Goldman Sachs menyerahkan Kembali S$40 juta (RM120.7 juta) Kepada Kerajaan Pakatan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan kira-kira S$40 juta (RM120.7 juta) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa Singapura.

Memetik sumber, Bloomberg melaporkan Ng yang ditahan minggu lalu di negara ini atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat, akan memulangkan dana yang dibekukan di republik itu.

Pada September lalu, mahkamah di Singapura mengarahkan supaya sejumlah S$15.3 juta (RM46.075 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International dipulangkan kepada Malaysia.

Bloomberg juga melaporkan, Ng turut mencabar perintah ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) yang mana beliau akan berhadapan pertuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Ng dituduh tanpa kehadirannya di mahkamah AS minggu lalu, bersama rakan bekas eksekutif Goldman, Tim Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam pertuduhan berkenaan menyebut, Jho Low dan dan Ng bersubahat mengubah berbilion dolar wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan berkonspirasi untuk melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pihak berkuasa Malaysia dan Abu Dhabi.

Sebelum ini, Ng adalah kakitangan Goldman Sachs di Asia Tenggara.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/495957/1mdb-roger-ng-setuju-pulangkan-rm120-juta?fbclid=IwAR3Xyf1ZpamUNOyHTsDx2iFDRE0nBviQdtsMYs6gzXXZ-X-schQA69d2BDE

4 thoughts on “Goldman Sachs menyerahkan Kembali S$40 juta (RM120.7 juta) Kepada Kerajaan Pakatan Malaysia.”

  1. Dakwah Rasulullah Kepada Remaja

    Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.” (HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih).

    SENI DAKWAH:

    1. Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW berdoa untuknya: “Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepadanya hikmah.” Apabila beliau di peringkat remaja, baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya.
    2. Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), perlu:

    a. Berdoa untuk masa depannya.
    b. Merancang masa depan mad’u sesuai dengan potensinya
    c. Memberi bimbingan yang berterusan.

    1. Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiah mad’unya yang masih remaja. Baginda tidak merasa enteng terhadap mad’u kecil, bahkan baginda mengambil berat hal ehwal tarbiahnya.
    2. Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiah mad’unya, sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk mentarbiah.
    3. Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa hina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL, bersentuhan dan bermesra dengan anak remaja. Baginda tidak merasai jurang generasi dengan golongan remaja.
    4. Baginda mentarbiah remaja dengan silibus yang berpada, ringan tetapi berterusan – sepertimana kata baginda (yang bermaksud): “aku ingin mengajar kamu BEBERAPA PERKATAAN”.
    5. Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiah generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai ketidaktentuan dan ketakutan baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah.
    6. Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di sepanjang zaman, perlu meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan generasi muda. Cagarannya ialah pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan istiqamah.

    Rujukan: Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah SAW, Fakharuddin Nursyam Lc, Bina Insani.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s