kapal selam Jenis Jerman versi 212 (reka bentuk Jenis Bebas 209) melalui sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, yang beroperasi dari banglo di Jalan Lembah Ledang off Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

Posted on 5th August 2017

Facebook Link

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=498523400507899&id=100010507293309

❎ FAKTA 3 – Kapal selam – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kapalselam?epi=7%2CPAGE_ID10%2C4732006089

❎ FAKTA 4- Altantuya no role in Scorpene deal, negotiator claims | Malaysia | Malay Mail

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara perjanjian Scorpene yang memasuki perundingan pada tahun 2000, disimpulkan, dua tahun kemudian.

Laporan khas menimbulkan keraguan tentang perlunya menyewa Altantuya sebagai jurubahasa, ketika faktanya adalah semua rundingan dengan syarikat Perancis dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Pasukan Perancis, sebenarnya, pada mulanya dipimpin oleh seorang Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih dalam bahasa Perancis, laporan itu dinyatakan.

Selain itu, dalam pemetaannya kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, pengurus pemasaran bekas Pengarah Urusan des Construction Navales Services untuk Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu penyiasat bahawa tidak ada keperluan juru bahasa kerana rundingan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, ia dilaporkan.

Jasbir bertanya-tanya mengapa tidak ada yang mempersoalkan kredibiliti tokoh pembangkang yang telah menerima aduan untuk menunjukkan gambar Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, yang dikatakan di sebuah restoran Paris.

“Dengan kemasukannya sendiri, perkara ini adalah perkara peribadi antara Abdul Razak dan Altantuya. Berurusan dengannya tidak ada kaitan dengan perjanjian Scorpene.

“Adalah malang bahawa ia bertepatan dengan garis masa kami (perjanjian kapal selam). Razak adalah satu-satunya penyebut biasa dalam perkara ini. Beliau adalah satu-satunya pautan, dan yang lemah, paling baik, “katanya.

https://www.malaymail.com/s/501211/altantuya-no-role-in-scorpene-deal-negotiator-claims

❎ FAKTA 5 – Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao

Rafidah menjadi kaya bukan kerana perbuatan rasuahnya tetapi kerana dia tahu rahsia dan perilaku moral Mahathir termasuk rahsia berkenaan skandal seks.

“Kita lihat pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Rafidah ini boleh berkata apa-apa dan diberikan ruang memegang portfolio penting menguruskan perdagangan luar negara termasuk menguruskan AP barang-barang import dari luar negara ke Malaysia.

Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao

Anwar ada menyebut berkenaan hubungan sulit Mahathir ini di beberapa pentas ceramah reformasi dan dia ada sebut berhubung skandal seks melibatkan orang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

https://www.smasanews.com/index.php/politik/item/7405-rafidah-aziz-simpan-rahsia-skandal-seks-libatkan-mahathir-dakwa-ramesh-rao

❎ FAKTA 6 – Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?

⏩ Lihat wajah anak-anak kandung Mahathir yang kaya raya malah antara terkaya di Asia, ada iras muka atau wajah mereka dengan Mazhar, si anak angkat tersebut. Malah wajah cucu Mahathir yang perempuan, anak kepada Menteri Besar Kedah juga dilihat mempunyai iras wajah yang sama. Bagaimana anak angkat boleh hampir sama saja mukanya dengan anak atau cucu kandung Mahathir? Atau sememangnya Mahathir memilih anak angkat bersyarat muka yang sama? ⏪

⏩ Pernahkah anda dengar tentang Mahathir didakwa nikah gadis belasan tahun? ⏪ Walaupun ketika itu tiada internet tetapi akhbar yang pro pembangkang sudah wujud dan mempunyai ramai pembaca. Walaupun jawapan ketika itu bukannya seperti zaman digital iaitu adanya kekangan masa yang bukannya boleh respon “real time” namun dikatakan Mahathir mengambil masa yang lama untuk menjawab. Dan menurut otai-otai politik, Siti Hasmah yang jawab pada awalnya dan bukannya Mahathir. Dan sehingga ke hari ini Mahathir dilihat takut untuk menjawab.

http://www.azmykelanajaya.com/2017/01/pernah-dengar-cerita-siti-hasmah.html

❎ FAKTA 7 – Haram nasab anak angkat kepada bapa angkat

Hukumnya haram menasabkan seseorang anak angkat kepada bapa angkatnya. Ini bererti dalam Islam adalah ditegah seorang yang mengambil anak angkat lalu di‘bin’kan kepada bapa angkatnya.

