Polis merampas daun ketum seberat 1.57 tan bernilai RM26,280-Kelantan Darul Naim

1 KELANTAN PIL KUDA

 

https://web.facebook.com/bernamaofficial/videos/393923444538299/

BERNAMA

TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) — Polis merampas daun ketum seberat 1.57 tan bernilai RM26,280 dan merampas sepucuk pistol jenis Colt dalam dua serbuan berasingan di Jeli dan Pasir Mas semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanuddin Hassan berkata rampasan ketum terbabit dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jeli di Kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli pada pukul 6 petang semalam.

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1730091

BAYARAN FASA 2 BSH 2019 DIBUAT MULAI HARI INI(28/5/2019)- TAHNIAH PH

BAYARAN FASA 2 BSH 2019 DIBUAT MULAI HARI INI

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Kerajaan akan membuat bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua bermula hari ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

 

Usaha itu membabitkan peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan memberi manfaat kepada hampir 3.6 juta penerima BSH serta 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

 

Beliau berkata bayaran bagi permohonan baharu yang tidak diterima pada fasa pertama akan disertakan sekali dalam pembayaran fasa 2 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2019 tersebut.

 

“Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel bsh@treasury.gov.my.

http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/05/28/bayaran-fasa-2-bsh-2019-dibuat-mulai-hari-ini/?fbclid=IwAR0KApYuj3Ut0andvPGyWuaIaNj7QipvdR2-DyRDH8d8VPJNUgj4atOlJ5E

Kerajaan Pakatan Harapan Melindungi Perompak Wang Zakat Dalam YAPEIM

KP Yapeim digantung tugas sehingga lepas raya

Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin kini sedang menjalani penggantungan selama 14 hari bekerja bagi membolehkan siasatan dalaman terhadapnya.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Mohd Daud Abu Bakar, berkata pihaknya akan memaklumkan hasil siasatan apabila ia selesai.

Terdahulu, Abibullah digantung tugas bermula 21 Mei lalu bagi membolehkan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan salah laku dalam yayasan itu yang dikaitkan dengannya.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan dalaman dan kita akan membuat pemberitahuan (berkenaan) bahagian (melibatkan) ketua pengarah, bila ada laporan lengkap siasatan.

“(Ia akan dibuat) sama ada selepas tempoh atau dalam tempoh 14 hari bekerja,” katanya dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai status terkini Abibullah itu.

Abibullah didakwa mengancam kakitangan Yapeim agar tidak mengundi mengundi Pakatan Harapan (PH), menerusi satu video yang tular dua minggu lalu.

Bagaimanapun Mohd Daud sebelum ini menjelaskan Abibullah digantung bukan kerana video tersebut, tetapi bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan terhadap dakwaan salah laku dalam yayasan itu.

 

https://www.malaysiakini.com/news/477701?fbclid=IwAR1JX1YWIgO8rqprrwiXlPF2AdWC1SyS5Pop-06jFvN1Wg2Y8uyP8_W1kqo

HATI2 DENGAN CARA LAMA UMNO NAK SELAMATKAN PEROMPAK DALAM YAPEIM, PIMPINAN PAKATAN HARAPAN MASIH SAYANGKAN PEROMPAK DUIT ZAKAT. MASIH ADA LAGI KAH AMALAN RASUAH DALAM YAPEIM? SPRM & PDRM MESTI BERTINDAK TEGAS, PEMIMPIN PH YANG CENDERONG KEPADA AMALAN RASUAH DAN PECAH AMANAH.

TNB minta pelanggan yang terkesan ke Kedai Tenaga

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini berkata pihaknya mengambil maklum terhadap rungutan dan aduan pelanggan berhubung bil elektrik yang tinggi.

TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pihaknya juga telah menerima dan melayani aduan mengenai perkara itu yang dikemukakan terus di Kedai Tenaga.

“Bagaimanapun, tiada penjelasan umum dapat diberikan kepada rungutan berkenaan kerana setiap kes perlu diteliti terlebih dahulu dan ia berbeza antara satu sama lain.

