Lebai kampung dan judi

Tulisan yg Hebat dan padat..

Lebai kampung dan judi

SAYA membaca beberapa serangan RBA PH kepada PAS berkaitan isu judi… Saya sebolehnya tak berminat untuk layan isu ciptaan ini, tetapi ramai pula yang dah masuk gelanggang, saya ikut saja. Jika benar anda berjuang untuk hapuskan judi, mari fahami:

PAS dalam Kerajaan PN masih minoriti

PAS hanya boleh bertindak sebagai pendesak dari dalam.Sesuatu yang lebih baik dan berbeza dari dulu, mendesak dari luar.Desakan dari dalam tentunya tidak diketahui oleh orang luar kecuali beberapa perkara.

Berbeza desakan dari luar yang perlu bising dan ketuk pintu untuk masuk.Namun hanya boleh menarik orang ramai melihat dan bukan merubah keputusan.Desakan di meja rundingan dalam bilik memang orang tak dengar, tetapi hasilnya muncul selepas habis mesyuarat.Kadang-kadang mesyuarat lambat habis.Isu penjualan tanah Tabung Haji adalah antara contoh terbaik.

Kelantan sebagai negeri contoh dikuasai sepenuhnya oleh PAS

Kelantan telah menghapuskan sepenuhnya judi, mengawal penjualan arak dan beberapa perkara lagi.Ia diikuti oleh Terengganu dan insya-Allah Kedah.

Jika anda adalah pejuang tegar judi dihapuskan, anda perlu memberi sokongan penuh hingga PAS miliki kuasa dominan di peringkat pusat. Bukan hanya judi cabutan malah ibu judi di Genting Highlands akan jadi sasaran.

Keadaan politik di Malaysia sekarang tidak stabil

Ia berpunca gangguan ‘PM tepi’ dan sekutunya PH. Ia juga turut menjadi modal ancaman kepada beberapa orang yang terdesak untuk membebaskan diri dari kes di mahkamah.

Situasi ini menjadi sukar untuk kerajaan melaksanakan agendanya.Isu belanjawan negara untuk kepentingan negara pun sukar untuk mendapat keputusan tuntas.Isu sampingan seperti KWSP di jadikan nafas politik menyambung nyawa. Tentulah kerajaan sukar melaksanakan agenda lain.

Serangan kepada PAS sebenarnya adalah satu keyakinan bahawa hanya PAS yang mampu perjuangkan agenda ini

Ibarat perompak… Hanya melihat PAS yang miliki harta ini, maka PAS lah jadi sasaran.Demikian harapan dan kepercayaan kawan dan lawan kepada PAS dalam isu agama.Ternyata secara sedar atau tidak PAS satu satunya parti yang dilihat dan diyakini memperjuangkan Islam.sebab itu semua isu agama disandarkan kepada PAS. Terima kasih atas keyakinan itu.

Apa yang perlu disedari kini, PAS juga adalah satu-satunya parti yang belum pernah diberi kepercayaan mendominasi kuasa politik di peringkat pusat. Segala tohmahan parti kampung, lebai, ekstrem dan seribu satu tuduhan lagi sudah dinafikan oleh pemerintahan PAS di Kelantan.Saya hanya merujuk Kelantan kerana telah dipimpin selama lebih 30 tahun berketuakan ‘lebai kampung’.Ternyata lebai kampung ini bersih dari rasuah.Satu penyakit kronik yang menimpa pemerintahan dan ahli politik negara.

Mengapa anda tidak mencuba parti lebai kampung yang telah membuktikan kecemerlangannya memimpin umat Melayu Islam dengan baik dan bersih…? Kata orang Kelantan, jangan buang budu hanya kerana bau, rasa dulu, baru ketagih berminggu.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN

Setiausaha Politik

Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 2/1/2021

MINIREL KEDAH BERNILAI RM43 TRILION ?

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ada simpan data kewujudan di perut bumi Malaysia segala mineral dan galian berharga. Lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilai dll.

Semalam sy menonton video hebahan oleh mb kedah Sanusi Mohd Nor yg menyebut nilai Rare Earth Element (REE)di Sik bernilai RM43trillion!( kemudian dibetulkan mjadi RM62bilion).

