PAS MEMANG HILANG HALA TUJU – Khalid Samad.

1 TIKET KE SYURGA1 PAS BERSUBAHAT1 ULAMAK JAHAT1 TITM MUNAFIK1 BAHAYA FITNAH1 PENGKHIANAT NEGARA

PAS MEMANG HILANG HALA TUJU

Setuju dengan Khalid Samad. Parti itu memang hilang hala tuju. Bahkan kerja buat parti itu tak ada hala tuju, kecuali kejar jawatan politik saja.

Apa hala tuju parti itu? Dulu dia kata nak laksana hudud. Hukum hudud nyawa parti itu. Hari ini dia sokong MCA, parti tolak hudud. Mana hala tuju nak laksana hudud?

Kalau dia kata hala tujunya lawan rasuah, hari ini dia sekongkol dengan parti rasuah. Pemimpin Umno sedang berdepan dengan tuduhan salah guna kuasa. Dia bagi nyawa kepada Umno.

Oh, hala tujunya bela Melayu, peliknya dia sokong pemimpin MCA yang serang Nafas. Padahal Nafas membela petani yang hampir 100 peratus Melayu.

Dia kata hala tuju partinya bela Islam. Kalau betul, kenapa parti itu sebarkan kebencian sesama orang Islam? Masjid diguna untuk kempen parti dia sehingga makmum berpecah. Islam ajar berpecah?

Lagi, dia kata hala tujunya bela rakyat. Kalau ya, sepatutnya dia tak mainkan isu perkauman dan sentimen agama. Di Cameron Highland dia guna sentimen kaum dan agama dalam kempen. Padahal kaum dan agama apa pun, semuanya rakyat negara ini.

Kalau dia kata hala tujunya melahirkan pemimpin yang bersih, kenapa dia tak sokong pengisytiharan harta untuk semua ahli parlimen? Dia takut apa? Takut terbongkar sumber kekayaan dia?

Nanti pentaksub dia akan tanya, apa hala tuju kami? Ha ha … Hala tuju kami jelas. Pertama, tumbangkan BN. Kedua, jadi kerajaan ganti BN. Ketiga, lawan rasuah. Keempat, lawan rasis. Kelima, tolak sentimen agama melulu.

Dia? Bagi nyawa kepada BN, nak naikkan balik kerajaan BN, sokong perasuah, sokong rasis, kembangkan sentimen agama melulu. Mana hala tujunya?

Parti itu nak ada hala tuju macam mana, kelmarin kata haram, hari ni kata halal. Sekejap saman, lepas tu tarik balik. Orang lain buat haram, dia buat halal. Sekejap BMF, sekejap fitnah Nafas.

Memang tak ada hala tujulah…! Dah hala pun tak ada, macam mana nak tuju?
Ustaz ZOLA

UMNOPAS MENJADI KUDA TUNGGANGAN MCA DI TANJUNG PIAI, JOHOR

1 Khadam Terbaru Umno1 A PENYAMUN MSIA1 BABI RASUAH1 3 King1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS

 

Semalam ini program ini disiarkan dalam Jom Channel.

Tanjung Piai,Pontian,Johor Darul Takzim diperkudakan kepada UMNO/BN — with Zawazi Yusof and YB Khalid Samad.

Menteri Wilayah Persekutuan Mempersilakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Membeli Segera Tanah Kampung Baru Dengan Nilai RM2000 Sekaki Persegi.

Image may contain: text

1 PENIPU AAAA

Umnopas Memperalatkan Dr. Zakir Naik Untuk Kepentingan Politik – Yb Khalid Samad

Soalan mudah untuk mereka yang mahu menggunakan akal dan iman.

Pada masa Zakir Naik didapati melakukan jenayah penggubahan wang HARAM dan kerajaan India mahu mendakwanya di mahkamah, siapakah yang mempelawa Zakir Naik datang ke Malaysia pada waktu itu?

Siapakah kerajaan Malaysia pada waktu itu?
Siapakah Perdana Menteri pada waktu itu yang gemar mempergunakan pelajar tahfidz dan majlis salawat untuk menutup jenayah PENGGUBAHAN WANG HARAMnya?

Brunei mahu laksanakan hudud seperti di Sudan dan Arab Saudi. Kenapa Brunei tidak pelawa Zakir Naik ke sana?