“Oleh itu, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga,” demikian menurut kenyataan itu.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membawa bil masing-masing bagi memudahkan urusan semakan.

“TNB memberi jaminan bahawa jika berlaku terlebih caj, jumlah lebihan terbabit akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan berikutnya,” jelasnya. – BERNAMA

http://m-update.com/2019/05/27/tnb-minta-pelanggan-yang-terkesan-ke-kedai-tenaga/?fbclid=IwAR2GULl6cuZ1I9mrDmWc_6iLY0pddHl-J-hgsg6JChaXVfXN_V6AVej9FYc

BUKTI JELAS NAJIB MEROMPAK RM2 BILION WANG PENCEN RAKYAT MALAYSIA

Hari ke-19: Panel KWAP ‘setuju sebulat suara’ lulus pinjaman RM2b – Saksi

LANGSUNG | Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-18 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini membawakan laporan secara langsung perbicaraan kes ini:


3.57pm: Perbicaraan bersambung esok jam 9 pagi.


3.35pm: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh memberi keterangan bahawa Menteri Kewangan pada masa itu menasihatkan SRC International untuk mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM2 bilion daripada KWAP kerana telah menerima RM2 bilion daripada tabung berkenaan.

Azian memberitahu DPP Ishak Mohd Yusoff bahawa minit mesyuarat panel pelaburan KWAP bertarikh 22 Mac 2012 menyatakan bahawa panel itu bersetuju dengan permohonan tambahan RM2 bilion apabila Menteri Kewangan meluluskan pinjaman itu dan menasihati SRC mendapatkan pinjaman tambahan daripada KWAP.

“Dalam minit mesyuarat itu, Menteri Kewangan telah meluluskan permohonan itu dan menasihatkan SRC International untuk mendapatkan pinjaman tambahan daripada KWAP kerana KWAP telah memberi lampu hijau terhadap pinjaman terdahulu,” kata Azian.

SRC International pertama kali diberikan pinjaman RM2 bilion dari KWAP pada akhir tahun 2011, diikuti dengan pinjaman RM2 bilion pada awal tahun 2012.


3.07pm: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Azian Mohd Noh berkata panel pelaburan khas dana itu memberikan persetujuan “sebulat suara” untuk meluluskan RM2 bilion pinjaman kepada SRC International pada bulan Ogos 2011.

Dia memberitahu Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff perkara itu semasa pemeriksaan utama.

Azian: Kertas pelaburan (RM2 bilion pinjaman) telah diedarkan kepada semua ahli-ahli panel pelaburan, dan mereka setuju sebulat suara kembalikan borang masing-masing.

Beliau merujuk permohonan pinjaman awal oleh SRC International, yang akhirnya menjana RM2 bilion daripada KWAP untuk aktiviti pelaburan dalam sumber asli.

Azian berkata pinjaman itu telah diluluskan kerana kerajaan Malaysia telah mengurangkan risiko dengan jaminan kerajaan.

Beliau menambah pinjaman itu ditawarkan kepada 1MDB dan bukannya SRC International, kerana kepentingan strategik 1MDB dan penglibatan dalam projek pelaburan utama.


2.45pm: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh memberi keterangan bahawa beliau dan pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz Wan Abdullah telah pergi ke pejabat perdana menteri pada bulan Jun 2011.

Tujuan perjumpaan itu adalah untuk memaklumkan kepada Perdana Menteri Najib Razak mengenai keputusan panel pelaburan KWAP untuk hanya meluluskan pinjaman RM1 bilion kepada SRC International, kata saksi itu kepada mahkamah.

“Salah seorang ahli panel pelaburan, saya tidak ingat yang mana, telah berpendapat bahawa Najib perlu dimaklumkan mengenai KWAP bercadang untuk meluluskan pinjaman RM1 bilion kepada SRC.

“Selepas itu, Tan Sri Dr Wan (Abdul Aziz) memberitahu saya untuk mengikutinya untuk bertemu dengan Najib. Kami pergi ke PMO tidak lama selepas itu dan memaklumkannya tentang keputusan oleh panel pelaburan KWAP.