Komen saya

  1. Angka RM43trillion tak masuk akal, angka RM62 bilion juga merapu( rujuk info dlm web kementerian dan terus ke jabatan mineral dan geosains.. baca)
  2. Di Sik REE ini ditemui di hutan simpan bukit enggang di kawasan seluas 50,000 ekar dgn anggaran 250ribu tan bernilai USD3bilion( lebih kurang 3 x 4.08 = RM12.24bilion!). Mana datang RM62bilion?
  3. MB umum lesen teroka telah diberikan kpd sebuah sykt dari KL. Ini proses pertama. Hanya sykt ini dibenar masuk dan ambil sample tanah utk dianalisis dsb. Akan ada proses selanjutnya seblm REE boleh diusaha hasil. Yang perlu diingat lesen teroka ini bukan lesen masuk dan tebang balak lebih2 lg bukit enggang ini statusnya hutan simpan.

Sy akan ikuti dari dekat setiap tdkn kjaan kedah dan berkongsi info dgn rakyat kedah khususnya rakyat kulim bandar baharu. Lebih2 lg sbb di Hutan Simpan Gunung Bongsu , Kulim juga ada galian ini di kawasan seluas 62,500 ekar dgn anggaran 312,500

PEMIMPIN PAS HIDUP MEWAH DENGAN MENJADIKAN HUDUD SEBAGAI PROPAGANDA UTAMA PARTI

Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai RUU 355 perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU itu.

“Walaupun RUU 355 merupakan undang-undang persekutuan, peruntukan di bawahnya berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis yang memperuntukkan kesalahan jenayah syariah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) jika RUU 355 dibentang di Dewan Rakyat terlebih dahulu, barulah pindaan itu dibincangkan dengan setiap negeri.

Perbahasan RUU 355 ditangguhkan sejak 2017, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pertama kali membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat pada Mei 2016.

RUU 355 mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Marzuk berkata, kerajaan Perikatan Nasional komited membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa proses penting yang perlu diteliti dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Ini agar ia dapat digubal dan dibentangkan mengikut tertib dan teratur berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/26/ruu-355-perlu-dirunding-dengan-negeri-sebelum-ke-parlimen-kata-timbalan-menteri/

Tanpa Umno dan Bersatu, Pas tak ke mana – Mohd Amar

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin.

Dia berkata PAS, Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain.

“Pada padangan kita, kalau kita dengan Umno sahaja tak akan ke mana, kalau dengan Bersatu saja pun tak akan sampai ke mana.

“Kita perlukan gabungan ketiga-tiga parti ini. Sebab itu pentingnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Ketiga-tiga parti ini ada kekuatan tersendiri,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang kini dilihat menimbulkan konflik di kalangan pimpinan Umno.

Annuar dilaporkan berkata PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Susulan itu beberapa pimpinan Umno antara naib presidennya, Mohamed Khaled Nordin, tampil menyanggah kenyataan Annuar itu.

Khaled antara lain menyatakan keyakinan betapa PAS tidak akan memaksa Umno supaya terima Bersatu.

Sementara itu Mohd Amar berkata, apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman Umno yang perlu diselesaikan.

“Isu ini kalau kita tengok di media melibatkan kalangan Umno, kenyataan Annuar dijawab oleh pimpinan Umno yang lain.

“Kita harap Umno boleh selesaikanlah, kami tak boleh nak campur (tangan), ini masalah dalaman parti. Pandangan-pandangan dalam kalangan pimpinan Umno.

“Pandangan saya sepatutnya masing-masing duduk semeja dan tidak buat kenyataan terbuka. Hari ini isu besarnya masing-masing buat kenyataan terbuka,” katanya yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Panchor.

Tambahnya, berbeza pandangan itu perkara biasa, tetapi lebih baik duduk sekali dan berbincang untukmencari titik pertemuan.

“Tapi kalau kita masing-masing bercakap kepada media, kita beri mesej yang salah dan persepsi kepada pengundi serta menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti,” katanya lagi.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/552127?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Lepas naik gaji tanpa bahas, Exco berhasrat laksana PKPB di Kelantan

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin tampil meminta pendapat rakyat keperluan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKPB) di seluruh negeri itu.

“Kalau kita buat PKPB seluruh Kelantan lagu (macam) mana? Setuju ke? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Difahamkan soalan itu ditujukan untuk mendapat reaksi umum susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini. Semakan mendapati, rata-rata pengikut Facebook anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang itu menyatakan bantahan.

