Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

1MDB: SEKILAS FAKTA YANG NYATA

1 Pencuri

1MDB: SEKILAS FAKTA YANG NYATA

KHAMIS: 16 April – Di bawah ini adalah artikel yang dipetik dari tulisan DS Najib pada 9 Ogos 2016 dan disiarkan kembali untuk kita sama-sama mengtahui realiti sebenar tentang operasi 1MDB.

1. Saya berpeluang mendengar sendiri dari mulut susuk tubuh yang diamanahkan mengetuai operasi IMDB dan memulihkannya yakni Arul Kandasamy dalam satu taklimat khas pada 4 Ogos yang lalu.

2. Rupanya, IMDB adalah model perniagaan yang telah menimbulkan sakit hati kelompok kroni-kapitalis yang selama ini merajai hampir 22 tahun tembolok kekayaan Negara secara halus dan senyap.

3. Hakikatnya, isu IMDB (sebelum plan pemulihan dilaksanakan Februari 2015) telah dikesani menerusi siasatan PAC. Pengurusan yang lemah, struktur modal yang tidak sepadan dengan operasi perniagaan dan hutang luar jangka antara isu dikenalpasti. Melalui plan rasionalisasi 3 isu ini sedang diatasi dan berjaya diatasi, namun lebih ramai yang berminat untuk membincangkan perihal IMDB dari sudut ‘politik’ berbanding perspektif perniagaan.

4. Realitinya juga, Wang IMDB sejumlah RM42 bilion tidak pernah hilang. Komitmen perniagaan yang dibuat antara IMDB dan IPIC, PetroSaudi serta ABRAR dipenuhi dan diperundangkan dengan jelas. Setelah selesai urusan pembayaran kepada dua entiti berkenaan dengan IMDB memperoleh aset, bon jaminan yang matang sehingga 2026, terpulangnya kepada dua organisasi tersebut untuk membelanjakan wang pelaburan mengikut keperluan mereka.

5. IPIC yang merupakan rakan niaga utama IMDB dimiliki oleh anak Raja Abdullah, penguasa Arab Saudi, syarikat yang dijamin dan memperoleh penarafan antarabangsa. Kesemua urusniaga IMDB adalah antara IPIC, subsidarinya PetroSaudi dan ABRAR, tidak ada kena mengena dengan individu seperti Riza Aziz dan Jo Lhow.

6. Berasaskan fakta yang jelas, menerusi plan rasionalisasi IMDB, bermula Febuari 2015, hutang jangka pendek IMDB kepada institusi perbankan berada dalam keadaan sifar. Tunai ditangan dalam bentuk simpanan di bank, berjumlah RM2bilion. Aset mencecah 52 bilion dan menerusi komitmen pelaburan serta pembangunan strategik jangka panjang, usahasama di TRX dan Bandar I Malaysia serta Bandar Air Hitam Pulau Pinang dijangka memberi pulangan RM50 bilion.Peliknya, kejayaan ini tidak digembar-gemburkan, sebaliknya berita sensasi yang mendapat tempat.

7. Kenapa IMDB dicemburi oleh pakatan kroni-kapitaslime yang bernaung dibawah sang penguasa yang memerintah Negara selama 22 tahun?. Ia dicemburui dan disakiti kerana konsep pembangunan yang diamanahkan kepada IMDB berbeza dengan konglomerat lain seperti Berjaya Group atau YTL. Selain membangunkan projek sedia ada, pembangunan sekitar juga menerima manfaatnya. Contoh, pembangunan bercampur di Bandar 1Malaysia(Sungai Besi). Sebagai pampasannya, IMDB dimestikan membina 8 buah kem tentera dan Pusat Latihan Polis bernilai RM2.4 bilion di seluruh Negara. Bermakna keuntungan 1MDB diagihkan dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat selain meringankan bebanan perbelanjaan pembangunan pihak kerajaan”.

8. Lebih banyak Isu IMDB digembar-gemburkan sebenarnya menerusi sensasi hasil kebocoran maklumat dari dalam PAC sendiri disebabkan 5 anggotanya adalah pemimpin kanan parti pembangkang. Mereka hanya berminat mencari salah urustadbir kerajaan berbanding usaha membaiki serta mencadangkan input berguna kepada pengurusan IMDB. Apabila dihebahkan, banyak fakta diselewengkan bagi menimbulkan kebencian masyarakat, walhal urusan perniagaan perlu ditangani secara urusan perniagaan bukan melibatkan elemen politiking.

9. Dari mana timbulnya kontroversi wang RM2.6 bilion yang sering dikaitkan dengan IMDB?. Wang tersebut adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi, disahkan oleh Menteri Luar Kerajaan Arab Saudi, dimanfaatkan oleh PM untuk belanja PRU ke-13, dan bakinya dikembalikan. Diperakui berdasarkan dokumen surat menyurat oleh Bank Negara, disiasat oleh Jabatan Peguam Negara, SPRM, dan juga PDRM. Tidak ada bukti rekod transaksi pemindahan wang dari IMDB, kepihak ketiga dan PM sendiri. Rumusannya tiada kes, yang seringkali menjadikan ianya satu kes adalah parti pembangkang, walhal derma PRU untuk DAP berjumlah RM1.5 bilion sehingga kini tidak dijelaskan sumbernya dari mana dan kemana ia dibelanjakan.

10. Ada tuduhan liar yang menyatakan IMDB menngunakan wang rakyat dalam operasi perniagaanya?. Benarkah kenayataan ini?. Hakikatnya, modal asas IMDB RM1Juta datangnya dari geran kerajaan. Modal tambahan perniagaan IMDB, diperoleh melalui pinjaman bank(jangka pendek, sederhana atau jangka panjang) yang dijamin dengan bon terbitan kerajaan. Tidak timbul istilah penggunaan wang rakyat digunakan sebagai modal perniagaan IMDB. Demikian juga bayaran balik pinjaman perniagaan, semuanya dibayar hasil keuntungan operasi niaga dan juga penjualan asset yang dimiliki IMDB setelah mendapat tawaran pembelian yang menguntungkan.

11. Lantas, kenapa IMDB berterusan disakiti, dibenci dan dikontroversikan?. Satu darinya kesan proses pengambilalihan IPP diseluruh Negara oleh IMDB yang diletakkan di bawah EDRA Energy. Pengambilalihan ini menyebabkan IMDB berjaya meyakinkan TNB untuk menurunkan tariff tenaga elektrik sebanyak 1 sen. Penyerapan IPP dengan dimiliknegarakan telah menguntungkan pengguna berbanding amalan sebelum ini yang bukan sahaja membebankan pengguna, malah satu urusniaga yang tidak adil kepada TNB.

12. Bagaimana pula pertuduhan yang dikenakan oleh Jabatan Keadilan Amerika ke atas Riza Aziz dan Jo Lhow yang dikaitkan mencuri dana IMDB?.Pertuduhan ke atas Riza Aziz dan Jo Lhow dengan dakwaan mengubah wang haram dan mencuri duit adalah tuduhan jenayah. Persoalan yang mengundang kehairanan ialah kenapa Jabatan Keadilan Amerika membuat tuntutan sivil ke atas mereka. Dan jika IMDB terlibat kenapa pihak IMDB tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes ini?. Pelik bukan?.

13. Kemana sebenarnya wang IMDB dilaburkan?. Wang IMDB dilabur dalam IPIC, PETRO SAUDI DAN ABRAR menerusi mekanisme dan syarat perjanjian yang sah. Secara analogi mudah, si A membeli sebuah kereta dari si B. Si B membuat arahan pembayaran agar si A membayar tunai kepada si B, sejumlah RM70 ribu dan bakinya RM30 ribu dibayar dalam akaun kepada rakan si B. Kemana wang dibelanjakan oleh rakan si B, bukan lagi dalam pengetahuan pembeli si A. Prinsip penting, kereta beserta geran kereta yang ditukar nama kini sudah menjadi milik pembeli si A. Demikianlah transaksi antara IMDB, IPIC, ABRAR dan PETROSAUDI. Jika Jabatan Keadilan Amerika ingin memulangkan wang yang dikatakan dicuri dari IMDB, padahal tidak, maka IMDB pasti beroleh untung dua kali ganda.

14. Inilah faktanya, dan inilah realiti sebenar operasi IMDB. Namun kejayaanya ditolak, sebaliknya kerana iri hati kelompok kroni-kapitalis, IMDB terus dimusuhi. Motifnya, tentulah anda sendiri yang punyai jawapannya…

KERAJAAN MALAYSIA TERIMA WANG 1MDB DARI US MENGESAHKAN AMALAN KLEPTOKRASI NAJIB.

1 DR ZUL CAKAP BENAR1 ulamak jahat1 HADI B.RAB.

KERAJAAN MALAYSIA TERIMA WANG 1MDB DARI US MENGESAHKAN AMALAN KLEPTOKRASI NAJIB.
Bila kerajaan terima wang USD300 juta dari US, itu sebenarnya mengesahkan bahawa pentadbiran BN sebelum ini mengamalkan kleptokrasi. Para walaun Najib kena faham bahawa manusia yang kamu dokong selama ini adalah sah sebagai penyamun wang rakyat.
Wang itu dirampas oleh pentadbiran US melalui Jabatan Keadilan negara itu dari Jho Low dan Riza Aziz melalui akta anti-kleptokrasi. Kalau Najib bukan kleptokrat, wang itu tidak akan dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Malaysia juga tiada hak untuk menerima wang tersebut.
Wang itu adalah hasil perjuangan PH menjatuhkan rejim kleptokrasi. Wang itu adalah milik rakyat Malaysia.
Anda boleh sahaja mendabik dada itu dan ini, tetapi wang itu adalah hasil perjuangan PH. Orang yang paling banyak berjasa membawa wang itu kembali ke negara kita ialah mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Terima kasih TT, terima kasih PH.
Jamzuri Ardani

Najib Perompak Tunjuk Warak: Jangan ikut PH, ambil balik dana 1MDB sikit-sikit

1 KATA YG BENAR WALAU PAHIT1 ULAMAK JAHAT1 NAJIB DAN PELACUR1 NAJIB TIDAK BENTANG1 NAJIB PUNCA MALAYSIA BANKRAP1 UMNO 21 RAJA BOHONG1 PENIPU AAAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 Makhluk Perosak

Kerajaan perlu meneruskan perjanjian penyelesaian International Petroleum Investment Company (Ipic) jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekali gus, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu meneruskan cara Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil balik wang berkenaan dengan cara sedikit demi sedikit.

“Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata Ipic belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

“Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekali gus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

“Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan Ipic jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekali gus, bukan dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.


Baca: Amerika pulangkan AS$300 juta lagi dana 1MDB ke Malaysia


Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak AS$300 juta daripada dana 1MDB telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu merupakan dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

“Pada 30 Okt 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low telah mencapai penyelesaian dengan DOJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang telah difailkan oleh jabatan itu ke atas aset-aset yang telah dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB.

“Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB yang telah disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin Yassin 

Muhyiddin berkata pemulangan AS$300 juta itu bermakna dana 1MDB yang telah dikembalikan kepada Malaysia sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset secara keseluruhannya kini berjumlah US$620 juta.

Perdana Menteri berkata proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

Sangkal dakwaan DOJ tak akan kerjasama dengan PN

Dalam pada itu, Najib berkata perkembangan terbaru itu menyangkal tuduhan PH sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasama dengan kerajaan PN untuk mendapat semula dana berkenaan.

Namun, AS$620 juta hanya sebahagian kecil daripada AS$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan Ipic milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

“Namun, kerajaan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN.

“Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat Ipic milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

“Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi,” kata Najib lagi.

Jelasnya lagi, keputusan kerajaan PH bergantung dengan DOJ untuk kembalikan wang selepas ia dibayar dan dijamin oleh Ipic memungkinkan untuk mendapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.

Katanya, niat kerajaan PH berlainan kerana jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh Ipic sebelum akhir tahun 2020 ini, maka terbukti beliau “tidak merompak”.

“Itu bercanggah dengan propaganda PH,” jelas Najib.

https://www.malaysiakini.com/news/520761?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1YNdyHNtDs6CEugRZZjj-iuYQI9zr3RhcqBbdrEEmC48JJEupo_15sow8

Kroni Najib Sudah Masuk Penjara Di Dubai, Najib Di Malaysia Masih Bebas Bersama Pas

Image may contain: 1 person, smiling, suit and text

Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya

Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut apabila dimaklumkan sejumlah US$884,996.78 ada di dalam akaun BSI Switzerland miliknya awal 2016 tetapi beliau tidak pernah menggunakan wang itu dan tidak tahu apa status wang tersebut sehingga kini kerana ianya diuruskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau menerima panggilan daripada BSI Switzerland di mana seorang pegawai BSI bertanyakan sekiranya beliau mengetahui baki akaunnya.

“Saya memberitahu saya tidak tahu. Dia memberitahu saya bahawa terdapat US$884,996.78 di dalam akaun saya. Saya berasa sangat terkejut kerana tidak tahu apa-apa berkaitan wang ini. Saya meminta pegawai bank tersebut memberi pandangan mengenai kemasukan wang ke dalam akaun tersebut, namun pegawai bank itu hanya menyatakan akan menghubungi saya semula.

“Pada satu masa yang lain pula, saya dihubungi pegawai dari BSI dan memaklumkan bahawa hubungan saya dengan bank itu akan ditamatkan dan saya dikehendaki memindahkan wang itu sama ada kepada satu syarikat bawah nama saya atau akaun lain di bawah nama saya. Saya telah merujuk perkara ini kepada Jho Low kerana pada waktu itu memang ada arahan untuk berhubung dengan beliau (Jho Low) sekiranya terdapat apa-apa persoalan mengenai akaun itu,” katanya.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari keempat perbicaraan kes Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Kata saksi itu, Jho Low kemudian mengarahkannya untuk membuka akaun bank di Shanghai memandangkan dalam tempoh itu memang ada urusan di China dan terdapat keperluan untuk ke sana.

Amhari Efendi menjelaskan bahawa Jho Low telah membantu secara peribadi untuk membuka akaun tetapi permohonan pembukaan akaun itu tidak berjaya.

“Dia (Jho Low) tidak memberitahu sebab apa akaun tersebut tidak berjaya dibuka. Kemudian beliau mengarahkan saya ke Bangkok bagi membuka akaun di Kasikorn Bank.

“Proses pembukaan akaun ini telah dibantu oleh seorang warga Thai bernama Oada yang merupakan kenalan Jho Low dan bukan pegawai bank tersebut dan namanya saya tidak ingat. Akaun bank di Bangkok itu telah berjaya dibuka pada masa itu juga.

“Apabila akaun bank di Bangkok ini berjaya dibuka, semasa satu lawatan kerja saya di Dubai, pada 28 September 2016, saya menghantar satu surat ke BSI Switzerland melalui faks Hotel Shagri-La Hotel, Dubai untuk memindahkan wang dalam akaun BSI ke akaun Kasikorn Bank dan menutup akaun BSI tersebut,” katanya sambil menambah Jho Low yang mengarahkannya untuk tidak menghantar melalui faks menggunakan nombor Malaysia.

Saksi itu berkata beliau berbuat demikian atas arahan yang diterimanya daripada BSI untuk memindahkan wang dalam akaun BSI atas namanya ke akaun miliknya yang lain.

“Namun saya dimaklumkan oleh BSI kemudiannya iaitu lebih kurang sehari atau dua hari selepas itu bahawa pemindahan wang tersebut tidak berjaya serta dimaklumkan ia ditangguhkan sementara dan pegawai bank akan menghubungi saya semula sekiranya ada apa-apa perkembangan.

“Saya ada maklumkan perkara ini kepada Jho Low dan beliau memberitahu saya beliau akan menyelesaikan masalah ini bagi pihak saya. Sehingga kini saya tidak tahu apa yang berlaku ke atas wang di dalam akaun tersebut,” katanya.

Amhari Efendi bagaimanapun berkata beliau tidak pernah mengeluarkan wang dari akaun berkenaan untuk kegunaan peribadi atau dipindahkan kepada mana-mana akaun miliknya mahupun akaun milik pihak lain kerana akaun itu diuruskan sepenuhnya oleh Jho Low.

“Saya juga tidak berani bertanya kepada Najib berkaitan wang yang terdapat di dalam akaun itu. Datuk Azlin (Datuk Azlin Alias Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu) juga sebelum ini tidak berani tanya dan saya ingat pesanan beliau bahawa akaun ini bukan sahaja untuk tujuan dana politik tetapi sekiranya saya mempersoalkan sesuatu yang cukup rahsia seperti ini atau tidak bersetuju mengenainya, ia boleh membawa kepada ancaman kerja atau kedudukan saya,” katanya.

Beliau berkata, secara amnya, pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri tidak pernah dan tidak boleh mempersoalkan mengenai dari mana sesuatu dana itu diterima oleh Najib kerana ia akan dilihat sebagai tidak percaya kepada kredibiliti beliau.

“Saya percaya memang ada dana yang datang dari Jho Low kerana sebelum PRU13, Jho Low ada memberitahu saya dan Datuk Azlin mengenai dana yang hendak digunakan bagi pilihanraya bagi memenangi undi majoriti di Pulau Pinang.