“Bagaimanapun, saya tidak ingat tarikh sebenar pertemuan ini,” katanya.

Menjawab soalan DPP Ishak, Azian mengatakan mereka percaya bahawa Najib perlu dimaklumkan tentang status permohonan pinjaman SRC International kerana permohonan asal syarikat itu adalah RM3.95 bilion.

Kemudian, beliau juga memberi keterangan bahawa mesyuarat panel pelaburan khas diadakan oleh KWAP pada 19 Julai 2011, di mana beliau telah memaklumkan kepada panel bahawa Najib mahu kelulusan pinjaman dipercepat dan RM2 bilion itu mencukupi.

Azian memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diperintahkan untuk memberitahu perkara itu semasa mesyuarat oleh Wan Abdul Aziz.

Menurutnya, mesyuarat panel pelaburan khas itu memutuskan untuk meluluskan pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB dan bukannya SRC International, dengan syarat pinjaman itu dijamin oleh kerajaan, atau KWAP akan meluluskan pinjaman kepada kerajaan yang akan meminjamkannya kepada SRC International.


2.30pm: Pihak pendakwaan dan peguam bela berbalah mengenai soalan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), yang didakwa peguam Najib Razak sebagai cubaan mengalihkan topik.

Ini berlaku semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Azian Mohd Noh.

Ishak bertanya saksi ke-38 itu mengapa KWAP tidak menolak sahaja kertas pelaburan yang mengesyorkan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada SRC International, berbanding RM3.95 bilion pada awalnya.

Tindakan KWAP menangguhkan keputusan itu dan Jabatan Pendapatan Tetapnya mendapatkan maklumat lanjut daripada SRC International dibuat dalam mesyuarat pada Julai 2011.

Ishak: Pada masa itu, mengapa walaupun tidak mempunyai maklumat yang cukup dan tidak memenuhi dasar permohonan pinjaman (permohonan pinjaman SRC International), tapi ini masih dalam pertimbangan?

Harvinderjit: Saya tidak fikir kawan saya tahu apa yang cuba ditunjukkan. Daripada cuba alihkan topik, dia harus bertanya secara langsung sama ada terdapat pelanggaran langsung dasar pinjaman KWAP.

Ishak: Saya ada cara saya sendiri bertanya soalan.

Ishak kemudian meneruskan pemeriksaan utama terhadap Azian.


2.25pm: Ketika pemeriksaan utama oleh DPP Ishak Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Azian Mohd Noh menyatakan bahawa beliau tidak menolak surat permohonan SRC International secara terang-terangan apabila ia diserahkan kepadanya pada Jun 2011 walaupun ia tidak memenuhi kelayakan.

Setuju dengan soalan Ishak bahawa surat itu tidak memenuhi syarat termasuk yang ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Razak, Azian memberitahu mahkamah bahawa dia tidak dapat mentafsirkan kandungannya pada masa itu.

Ishak: Surat itu tidak memenuhi keperluan KWAP. Kenapa anda tidak menolak permohonan itu apabila anda bertemu allahyarham Azlin (bekas pegawai khas kepada Najib)

Azian: Sudah tentu tidak boleh saya tafsirkan kandungannya pada masa itu. Jadi saya bawa balik dan tunjuk kepada pengerusi saya.


2.15pm: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa surat permohonan pinjaman SRC International telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Azian Mohd Noh pada tahun 2011 oleh seorang pembantu yang rapat dengan Najib.

Dalam keterangannya, Azian berkata dia dipanggil untuk berjumpa pegawai khas Najib, allahyarham Azlin Alias di sebuah hotel di KL Sentral pada bulan Jun 2011.

Dia pergi ke hotel itu pada waktu petang selepas waktu bekerja dan bertemu Azlin selama kira-kira 45 minit, di mana Azlin menyerahkan surat permohonan itu.

Azian membuktikan bahawa surat bertarikh 3 Jun 2011 itu ditandatangani oleh Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, dan ia juga mempunyai nota tulisan tangan oleh Najib yang mengatakan “Bersetuju dengan cadangan ini”.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, saksi pendakwaan ke-38 menambah dia kemudian mengambil surat itu dan menunjukkannya kepada Pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, yang mengarahkan KWAP mengkaji permohonan pinjaman dan agar panel pelaburannya membuat keputusan berhati-hati.


