Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Penarik beca P Pinang terima elaun 3 bulan sekali gus

Malaysiakini

Kerajaan Pulau Pinang akan membayar elaun penarik beca di negeri itu untuk tempoh April hingga Jun secara sekali gus pada bulan hadapan kerana mereka terjejas dengan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata setiap penarik beca akan menerima bayaran berjumlah RM500, yang merangkumi elaun sebanyak RM300 dan bantuan tunai secara ‘one-off’ RM200.

“Saya berkomunikasi dengan pelbagai sektor bagi memahami keperluan pelbagai pihak dan saya turut menyampaikan keperluan serta cadangan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan bantuan terbaik bagi mereka.

“Kerajaan negeri akan membuat bayaran awal elaun penarik beca sebanyak RM300 dan tambahan sebanyak RM200 secara ‘one-off’ sebagai bantuan yang dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 318 penarik beca,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini memberi elaun RM100 sebulan kepada penarik beca di negeri ini bagi membantu golongan itu yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Yeoh berkata seramai 1,367 pemandu pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga akan menerima bantuan tunai secara ‘one-off’ bernilai RM500 seorang.

“Seramai 10,000 pemandu e-hailing di Pulau Pinang juga menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 seorang manakala 2,248 pemandu teksi akan mendapat manfaat melalui bayaran awal insentif RM300 dengan tambahan sebanyak RM200 secara ‘one-off’.

“Kesemua bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow semalam. Saya akan terus memantau keadaan untuk memastikan rakyat dan sektor yang paling memerlukan bantuan akan menerima manfaat,” katanya.

Semalam, Chow mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang bernilai RM75 juta yang akan disalurkan kepada 15 kumpulan sasar membabitkan lebih 400,000 penerima bagi mendepani krisis penularan pandemik Covid-19.

Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/517052?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0IaBxl5rzGGqYseHfj-gJqCkIIWgrTwHoiD7UE4aRS_aiQEb2fyb-TAW4

AIR TERAWAT DI PULAU PINANG ANTARA PALING BERSIH DAN SELAMAT DI MALAYSIA

GEORGE TOWN, 7 Dis: Air terawat di Pulau Pinang adalah antara yang paling bersih, selamat dan sihat di Malaysia, menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata keputusan yang diperoleh itu berdasarkan 3,148 ujian yang dikendalikan PBAPP ke atas air terawat di negeri ini, sejak 11 bulan lepas.

Beliau berkata di bawah Program Jaminan Kualiti (QAP), Kementerian Kesihatan (MOH) menetapkan parameter nasional bagi kekeruhan air, bebas residu klorin, bakteria e-coli, e-coli + bebas residu klorin dan aluminium dalam air terawat.

“Di Pulau Pinang, Makmal Pusat PBAPP dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, di bawah MOH, bersama-sama mengambil sampel serta menguji air terawat secara kerap sejajar dengan program Pemantauan Kualiti Air Minuman Kebangsaan (NDWQS).

“Keputusan ujian air terawat bagi Pulau Pinang bagi 2019 (sehingga kini) menunjukkan ‘produk’ PBAPP mematuhi semua syarat yang ditetapkan MOH, dengan pencapaian ketara direkodkan jauh di bawah parameter QAP bagi kandungan microb dan kimia,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jaseni berkata Makmal Pusat PBAPP menerima Anugerah Kecemerlangan Makmal bagi kali ketiga berturut-turut daripada Institut Kimia Malaysia semalam.

Beliau berkata anugerah tahun ini diberi kepada Makmal Pusat PBAPP khusus bagi bidang ujian air dan makmal itu memenangi anugerah sama pada 2017 dan 2019.

“Makmal Pusat PBAPP diwujudkan pada 2008. Ia melaksanakan peranan penting dalam menyokong operasi rawatan air PBAPP dari segi jaminan kualiti, terutamanya di Loji Rawatan Air Sungai Dua, yang merupakan loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang.

“Secara purata, Loji Rawatan Air Sungai Dua menghasilkan kira-kira 900 juta liter air terawat setiap hari, atau lebih daripada 80 peratus air terawat yang digunakan di Pulau Pinang pada 2019. Ujian ke atas air terawat mengesahkan kualiti yang baik dan konsisten,” katanya.

Beliau berkata petugas PBAPP menggunakan ujian saintifik yang diiktiraf untuk ‘mengawasi’ kualiti air sungai untuk memastikan air yang ‘cukup baik’ untuk menjalani proses rawatan air konvensional, seperti yang digunakan di Pulau Pinang oleh PBAPP.

Pulau Pinang terus agresif pasar produk halal ke luar negara terutama Singapura

JADILAH PENULIS YANG MAMPU MENARIK PELABURAN KE DALAM NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

Laporan Eksklusif Oleh: Massita Ahmad

SINGAPURA, 7 Dis — Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus agresif memasarkan produk-produk Halal keluaran usahawan tempatan di luar negara, terutama Singapura.

Bagi Halal International 2019 anjuran Mega Xpress International yang sedang berlangsung selama empat hari bermula 5 Dis, kerajaan negeri telah membawa 12 lagi usahawan dari Pulau Mutiara itu bagi mendapatkan pendedahan yang lebih kompetitif.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan kompetitif,” kata Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa Negeri Pulau Pinang, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq kepada Bernama hari ini.

Khaliq Mehtab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam ditemui selepas merasmikan Promosi Produk Usahawan Bumiputera Pulau Pinang sempena Halal International 2019 yang berlangsung di Singapore Expo, Changi sehingga 8 Dis ini.

Menurutnya kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usahawan tempatan sehingga mereka dapat berdiri atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan pada masa hadapan.

Menurut kenyataan yang disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang, enam usahawan Industri Asas Tani dengan 40 unit penyimpanan stok (SKU) di bawa menyertai Halal International kali ini.