“Bagaimanapun Jho Low tidak pernah menerangkan cara bagaimana dia mendapatkan wang tersebut. Sehingga kini, saya tidak tahu apa-apa berkenaan status wang yang ada di dalam akaun tersebut kerana ia masih dikawal oleh Jho Low,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.–BERNAMA

Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya

Berita penuh https://malaysiadateline.com/bekas-pegawai-khas-najib-terkejut-ada-us884996-dalam-akaunnya/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Sokongan pada Najib antara dibincang dalam pertemuan dengan China – Saksi Hari ke-4.

LANGSUNG

| Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung.


Rehat untuk makan tengah hari

12.50 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari dan dijangka disambung semula pada jam 2.30 petang.

Bekas pegawai khas kepada Najib Razak, Amhari Effendi Nazaruddin akan menyambung keterangannya pada pemeriksaan utama yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalam.


Sokongan pada Najib antara dibincang dalam pertemuan dengan China

12.45 tengah hari: Mahkamah hari ini diberitahu bahawa mesyuarat yang diadakan dengan SASAC (Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentabiran Aset milik China) antara lain, membincangkan kerjasama perdagangan antara Malaysia dan China.

Bekas pegawai khas Najib, Amhari Effende Nazaruddin berkata antara isu utama lain yang dibincangkan semasa mesyuarat pada 28 Jun 2016 di China itu adalah keperluan memberikan sokongan padu kepada Najib bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Beliau memberi keterangan ini ketika mengenal pasti dan mengesahkan butiran dalam laporan ringkas mengenai mesyuarat itu, yang diterima daripada Jho Low sejurus selepas beliau kembali ke Malaysia selepas mesyuarat yang dihadiri dengan SASAC pada 28 Jun dan wakil kerajaan Abu Dhabi pada 30 Jun 2016.


Projek ECRL, MPP, TSGP sebahagian usaha selamatkan 1MDB – Saksi

12.40 tengah hari: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) adalah sebahagian daripada usaha untuk menyelamatkan 1MDB.

Bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saksi kelapan itu merujuk kepada dokumen bertajuk “Action Point: China-Malaysia Economic Program” yang dihantar melalui e-mel kepada Amhari oleh ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low.

Amhari berkata e-mel itu dihantar Jho Low untuk memastikan Najib memberikan peranan kepada Terence Geh yang merupakan sekutunya, untuk bertindak sebagai penyelaras bagi keseluruhan program penyelesaian hutang 1MDB / SRC melalui rundingan pelaburan Malaysia dan China.

Amhari berkata dokumen itu mempunyai rujukan kepada projek-projek yang dicadangkan untuk menyelamatkan (bailout) 1MDB.

“Dokumen tersebut memiliki nota pada maklumat /talking points untuk mengemas kini status projek itu dan juga susulan kerja kepada tiga projek iaitu TSGP, MPP dan ECRL,” kata Amhari.


Amhari sebak ketika bercakap tentang arwah Azlin

12.20 tengah hari: Bekas pegawai khas kepada Najib Razak, Amhari Effendi Nazaruddin tidak dapat menahan air matanya ketika memberitahu mahkamah mengenai bagaimana beliau harus memikul tanggungjawab lebih besar di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berikutan kematian Allahyarham Azlin Alias.

Amhari berkata beliau menghadapi masa-masa sukar selepas kematian Azlin, yang merupakan ketua setiausaha sulit Najib pada tahun 2015 kerana beliau terpaksa mengambil alih tugas khas yang melibatkan rahsia besar.

Saksi itu dalam keterangannya berkata beliau juga memikirkan untuk meletakkan jawatan kerana tekanan kerja, dengan menyebut arahan Najib sebagai beban yang sangat berat.

Antara arahan yang diterima adalah untuk ke China bagi mengendalikan rundingan kerjasama dua hala.


Rundingan pelaburan China-Malaysia bertujuan selamatkan 1MDB – Saksi

12.25 tengah hari:  Bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan pegawai khasnya, Amhari Efendi Nazaruddin untuk terlibat dalam perbincangan pelaburan China-Malaysia bagi menyelamatkan 1MDB.

Saksi kelapan itu berkata demikian ketika memberi keterangan semasa pemeriksaan utama dijalankan oleh pihak pendakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Seperti ditunjukkan oleh Jho (Low) melalui set soal jawab dan pelan tindakan kepada saya, perjanjian dan usahasama (antara Malaysia dan China) adalah untuk tujuan pelaburan yang akan membantu membayar hutang (bailout) 1MDB seperti hutang kepada IPIC.

“Saya juga boleh mengesahkan bahawa lawatan saya ke China (pada 2016) hanya diketahui oleh Jho Low dan Najib,” kata Amhari.


Najib arah pembantu runding dengan Abu Dhabi berhubung hutang 1MDB

12.15 tengah hari: Selepas berehat seketika, perbicaraan bersambung semula dengan saksi pendakwaan Amhari Effendi Nazaruddin menjelaskan peranannya dalam rundingan dengan Abu Dhabi pada 2016 untuk menghalang Malaysia diheret ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa mengenai isu-isu pembayaran hutang 1MDB kepada IPIC.

Amhari, yang merupakan pegawai khas kepada Najib Razak, berkata semasa pertemuan di kediaman Najib, bekas perdana menteri itu mengarahkan untuk bertemu dengan CEO Mubadala, Khaldoon Mubarak di Abu Dhabi untuk berunding.

“Najib menjelaskan jika Abu Dhabi mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin oleh IPIC, ia akan menjejaskan hubungan dua hala antara negara dan juga menimbulkan risiko politik dalam pilihan raya umum akan datang. Pada masa itu, isu 1MDB itu masih menjadi topik hangat di seluruh dunia, “katanya.

Menurut saksi berkenaan, selepas beliau meninggalkan kediaman Najib, beliau menerima mesej dari Blackberry Messenger Jho Low, yang memberitahu bahawa Khaldoon mengharapkan seseorang dari Malaysia menghubunginya dan memberikannya alamat e-mel lelaki itu.