1.47pm – Perbicaraan bersambung semula dengan memanggil saksi ke-38, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Azian Mohd Noh untuk pemeriksaan utama.


12.45pm: Mahkamah berhenti rehat dan difahamkan perbicaraan akan disambung semula pada jam 1.30 petang.


12.40pm: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil mengakui sejumlah RM143 juta yang didepositkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd datang dari SRC International.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Shamsul Anwar Sulaiman dalam keterangannya berkata Nik Faisal memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon.

Ini berlaku selepas Shamsul dibebaskan daripada tahanan polis berhubung kes itu.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya tahu mengenai asal-usul wang itu ‘daripada media, tetapi ditahan pihak berkuasa tidak lama selepas tiba dari Belgium pada 1 Julai 2015 sebelum dia boleh menghubungi Nik Faisal.

“Jadi saya hanya keluar dari tempoh reman saya, dia kata, wang itu adalah dari MPP.

“Perbualan pendek dan ringkas,” kata Shamsul.

11.40am: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman berkata beliau akan menghubungi Najib Razak sekiranya tahu bahawa kedua-dua akaun yang diluluskan untuk kemasukan RM42 juta itu milik bekas perdana menteri berkenaan.

Saksi ke-37 itu memberitahu peguam bela Harvinderjit Singh semasa pemeriksaan balas.

Terdahulu dalam prosiding itu, Shamsul mendakwa beliau mempunyai hubungan komunikasi terus dengan Najib pada masa itu yang membolehkan beliau menghubungi Najib secara langsung mengenai apa-apa isu.

Harvinderjit: Sekiranya kamu tahu kedua-dua akaun (AmIslamic dengan nombor akhir 880 dan 906) adalah milik perdana menteri, dan kamu mempunyai akses langsung kepadanya, kamu akan menghubunginya?

Shamsul: Ya, saya akan lakukannya jika saya tahu (kedua-dua akaun itu milik Najib).

Dalam keterangannya Shamsul berkata beliau telah cuba menyelidiki siapa pemilik dua akaun bank berkenaan tetapi ditolak oleh AmBank.

11.10am : Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberitahu peguam bela, Harvinderjit Singh agar lebih tepat dalam menanyakan soalan ketika memeriksa balas saksi ke-37 pendakwaan, Dr Shamsul Anwar Sulaiman dari Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Ini selepas ia mendapat bantahan DPP V Sithambaram yang mendakwa bahawa Harvinderjit terlalu memperincikan isu-isu yang “tidak relevan” terhadap tuduhan yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak.

“Ini berlaku beberapa lama, dan kami merasakan bahawa ini tidak ada kaitan dengan pertuduhan terhadap tertuduh,” kata Sithambaram (gambar bawah).

Bantahan itu dibuat ketika Harvinderjit menyoal keterangan Shamsul, yang memperincikan jenis kerja dan projek Ihsan Perdana, dan penyata kewangannya.

Harvinderjit kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau sedang meneliti perkara-perkara yang telah diperakui saksi itu.

“Saya boleh lakukan lebih baik untuk menentukan perkaitan ini. Rujuk kepada kenyataan saksi perenggan 43 dalam senarai projek pilihan raya umum dan (saksi) yang bercakap tentang senarai projek.

“Penyediaan penyata kewangan telah digariskan dalam keterangan saksi. Saya sedang meneliti perkara itu,” katanya.

Susulan itu Sithambaram bangkit dari kerusinya sekali lagi dan mengatakan bahawa apa yang Harvinderjit tanya bukanlah perkara mengenai pertuduhan itu.

Sebaliknya, beliau berkata, fokus Harvinderjit hanya bahagian pengenalan keterangan saksi di mana Shamsul memberi keterangan mengenai sifat perniagaan syarikatnya.

Hakim Mohd Nazlan kemudian bertanya kepada Harvinderjit apa relevannya soalan berkenaan.