Hukum ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri…*

(Surah Al-Ahzab: ayat 4)

dan dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber‘bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.
(Surah Al-Ahzab: ayat : 5)

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0324&pub=UtusanMalaysia&sec=BicaraAgama&pg=ba_03.htm

❎ FAKTA 8 – Anwar Ibrahim » Blog Archive » Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh?

⏩ Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung ⏪

http://anwaribrahimblog.com/2009/03/05/altantuya-shaaribuu-bagaimana-dan-mengapa-dia-dibunuh/

❎ FAKTA 9 – Sirul Bekas Pengawal Peribadi Mahathir Rupanya | MYKMU.NET

⏩ Tapi mengejutkan hari ini bila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad (90 tahun) mendedahkan apa yang selama hari ini kita tidak tahu bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya. ⏪  Terlintas di kepala penulis, jika melihat kepada pendekatan Najib dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tak adakah siapa yang nak menuduh Mahathir terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut?

https://mykmu.net/2015/04/sirul-bekas-pengawal-peribadi-mahathir-rupanya/

FAKTA 10 – Kronologi kes pembunuhan Altantuya

Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:

2006:

26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

6 Nov:  Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

7 Nov:  Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.

16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

https://m.malaysiakini.com/news/286150

Posted on: 19th June 2018

Facebook Link

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=647281348965436&id=100010507293309

❎ FAKTA – Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan

8 Jun 2018

Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Putrajaya untuk mengekstradisi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar kembali ke Malaysia, lapor Guardian.

https://m.malaysiakini.com/news/428848

Posted on : 19th June 2018

Facebook Link

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=647281348965436&id=100010507293309

ARTIKEL THIRD FORCE

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Kisah sebenar pembunuhan Altantuya – The Third Force

Kisah sebenar pembunuhan Altantuya

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Kisah sebenar pembunuhan Altantuya – Malaysia Today

Kisah sebenar pembunuhan Altantuya

Pendedahan mengejutkan dari Azilah – ‘Najib arah saya bunuh Altantuya’

Image may contain: 2 people, text

 

EKSKLUSIF | Azilah Hadri, yang disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu, membuat dakwaan mengejutkan dari Penjara Kajang.

Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri atau TPM) dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.


Baca: Ini semata-mata rekaan, kata Najib


Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis.

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat ditegakkan”.


[Baca SD penuh Azilah di sini]


Pengurusan kes ditetapkan pada esok hari.

Azilah mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya “tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

“Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher,” SD itu dipetik.

“Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.’”


Baca: Imbas kembali kes Altantuya: SD dan keterangan mahkamah


Azilah juga mendakwa Najib memberitahu supaya “berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah bahawa beliau sedang mengandung.”

Azilah juga menjelaskan kenapa beliau baru membuat permohonan menyemak semula kes itu.

Dalam afidavitnya, Azilah berkata, pada awal 2018, dia telah merancang untuk membuat SD itu tetapi menangguhkannya kerana bimbang disalah guna menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” katanya.

“Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi,” katanya.

Jumpa Altantuya di London’

Azilah berkata, dia ada berjumpa Najib di Pekan pada 17 Oktober 2006.

Dakwanya, Najib mengarahkan dia membunuh “perisik asing.”

Dakwanya lagi, perkara itu diulangi Razak Baginda di pejabatnya pada keesokan harinya.

