Isu Hudud Dalam Demokrasi

1 BIAWAK PAS1 RAJA TIPU AAA1 HUDUD DALAM MUZIUM1 HUDUD DALAM MUZIUM 11 DASUKI FITNAH1 SAJAT TERBAIK1 HAFIZ PENIPU1 ORANG GILA1 PAS MINUM KELAPA SAWIT.1 PARTI PUTAR AYAT AL-QURAN

Isu Hudud Dalam Demokrasi

Melaksanakan hudud dalam perundangan bernegara umat Islam merupakan kewajipan yang telah dijelaskan dengan nas yang qath’ie (muktamad). Kewajipan melaksanakannya adalah sama seperti kewajipan solat, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi. Tidak melaksanakan hudud hukumnya adalah berdosa sama seperti berdosannya meninggalkan kewajipan mendirikan solat, puasa dan membayar zakat.

Namun, perlu difahami bahawa hudud adalah undang-undang yang mesti dilaksanakan dalam bentuk bernegara bukannya secara berkelompok atau per individu. Negaralah yang berkewajipan untuk menerapkannya sebagai sebuah undang-undang negara. Umat Islam pada hari ini harus menyedari bahawa pelaksanaan hukuman hudud secara sempurna seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT tidak  mungkin akan dapat dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan yang bukan Islam, hanya dengan sebuah sistem pemerintahan Islam hudud dapat dilaksanakan secara sempurna seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila pada hari in tokoh-tokoh agama termasuk yang berada di Malaysia memberi bermacam-macam justifikasi ‘ilmiah’ mengapa hudud tidak dapat dilaksanakan, kerana asas mereka berfikir atau berhujah adalah bagaimana untuk melaksanakan hudud dalam konteks pemerintahan demokrasi. Sesiapa pun yang mengkaji struktur pemerintahan dan perundangan di Malaysia, sudah pasti akan dapat memahami dengan jelas bahawa, dengan struktur pemerintahan dan perundangan yang sedia ada di Malaysia adalah sesuatu yang mustahil untuk hudud diterapkan secara sempurna sebagai undang-undang negara seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT, sama seperti mereka melihat adalah mustahil untuk menanam buah epal di Dataran Kelantan. Namun, pada masa yang sama, tokoh-tokoh agama tersebut juga mengetahui bahawa melaksanakan hudud adalah merupakan kewajipan yang  sangat jelas di dalam Islam.

Oleh itu, lahirlah bermacam-macam justifikasi ‘licik’ untuk mengkompromikan pelaksanaan hudud yang telah diwajipkan oleh Allah dengan sebuah pemerintahan demokrasi yang tidak memungkinkan terlaksananya penerapan hukuman hudud secara sempurna. Antaranya :

  1. Hudud tidak boleh dibuat kerana keadaan tidak kondusif.

Mereka berhujah bahawa, suasana atau keadaan yang kondusif perlu dipersiapkan sebelum hudud dapat dilaksanakan. Hujahnya adalah berdasarkan ketika tindakan Khalifah Umar Al-Khattab yang tidak menghudud pencuri ketika berlaku musim kemarau.

Ada banyak persoalan yang perlu dibahaskan daripada hujah tersebut, pertama, apakah ukuran yang digunakan untuk mengukur keadaan atau suasana yang kondusif ? Kedua, sebenarnya undang-undanglah yang mengubah suasana, sama ada menjadi suasana yang baik atau tidak bergantung kepada keberkesanan undang-undang yang diterapkan. Misalnya jika undang-undang di Malaysia memberi pengiktirafan kepada golongan LGBT seperti yang dituntut oleh COMANGO, maka, semakin berleluasalah aktiviti-aktiviti golongan tersebut di Malaysia. Untuk mencegah dan menghapuskan terus golongan tersebut perlu ada undang-undang yang berkesan. Oleh itu, sebenarnya hujah yang menyatakan perlu ada suasana yang kondusif sebelum diterapkan hudud adalah hujah yang berdasarkan khayalan semata, yang tidak ada asas langsung.

Berbalik kepada peristiwa zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Perlu difahami dengan jelas bahawa, pertama, pencuri tidak dihudud dalam peristiwa tersebut bermaksud pencuri tersebut  tidak dihukum dengan apa-apa hukum yang lain. Bukannya oleh kerana keadaan tidak kondusif maka pencuri tidak dihudud dan Khalifah Umar menghukum pencuri tersebut dengan hukuman lain. Pencuri tersebut tidak dihudud bermakna dia tidak dikenakan dengan apa-apa hukuman.

Berbeza dengan realiti pada hari ini, hudud tidak boleh dilaksanakan dengan alasan keadaan tidak kondusif tetapi pencuri dikenakan dengan hukuman yang lain,  iaitu hukuman berdasarkan Common Law. Sepatutnya, jika tokoh agama tersebut benar-benar ingin menggunakan alasan seperti peristiwa zaman Khalifah Umar, maka tokoh agama tersebut perlu menjelaskan kepada pemerintah pada hari ini, jangan dihukum para pencuri kerana keadaan dan suasana sekarang tidak kondusif, bebaskan mereka yakni para pencuri.