Nazlan: Selain itu, bagaimana ia relevan?

Harvinderjit: Saya hendak menentukan pengetahuan (beliau) mengenai syarikat itu. Sesetengah keterangan saksi mencadangkan projek CSR adalah bagi kawasan BN sahaja. Mungkin tidak berkaitan secara langsung tetapi ia masih relevan, jika ini tidak ada di dalam keterangan saksi saya tidak akan menyentuhnya. Kami telah mendengar (projek-projek di) Kelantan, di Pulau Pinang.

Hakim kemudian memberikan kebenaran terhadap soalan Harvinderjit tetapi ia mesti tepat.


10.55am : Pengarah Urusan Ihsan Perdana Shamsul Anwar Sulaiman berkata, beliau mengadakan perbicangan untuk mendapatkan gambaran besar dengan bekas perdana menteri Najib Razak mengenai kerja-kerja CSR yang dilakukan oleh Ihsan Perdana.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh, saksi ke-37 itu mengatakan beliau tidak pernah membincangkan mengenai wang geran 1MDB dengan Najib pada masa itu.

Harvinderjit: Adakah terdapat perbincangan antara kamu dengan Najib, agenda utama yang membawa kepada perkembangan projek (CSR) yang kamu lakukan dan mendapat input mengenai apa yang diperlukan dari segi keperluan CSR?

Shamsul: Ya.

Harvinderjit: Bagaimana dengan isu wang geran dengan Najib?

Shamsul: Tidak.

Ketika ditanya Harvinderjit, Shamsul mengesahkan bahawa isu pemberian wang geran untuk Ihsan Perdana hanya dibincangkan dengan 1MDB dan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).


10.30am: Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Shamsul Anwar Sulaiman berkata beliau tidak boleh memindahkan wang dari syarikat ke akaun bank bekas Perdana Menteri Najib Razak walaupun sekiranya beliau sendiri mahu berbuat demikian.

Beliau memberitahu mahkamah ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam bela Najib, Harvinderjit Singh ketika pemeriksaan balas pagi ini.

Shamsul berkata beliau bertanggungjawab bagi geran yang diterima Ihsan Perdana daripada 1MDB dan Yayasan Rakyat 1Malaysia untuk membuat projek CSR untuk mereka.

Harvinder: Tiada wang geran yang disalurkan ke akaun Najib?

Shamsul: Tiada

Harvinder: Jika mereka beritahu kamu untuk ambil sejumlah wang dan masukkan ke akaun (beliau), adakah kamu melakukannya?

Shamsul: Bergantung kepada siapa yang beritahu saya.

Harvin: Siapakah yang bertanggungjawab untuk wang geran ini?

Shamsul: Saya

Harvinder: Kamu tidak boleh berikan kepada PM walaupun kamu mahu berbuat demikian?

Shamsul: Ya (saya tidak boleh)

Mahkamah kemudian berhenti rehat seketika.


10.25am: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman menafikan bahawa kerja-kerja CSR oleh Ihsan Perdana adalah untuk tujuan politik.

Saksi ke-37 itu memberitahu perkara berkenaan kepada peguam Harvinderjit Singh semasa pemeriksaan balas.

Harvinderjit kemudian merujuk kepada salah satu surat dari 1MDB kepada Ihsan Perdana yang menyatakan pemberian geran itu bukan untuk tujuan politik.

Harvinderjit: Projek CSR anda, ini adalah aktiviti-aktiviti politik?

Shamsul: Tidak.

Harvinderjit: Adakah ia adalah aktiviti CSR?

Shamsul: Ya.

Shamsul juga menjelaskan surat daripada 1MDB itu antara lain menyatakan geran tersebut adalah untuk projek Mesra Rakyat, untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar mendapat bekalan air bersih, tandas dan membantu kanak-kanak sekolah miskin mendapatkan buku.


9.45am:  Pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Shamsul Anwar Sulaiman mengundang ketawa apabila menjelaskan mengapa rakan kongsi CSR 1MDB menukar namanya dari Gem Horizon Sdn Bhd kepada Ihsan Perdana.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh, saksi ke-37 itu menjelaskan bahawa perubahan nama dilakukan untuk menjadikannya “menarik”. Jawapannya mengundang ketawa dari galeri awam.

Harvinderjit: Kenapa kamu menukar nama dari Gem (Horizon) ke Ihsan (Perdana)?

Shamsul: Kami perlukan perniagaan yang menarik (CSR). Ihsan adalah (sama dengan) amal. Jika gunakan Permata, ia akan terdengar seperti kita menjual permata.

Harvinderjit: Anda tidak mahu orang fikir anda seorang tukang emas?

Shamsul: Ya (ketawa).


9.40am: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman berkata, Najib tidak pernah memberitahu beliau agar menubuhkan Ihsan Perdana bagi mengelakkan konflik kepentingan dengan 1MDB.

Saksi ke-37 itu memberitahu peguam Harvinderjit Singh perkara itu semasa pemeriksaan balas.

Harvinderjit: Mengenai penubuhan syarikat (Ihsan Perdana) adalah datang dari (bekas CEO 1MDB) Shahrol (Azral Ibrahim Halmi) dan bukannya dari Najib?

Shamsul: Ya.

Harvinderjit: Shahrol beritahu kamu untuk memulakan syarikat ini, beliau menjelaskan untuk mengelakkan konflik kepentingan?

Shamsul: Ya, sukar untuk memindahkan wang (kepada Ihsan Perdana untuk tujuan CSR) jika tidak, (untuk buat) simpan kira-kira (dan) memindahkan wang kepada kontraktor.

Sebelum ini Shamsul memberi keterangan bahawa beliau diarahkan untuk menubuhkan Ihsan Perdana agar ia menjadi rakan kongsi CSR bagi 1MDB.


9.20am : Saksi ke-37 Shahrul Anwar Sulaiman mengenal pasti tiga lagi saksi semasa prosiding.

Mereka ialah bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin dan pengarah kewangan Ihsan Perdana, Abdul Aziz Ismail.


9.17am : Peguam Harvinderjit Singh memberitahu mahkamah bahawa peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah mempunyai beberapa urusan di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini untuk diselesaikan terlebih dahulu.

Harvinderjit berkata Shafee perlu mengendalikan pendengaran Mahkamah Rayuan di mana pihak pendakwaan memohon mengetepikan jaminan yang diberikan kepada pemimpin Umno, Jamal Mohd Yunos dalam kes mahkamahnya.

Peguam itu juga memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa Shafee juga mempunyai urusan di Mahkamah Persekutuan pada jam 12 tengah hari berkaitan rayuan Samirah Muzaffar untuk ikat jamin dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund.

“Selepas prosiding jam 12 tengah hari, Shafee boleh datang ke mahkamah di sini,” jelas Harvinderjit.


9.13pm – Najib Razak memasuki kandang tertuduh apabila prosiding bermula.


9.05am – Memakai sut biru gelap, Najib Razak memasuki kamar mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan hadapan galeri awam sambil menunggu perbicaraan bermula.

Peguam bekas perdana menteri itu, Harvinderjit Singh dan anggota pasukan pembelaan yang lain dilihat sedang menyediakan dokumen untuk perbicaraan.

DPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan ahli-ahli pasukan pendakwaan juga dilihat sedang bersiap sedia.


Perbicaraan terhadap Najib Razak hari ini memasuki hari ke-19 dengan Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Dr Shamsul Anwar Sulaiman dijangka menyambung keterangan.

Shamsul yang merupakan saksi ke-37 akan memberikan keterangan dalam pemeriksaan balas terhadap peranan utamanya dalam memindahkan RM42 juta ke akaun bank bekas perdana menteri .

Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka bermula kira-kira pukul 9 pagi ini.

Pada 15 Mei lalu, Shamsul yang merupakan pengamal perubatan berkata dia mengenali Najib sejak penghujung 1980an ketika merupakan ketua pemuda Umno.

