Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberi wang antara RM10,000 hingga RM50,000 kepada bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip

1 ALLAH GAGALKAN NAJIB

1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH

1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberi wang antara RM10,000 hingga RM50,000 kepada bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip selepas menerima wang daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Muhammad Zahid berkata dia menerima wang daripada Ikhwan bagi pihak Mohd Isa, 71, dalam sembilan pertemuan antara Julai 2014 dan Disember 2015 di pelbagai lokasi.

“Sepanjang menerima wang itu, saya tidak pernah mengusik atau mengira wang yang diserahkan Ikhwan. Saya hanya tahu di dalam beg kertas dan beg hitam itu mengandungi wang.

“Kadang-kadang ada dua tiga kali selepas saya menyerahkan wang kepada Tan Sri Isa, beliau akan menelefon saya dan meminta datang ke biliknya. Selepas saya tiba di biliknya, beliau ada berkata, ‘Nah! Ambil sikit’, Tan Sri Isa beri saya wang kira-kira RM10,000 hingga RM20,000 dan ada ketikanya RM50,000 walaupun saya tidak pernah meminta apa-apa daripada beliau,” katanya.

Skandal Jalan Semarak, Felda saman Isa Samad, Shahrir dan 19 yang lain

Felda memfailkan saman terhadap Isa Samad (gambar), Shahrir Abdul Samad dan 19 pihak lagi berkaitan skandal jual beli tanah Jalan Semarak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2019.

1 PEMIMPIN YANG BODOH1 JANGAN SOKONG PENGKHIANAT NEGARA1 HADI MUNAFIK1 PAPA JAHAT1 ADU DUMBA 2

LEMBAGA Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir Abdul Samad, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.

Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selaku plaintif memfailkan saman itu melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/197308?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2HN2Mtqugpp6bxR4-mpAiFl-3Him537nbTr1w08TiB_n2v47W8vIIF_d0

 

‘Salam’ Kod Rasuah Isa Samad Aswaja.

Image may contain: 1 person, text

Antara senarai bayaran adalah seperti berikut:

1) RM140,000 antara 21 Julai hingga 28 Julai 2014 kepada Zahid Md Arip di Cigar Room, Hotel PJ Hilton dalam beg kertas.

2) RM300,000 antara 17 Oktober hingga 24 Oktober 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Sunway Opal, Petaling Jaya dalam beg kertas.

3) RM250,000 antara 5 November hingga 10 November 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

4) RM500,000 pada 26 Mei 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

5) RM500,000 pada 9 Julai 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

6) RM300,000 pertengahan bulan Ogos 2015 kepada Zahid Md Arip di rumah Roney Zaidell, Kuching (abang Ikhwan) dalam beg galas.

7) RM500,000 12 September 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

8) RM500,000 antara 4 Disember hingga 7 Disember 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

Baik punya ‘kod rahsia’..

Buat peneroka-peneroka FELDA bukalah mata & akal.

SIAPA SEBENARNYA YANG JAHANAMKAN FELDA !!.. Isa Samad tu cina-DAP jugak ka. – Suara Rakyat

#UmnoPenyangak
#UmnoRasuahBerpisahTiada
#MaruahMelayuUmno

‘Salam’ bermaksud Isa Samad perlukan wang – Saksi

Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. – Foto Aswadi Alias

 

KUALA LUMPUR: Setiap kali Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi FELDA, Mohd Isa Abdul Samad, iaitu Muhammad Zahid Mat Arip, menyampaikan ‘salam’ kepada bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel memahami itu adalah satu petanda.

Ikhwan, 59, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, ‘salam’ disampaikan menerusi panggilan menunjukkan Mohd Isa memerlukan wang dan ia akan diberikan menerusi Muhammad Zahid.

Saksi ke-16 itu berkata, Muhammad Zahid sekali sekala ada menghubunginya untuk menyampaikan ‘salam’ daripada Mohd Isa dan beliau memahami.

“Kali terakhir saya akur dengan permintaan dan serahkan wang kepada Muhammad Zahid adalah pada Julai 2014.

“Jadi, pada fahaman saya selepas menerima panggilan dan ‘salam’ ini, Muhammad Zahid perlukan wang untuk diberikan kepada Mohd Isa,” katanya.

Saksi ke-16 itu memaklumkan perkara itu ketika membaca keterangan saksi pada hari ke-10 bagi perbicaraan kes pecah amanah dan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta dihadapi Mohd Isa bagi pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ikhwan berkata, dalam tempoh Julai 2014 hingga Disember 2015 terdapat sembilan beg kertas diberikan kepada Muhammad Zaid menerusi sembilan pertemuan di beberapa lokasi.

Katanya, wang itu berjumlah RM3.09 juta dan setiap ‘salam’ bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.

Berdasarkan pernyataan saksi, Ikhwan berkata setiap kali perjumpaan antara mereka hanya Muhammad Zahid datang bersendirian.

Katanya, setiap kali selepas dihubungi Muhammad Zahid, beliau akan menghubungi pemilik JV Evolution Sdn Bhd, Azizi Abdul Wahab bagi meminta wang tunai.

“Bayaran pertama pada pertemuan hujung Julai 2014, saya menyerahkan wang RM100,000 kepada Muhammad Zahid diberikan kepada Isa.

“Saya maklumkan kepada Muhammad Zahid, wang RM100,000 akan ditolak dari baki RM3 juta dijanjikan sebelum ini dan pendahuluan ini adalah duit saya sendiri.

“Bagi perjumpaan kedua saya berikan wang berjumlah RM140,000 dimasukkan dalam beg kertas lalu diserahkan kepadanya bagi pihak Mohd Isa,” katanya.

Saksi itu berkata, ‘salam’ ketiga dan keempat adalah pada Oktober dan November 2014 dan penyerahan wang masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM250,000.

“Bagi penyerahan wang seterusnya pada Jun dan Julai 2015, saya berikan wang tunai masing-masing RM500,000.

“Pengeluaran dan penyerahan wang Muhammad Zahid pada Ogos 2015 sebanyak RM300,000.

“Saya turut menyerahkan wang pada September 2015 dan ‘salam’ terakhir pada Disember 2015 masing-masing berjumlah RM500,000,” katanya.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Beliau dituduh melakukan kesalahan pecah amanah di Tingkat 50, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Isa juga dituduh melakukan semua kesalahan menerima rasuah di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/621014/salam-bermaksud-isa-samad-perlukan-wang-saksi?fbclid=IwAR1mAQpTFmDuoqRCoHaO43DUtJ_KflHMYv8hO3Uc8u81UHTRvb6sC_2n1IU