Amhari berkata Jho Low juga memberitahunya bahawa ahli perniagaan itu akan menghantar Amhari untuk bertemu Khaldoon.


Jho Low arah pembantu Najib bekerja rapat dengan penyiasat 1MDB

11.35 pagi: Mahkamah diberitahu oleh saksi pendakwaan, Amhari Effendi Nazaruddin bahawa Low Taek Jho pada tahun 2015 mengarahkannya dan Allahyarham Azlin Alias bekerja rapat dengan agensi penguatkuasa undang-undang yang menyiasat 1MDB.

Amhari, yang ketika itu merupakan pegawai khas kepada Najib Razak, berkata Jho Low mahu mereka rapat dengan pihak berkuasa untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap pelan rasionalisasi 1MDB.

Allahyarham Azlin adalah ketua setiausaha sulit kepada Najib dan juga ketua kepada Amhari.


Arul Kanda dan Jho Low tak sebulu mengenai pelan rasionalisasi 1MDB

11.22 pagi: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy (gambar) dan ahli perniagaan yang dikehendaki Jho Low bercanggah pendapat mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan untuk 1MDB.

Bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan.

Saksi kelapan itu berkata ini adalah sebab di sebalik email bertajuk “Urgent: Rationalisation Plan 1MDB” bertarikh 22 April 2015, yang Jho Low minta beliau panjangkan ke Najib.

“E-mel ini dihantar kerana Arul Kanda, yang merupakan CEO 1MDB pada masa itu, mempunyai pelan yang berbeza mengenai rasionalisasi 1MDB.

“Jho Low memerlukan Najib untuk beritahu Arul Kanda untuk mengikuti cadangannya (Jho Low) dan jika Arul Kanda masih tak setuju, Najib kemudian mesti beritahu CEO untuk menyelesaikan perbezaan pendapat dengan Jho Low dan saya sendiri,” kata Amhari.


11.18 pagi: Mahkamah mendengar keterangan saksi bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, terlibat dalam percubaan ‘damage control’ dan menyediakan satu set petikan jawapan, termasuk penafian penglibatannya dengan dana pelaburan negara itu.

Bekas pegawai khas kepada Najib Razak, Amhari Effendi Nazaruddin dalam keterangannya berkata Jho Low menyiapkan dokumen bertajuk ‘Q & A: 1MDB / Yayasan’ yang membincangkan isu-isu mengenai 1MDB pada akhir tahun 2014 atau awal tahun 2015.

“Dalam dokumen ini, ia juga menunjukkan bahawa Jho Low cuba memasukkan jawapan menerangkan peranannya dalam 1MDB.

“Pada perenggan ketujuh dokumen itu, ia menegaskan bahawa Jho Low tidak mempunyai peranan dalam 1MDB, walaupun pada hakikatnya, dia diam-diam menjadi dalang bagi 1MDB.”

Amhari berkata perenggan lapan dokumen itu mengandungi contoh jawapan untuk menunjukkan bahawa 1MDB adalah projek yang berjaya.


Jho Low rancang jual semua aset 1MDB untuk tampung hutang – Saksi

11.13 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low telah merancang pelan rasionalisasi 1MDB pada akhir tahun 2014 atau 2015.

Amhari Efendi Nazaruddin (gambar), yang merupakan bekas pegawai khas kepada perdana menteri Najib Razak, berkata Jho Low telah membuat rancangan untuk menyelesaikan semua hutang 1MDB.

“Memandangkan keadaan tidak baik untuk 1MDB, rancangan itu untuk menjual semua aset dan liabiliti untuk menampung semua hutangnya.

“Contohnya adalah projek Bandar Malaysia, di mana rancangan itu memindahkan pemilikan Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah syarikat yang dipanggil Sg Besi Development Sdn Bhd, yang akan ditubuhkan untuk membeli Bandar Malaysia,” kata saksi itu.

Amhari berkata dokumen yang memperincikan rancangan itu disediakan oleh Jho Low, dan beliau menerimanya sama ada melalui e-mel atau dari Allahyarham Azlin Alias (bekas ketua setiausaha sulit Najib), atau semasa pertemuan mereka dengan Jho Low di Prince Hotel.


Tiada pegawai PMO berani persoalkan Najib mengenai sumber dana

10.50 pagi: Mahkamah mendengar keternagan dari bekas pegawai khas kepada Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin bahawa tiada seorang pun di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berani bertanya kepada Najib mengenai sumber dana yang diterima.

Beliau berkata ini kerana tindakan sedemikian mungkin akan dianggap meragui kredibiliti Najib.

“Saya percaya terdapat dana yang diperoleh daripada Jho Low kerana sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, beliau beritahu saya dan Azlin Alias ​​(gambar) mengenai dana untuk tujuan memenangi pilihan raya di Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, Jho Low tidak pernah menjelaskan bagaimana dia mendapat dana itu.

“Sehingga hari ini, saya tidak tahu status wang dalam akaun itu kerana ia masih berada di bawah kawalan Jho Low,” kata Amhari.

Beliau merujuk kepada akaun bank yang dibuka di Switzerland dan Bangkok. Akaun berkenaan dibuka atas nama Amhari tetapi didakwa dikendalikan oleh Jho Low.


Azlin nasihatkan saya supaya tak belanjakan wang guna akaun luar negara kami – Amhari

10.45 pagi: Bekas ketua setiausaha sulit kepada Najib Razak, Allahyarham Azlin Alias pernah menasihatkan pegawai bawahannya supaya tidak menggunakan wang yang dimasukkan ke akaun bank mereka di luar negara, yang dibuka di bawah arahan Jho Low.

Menurut Amhari Efendi Nazaruddin, bosnya itu memberi nasihat itu selepas pertemuan dengan Jho Low, yang mengatakan bahawa wang itu bukan untuk perbelanjaan mereka.

