Kaki Tangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Sepatutnya Turut Dikenakan Tindakan Undang2.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun yang lepas.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar berkata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.

“Berdasarkan laporan kepada firma PwC dan juga dapatan daripada inisiatif pihak LPA sendiri yang melakukan pemantauan dan interaksi dengan pihak pengurusan secara berterusan sejak Nov 2018.

“Pihak LPA Yapeim mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan Yapeim sejaka beberapa tahun yang lepas,” kata Mohd Daud dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk rekod PwC juga sebelum ini pernah membuat audit untuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan 1MDB.

Isnin lalu, portal The Malaysia Insight melaporkan Yapeim mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya Ar-Rahnu yang melibatkan 1,000 pelanggan.

Selain itu, portal itu memetik dokumen sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila Yapeim gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014.

Laporan itu juga menyatakan beberapa kilogram emas hilang susulan transaksi meragukan.

Yapeim juga berhadapan dengan dakwaan penyalahgunaan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada 2017.

Bagaimanapun, Yapeim menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan yuran guaman itu diambil daripada dana am dan bukannya dana amal jariah.

Mohd Daud yang dilantik ke jawatan LPA Yapeim November tahun lalu mengakui agak bimbang dengan semua dapatan daripada juruaudit berkenaan namun gembira kerana urusan itu dapat diselesaikan mengikut cara yang profesional.

“Langkah ini perlu memulakan fasa pemulihan Yapeim di atas landasan tadbir urus yang Iebih mampan dan berintegriti sesuai dengan peranan Yapeim sebagai pencetus social enterprise, aktiviti amal jariah dan kebajikan masyarakat Islam di Malaysia,” katanya.

Penstrukturan semula

Jelas Mohd Daud, pengurusan Yapeim sudah meneliti berhubung isu-isu dibangkitkan seperti bonus tinggi dinikmati pengurusan kanan, isu bayaran peguam, dan dakwaan kerugian Ar-Rahnu.

“Sejak November 2018, pihak lembaga yang baru sudah meneliti kesemua hal berkaitan dan pelbagai lagi isu dan sudah mengambil tindakan sewajarnya.

“Setiap salah laku dan ketirisan dilakukan oleh mana-mana pihak dalam Yapeim pada masa sekarang atau lepas akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya berdasarkan peraturan dalaman Yapeim dan undang-undang Malaysia,” katanya.

Menurutnya, satu sidang media khusus akan dilakukan pada Selasa depan, bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan media, mengaitkan Yapeim.

Dalam sidang media hari ini juga, Mohd Daud turut mengumumkan penstrukturan semula jawatankuasa khusus dibawah LPA Yapeim bagi menambah baik tadbir urus serta imbang dan semak yayasan itu.

https://www.malaysiakini.com/news/476235?fbclid=IwAR2UhNr7opdg7DgQ7OPw8foEHFhSH6ZkehHwOoO4__XMNEus8ZI_IpraYlw

Umnopas Menjadikan Statute Rome Sebagai Bahan Provokasi Diantara Istana Dan Kerajaan PH.

Image may contain: text

Kepada walaunpas dan macaiumno yg acah acah bantah Rome Statute…sudah sudahla di perbodohkan oleh pemimpin penyamun perompak perasuah UMNO…..Faham kan dulu isu Statue Rome ni baru bantah….ni main sondol je macam khinzir….ingat rakyat malaysia ni tak nampak ke betapa bongoknya korang….tak malu ke??
Buat malu melayu…buat malu islam betul la….

Dari laman web “The Rome Statute of International Criminal Court.”

Baca betul2 rangkap yg akhir.

The Rome statute of International Criminal Court telah diluluskan oleh ahli MP umno bn sejak 2011 untuk diratifykan. Maknanya ahli Parlimen umno bn (najib perompak) telah luluskan Statute Rome utk diratifykan sejak 2011.

May 2010, MP nazri tan sri Aziz berkata statute rome akan dibentang di parlimen Malaysia.

March 2011, MP nazri tan sri aziz & MP kulasegaran menyatakan majoriti mp kerajaan bn umno & pembangkang bersetuju utk pembentangan statute rome di parlimen Malaysia.

Kenapa masa 2011 ~ 19 Mei 2019 umno bn tak bising pasal Statute Rome ni?

Kerajaan Islam Kelantan Lelong Tanah Rezab Melayu (Komersial).

No photo description available.

Komentar Ipoh Mali.

Semalam dalam ruangan Iklan di berita Harian, Pihak Maybank mengiklankan pengisytiharan jualan dan lelongan aset PMBK(Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan), iaitu lelongan 11 Lot tanah pada nilai harga RM 66 Juta..Tanah yang tergadai ini tanah Komersial dan Rezab Melayu..

Bila wartawan bertanya kepada MB, MB suruh rujuk PMBK.. Sedangkan dia adalah pengerusi PMBK, Nama pun Perbadanan Menteri Besar, kalau di Perak ni MB Inc.. Kalau dipusat, boleh dinisbahkan Syarikat khazanah..

Bulan Lepas digemparkan cerita anak Syarikat PMBK, PMBK Sawit ditutup, Bankrap.. Pekerjanya diberhentikan beramai ramai, sedangkan Syarikat ini menjana keuntungan dan pendapatan pada Negeri di era pemerintahan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa..

Inilah kalau nak tahu kelompok Ruwaibidhah, Bercakap pandai, kritik pandai.. kononnya Tabung Haji Gadai Aset Ummat Islam, Kerajaan jual kepentingan Ummat Islam dan melayu.. walhal Aset tabung Haji diselamatkan dibawah Kementerian kewangan..

