Tahniah Kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Kerana Berusaha Menjatuhkan Kerajaan Keji Pintu Belakang.

Dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim secara bertulis membangkitkan persoalan sama ada PH patut menerima sokongan daripada mereka yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.
Dua pemimpin PH yang dihubungi Malaysiakini terbuka dengan idea itu manakala seorang lagi menolaknya.
Dakwaan sokongan itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dalam sidang media hari ini, sehari selepas dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN.
Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, pendedahan Annuar itu bukanlah perkara mengejutkan.

“Kita sudah maklum lama tentang sokongan itu…Sejak 23 September lalu, apabila Anwar kata dia ada majoriti kukuh dan meyakinkan,” katanya.
Dia berkata sesiapa saja bebas untuk memberi sokongan, termasuk Zahid untuk menyokong Anwar, jika matlamatnya adalah untuk menumbangkan kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, katanya, sama ada PH patut tubuh kerajaan dengan Zahid adalah soal lain.
“Kita akan kendalikan soal ini bila tiba ketikanya (we will cross the bridge when we get there),” katanya lagi.
Salahuddin juga berkata, jika kerajaan PN tumbang, dia lebih memilih penubuhan kerajaan baru untuk mengekang Covid-19 dan memulihkan ekonomi, berbanding pelaksanaan pilihan raya umum.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata, kedudukan Zahid sebagai presiden Umno yang memiliki 38 ahli Parlimen dan kira-kira tiga juta ahli tidak boleh disamakan dengan dia sebagai individu yang berdepan perbicaraan di mahkamah.
“Jika Anwar terima sokongan presiden Umno untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat bersama-sama PKR dan DAP melibatkan rakyat semua kaum, bagi saya itu perkembangan politik yang baik,” katanya yang merupakan bekas pengerusi PKR Johor.
Bagaimanapun, katanya lagi, ia mesti dilaksanakan dengan syarat Zahid tidak mengaitkan sokongannya itu dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
“Anwar mesti menjamin kedaulatan undang-undang, tiada gangguan terhadap proses keadilan membabitkan Zahid.
“Kebebasan kehakiman perlu dipelihara,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendedahkan antara punca Umno tidak puas hati dengan PN adalah penerusan kes mahkamah terhadap parti itu dan sejumlah pemimpinnya.
Dalam pada itu, Hassan berkata sokongan Zahid mestilah ditujukan bagi membina sebuah negara untuk semua dan perlindungan terhadap hak warga.
Katanya lagi, Zahid perlu membantu dalam soal reformasi institusi, usaha membanteras rasuah, kemiskinan dan penambahbaikan tadbir urus kerajaan.
Jika syarat-syarat ini dipersetujui, katanya lagi, tidak salah untuk Anwar menerima sokongan Zahid.
“Kepada Anwar dan Zahid, saya berpesan – jika mereka ingin dikenang sebagai patriot dan negawaran, jangan janya memikirkan PRU seterusnya, tetapi mestilah memikirkan nasib generasi rakyat yang seterusnya,” katanya lagi.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula menolak sekerasnya kerjasama dengan Zahid.
“Kita tak patut bekerjasama dengan penyangak,” katanya ringkas.

Pua sebelum ini menolak usaha untuk menubuhkan kerajaan dengan sokongan Najib Razak ketika bekas perdana menteri itu melobi BN untuk menyokong Anwar.
Terdahulu hari ini, Annuar mendakwa dia melihat bukti “hitam putih” yang Zahid membuat perakuan bertulis bagi menyokong Anwar dalam usahanya menumbangkan kerajaan BN.
Pada Oktober lalu, Anwar mendakwa dia telah mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Ketika itu, Zahid dan Najib dikatakan telah menandatangani perakuan bersumpah (SD) untuk menyokong Anwar.
Bagaimanapun, Istana Negara berkata Anwar gagal memberikan senarai nama bagi menyokong dakwaannya.
Pada Disember, tercetus pula khabar angin yang Anwar telah mendapatkan 113 SD bagi membuktikan majoritinya.
Ketika itu, Annuar mendakwa usaha pembentukan kerjasama Anwar dan Umno sedah berjalan.

Pada 15 Disember, iaitu beberapa hari selepas khabar angin bertiup, PH gagal dalam usaha terakhirnya untuk menolak Belanjawan 2021.
RUU Belanjawan 2021 lulus selepas disokong 111 ahli Parlimen dan ditolak 108 yang lain.
Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa pembangkang untuk berhenti mengharapkan sokongan ahli Parlimen kerajaan.
“Tidak ada satu pun ahli parlimen kerajaan mengundi (menolak belanjawan) bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.
“Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyuarakan keyakinan yang Anwar masih mampu membuktikan majoritinya, sama ada di Dewan Rakyat mahupun melalui SD. – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/pemimpin-pkr-amanah-terbuka-bersama-zahid-umno-tumbang-pn.html#ixzz6j0SRfdzI

Pemimpin PKR, Amanah terbuka bersama Zahid, Umno tumbangkan PN

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/pemimpin-pkr-amanah-terbuka-bersama-zahid-umno-tumbang-pn.html

Link untuk share ke Facebook: https://t.me/cincanews/3631

Facebook: facebook.com/cincanewstoday

Telegram: t.me/cincanews