“Azlin juga menasihatkan saya untuk mengikut arahan dan just play along,” kataya.

Amhari memberitahu mahkamah bahawa mereka hanya tahu tentang perkara berkaitan akaun itu apabila Jho Low bercakap kepadanya dan Azlin tanpa memberi mereka peluang untuk bertanya soalan lanjut.


Amhari: Kami kena ikut arahan Jho Low kerana bimbang keselamatan

10.40 pagi: Bekas pembantu kepada Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata Jho Low memberi jaminan bahawa beliau (Amhari) dan Allahyarham Azlin Alias ​​akan dilindungi oleh Najib.

Menurut saksi berkenaan, Jho Low memberitahu mereka perkara itu apabila mereka bimbang untuk mengikuti arahan ahli perniagaan berkenaan untuk membuka akaun bank di luar negara.

Ini berlaku pada tahun 2012 apabila Amhari dan Azlin bekerja untuk Najib, masing-masing sebagai pegawai khas dan ketua setiausaha sulit.

Amhari dalam keterangannya berkata beliau dan Azlin bimbang kerana Jho Low memberitahu mereka akaun mereka mungkin digunakan untuk tujuan politik dan beliau akan mengendalikan akaun berkenaan.

“Tetapi Jho Low memberi jaminan bahawa kami tidak perlu bimbang, dan supaya percaya dia, dia juga beritahu kita bahawa ‘bos akan menjaga’.

“Bos yang dirujuknya ialah Najib.”

Amhari berkata mereka berdua tidak memberikan sebarang keputusan kepada Jho Low, tetapi beliau menjangka mereka akhirnya harus bersetuju atau berdepan risiko keselamatan membabitkan keluarga, kerjaya dan diri mereka sendiri.

Menurut Amhari, Azlin kemudian bersetuju membuka akaun di luar negara atas nama mereka selepas pertemuan rahsia dengan Jho Low, dan Amhari terpaksa mengikut keputusan Azlin.

“Selepas Jho Low pergi, Azlin kata kepada saya bahawa kami tidak mempunyai pilihan selain mengikuti perintah Jho Low kerana jika tidak, kami mungkin hilang pekerjaan kami.

“Dia kata ia juga berpotensi membahayakan keluarga dan diri kami kerana kami sudah tahu rancangan itu.”

Amhari berkata Jho Low kemudian mengatur prosedur pembukaan akaun dan membawa mereka ke Singapura di mana mereka membuka akaun di bawah “manipulasi” Jho Low.

Mereka dibantu oleh pegawai BSI yang dikenali sebagai Yvonne dan seorang lagi pegawai BSI yang namanya tidak dapat diingati Amhari.


Jho Low arah kami buka akaun bank di luar negara untuk ‘standby’ – saksi

10.34 pagi: Mahkamah mendengar keterangan Amhari Efendi Nazaruddin bahawa Jho Low pada tahun 2012 mengarahkan beliau dan bosnya Allahyraham Azlin Alias membuka akaun bank peribadi di luar negara.

Pada masa itu, Amhari masih pegawai khas kepada perdana menteri Najib Razak manakala Azlin ialah ketua setiausaha sulit Najib.

Beliau mengatakan Jho Low telah memberitahu mereka kemudian bahawa ahli perniagaan itumendapat ‘restu’ untuk memberi arahan itu, dan Amhari serta Azlin perlu membuka akaun bank “jika ada apa-apa berlaku dan standby“.

Menurut saksi itu, beliau dan Azlin difahamkan kemudian bahawa ‘restu’ yang Jho Low maksudkan adalah lampu hijau dari Najib.


Bekas pembantu Najib kenal pasti dokumen kerjasama 1MDB-PSI

10.24 pagi: Perbicaraan bermula dengan saksi pendakwaan kelapan, Amhari Efendi Nazaruddin, memberi keterangan mengenai dokumen yang dikemukakan di mahkamah mengenai kerjasama 1MDB dan PSI.

Menurut Amhari, dokumen itu menerangkan keabsahan syarikat Petrosaudi milik Putera Raja Arab Saudi, Putera Turki Raja Abdullah.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa dokumen itu menyatakan mengenai faedah pelaburan ke Malaysia, dan mengandungi lima surat sokongan untuk menunjukkan bahawa syarikat itu adalah sah.

“Dokumen ini ada dalam simpanan saya kerana Datuk Azlin (Alias) mungkin menyerahkannya kepada saya selepas pertemuan enam mata melibatkan kami, dan ini adalah salinan saya yang saya tak buang,” katanya ketika memberikan keterangan.

Beliau merujuk kepada bekas ketua setiausaha peribadi Najib, Allahyarham Azlin Alias dan pertemuan dengan ahli perniagaan, Jho Low.

Amhari memberitahu mahkamah bahawa beliau, bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan banyak mengenai kandungan dokumen itu kerana 1MDB biasanya dibincangkan antara Jho Low dan Azlin manakala beliau hanya menemani kedua-duanya.

Saksi itu juga mengatakan bahawa beliau yakin bahawa dokumen-dokumen itu berasal daripada Jho Low.


10.22 pagi: Perbicaraan disambung semula dengan pemeriksaan utama dijalankan terhadap bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin. Najib dilihat berada di kandang tertuduh.


9.24 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah dilihat mendengar beberapa pengurusan kes saman pelucuthakan 1MDB.

Selepas urusan berkenaan diselesaikan, Sequerah kemudian akan mengendalikan perbicaraan terhadap Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu dilihat menunggu di luar mahkamah dan akan masuk selepas pengurusan kes saman pelucuthakan 1MDB diselesaikan, sebelum perbicaraan terhadapnya disambung semula.


Hari keempat perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan penyelewengan RM2.8 bilion dana 1MDB dijangka menyaksikan lebih banyak pendedahan menggemparkan daripada bekas pembantunya, Amhari Efendi Nazaruddin.

Semalam semasa hari pertama di kandang saksi, saksi pendakwaan kelapan itu menceritakan bagaimana pada awal tahun 2015 setiausaha peribadi Najib, Azlin Alias pada masa itu kelihatan begitu tertekan dengan isu 1MDB.

Azlin dikatakan menghempas fail ke atas meja dan menjerit “duit 1MDB-lah, bro!”.

Amhari juga memberi keterangan antara lain bahawa hanya Najib dan “penasihat tidak rasmi” yang juga ahli perniagaan, Jho Low mempunyai “gambaran penuh” terhadap muslihat berkaitan 1MDB pada masa itu, dengan saksi itu menyamakan Jho Low sebagai “pakar manipulasi”.

Saksi itu hanya sempat membaca sehingga perenggan 103 kenyataan saksi dan dijangka mendedahkan lebih banyak perkara mengejutkan semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, yang akan disambung semula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah sekitar jam 9.15 pagi ini.

Difahamkan Amhari menghabiskan separuh daripada keterangan saksi bertulis semalam dan mungkin dapat menyelesaikan bakinya semasa perbicaraan penuh hari ini.

https://m.malaysiakini.com/news/490567?fbclid=IwAR0F-FwPxo8_V92XVyw8h4WSJ25z6dFYReytKuW3dZoBdQBVLQ-Y6XFKl0U

Bekas pegawai khas tertekan, Najib arah ke China untuk ‘selamatkan’ hutang 1MDB

Bekas pegawai khas tertekan, Najib arah ke China untuk 'selamatkan' hutang 1MDB\

Amhari (tengah) yang merupakan saksi pendakwaan kelapan hadir bagi perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. — fotoBERNAMA

2 CINA TIPU NAJIB11 tindakan zalim najib

 

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit ‘menyelamatkan’ hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada Jun 2016.

Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, berkata beliau mula diarahkan sendiri oleh Najib setelah ketua setiausaha sulit Najib, Datuk Azlin Alias meninggal dunia dan ia bermula dengan arahan untuk pergi ke China bertujuan mengesahkan terdapat persefahaman untuk meningkatkan hubungan dan pelaburan Malaysia-China.

“Datuk Seri Najib sendiri telah meminta saya untuk datang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membincangkan perkara ini dan memberitahu lawatan itu akan diuruskan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Saya terpaksa akur walau pada masa itu saya cukup tertekan dan ada terlintas untuk berhenti kerja kerana arahan ini sangat membebankan saya, lebih-lebih lagi semenjak Datuk Azlin tiada. Namun saya terpaksa menurutinya kerana beliau adalah bos saya, apatah lagi beliau adalah Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam keadaan sebak.

Saksi penting pendakwaan itu yang membacakan penyataan saksinya berkata Jho Low dalam masa sama turut menghubunginya  bagi menyampaikan arahan mengenai agenda dan program lawatannya ke China.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari keempat perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Beliau berkata, walaupun menghormati Ahli Parlimen Pekan itu, beliau bimbang sekiranya akan dilibatkan sama dalam percaturan antara Najib dan Jho Low sekiranya tujuan lawatan itu adalah bagi menutup isu kehilangan dana 1MDB, pembayaran hutang International Petroleum Investment Company (IPIC) atau penyediaan dana politik.

Beliau juga yang bimbang akan ancaman dan kesusahan yang akan dihadapinya sekiranya arahan Najib tidak dipatuhi ketika itu.

Membawa kapasiti sebagai wakil diplomatik Najib dalam lawatan sulit ke China pada 27 Jun 2016, saksi itu berkata beliau hanya mengetahui Jho Low akan turut hadir menyertai lawatan perbincangan sama setibanya beliau di negara itu.

“Terma-terma yang hendak dibincangkan juga saya terima daripada Jho Low pada saat-saat akhir dan ia kelihatan seperti sudah ada seseorang yang membincangkan terma-terma berhubung perkara ini (pelaburan Malaysia-China) lebih awal.

“Namun begitu, berdasarkan ‘talking points’ dan ‘action plan’ (nota maklumat dan pelan tindakan) Jho Low kepada saya, perjanjian dan usahasama ini merupakan satu pelaburan yang akan membantu membayar balik hutang 1MDB seperti bayaran hutang 1MDB ke IPIC,” katanya sambil menambah kesemuanya sudah dirancang oleh Najib dan Jho Low untuk menggunakan perjanjian dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China bagi tujuan ini.

Saksi itu turut mengesahkan lawatannya ke China itu hanya diketahui oleh Najib dan Jho Low sahaja berdasarkan kesimpulan melalui perbincangan bersama syarikat dari China tersebut adalah bagi mendapatkan bantuan untuk membeli syer bagi menebus hutang 1MDB.

“Semasa di sana, saya telah menggunakan input daripada Jho Low untuk courtesy call (kunjungan hormat) bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini.

“Dia telah membawa saya untuk berjumpa pegawai kanan dari State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council (SASAC) yang merupakan badan pengelola semua GLC bagi China.

“Jho Low memainkan peranan aktif dengan hujahannya bagi membincangkan cadangan projek yang dikenal pasti tetapi saya tidak faham sesetengah perkara kerana dia bercakap dalam bahasa Mandarin, hanya sesekali butiran perbincangan itu diterjemahkan kepada saya,” katanya sambil menambah arahan-arahan sulit dari Najib hanya diterima beliau selepas isu penyelewengan dana 1MDB tersebar luas.

Bagaimanapun, berdasarkan isi kandungan ‘talking points’ yang disediakan Jho Low, saksi itu berkata jelas bahawa antara agenda yang dibawa dalam lawatan ke China itu adalah kehendak Najib untuk membawa pelabur GLC China ke Malaysia dengan cara pengambilalihan hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

“Antara ‘talking points’ dalam perbincangan pada 28 Jun 2016 yang membawa mesej daripada Datuk Seri Najib adalah penawaran syarikat State owned Enterprise (SOE) untuk terlibat sama dalam projek infrastruktur dan sekali gus menyelesaikan masalah hutang yang dihadapi 1MDB dan SRC, selain akan menyokong dan mempromosikan kerjasama ekonomi yang lebih rapat dengan China.