Dua lagi usahawan adalah dari agro pelancongan dan baki empat usahawan membawa 10 menu makanan popular Pulau Pinang.

FAMA Pulau Pinang menyasarkan jualan tunai sebanyak RM120,000 sepanjang Halal International 2019 berlangsung dan sasaran kontrak jualan berjumlah RM150,000.

Menurut Khaliq Mehtab produk usahawan Pulau Pinang tidak akan terhenti di peringkat ekspo begini malah akan turut dipasarkan di rangkaian pasar raya termasuk yang terkini HAO Halal Mart yang mempunyai 46 outlet di sini.

“Saya berkesempatan bertemu dengan pihak pengurusan HAO di sini semalam. Kerjasama ini diharapkan dapat melonjakkan ekonomi usahawan tempatan kita,” katanya.

Program Pemasaran Luar Negara bagi usahawan Pulau Pinang khususnya di republik ini telah memasuki tahun ke empat bermula Ogos 2016 lagi dengan penglibatan seramai 37 orang usahawan dengan 122 SKU produk telah mendapat peluang pasaran di sini.

Ia melalui penyertaan eskpo dan memasuki pasaran Singapura melalui Agrobazaar Malaysia Singapura di Malaysia Halal Centre, Pasaraya Big Box dan Global Halal.

Nilai jualan terkumpul dari 2016 hingga Oktober 2019 berjumlah RM511,033.31.

Darpada keseluruhan bilangan usahawan Pulau Pinang tersebut, 27 orang dengan 87 SKU dikenal pasti masih mendapat permintaan di pasaran Singapura.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1797366&fbclid=IwAR26lX3La06qIqtLTWFnt_TPzIeEI-G-9YeL4VR2bmPs09ywB4mR8ai-6Pw

 

Pulau Pinang umum terima RM13.3 bilion pelaburan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menerima RM13.3 bilion pelaburan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat 247 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jumlah itu menjadikan Pulau Pinang negeri kedua yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi, sekali gus menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah pelaburan sektor pembuatan negara.

“Jumlah pelaburan itu membabitkan 113 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan ia berjaya mencipta kira-kira 15,013 peluang pekerjaan baharu.

“Selain itu, jumlah pelaburan RM13.3 bilion itu juga melebihi purata pelaburan tahunan negeri yang dicatatkan sebelum ini iaitu hanya RM6.6 bilion setahun,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, RM12 bilion daripada jumlah itu adalah pelaburan langsung asing (FDI) bagi sektor pembuatan.

Katanya, FDI utama adalah dari Amerika Syarikat (AS), Singapura dan United Kingdom (UK) dan antara syarikat termasuk Micron Technology, Jabil Circuit dan Smith+Nephew.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada agensi Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana tanpa insentif yang diberikan, tempat kita mungkin akan hilang tarikan kepada pelabur.

“Pulau Pinang meneruskan usaha untuk menguatkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi pelabur walaupun perkembangan keadaan ekonomi global adalah tidak menentu, termasuklah disebabkan oleh perang dagang antara AS dan China,” katanya.

KETUA Menteri, Chow Kon Yeow pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown, hari ini. – Foto Ramdzan Masiam
Oleh Siti Sofia Md Nasir

Pulau Pinang sekali lagi negeri paling tinggi jumlah pelaburan

KETUA Menteri, Chow Kon Yeow pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, hari ini. – Foto Mikail Ong

 

GEORGETOWN: Pulau Pinang sekali lagi muncul sebagai negeri yang mencatatkan pelaburan paling tinggi di negara ini bagi enam bulan pertama, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.214 bilion.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jumlah itu melepasi angka keseluruhan pelaburan yang diperoleh Pulau Pinang pada tahun lalu, iaitu sebanyak RM5.781 bilion dengan 108 projek.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada agensi Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana tanpa insentif yang diberikan, tempat kita mungkin akan hilang tarikan kepada pelabur.

“Dengan pencapaian ini, kami berharap Pulau Pinang akan terus memainkan peranan penting dalam sektor pembuatan, khususnya sektor pembuatan elektronik yang memang menjadi kelebihan negeri ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, jumlah pelaburan RM9.214 bilion itu membabitkan 56 projek, dengan RM506.5 juta diperoleh menerusi pelaburan domestik, manakala RM8.707 bilion daripada pelaburan asing.

Katanya, jumlah pelaburan asing yang diperoleh itu juga menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda berbanding jumlah keseluruhan pelaburan asing tahun lalu, iaitu RM3.693 bilion.

“Kami juga harap dapat menarik lebih banyak pelaburan domestik kerana berbanding tahun lalu, pelaburan domestik tahun ini nampak kurang memberangsangkan,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, beliau berharap kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong dasar laut dapat disiapkan pada hujung September ini.

Katanya, ketika ini kajian itu di peringkat 92 peratus penelitian dengan draf laporannya masih diperiksa oleh jurutera perunding bebas yang dilantik, HSS Engineers Bhd (HSS).

“Kajian itu belum siap sepenuhnya dan kami tidak membuat sebarang pembayaran lagi kerana ia termaktub dalam perjanjian. Pembayaran hanya dibuat selepas projek siap.

“Selepas kajian itu siap nanti, baru kita boleh buat keputusan sama ada projek terowong dasar laut boleh diteruskan atau diganti dengan jambatan ketiga,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam itu adalah sebahagian daripada rancangan dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang.

 

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/601454/pulau-pinang-sekali-lagi-negeri-paling-tinggi-jumlah-pelaburan?fbclid=IwAR2ECiVUwr6t_UjG9ACeluGIhj9iairuqIjD3m2NjEpAYTp23ftYuXpfxwc

 

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.