Apa yang menghairankan ialah bagaimana peristiwa yang terjadi pada Zaman Khalifah Umar AL-Khattab tersebut dengan mudah-mudah disimpulkan bahawa Khalifah Umar menangguhkan hudud kerana keadaan tidak kondusif ? Walhal, hukuman hudud tidak dijatuhkan kepada pencuri pada masa tersebut kerana tidak memenuhi syarat-syaratnya, sama seperti kaum wanita datang haid, tidak wajib keatas mereka untuk menunaikan kewajipan solat. Bukan bererti kewajipan solat ke atas wanita ditangguhkan.
Kedua, bagaimana dengan kesalahan-kesalahan hudud yang lain seperti zina, minum arak, murtad dan yang lain-lain, apa pula ukuran kondusif nya ?

  1. Hudud tidak dapat dijalankan di Malaysia kerana rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang hudud.

Pihak yang perlu mengetahui dengan terperinci tentang segala perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud ialah para pemerintah dan hakim serta para ulama/ilmuan Islam. Rakyat biasa cukup sekadar mengetahui  bahawa murtad, zina , mencuri, minum arak itu adalah haram. Apa yang dimaksudkan dengan mengetahui bukannya seseorang itu perlu tahu perkara-perkara yang berkaitan rukun dan syarat potong tangan atau sebat, tetapi cukup sekadar tahu keharaman perbuatan tersebut.

Dalam hal ini, sekali lagi kita lihat sikap hipokrasi dan penolakan secara ‘halus dan ilmiah’ oleh golongan yang mempertahankan pemerintah yang tidak menerapkan hudud dengan alasan ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang hudud. Apakah mereka tidak menyedari bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia sendiri tidak mengetahui dengan terperinci tentang undang-undang berdasarkan Comman Law yang sedang dilaksanakan dalam kehidupan kita? Namun undang-undang berdasarkan Comman Law tersebut tetap juga dilaksanakan. Bahkan hakikatnya tokoh agama yang membawa hujah sedemikan, juga akan memerlukan khidmat peguam jika mereka terbabit dengan sebarang kes sama ada kes sivil ataupun jenayah, ini sesuatu yang normal dalam mana-mana tamadun manusia.

Dalam sejarah Islam sendiri jelas menunjukkan undang-undang Islam akan terus diterapkan di wilayah-wilayah yang baru dibuka sama ada melalui jihad atau pun tanpa melalui jihad. Tidak timbul soal rakyat dalam wilayah yang baru dibuka perlu mengetahui terlebih dahulu tentang hudud sebelum boleh diterapkan undang-undang hudud. Dapat diperhatikan bahawa tokoh-tokoh agama yang membawa hujah seperti di atas, berhujah dengan cara asal dapat membela pemerintah yang tidak menerapkan hudud tanpa memahami apa yang mereka sendiri perkatakan. Ini kerana mereka berhujah dalam kerangka ingin mempertahankan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh pemerintah bukannya dalam kerangka bagaimana pemerintah harus untuk melaksanakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka sebab itulah keluar bermacam-macam hujah yang tidak konsisten dan tidak kena pada tempatnya. Sedangkan, Islam datang untuk membimbing atau memandu bagaimana untuk kita bertindak atau bertingkah laku. Dengan kata lain, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu difahami terlebih dahulu hukum-hakamnya di dalam Islam dan bukannya menggunakan Islam untuk menjustifikasikan segala tindakan yang telah atau sedang dilakukan.

Bagi pihak yang tengelam timbul – tengelam timbul dalam memperjuangkan hudud, harus memuhasabah diri tentang bagaimana hudud dapat dilaksanakan secara sempurna seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini kerana, hudud adalah salah satu daripada undang-undang di dalam Islam, undang-undang lain seperti takzir dan qisas juga wajib diperjuangkan sama seperti hudud. Apa yang perlu difikirkan ialah jika diandaikan seperti sebuah tiang, sistem perundangan Islam (hudud, qisas, takzir) adalah salah satu tiang-tiang yang mesti ditegakkan bersama-sama dengan tiang-tiang yang lain seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem pergaulan dan lain-lain lagi.

Uniknya sistem-sistem tersebut, ianya tiada yang lebih tinggi atau lebih rendah berbanding dengan yang lain tetapi ianya saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain. Mengabaikan salah satu daripadanya akan mencacatkan atau merosakkan keseluruhan sistem Islam. Maka, sistem Islam itu harus ditegakkan secara keseluruhan tanpa memilih-milihnya mengikut kehendak hawa nafsu dengan alasan sistem Islam harus ditegakkan secara bertahap-tahap (taddaruj) Baca : Tadarruj: Dalih untuk menuruti hawa nafsu

Akhir sekali, tiang-tiang tersebut hanya dapat ditegakkan pada tapak yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu Negara Islam. Tanpa Negara Islam, hudud dan sistem-sistem Islam yang lain tidak akan dapat ditegakkan secara sempurna. Oleh itu, laksanakanlah kewajipan menegakkan segala sistem yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dengan menegakkan semula Negara Islam yang telah diruntuhkan pada 3 Mac 1924.

http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/04/isu-hudud-dalam-demokrasi.html