KISAH PARTI UMNO PEROMPAK NEGARA PALING HEBAT DALAM SEJARAH KEMANUSIAAN DUNIA
PARTI PAS PENJUAL AGAMA BERSEKONGKOL DENGAN PENYAMUN,
BERSEMBUNYI DISEBALIK JUBAH DAN KETAYAP
SEHINGGA KAN MAHKAMAH FULLY BOOKED …BEREBUT NAK CHECK IN SUNGAI BULOH RESOLT 😂
Kategori: Ajal Utusan Malaysia Sudah Sampai. Bukti Umno Gagal Memperjuangkan Bangsa Melayu.
Umno Pembunuh Utusan Malaysia
Patutlah Utusan tergesa-gesa nak henti operasi & gulung tikar tanpa nak bgtau awal-awal kpd pekerjanya..
Rupa-rupanya hanya untuk menyelamatkan jenama dan lesen surat khabar dan pertimbangan perniagaan semata-mata.
TETAPI kebajikan pekerja tidak diberi perhatian.
Tapi walaunPAS & CaiUMNO tetap nak salahkan cina DAP. – Suara Rakyat
Pekerja Utusan menderita, berhutang ‘ah long’, susu anak berganti sirap
‘Orang kuat’ di sebalik NUJ, (dari kiri) Muhammad Basir Abu Baklar, Chin Sung Chew dan Bahatruddin Yaacob mahu tindakan segera diambil demi membela nasib kakitangan Utusan. – Astro AWANI/Faris Danial
KUALA LUMPUR: Apakah nasib kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad sekarang ini?
Setelah hampir tiga bulan tidak dibayar gaji, seramai 769 kakitangan syarikat akhbar itu terpaksa menanggung derita sehingga ada yang berhutang dengan ‘ah long’ dan sanggup menggadaikan harta yang mereka miliki demi meneruskan kehidupan seharian.
Bagi yang mempunyai anak kecil pula, mereka mendakwa terpaksa memberi air sirap untuk menggantikan susu yang sudah tidak mampu dibeli kerana ketiadaan wang.
Ekoran nasib tidak menentu yang kini ditanggung kakitangan syarikat itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mendesak Pengerusi Utusan Melayu Datuk Aziz Sheikh Fadzir melepaskan pegangan sahamnya dengan kadar segera demi kepentingan syarikat akhbar itu.
Menurut Setiausaha Agung NUJ, Chi Sung Chew, UMNO pula secara jelasnya tidak mempedulikan nasib kakitangan Utusan ketika ini sehingga sanggup melihat mereka menderita.
“UMNO adalah parti yang membela nasib orang Melayu tetapi pada hakikatnya pekerja Melayu di syarikat sendiri pun tidak terbela,” katanya sewaktu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Lebih menyedihkan, tambah Chin, mereka yang bekerja di Utusan juga mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja kerana tiada wang untuk mengisi petrol kenderaan, dan apatah lagi untuk melakukan tugasan liputan di lokasi tertentu.
“Ramai ahli kami sekarang diburu oleh bank-bank lantaran gaji kerap dibayar lewat sejak awal tahun ini. Malah ia menjadi lebih teruk apabila gaji langsung tidak dibayar pada bulan lalu (Julai),” ujar Chin.
Lebih parah, Chin turut menjelaskan bahawa wang potongan gaji seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), zakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pinjaman bank dan Tabung Haji pula ibarat ‘dirompak’ kerana bayarannya tidak sampai ke agensi berkenaan sedangkan dalam slip gaji, ia dipotong seperti biasa.
“Sudahlah tidak dibayar gaji bulanan, ahli kami di Utusan sudah lima tahun tidak menikmati kenaikan gaji mengikut perjanjian bersama atas alasan syarikat tidak mempunyai sumber kewangan.
“Namun, peliknya syarikat di bawah kepimpinan Aziz ini boleh pula menaikkan gaji kakitangan atasan sehingga 10 ke 30 peratus sejak April lalu walaupun dikatakan tiada wang,” tambah beliau.
Chin menyifatkan bahawa tindakan seperti itu bukan sahaja bersikap pilih kasih atau ‘double standard’ tetapi juga bertujuan menjejaskan keharmonian dalam kalangan pekerja dalam Utusan.