Berdasarkan SD itu, Azilah mendakwa Razak Baginda juga bertanya sama ada dia ingat wanita yang dia dan TPM jumpa di sebuah lobi kondominium di London.

“…saya beritahu bahawa saya tak berapa ingat tentang perempuan tersebut tetapi tugas eskot (mengiring) TPM dan Razak Baginda dari hotel penginapan ke kondominium tersebut saya ingat. Razak Baginda beritahu perempuan itulah perisik asing yang dimaksudkan,” katanya.

Azilah mendakwa selepas dia nampak wanita itu di luar kediaman Razak Baginda di Bukit Damansara kemudiannya, dia ingat pernah bertemuanya bersama Razak dan Najib di kondominium itu.

Najib sebelum ini berulang kali menafikan pernah bertemu dengan Altantuya. Beliau malah bersumpah menafikannya dalam masjid.

Sementara itu, Azilah berkata dia diarahkan, dimaklumkan dan percaya arahan untuk operasi sulit itu datang terus daripada TPM dan melalui aide-de-camp beliau ketika itu, DSP Musa Safri.

Dalam afidavitnya, dia menyebut tiada motif atau sebab untuk membunuh Alatantunya tetapi Najib dan Musa, dakwanya, berkata operasi itu berkaitan keselamatan negara.

“Selepas operasi sulit tersebut dilaksanakan, saya diarahkan untuk memberikan kerjasama di dalam siasatan pihak polis dan saya juga diberikan jaminan oleh DSP Musa bahawa sebarang perkara berbangkit akan dibantu oleh TPM selagi saya tidak libatkan nama baik TPM.”

Dalam afidavitnya, dia juga berkata:

“Pada setiap masa material, saya percaya bahawa saya bertanggungjawab menyimpan segala rahsia berkenaan operasi sulit tersebut dan saya yakin bahawa saya akan dibantu oleh TPM sama ada dengan cara bahawa saya tidak akan dituduh di Mahkamah dan/atau bahawa sebarang isu berbangkit di dalam operasi sulit ini akan diselesaikan.”

‘Maaf, tapi saya tiada pilihan’

Semasa siasatan polis, Azilah berkata pasukan siasatan menyedari “penglibatan” TPM tetapi menafikan maklumat itu datang daripadanya. Katanya, dia mengesyaki maklumat berkenaan diperoleh daripada Sirul.

Antara lain, Azilah dalam afidavitnya mendakwa:

  • Dia menerima arahan lisan, tidak secara bertulis, daripada TPM dan Musa.

  • Dia setuju menjalankan operasi itu atas kepercayaan penuh ia melibatkan keselamatan negara.

  • Dia percaya BN mempunyai kedudukan kukuh dalam kerajaan dan sebarang cubaan untuk mengingkari arahan TPM atau memburukkan namanya dalam kes itu akan menjadi sia-sia dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadapnya.

  • Dia bimbang keselamatan diri dan keluarganya dan bimbang perintah hukuman mati terhadapnya dilaksanakan segera.

Katanya, selepas Mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dia menelefon Musa tetapi diminta bersabar.

“Saya beritahu DSP Musa, ‘Kalau macam ini baik saya bongkar dan beritahu semua.’”

Azilah juga berkata dia melambatkan pemfailan pengampunan kepada Sultan Selangor agar proses pelaksanaan hukuman gantung dapat ditangguhkan.

Bekas polis itu juga memohon maaf atas penglibatannya dalam operasi itu yang “meragut nyawa seorang manusia yang tidak bersalah”.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shaariibuu di atas apa yang telah terjadi di mana saya tiada pilihan pada waktu tersebut melainkan untuk mematuhi arahan yang diberikan kepada saya dalam menjalankan tugas,” katanya.

[Baca berita asal]

https://www.malaysiakini.com/news/503804?fbclid=IwAR3jFXqVooC6EfLBua9-fC8cU_WEDL_Ehj7q2WtxNFVKmPWWOZwdUVNRtKU

Cabar sangat..
Makan nyiur la muka tu!