Dia dipilih oleh Najib sebagai pengarah eksekutif 1MDB pada 2011 untuk program tanggungjawab korporat sosial (CSR), sebelum diminta meninggalkan 1MDB dan menubuhkan syarikatnya sendiri – Ihsan Perdana Sdn Bhd – untuk mengelakkan konflik kepentingan.

1MDB selepas itu bekerjasama dengan Ihsan Perdana untuk kerja-kerja CSR.

Menurut Dr Shamsul, Ihsan Perdana dilantik sebagai rakan CSR untuk SRC International melalui surat bertarikh 3 Sept 2014, yang ditandatangani oleh pengarahnya Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil.

SRC International pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Dr Shamsul memberi kelulusan pemindahan RM42 juta ke akaun bank milik Najib tanpa mengetahui pemilik akaun berkenaan.

https://www.malaysiakini.com/news/477631?fbclid=IwAR0mxTIWxO-HWLTTq4gqo5tmKOxg9LN7z9BYpQO9VmvOCDwh0J99NI5p3yk

Jambatan baharu untuk rakyat Kelantan

1 Jambatan baru di kelantan

Penantian hampir lima tahun bagi 5,000 penduduk di 10 kampung untuk menikmati kemudahan jambatan baharu merentasi Sungai Nenggiri dekat Kampung Pulau Setelu, di sini, akan berakhir apabila kemudahan itu dapat digunakan sebelum Aidilfitri ini.

Jambatan kekal menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli sepanjang 700 meter itu dengan kos pembinaan RM 36.7 juta memberi kelegaan buat penduduk Kampung Kuala Lah, Pulau Setelu, Prak, Jerek, Kuala Tol, Star, Meranto, Bertam Lama, Pasir Tumbuh dan Kampung Kala.

https://web.facebook.com/kbbri/videos/2395327573859856/

Tommy Thomas Kata Tidak Ada Bukti Najib Curi 1MDB RM42 Bilion – Fitnah Umnopas

Image may contain: text

Hafizah Ismail Daily News ni penyebar berita PALSU . Kes tengah bicara di mahkmah. Tak habis perbicaraan, keputusan dah dapat. Moga Allah memburukkkan wajah dan penulis berita ini.

Hishamuddin Abd Kassim Maseh banyak duit depa bayaq kat bloggers n cyber troopers

Hidayah Syibly Desperate nya… Dapat ke puak pas depa buat bahan bukti hujah ni hahaha

LIHAT FAKTA DIBAWAH :
Ada pulak yg buat fitnah kononnya Tommy Thomas bgtau Tun M & Daim yg kes Penyamun tak kuat.. & barang2 yg disita tu bukan dari duit 1MDB.. utk yg buat fitnah tu.. kalau dok berlegar dlm grp2 wassap melayu² bangang mcm dlm UMNO & PAS.. tak payah sembang lebih la… buat malu..

Infografik BERNAMA di bawah ni.. utk bagi penjelasan lanjut

DAP Telah Bantu Umat Islam Hampir RM1 Juta, Bila lagi MCA, MIC & PBS Nak Bantu Umat Islam ?

Wakil rakyat DAP sumbang hampir RM1 juta untuk pembangunan Islam

DAP tetap berpegang teguh kepada perlembagaan persekutuan meskipun sering dilemparkan dengan fitnah dan tohmahan jahat oleh pihak lawan.

Islam sebagai agama rasmi Persekutuan adalah antara perkara dalam perlembagaan yang diangkat dan dijunjung tinggi oleh pemimpin DAP.

Menurut Naib Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, ini dapat dilihat menerusi sumbangan yang telah diberikan wakil rakyat DAP bagi pembangunan Islam.

Setakat ini beliau menganggarkan sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini melalui peruntukan 42 Ahli Parlimennya.

“Contoh yang terbaik ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang meluluskan peruntukan sebanyak RM130,000 kepada masjid dan surau untuk kegiatan kerohanian.

“Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberikan sebanyak RM125,000 manakala Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula berikan peruntukan RM87,000 sementara Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching RM55,000 dan Nga Kor Ming juga bagi RM40,000,” katanya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan. – Roketkini.com