Ekoran itu, beliau berkata, NUJ akan mengadakan piket di hadapan pejabat Utusan pada 19 Ogos jika gaji masih belum dibayar. Ia akan dilakukan untuk memberi tekanan kepada pihak pengurusan supaya menjual sebahagian aset syarikat untuk membayar gaji dan tuntutan kakitangan.
NUJ juga telah menubuhkan dana untuk membantu kakitangannya. Wang itu boleh disalurkan ke akaun CIMB NUJ di 8000367100.
PH-DAP BERJAYA TUMBANGKAN AKHBAR MELAYU & JAWI TERTUA DI MALAYSIA.
PH-DAP BERJAYA TUMBANGKAN AKHBAR MELAYU & JAWI TERTUA DI MALAYSIA.
.
1. Dengan usia UM cecah 80 tahun, hari ini telah dikuburkan oleh pihak PH-DAP. Selama 22 tahun menjadi PM, Mahathir gunakan UM untuk tujuan politik beliau.
.
2. Namun hari ini, beliau membiarkan sahaja sebuah akhbar Melayu & Jawi tertua ini terkulai layu sehingga nyawa terakhir.
.
3. Beginikah sikap Pemimpin Melayu Bermaruah ? Adakah beliau tidak terfikir ribuan orang melayu dan pelbagai bangsa bekerja di UM akan hilang punca pendapatan ? Bermaruah kah Mahathir ini ?
.
4. Melihatkan kepada perlakuan kerajaan PH-DAP ini membuat rasa benci dan marah semakin memuncak. Saya akan pastikan bahawa kerajaan PH-DAP ini akan lenyap selenyap lenyapnya dari bumi Malaysia.
.
5. Saya sedia berjuang demi memastikan Malaysia terus aman dan makmur dibawah pentadbiran yang cekap, cemerlang dan berintergriti.
.
6. Ayuh bangsaku kita bangkit, kita perkemaskan dan kita perkukuhkan pertalian sesama kita untuk memastikan Kerajaan Zalim PH-DAP hilang ditelan bumi.
.
Kepada Allah SWT kita bermohon..
Kepada Allah SWT kita berserah..
.
Takbir !!!!!!!!
Faizul Ali Anui
Presiden
Solidariti Amal Rakyat Malaysia
91019 : 12PM C&P.
SEMUA MELAYU UMNOPAS BUAT ADALAH BETUL. BANGSA LAIN MENJADI MANGSA KEPADA UMNOBN YANG DIHALAU DARI PUSAT PEMERINTAHAN MALAYSIA PUTRAJAYA.
Elaun guru Kafa naik RM100, imam dapat RM500 – PH Makin Mantap Umnopas Semakin Terancam.ajal
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. – Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
KUALA LUMPUR – Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru Kafa.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kenaikan elaun tersebut membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.
Selain itu menurutnya, kerajaan turut mencadangkan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir.
“Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan.
“Kerajaan akan terus menegakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, dalam Belanjawan 2020, peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/51602/KHAS/Belanjawan-2020/Elaun-guru-Kafa-naik-RM100-imam-dapat-RM500?fbclid=IwAR0NBGI7Qa8lSU9ZMtKUBry2sI7FmShvURow6KiT-7yVTO8HpdeeTQiDqPM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Penca Sebenar Utusan Malaysia Ditutup.
Sepatutnya Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang (PPIM) Mengambil Alih Pengurusan Pentadbiran Utusan Malaysia Dan Jadikan Barangan Produk Halal Malaysia.
Ulamak Umnopas Membisu Seribu Bahasa Semasa Najib Jual Tanah Kerajaan Bernilai RM4 Bilion
AJAL UTUSAN MEMBUKTIKAN UMNO TIDAK MEMPU MEMBELA NASIB MELAYU DAN AGAMA ISLAM
Utusan tutup operasi hari ini (Rabu-9 OKT 2019)
Abd Aziz berkata lembaga pengarah tiada jalan lain melainkan menutup terus operasi, dan meletakkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan hutang.
KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu hari ini.
Dalam satu memo dalaman yang diedarkan kepada staf syarikat pada Rabu, pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation).
“Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.
“Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.
“Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019,” tulis kenyataan itu lagi.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/utusan-tutup-operasi-hari-ini-219585
SATU memorandum pekeliling bertajuk Pemberhentian Operasi Perniagaan Syarikat telah dikeluarkan oleh syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini (9 Okt 2019). Memorandum itu sekali gus mengesahkan bahawa syarikat Utusan Melayu menamatkan operasinya berkuat kuasa hari ini.