PEMBOHONGAN DAN KEBATHILAN pada slogan “Penyatuan Ummah”

1 BMF

1- PEMIMPIN PAS.

KEBATHILAN pada slogan “Penyatuan Ummah”

EMPAT FAKTOR paling kurangnya mengapa slogan “penyatuan ummah” Umno & Pas itu adalah seruan kebathilan yg wajib ditolak oleh ummah & Negara.

#SATU – Paksaan bersatu berlawanan fitrah insani

Syeikh Dr Yusuf Qardhawi menegaskan dlm kitabnya الصحوة الإسلامية بين الاختلاف المشروع والتفرق المذموم bahawa salah satu PUNCA UTAMA semakin teruk berpecahnya ummah hari ini adalah kerana wujudnya seruan paksaan “penyatuan” secara melampau hingga menolak apa jua perbezaan pada perkara furu’ dan ijtihadiy.

Allah sendiri dah berfirman bahawa fitrah manusia yg berbaza itu hendahlah di “uruskan” (bukannya dipaksa satukan). Maka apa jua seruan berlawanan dgn fitrah kejadian Allah itu adalah bathil.

وَلَوۡ شَاۤءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰۖ وَلَا یَزَالُونَ مُخۡتَلِفِینَ

Jikalau Tuhan kamu (Allah) berhehendakkan, nescaya Tuhan itu sudah jadikan manusia ini ummah yang bersatu sepenuhnya, (tetapi tidak) kejadian manusia itu sendiri adalah sentiasa berselisihan pendapat selamanya.

[ Hud: 118 ]

#DUA – Bagi mereka Ummah itu hak Melayu & Islam (sahaja)

Terma #ummah dipeloporkan Rasulullah SAW tatkala termeterainya perjanjian “perpaduan” (bukannhya penyatuan) untuk semua bangsa & agama di Madinah berpegang satu perlembagaan Negara, demi menjadikan bumi Madinah itu model kerajaan terbaik pentadbiran Islam.

Ummah dalam Islam tak pernah sesekali merujuk bangsa & agama seperti yg dalam kamus puak Umno & Pas itu, Tapi ummah itu adalah muslim & bukan muslim, semuanya adalah rakyat/citizen (muwathonah) dalam negara.

#TIGA – Piagam Madinah utk perpaduan kaum & agama

Sunnah “Piagam Madinah” termetrai untuk muslim & non-muslim bekerjasama membina Negara dgn berpegang pada perjanjian perlembagaan bersama.

Tapi “piagam” puak Umno/Pas lancarkan itu bertentangan langsung dengan sunnah, kerana piagam bagi mereka cukuplah dua party bangkit menolak dan menjatuhkan kerajaan rakyat pada hari ini.

Sejak itulah lahirnya seruan boikot Cina & kafir, beli jualan Islam sahaja, dan pelbagai slogan yg tidak pernah wujud dlm kamus perjuangan Islam.

#EMPAT – Kesatuan itu hanyalah untuk politik pilihanraya semata.

Terma “penyatuan” terpacul dari Umno hanya pada 1969, 2008,2014 melalui lidah ISMA dan Umno, semuanya kerana kekalahan pilihanraya. Masa menang besar 2004, tapi menjadi cukup bongkak dan menindas penuh kezaliman rakyat muslim dan non-muslim.

Tapi pasca PRU14, tatkala igauan gabungan Pas/Umno nak bersama pasca PRU14 itu tak menjadi kenyataan, maka sekali lagilah Umno & Pas pula bangkitkan semula slogan jahiliyyah itu, kesatuan bangsa & agama hanya untuk berebut kuasa pada PRU15 kelak.

Slogan didasari bibit KEBENCIAN

Jelas, slogan atau kempen penyatuan ummah & boikot non-muslim itu tak lain hanyalah cubaan melahirkan semula bibit kebencian dalam kejahilan yg cuba dihapuskan Rasulullah SAW tatakala termetrainya 17 siri perjanjian Rasul dengan bukan Islam satu ketika dahulu.

Cukup rasanya kupasan alFadhil Ustaz Uda Kasim yg cuba memurnikan fikrah dan kefahaman ummah daripada terus dipesongkan oleh Umno & Pas melalui slogan ini…

Ambillah ‘ibrah daripada apa yg Saidina ‘Ali sebutkan pada puak Khawarij ketika peperangan dgn pasukan Mu’awiyyah yg melaungkan “penyatuan’ versi perang itu;

“…kenyataan mereka itu adalah satu kebenaran, tetapi terkandung di dalamnya tujuan yg penuh kebathilan…”
Ahmad Sayuti Bashiron
Sri Gombak | 22 Sep 2019