Pemilik akaun Facebook Arif Bashiruddin berkata,

“Demo sedapla nak cadang PKPB pun mugo gaji naik doh, backdated siap sampai ke Januari 2020, kereta Mercedes boleh dah pakai, dekneh..”

“Ni rakyat hok cari makan kerja gaji hari ni, hok kutip besi buruk tukang buat rumah wayaring sek nego pasar malam dan bermacam lagi, bila PKPB walaupun demo kata bulih nego lagi tapi orang tak ramai tubik beli dah,
Sapo nak tanggung bila rakyat susah?”

“Buat PKPB seluruh Malaysia pun kes naik serupa tulo jugok, Betul mencegah lebih baik dari mengubati, tapi jangan sampai mencekik leher melingkup periuk nasi…”

Mohd Fauzi Azmi juga menyatakan bantahan dengan langkah itu,

“Gaji enta baru naik siap backdated dari Januari 2020 sedak la enta bkecek nak buat PKPB… Alik demo PKPB stahun pun x po mugo gaji & elaun jale sokmo…”

“Nuh rakyat bowoh nuh hop cari pitis samah sriyal sdiri nge panas nge hujey nge banjir ado demo mmikir kalu PKPB guano..?”

“Ko demo paka seroh tanggungjawab tu ko Ebit Lew jah mudoh2..?”

Sumber :

SIAPA YANG KOMPLEN SAMPAH DI KELANTAN AKAN MASUK NERAKA – NIK AMAR

 

SIAPA YANG KOMPLEN SAMPAH DI KELANTAN AKAN MASUK NERAKA – NIK AMAR

Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan di dalam satu ceramahnya mengatakan mereka yang membawa isu Kota Baharu di kotori dengan sampah yang tidak di uruskan akan di masukkan ke dalam neraka.
Kenyataan beliau adalah selepas runggutan rakyat Kelantang yang tidak puas hati dengan pengurusan sampah oleh kerajaan negeri sehinggakan Kota Baharu yang di kenali dengan Bandaraya Islam di penuhi dengan sampah sehinggakan mencacatkan permandagan terutamanya pelancung yang datang ke negeri Kelantan,

“Oktoberfest Boleh Dibenarkan Dengan Syarat” – YB PAS,Takiyuddin Hassan

 

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit http://www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more http://www.malaysiagazette.com

 

Tak perlu tempatkan pegawai SPRM di pejabat MB K’tan – Mohd Amar

Kerajaan Kelantan menegaskan tiada keperluan bagi negeri itu menempatkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pejabat Menteri Besar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri sudah mempunyai Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Audit Dalaman dan Jabatan Audit Negara untuk memastikan pemantauan mengenai rasuah dilakukan.

Beliau berkata walaupun ada cadangan daripada SPRM tetapi bagi Kelantan sudah mencukupi dengan adanya agensi sekarang bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan sepertimana mengikut undang-undang.

“Setakat ini pentadbiran adalah baik dan boleh dikatakan sifar rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri.

“Semua ini adalah hasil usaha kerajaan negeri dan SPRM yang sentiasa memberikan panduan,” katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Integriti Peringkat Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

SPRM sebelum ini dilaporkan bersedia menempatkan pegawai kanannya di pejabat Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri bagi memperkasa integriti serta membendung perkara berkaitan rasuah di peringkat kerajaan negeri.

Mengulas mengenai sambutan Hari Integriti, Mohd Amar berkata ia adalah sebagai usaha menghidupkan dan menyegarkan ingatan kakitangan tentang tanggungjawab semua supaya sentiasa berada di atas landasan yang betul.

“Program dan aktiviti yang dijalankan dilihat dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan pentadbir awam bahawa mereka bukan saja bekerja namun sebenarnya memenuhi tanggungjawab agama,” katanya.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/503388?fbclid=IwAR0fgXpjIX6CdObSO6w6YakIYVnwQvqOqLGheEFCBu54zmAkCqACvFCG9Ow

Apabila Geng Lawyer Buruk Kelantan Berbicara

Image may contain: 2 people, text

KERAJAAN PH TELAH BANYAK MEMBAZIRKAN  MASA, MELAYAN  KEBODOHAN PEMBANGKANG. MOHON BERTINDAK SEGERA, MASA 5 TAHUN TERLALU SINGKAT.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan