Rosmah minta RM187.5 juta untuk bantu Jepak dapatkan projek solar, kata saksi

1 UMNO GILA HARTA1 NAJIB MENYUSAHKAN RAKYAT.1 PUNCA PENGANGGUR1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 KATAK BEROMEN1 AZMIN HAMIL

Rosmah minta RM187.5 juta untuk bantu Jepak dapatkan projek solar, kata saksi

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama)—Rakan perniagaan kepada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Rosmah Mansor meminta sumbangan RM187.5 juta iaitu 15 peratus daripada RM1.25 bilion nilai projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak untuk membantu Jepak mendapatkan projek berkenaan.

Rayyan Radzwill Abdullah, 40, pengarah Nanocarb Technology Sdn Bhd berkata perkara itu dimaklumkan oleh Rizal Mansor, yang ketika itu merupakan pembantu Rosmah semasa perjumpaan di sebuah Bistro di Sunway Putra Mall antara Januari dan Februari 2016.

“Rizal telah berjumpa saya dan Saidi di restoran itu dan semasa perjumpaan tersebut, Rizal mengatakan semuanya okay cuma peratus sumbangan perlu dinaikkan kepada 15 peratus kerana Rosmah inginkan 15 peratus daripada jumlah RM1.25 bilion nilai projek tersebut.

“Jadi jumlah sumbangan 15 peratus berkenaan adalah bersamaan RM187.5 juta. Saidi mengatakan jumlah itu tinggi dan ia perlu dikurangkan sikit kerana Saidi perlu jaga ramai orang lagi. Rizal mengatakan akan semak dan maklum kembali dan beliau juga meminta bahagiannya sebanyak RM5 juta setahun selama lima tahun daripada Saidi. Saidi menyatakan ‘okay’ sebagai tanda setuju dengan permintaan Rizal,” katanya.

Menurut saksi ke-16 pihak pendakwaan itu, Rizal kemudiannya menghubungi beliau dan memberitahu duit sumbangan 15 peratus bersamaan RM187.5 juta adalah muktamad dan tidak boleh diubah dan memintanya memaklumkan perkara berkenaan kepada Saidi.

“Saya kemudian telah menghubungi Saidi dan memaklumkan beliau tentang perkara tersebut,” katanya yang membacakan penyataan saksinya pada hari ke-16 perbicaraan kes Rosmah yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta, daripada Saidi.

Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

Terdahulu, Rayyan Radzwill berkata Saidi memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan menghubungi Rizal bagi mendapatkan sokongan Rosmah untuk melancarkan proses Jepak mendapatkan projek solar itu selepas KPM tidak memberi maklum balas berhubung pembentangan mereka berkenaan projek tersebut.

“Satu perjumpaan dibuat dalam bulan Januari atau Februari 2016 di antara kami berdua dengan Rizal di sebuah Bistro pada waktu malam dan antara isu yang dibincangkan berkenaan tindakan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan ketika itu) yang tidak memberi sebarang respons kepada Saidi dan Jepak biarpun perdana menteri ketika itu Najib Razak telah mengeluarkan minit arahan untuk melaksanakan projek solar hibrid Jepak.

“Dalam pertemuan itu, Saidi ada bertanya tentang peratus sumbangan yang perlu diberikan kepada Rosmah sekiranya beliau setuju membantu Jepak untuk mendapatkan projek solar tersebut dan Rizal menasihatkan kepada Saidi dan saya agar menawarkan sumbangan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus daripada nilai projek solar berkenaan.

“Rizal juga meminta Saidi untuk memulakan tawaran bermula dari 10 peratus terlebih dahulu agar kami dapat nego (runding) dan henti di takat 15 peratus dari nilai projek tersebut,” katanya.

Saksi itu berkata beberapa hari kemudian, beliau dan Saidi telah pergi ke rumah Rosmah di Jalan Langgak Duta dan antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan sokongan Rosmah dalam projek solar hibrid dan sumbangan yang hendak diberikan oleh Jepak kepada isteri bekas perdana menteri itu atas bantuan yang diberikan.

