Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Terbukti Darurat Dan Covid-19 Adalah Lubuk Terbaik Kerajaan Pintu Belakang Habiskan Duit Rakyat.

RM35.4 juta bina dewan Muhyiddin boleh tampung kos ujian saringan 500,000 rakyat

Penjelasan Pejabat Perdana Menteri berkenaan pembinaan dewan di Parlimen Pagoh yang bernilai RM35.4 juta untuk tiga buah dawan terus dipertikaikan.

Ketua Pemuda Pejuang Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, walaupun peruntukan RM35.4 juta untuk tiga buah dewan ianya masih di bawah peruntukan yang besar.

“Jika pembinaan setiap dewan itu dibahagikan secara sama rata kepada tiga sekitar RM10 juta lebih sebuah, ia tetap dianggap tinggi berbanding beberapa dewan lain yang disemak telah siap dengan anggaran kos hanya sekitar RM3.5 juta,” katanya.

Beliau berkata, ketika pihak kerajaan merungut keadaan semasa covid-19, kekurangan peralatan dan tempat serta berbagai lagi masalah sehingga membawa kepada Proklamasi Darurat 2021, kelulusan dan pembinaan segera seperti ini rasanya bukan menjadi satu keperluan mendesak.

“Bukankah dengan kos RM 35 435 992.00 ini dapat digunakan untuk membuat ujian swab covid-19 percuma kepada para pelajar yang bakal masuk ke kampus (Menteri Kanan Keselamatan umum tidak wajib buat ujian swab) dengan harga RM70 setiap ujian seperti yang diusahakan oleh ADUN Subang Jaya?” soal beliau.

Justeru, katanya, dengan jumlah pembinaan dewan yang diluluskan PM-8 itu dapat dilakukan ujian swab kepada seramai 506 228 orang atau lebih setengah juta rakyat Malaysia.

“Dengan Proklamasi Darurat yang dimahukan sangat PM-8, apa sebenarnya yang ingin dicapai? Kelulusan kewangan tanpa SOP biasa untuk kepentingan tertentu atau benar-benar kewangan negara bagi menyelamatkan rakyat?,” tegas beliau. –MD

Kelantan (RM40j) vs Pulau Pinang (RM151j)

Kelantan (RM40j) vs Pulau Pinang (RM151j)

  1. Kelantan telah menerima bantuan Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta waktu PH memerintah
  2. Mereka juga telah menerima duit Royalti 5% sebanyak RM418.9 juta bermula dari zaman PH
  3. Bajet Kerajaan Kelantan, jika ikut dalam ringkasan Bajet 2021 cuma 1 juta. Kemudian saya dimaklumkan ada lagi RM40 juta. Saya tampal sini.
  4. Bajet Kerajaan Pulau Pinang total untuk Covid RM151 juta. Fasa PKP2 mereka keluarkan RM76 juta, skrg kena lagi mereka keluarkan RM20 juta.

Duit Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya sangat banyak.

Saya masih musykil kemana duit tu sekarang.

Rakyat dapat apa?

YB2 dapat jugalah merasa Mercedes Baru, Bonus RM50,000, Gaji naik sampai RM3,000-5,000 setiap YB, belum lagi Bajet untuk kegunaan setiap DUN.

Apapun, skdr nak buat perbandingan sahaja.

Biar semua nilai lah baik atau buruk.

Duit One Off dan Royalti ni duit Free tanpa kerja buat pun, sepatutnya rakyat dapat merasa.

Syam Ghaz

Kes Rogol Di Kelantan Naim Serambi Mekah Meningkat

KOTA BHARU – Kes rogol termasuk membabitkan pasangan kekasih bawah umur di negeri ini pada tahun lalu merekodkan peningkatan sebanyak 46 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, rekod jenayah rogol tahun 2020 mencatatkan 108 kes iaitu meningkat sebanyak 34 kes daripada jumlah 74 kes pada tahun 2019.

“Keadaan itu amat membimbangkan kerana membabitkan pasangan kekasih bawah umur, malahan terdapat juga kes melibatkan ahli keluarga sendiri yang melakukan perbuatan itu secara diam-diam.

“Tidak terkecuali golongan yang mempunyai pendidikan agama tinggi, namun turut melakukan perbuatan terkutuk itu,” ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati remaja yang terlibat dengan jenayah ini bukanlah dari kalangan yang mengalami desakan hidup dengan keluarga sebaliknya kebanyakan mereka menjalani hidup bersama ahli keluarga secara sederhana.

“Rekod yang ada bagi kes yang dilaporkan kepada polis dan juga yang tidak buat membuat laporan atas alasan malu dan sebagainya.

“Itu tidak boleh dan kesedaran perlu ditingkatkan dalam kalangan masyarakat bagi mengelak berlaku kejadian rogol terhadap kanak-kanak yang masih bawah umur,” katanya.

Shafien menegaskan, semua pihak termasuk masyarakat dan ketua-ketua komuniti mahupun institusi agama supaya bersama-sama mencari kaedah terbaik yang diambil sebelum jenayah rogol berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, statistik jenayah indeks bagi negeri Kelantan bagi tempoh Januari hingga Disember tahun 2020 direkodkan sebanyak 2,534 berbanding tahun sebelumnya 3,546 kes.

Katanya, bagi jenayah Komersial pula sebanyak 866 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian RM17 juta pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya 797 dengan kerugian RM4 juta.

“Tahun lalu polis menahan 424 individu berbanding tahun sebelumnya hanya 328 yang ditahan untuk siasatan bagi pelbagai kesalahan,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117741/KHAS/Isu/Kes-rogol-di-Kelantan-meningkat?fbclid=IwAR1GhrRMBUi8-LDnhxPmfpbhG7vPwE4ADmDBR1JbAELJV-OgaY4T5Ow1GY4
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kes rogol di Kelantan meningkat
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117741/KHAS/Isu/Kes-rogol-di-Kelantan-meningkat?fbclid=IwAR1GhrRMBUi8-LDnhxPmfpbhG7vPwE4ADmDBR1JbAELJV-OgaY4T5Ow1GY4
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

PAS Haramkan Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai!

Panas!!! Haramkan Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai!

Haramkan Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai!

Rata-rata warganet mempersoal sejauhmana perkembangan terhadap usaha Pas dalam memerangi judi setelah menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pernah menggesa usaha memerangi judi bukan terhenti setakat perjudian haram.

Beliau dalam kenyataan pada 18 Jun 2019 berkata usaha tersebut bahkan termasuk diharamkan judi yang ‘dihalalkan’ oleh kerajaan, khasnya Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai.

Reaksi wakil rakyat Pas berusia 45 tahun itu susulan usaha dan amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam memerangi judi haram.

“Kenyataan beliau (Abdul Hamid) sepatutnya menjadi komitmen semua menteri kabinet khasnya Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Ahmad Marzuk juga tahun lalu menegaskan tiada pihak yang dapat menyangkal kedudukan Pas yang telah lama mempelopori usaha memerangi judi di negara ini

“Ini dibuktikan dengan kepimpinan Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang terus mengharamkan premis judi ‘halal’ di Kelantan sebaik sahaja Pas memenangi Pilihan Raya Umum Negeri Kelantan pada tahun 1990.

“Kelantan menjadi model kerajaan negeri pertama dalam negara yang bersih daripada premis judi,” kata bekas Exco Dewan Pemuda Pas Kelantan itu.

Ahmad Marzuk kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kerajaan ‘tebuk atap’.

7 remaja mengaku tidak bersalah rogol murid tahun 6

Remaja yang dituduh merogol kanak-kanak berusia 12 tahun dihapakan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini. FOTO ROSLI ILHAM

Kemaman: Tujuh remaja, termasuk seorang penganggur berusia 19 tahun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang murid tahun enam di sebuah rumah di Bandar Chukai di sini, awal Disember lalu.

Tertuduh, Mohd Aiman Abdullah, 19, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen manakala enam remaja lain berusia 14 hingga 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak Kemaman hari ini.

Sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha dan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman, kesemua tertuduh mohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Aiman, didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377 (b) di bawah akta yang sama kerana melakukan persetubuhan luar tabii pada 7 Disember.

Manakala enam remaja terbabit masing-masing didakwa antara satu hingga lima pertuduhan termasuk rogol dan persetubuhan luar tabii di bawah akta sama di antara jam 4 pagi 7 Disember hingga 12 tengah malam 8 Disember.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad.

Mohd Aiman diwakili peguam bela Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar manakala enam lagi tertuduh diwakili peguam bela Akmal Wahidah Abd Halim.

Selepas mempertimbangkan rayuan, mahkamah membenarkan Mohd Aiman diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Manakala enam lagi tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 hingga RM10,000 setiap seorang, juga dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga mengenakan syarat iaitu kesemua tertuduh dilarang mendekati mangsa, ahli keluarga termasuk saksi.

Hakim kedua-kedua mahkamah itu menetapkan 1 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/658433/7-remaja-mengaku-tidak-bersalah-rogol-murid-tahun-6

ULAMAK PAS DAN KERAJAAN PINTU BELAKANG LINDUNGI KARTEL DAGING HARAM.

KENAPA KARTEL DAGING MASIH TIDAK DIHADAPKAN KE MAHKAMAH??

KENAPA KARTEL DAGING MASIH TIDAK DIHADAPKAN KE MAHKAMAH??

Punya lah kita beriya nak tau siapa kartel yang kena tangkap dalam isu daging haram ni, tiba-tiba orang yang ditangkap orang lain pula. Dah kenapa pulak orang yang kena hadap mahkamah hari ni adalah orang yang berbeza dengan serbuan awal-awal tempoh hari??

Raihanah Cold Storage ni lokasi gudang dia di Taman Perniagaan Setia, Dato Onn, Johor, tapi itu hari kilang yang kena serbu oleh Dato Tosrin Jarvanthi dan pihak berkuasa tu lokasinya di Taman Perindustrian Idaman, Senai. Siap dalam gambar laporan media masa serbuan jelas nama syarikat ada tunjuk dan lokasi alamat memang di Senai.

Ni dah kenapa yang kena saman dan dihadapkan di mahkamah hari ni orang lain pulak?? Siap nama owner dan nama syarikat pun lain terus. Alasan penghakiman pun dah jauh berbeza. Nama syarikat masa dalam serbuan namanya Dairy Fruit Trader, bukan Raihanah Cold Storage.

Awal-awal kes dulu katanya ada serbuan dibuat oleh pihak berkuasa di Senai sebab disyaki kartel seludup daging ni campur adukkan daging haram kemudian repacking guna packaging berlogo halal. Kemudian keluar isu kata dah 40 tahun kartel ni seludup senyap-senyap. Kemudian viral isu daging kangaroo dan kuda dicampur dengan daging lembu dan kerbau. Kemudian keluar isu beberapa jenama viral yang turut sama ada dalam gudang kartel.

Tiba-tiba sekarang semua dah jadi halal balik. Tiba-tiba kata tak ada daging kangaroo dan kuda. Tiba-riba kata yang dipasaran dah sah halal. Tiba-tiba kata tak wujud pun tuduhan 40 tahun sebab syarikat baru wujud 2014. Kita rakyat disuruh pulak untuk yakini halal mereka. Yang dihadapkan ke mahkamah pula orang lain yang tak sama langsung dari syarikat yang awalnya diserbu di Senai dahulu.

Kalau korang nak tahu, syarikat Raihanah Cold Storage ni dah naik nama dia sejak bulan November lepas lagi sebelum timbul dakwaan 40 tahun dan dakwaan kangaroo kuda tu. Ada pihak yang telah fitnah kata dialah syarikat yang seludup daging tersebut. Tapi, pada 2 Disember lalu, owner syarikat Raihanah ni pernah buat satu laporan polis berhubung viral di whatsapp bahawa syarikatnya dikaitkan dengan kartel daging seludup. Owner syarikat buat laporan polis dan nafikan keterlibatannya.

Pada 1 Disember iaitu sehari sebelum owner buat laporan polis, pihak berkuasa dah pun datang ke syarikatnya dan siasat dakwaan viral tersebut. Pihak berkuasa menafikan syarikat tersebut terlibat dengan kes kartel daging seludup ini.

Walaubagaimanapun, pada 24 atau 25 Disember lalu, sekali lagi nama syarikat Raihanah ini diviralkan oleh blogger Zaharin a.k.a Sang Kelembai mengaitkan nama syarikat ini kepada kartel daging tersebut. Pada hari yang sama owner sekali lagi buat laporan polis menyatakan dirinya difitnah oleh Zaharin dan saya tidak tahu apa tindakan susulan oleh pihak polis setelah itu.

Selang beberapa hari, tiba-tiba hari ini (30 Disember 2020) naik kes menyatakan syarikat Raihanah tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa. Tarikh dia kena tuduh melakukan perkara tersebut pula adalah 1 Disember 2020. Sedangkan dalam laporan polis bertulis tarikh tersebut pihak berkuasa telah menafikan syarikat Raihanah ni terlibat dengan penyeludupan dan pembungkusan semula dengan logo halal.

Sekarang naik sabitan baru adalah dia guna logo halal tanpa kebenaran di lori Isuzu dia pula. Kiranya kat lori Raihanah ni ada cop logo halal dan dia letak logo tu tanpa kebenaran pihak berkuasa. So itu lah kesalahan syarikat Raihanah sekarang ini.

Persoalan besar kat sini, setelah sekian lama viral isu kartel daging ni, apa pasal yang kena heret pergi mahkamah adalah pihak lain??? Apa pasal sabitan kes dah berubah??? Yang bersalah sebab tampal logo halal kat lori Isuzu dia?? Apa pasal owner syarikat kilang repacking daging yang kat Senai tu tak kena heret sama?? Logikkah sepasang suami isteri yang baru berusia lingkungan awal 40an ini menjadi kepala kartel penyeludupan selama ini???

Apa kabel dia pakai kat belakang kalau mereka berdua ini lah kepala kartel daging tersebut??? Mengapa tak charge dia atas tuduhan penyeludupan dan pembungkusan semula, sebaliknya hanya cas dia atas tuduhan memakai logo Halal di kenderaan Isuzunya?? Benarkah mereka berdua ini kepala kaetel teesebut atau sebenarnya mereka berdua ini hanyalah kambing hitam untuk menutup isu kartel daging yang sebenar???

Pihak berkuasa sedang melindungi kartel kah sekarang ini??????….

.
Pihak berkuasa sila jawab….! masyarakat mahu tahu!

.

karteldaging

ppim

persatuanpenggunaislam

persatuanpenggunapenang

jakim

kastam

maqis

pdrm

halal

kangaroo

jenamaharam

daginghalal

dagingHaram

import

.

p/s: Sila baca info selebihnya dalam setiap gambar yang saya sertakan.

**Anda semua dibenar untuk sebarkan artikel ini tanpa perlu meminta izin. Kita semua berhak menyuarakannya sehingga pihak berkuasa mengheret semula kartel yang sebenar ke muka pengadilan.

.
Sekian.

-Muhammad Mamzah
30 Disember 2020

Malaysia terpaksa bayar pampasan RM320 juta kerana pembatalan projet HSR

Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR) dibatalkan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura atas pembiayaan yang ditanggungnya sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.

Perjanjian dua hala itu yang ditandatangani pada 2016 ditangguhkan atas permintaan Malaysia sejak Sept 2018 dengan tarikh akhir bagi lanjutan penangguhan tersebut tamat semalam.

Pada Nov, sumber memberitahu FMT bahawa Putrajaya bercadang meneruskan projek itu tanpa Singapura.

9 Pencapaian Terbaik Kerajaan PiNtu Belakang dalam tempoh 10 bulan

Pencapaian kerajaan PN dalam tempoh 10 bulan

Agenda Islam RUU355 senyap
https://ismaweb.net/2020/07/23/ruu-355-jawapan-timbalan-menteri-mengecewakan/

Judi 4 nombor ekor digandakan dari 8 kali ke 22 kali setahun.
https://infonegarakini.com/syaitan-bisu-pn-naikkan-kepada-22kali-cabutan-nombor-ekor/

Arak tidak diharamkan
https://malaysiadateline.com/bir-bukan-minuman-keras-boleh-dijual-di-kedai-runcit-annuar-musa-u-turn/

Kerajaan terbesar dalam sejarah
https://www.sinarharian.com.my/article/74134/ANALISIS-SEMASA/Adakah-Kabinet-Muhyiddin-terlalu-besar

Pelupusan aset khazanah berjumlah lebih RM8 billion
https://inforakyat.net/gempar-khazanah-lupus-aset-saham-lebih-rm8-bilion-sejak-mac-lepas/

Subsidi petrol dihapuskan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715958/program-subsidi-petrol-bersasar-tidak-diteruskan

Subsidi pengangkutan awam dihapuskan
https://www.malaysiakini.com/news/557285

Perkenal semula GST
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/gst-dilaksanakan-semula-selepas-kajian-terperinci-kementerian-kewangan-275049

ismaweb (https://ismaweb.net/2020/07/23/ruu-355-jawapan-timbalan-menteri-mengecewakan/)
RUU 355: Jawapan timbalan menteri mengecewakan
BANGI, 2 Zulhijjah 1441H, Khamis – Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary mengenai cadangan pembentangan kali kedua Rang Undang-Undang Mahkamah