Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Video Rosmah, pegawai bawa banyak beg masuk ‘private jet’

1 JGN PEMBELA PENGKHIANAT

 

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkongsi video yang memaparkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet peribadi, yang didakwa disewa khas untuk menghadiri satu majlis di Istanbul, Turki. Dalam video itu, Rafizi mendakwa beberapa petugas sedang mengangkut sejumlah beg yang dicurigai kandungannya ke dalam pesawat. Klip ini dihantar oleh Rafizi kepada pihak media dengan terdapat suntingan tulisan ‘berapa banyak beg’ dan ‘apa dalam beg’

TUNJUKKAN KURANG

Clare dakwa Kevin Morais berinya draf pendakwaan terhadap Najib

 

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mendakwa timbalan pendakwaraya SPRM, Kevin Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai skandal 1MDB yang kemudian didakwa oleh pihak berkuasa sebagai palsu.

Beliau membuat dakwaan itu dalam pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah yang difailkan terhadapnya di United Kingdom oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga mendakwa menerima dokumen itu sehari selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengosongkan jawatannya pada 27 Julai 2015.

“Defendan (Rewcastle-Brown) telah menerima draf pendakwaan dan maklumat berkaitan rancangan untuk mendakwa Najib dan pemecatan (Gani) pada hari setelah pemecatannya dari pendakwaraya, Kevin Morais,” menurut pernyataan pembelaan yang dilihat oleh Malaysiakini.

Gani digantikan sebagai peguam negara atas sebab-sebab kesihatan. Ketika itu beliau sedang mengetuai pasukan petugas bersama yang menyiasat isu 1MDB.

Hari selepas penyingkirannya pada 30 Julai, Sarawak Report menerbitkan satu laporan yang mendakwa ada kertas pertuduhan terhadap Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadinya.

Bekas pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menafikan bahawa peguam itu terlibat dalam siasatan 1MDB – yang meneliti pemindahan RM42 juta dari SRC International, serta derma RM2.6 bilion dari kerabat Diraja Arab Saudi ke akaun Najib.

Rewcastle-Brown mendakwa Morais telah memberikan maklumat mengenai siasatan SPRM terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan peguam itu merancang bertemu dengannya di London.

Bekas pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed menafikan bahawa peguam itu terlibat dalam siasatan 1MDB – yang meneliti sumbangan RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi serta RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank Najib.

“Kevin dipindahkan dari SPRM pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan 1MDB bermula, dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat khas pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kami ingin merekodkan bahawa SPRM tidak pernah mendapatkan nasihat Kevin berhubung kedua-dua perkara berkenaan.

“Oleh itu, Kevin tidak boleh, dan tidak terlibat dalam menulis apa-apa kertas pertuduhan berkaitan dengan 1MDB atau perdana menteri.

“Sebarang kenyataan yang bercanggah adalah palsu,” katanya.

Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga mengatakan Morais tidak terlibat dalam siasatan 1MDB.

Apandi telah menafikan draf pendakwaan terhadap Najib dan mengatakan ia adalah palsu.

Apandi kemudian membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International.

Sarawak Report dituduh sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkan pentadbiran Najib yang dinafikan oleh Rewcastle-Brown.

Morais dibunuh pada September 2015. Dia dilaporkan hilang pada 4 September dan mayatnya ditemui dalam tong berisi konkrit dua minggu kemudian pada 16 September.

Enam lelaki didakwa melakukan pembunuhan itu, manakala seorang pakar patologi dituduh bersubahat.  Perbicaraan masih berterusan.

Morais merupakan pendakwaraya dalam kes rasuah terhadap pakar patologi berkenaan.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Najib. Pemimpin PAS bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

[Baca berita asal]

https://www.malaysiakini.com/news/400552?fbclid=IwAR39BcOTbzrCjUfDiA47VCX2I_USgC0fz1mZAD9bCG2OERUJTQe6iTv6fjI

Wartawan Al Jazeera Diusir Malaysia Kerana Kes Pembunuhan Altantuya

Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.

Ini didedahkan dalam program mingguan Al Jazeera 101 East, dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.

Dalam menjalankan siasatannya itu, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai “kesan negatif terhadap imej Malaysia” .

Jolley ditunjukkan dengan berkata dalam dokumentari itu, “Saya diusir pulang dari Malaysia. Saya sedang diiringi oleh kira-kira 5 ejen kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera, jadi saya sedang menaiki penerbangan saya ke Sydney.”

Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya untuk mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.

Program itu telah disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.

https://www.ohmedia.my/2015/09/wartawan-al-jazeera-diusir-malaysia-kerana-kes-altantuya.html

Pembunuhan Morais: Mayat Di Simen Dalam Tong Dram

Subang Jaya – Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ditemui dalam kedaan bersimen di dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya.

Hasil siasatan awal mendapati mayat Morais dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram yang kemudiannya di simenkan sebelum di buang.

Pihak Bomba dan Penyelamat setakat ini sudah berjaya memecahkan tong konkrit tersebut, dan mayat akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan proses forensik.

Satu sidang media akan dilakukan pada jam 11.45 pagi tadi oleh Datuk Seri Mohamad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkenaan penemuan tersebut.

Berikut merupakan kronologi kehilangan Kevin Anthiny Morais:

4 September:

Morais keluar meninggalkan rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalam Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke pejabatnya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais. Davven cuba menghubungi Morais tapi gagal. Davven menghubungi Setiausaha Morais namun dimaklumkan yang Morais tidak masuk ke pejabat.

5 September:

Polis terima aduan awam berkenaan penemuan kereta Proton Perdana versi Honda Accord yang hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kapung Sungai Semak, Hutan Melintang, Perak. Nombor kenderaan dan chasis dipercayai dirosakkan, namun ia sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia didapati hilang.

Davven memaklumkan tentang kehilangan Morais kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan itu di Balai Polis Jinjang kira-kira jam 5.04 petang.

6 September:

Polis dengan bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd mengenalpasti kenderaan yang ditemui, tapi pihak Polis masih belum mendapat kepastian sehingga kini.

Polis klasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes orang hilang (OH). Polis tubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes kehilangan Morais ini yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September:

Khabar angin mengatakan mayat Morais ditemui di Sungai Kelang namun polis menafikan berita tersebut. Polis mengesahkan yang Morais dilarikan berdasarkan penelitian keatas kamera litar tertutup di laluan yang dipercayai digunakan Morais pada hari kehilangannya. Kes disiasat dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

 

14 September:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan yang Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar melalui rakaman CCTV yang diperoleh pihak polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang oleh sebuah lagi kenderaan lain dan berhenti si tepi jalan sebelum Morais ditarik masuk ke dalam kenderaan suspek. Kenderaan yang dipandu Morais turut dilarikan oleh suspek.

16 September:

6 pagi- Sepasukan polis dan staf STAFOC menemui tong yang mencurigakan di Taman Subang Mewah.
8.45 pagi – Sepasukan bomba bersama sebuah jentera tiba di tempat kejadian.
8.55 pagi – Staf STAFOC meninggalkan lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan 4 roda.
9.15 pagi – Orang awam dan petugas media mula memenuhi lokasi kejadian.
10.10 pagi – polis sahkan penemuan mayat Morais dalam tong dram yang bersimen.

 

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

https://www.ohmedia.my/2015/09/pembunuhan-morais-mayat-di-simen-dalam-tong-dram.html?fbclid=IwAR3GNIXe0n_Muiar65XfxFOOBx4SADYt6vhExR9wLjz8qgFfKaJXsvsngjQ