Korang kutuk dan fitnah Lim Guan Eng sebagai anti islam, Kafir bagai.. Dia luluskan peruntukan jaminan RM 17 Billion atau dengan bahasa lebai mudah faham, 17 ribu juta untuk selamatkan aset Tabung Haji.. dan Lebih 6 Billion selamatkan FELDA..

Di Kelantan apa yang Kerajaan negeri mampu Selamatkan sampai harta Negeri dilelong oleh Bank, Korang cagar gadai tanah tu untuk buat apa ? Patut kebelakangan ni MB kelantan puji semacam Kerajaan pusat, maknanya dana depa dah kering digadai, zaman najib boleh ditutup tutup..

Itu belum cerita Kerajaan terengganu tutup lebih 50 anak Syarikat, kalau Kerajaan PH buat pengstrukturan semula dituduh gadai aset Ummat Islam.. hangpa buat sampai kena lelong Bank tu lagi memalukan.. kalau dah harta negeri sampai kena Lelong tu maknanya dah beberapa tindakan, Prosuder dan tuntutan dibuat oleh bank.. Maknanya Kerajaan Negeri dah tak mampu nak selamatkan tanah depa sendiri..

Lain kali tak payah lah berlagak macam Pakar Ekonomi.. kononnya Islam penyelesaian kita.. kononnya Teknokrat, Nak Selamatkan tanah sendiri, anak syarikat sendiri pun tak mampu.. Tanah Sawit tergadai berpuluh ribu hektar, Syarikat Sawit Rugi.. Tanah Balak habis gondol satu bukit, Syarikat Perkayuan Kelantan pun rugi.. ini lah cara lebai memerintah..Itu pun ada hati nak minta urus sendiri Industri Minyak.. kalau tak standard Negara Sudan jer lah..Minyak ada pun jadi negara Miskin..

Sembang kencang, Inilah gambaran yang Nabi dah habaq mai.. Kelompok Khawarij dan Ruwaibidah, disifatkan kelompok ini banyak bicaranya.. tetapi Bodoh dalam urusan Dunia.. Jadi Allah dah zahirkan depan mata kita..

siapakah kelompok Ruwaibidhah ?

Sabda rasulullah Saw ..

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ…

.“Sesungguhnya,akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menipu. Para pendusta pada zaman itu dianggap sebagai orang yang jujur, sementara orang yang jujur dianggap pendusta. Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara…”

قِيلَ… وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ:..
Ditanya kepada Nabi Saw.. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…”

Aku harap kerajaan Pusat buka kertas siasatan, mana pergi hasil cagaran Tanah Kerajaan tu pergi..kemana pelaburan tu Menghilang di tibai lebai lebai ni mcm depa lesapkan dn rugikan pelaburan Kohilal..

Kerejaan Johor Seleweng Ratusan Juta Nilai Balak.

Image may contain: text

Terbongkar yang lain la pulak !!!

Dah balun kow2 duit pencarum Tabung Haji, duit pencen KWAP & KWSP, duit peneroka FELDA, duit pencarum tentera LTAT.. balun kayu balak la pulok..

Harap SPRM siasat sampai ke lubang cacing mereka semua ini.

 

Allah SWT Telah Zahirkan Bukti Pas Makan Dedak Rasuah Haram

Image may contain: 1 person, smiling, text

Sembang pom pom pom tak guna. Bagitau ja siapa. Kami bukan orang Pas, Ustaz Ding. Asal geng sendiri terus bela walaupun salah.

Nampak dah mula nak whitewash yourself di mata Ustaz Hadi. Good try, Ustaz🙂

Contohilah Pas? Na’uzubillah!

1 HARAM PUASA 1MDB1 PARTI LANUN

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

Zahid Bina Kem Tentera RM250 Juta Tanpa Melalui Kementerian Pertahanan

Image may contain: 1 person, smiling, text

Laporan audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14.

Antaranya di kem Hutan Melintang (Perak) di kawasan parlimen Zahid Hamidi.

Apa keperluan kem tersebut dibina sedangkan tiada dalam pelan induk KEMENTAH ??!

SIAPA Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan ketika itu utk meluluskan kem tersebut dibina yg bernilai RM250 juta ??!

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

Lelongan Aset Kerajaan Negeri Kelantan Pada 27 Mei 2019.

 

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob enggan mengulas berhubung iklan pemberitahuan mengenai lelongan aset kerajaan negeri yang dijadualkan pada 27 Mei ini.

Sebaliknya, beliau meminta supaya media merujuk perkara itu kepada pihak berkaitan iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Itu kena rujuk pihak PMBK,” katanya yang juga pengerusi PMBK.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan biskut raya aidilfitri kepada anggota keselamatan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, satu notis pengisytiharan jualan mengenai lelongan aset PMBK diiklankan melalui akhbar tempatan pada 13 Mei lalu.

Iklan tersebut menyatakan permohonan lelongan sebanyak 11 lot tanah oleh Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan.

Menurut notis tersebut, jualan melalui lelongan awam itu akan dibuat pada 27 Mei nanti di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Lokasi lot tanah berkeluasan kira-kira 12.6 hektar tersebut terletak di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu yang terdiri daripada lapan petak tanah komersial, satu petak tanah kediaman, satu petak pencawang elektrik dan satu petak tapak tangki air.

Kenyataan notis tersebut juga menyebut hartanah milik anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu akan dijual dengan harga rizab bernilai RM66.7 juta.

Sementara itu, Malaysiakini sedang menghubungi pihak PMBK untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

https://www.malaysiakini.com/news/476182?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1jI2db_vaFSarvAEdULaedt_8mp083MMdi2Q0iL2yRintVMwabxrT8zyU