“Ayat ‘while simultaneously completely resolving 1MDB and SRC debts’ jelas membawa maksud Datuk Seri Najib ingin menyampaikan mesej bahawa hubungan ini akan turut membantu 1MDB dan SRC melalui ‘bailout’ hutang-hutang 1MDB.

“Selain itu, ia turut menyatakan bahawa Malaysia berhajat untuk berbincang dengan SOE dalam tiga projek yang sedang dikaji kerajaan iaitu pembangunan Pulau Labuan sebagai pusat perbankan luar pesisir dan pusat pelancongan, pembangunan saluran paip petroleum dari Port Klang ke Kuala Kedah serta kajian dan pembangunan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Bangkok,” katanya.

Tambahnya lagi, ‘talking points’ yang disediakan Jho Low ini bagi mengesahkan bahawa Najib sendiri meluluskan kerjasama ini dan akan diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin oleh Jho Low kepada pihak China.

“Nota yang diberikan Jho Low turut mengandungi satu ayat yang berbunyi “I will now handover to Mr Liu to provide a detailed explanation of the economic program” (Saya kini akan menyerahkan kepada Encik Liu untuk memberikan butiran penjelasan mengenai program ekonomi itu) yang perlu dibaca oleh saya.

“Mr Liu itu merujuk kepada Jho Low yang mana sebutan ‘Liu’ adalah sebutan dalam bahasa Mandarin,” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

–BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-pegawai-khas-tertekan-najib-arah-ke-china-untuk-selamatkan-hutang-1mdb-216670

Almarhum Datuk Azlin Terkejut Penyelewengan RM2.6 Bilion Daripada 1MDB.

 

Image may contain: 1 person, text

‘Duit 1MDB-lah bro!’ – Saksi imbas bekas pembantu Najib hilang sabar

KES 1MDB | Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, bekas ketua setiausaha peribadinya Azlin Alias mencampakkan sekeping fail dan menjerit “Duit 1MDB-lah bro!”, kata seorang saksi ketika mengimbas kejadian berkenaan.

Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Allahyarham Azlin kelihatan tertekan selepas mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri, antara Januari atau Februari 2015.

Amhari berkhidmat untuk bekas perdana menteri itu di bawah pengawasan Azlin.

Menurut Amhari, beliau masih ingat kejadian itu kerana sikap Azlin pada hari itu berbeza sama sekali dengan sikapnya yang penyabar.

“Saya tidak ingat tarikh sebenar, tetapi ia antara Januari atau Februari 2015. Kejadian berlaku kerana isu 1MDB tular pada masa itu.

“Pada hari itu, saya tiba di Pejabat Perdana Menteri dan menunggu Azlin di pejabatnya kerana beliau telah pergi ke tingkat lima untuk bertemu Najib.

“Sebaik sahaja dia kembali, saya dapat melihat dia berada dalam mood yang tertekan dan dia cuba untuk melepaskan kekecewaannya dengan menaikkan suaranya, menjerit ‘Duit 1MDB-Lah bro!. Pada masa yang sama, beliau menghempaskan fail yang dipegangnya.

“Saya masih ingat keadaan itu dengan jelas kerana setakat yang saya tahu dia, Azlin adalah kool, sopan dan tidak pernah bertindak sebegitu sebelum ini. Dia bukan jenis orang yang meninggikan suaranya,” katanya.

Amhari, yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Najib sejak 2008 hingga tahun lepas, merupakan saksi kelapan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu berkaitan skandal 1MDB.

Saksi itu berkata beliau percaya reaksi Azlin itu mempunyai kaitan dengan liputan media mengenai isu 1MDB, termasuk Petrosaudi, perbelanjaan Jho Low menggunakan wang 1MDB, pembelian hartanah mewah oleh Riza Aziz (anak tiri Najib) dan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank yang mencurigakan.

“Saya boleh faham tekanan dia alami kerana dia salah seorang daripada mereka yang paling tahu mengenai 1MDB.

“Dia adalah orang yang berurusan dengan perkara itu di bawah arahan Jho Low, dan setakat yang saya tahu, dia adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk merujuk isu-isu kepada Najib,” katanya.

Untuk makluman, Azlin berkhidmat sebagai ketua setiausaha sulit kepada Najib sehinggalah kematiannya dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada April 2015.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu adalah penasihat Najib, Jamaluddin Jarjis.

Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB pic Ratu Naga

Jho Low Sediakan Surat Putera Saudi Untuk Tutup Kes 1MDB

Image may contain: 2 people, people smiling, text

BICARA 1MDB NAJIB:

Amhari Efendi Nazaruddin hari ini memberikan keterangan di mahkamah bahawa Jho Low telah berpakat dengan Najib untuk mengaburi mata rakyat berkenaan dengan 1MDB dan dana RM2.6 Bilion yg masuk ke akaun peribadi Najib Razak.

Bagi menutup siasatan dan menipu rakyat dan negara, Najib telah berbohong kononya RM2.6 bilion tersebut adalah DERMA daripada seorang Putera Arab. Jho Low adalah pihak yang terlibat dalam memalsukan surat tersebut dan 4 lagi surat lain.

#1MDB #NajibPencuri — with Adnan Ismail.

Sejak2 parti bodoh nie KALAH :
1. Isu perkauman timbul
2. Boikot produk Cine
3. Melayu islam terancam
4. Berbagai2 fitnah timbul
5. Komunis dh lame xde,timbul kembali
6. Isu agama timbul..
7. Memperlagakan bangsa2
Hakikatnye adelah..