“Saidi telah menawarkan 10 peratus sebagai sumbangan kepada Rosmah dan beliau telah menjawab dengan mengatakan ‘keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang” dan ‘kita tengoklah nanti’,” katanya yang turut memaklumkan perjumpaan tersebut berlangsung selama 10 minit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. – Bernama, 14 Julai, 2020.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/260644

Rosmah Mansor, layak menerima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

1 Pencuri1 HADI JELIR

1 ROSMAH BPR

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, layak menerima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ini berdasarkan semakan Malaysiakini di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang mengesahkan Rosmah “lulus” menerima bantuan tunai itu.

Bagaimanapun, Najib yang juga MP Pekan tidak layak mendapat BPN.

Semakan dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang didapatkan daripada dokumen mahkamah.

 

ROSMAH BERGAYA BERSAMA HASIL ROMPAKAN 1MDB DENGAN RESTU UMNOPAS.

Image may contain: 1 person

Merajuk beli hadiah ratus ribu, patut rumah ada cash RM114 juta dan hadiah hampir 1 bilion. Siap minta cash komisyen projek sekolah lagi…

Permohonan Rosmah tangguh bicara saman syarikat barang kemas ditolak

Hakim Wong Chee Lin memerintahkan Rosmah membayar kos RM3,000 kepada firma Lubnan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Rosmah Mansor untuk penangguhan perbicaraan saman difailkan oleh sebuah firma barang kemas Lubnan yang menuntut pemulangan 44 butir barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang didakwa telah dihantar kepada isteri bekas perdana menteri, Najib  Razak untuk dilihat.

Hakim Wong Chee Lin memerintahkan Rosmah membayar kos RM3,000 kepada firma Lubnan itu.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/192159?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0Ln6eAU7fvVGj8Y_ssM80q3Lou556PRLVFpxEIs8R6WYLqjGShdjMlYDg

Rosmah Menginap Di Hotel Dubai RM100k Semalam

No photo description available.

Bila SPRM Nak Tangkap Rosmah ?

Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan harta dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan perolehan semua hartanya bermula dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan Rosmah untuk mengetepikan notis perisytiharan harta itu yang dikemukakan pendakwaan yang meminta beliau mengisytiharkan perolehan harta berkenaan.

Pendakwaan memohon Rosmah mengisytiharkan harta itu bersabit 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan yang dihadapinya.

Pendakwaan mengemukakan notis itu mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah mengetepikan notis perisytiharan harta itu selepas berpuas hati ia tidak akan memprejudiskan pihak pembelaan atau menyebabkan kebimbangan maklumat itu akan digunakan untuk menentangnya.

Beliau berkata, permohonan difailkan pendakwaan mengikut Seksyen 49(1) AMLATFPUAA hanya bagi siasatan dan tiada kaitan dengan 17 tuduhan dihadapi Rosmah.

Katanya, alasan Rosmah bahawa notis itu akan memprejudiskan dirinya dan beliau tidak mendapat perbicaraan adil adalah berdasarkan spekulasi dan tidak berwibawa.

“Hak berdiam diri diberikan ketika perbicaraan dan bukan dalam kes ini. Saya juga bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa hak untuk berdiam diri dan keistimewaan daripada menjawab notis itu, bukan hak dijamin Perlembagaan.

“Fleksibiliti diperlukan bagi menyeimbangkan antara kepentingan awam dan hak kepada tertuduh,” katanya.

Mohamed Zaini berkata, pihak berkuasa perlu diberi peluang menjalankan penyiasatan mereka seperti mengenal pasti aset milik seseorang disyaki dalam kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata, pendedahan aset itu tidak bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Katanya, anggapan tidak bersalah masih kekal kepada pemohon.

“Beban itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Mohamed Reza Rahim memohon mahkamah menangguhkan perisytiharan harta bagi membolehkan peguam membalas notis perisytiharan berkenaan.

Mohamed Zaini bagaimanapun memerintahkan peguam memfailkan permohonan rasmi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Rosmah tidak hadir ke mahkamah.

https://www.bharian.com.my/…/permohonan-rosmah-diketepi-per…

Rosmah Kaya Raya Kerana Abang Najib & Hadi

Image may contain: 1 person, smiling

Curi duit rakyat Rosmah Mansor beli barang-barang kemas ini semua,lepas itu bekal dedak kepada kroni-kroni yang terdekat semua untuk menjaga penyokong -penyokongnya untuk sentiasa mempertahanjan kesalahan -kesalahan mereka.

#PENYOKONG #PENYOKONG #BN #DAPAT#APA???