PROGRAM PARTI POLITIK UMNO DI DALAM MASJID DI JOHOR

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Bila wakil rakyat DAP buat pengumuman beri bantuan kpd rakyat setempat (bukan ucapan berbau politik) terus Sultan Johor kecam tanpa usul selidik.. Langsung tak mahu dengar penjelasan dari pihak DAP.

TETAPI BILA UMNO SENDIRI terang-terangan anjur aktiviti politik, edar sumbangan, penyerahan bancian dan sbgnya KENAPA SULTAN JOHOR BISU TAK KECAM.. Adakah kerana UMNO itu lahir di Istana Johor ??!

Apa saja UMNO buat terus jadi halal ??!

PH KEKAL MEMERINTAH SELEPAS PRU 15

Image may contain: 1 person, smiling, text

Dr Mahathir adalah faktor utama kemenangan PH. Ini hakikat yang semua pihak akui. Kalau dalam keadaan tiada kuasa beliau boleh menang inikan pula ketika beliau menerajui negara, kecuali beliau berubah pendirian.

Faktor DAP

Strategi DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan kebijakan mereka untuk terus berkuasa. Gambar-gambar yang tersebar yang menunjukkan pemimpin parti itu mendekati orang Melayu dilihat satu strategi yang sangat licik dan menyentuh perasaan.

AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).😎Tiba2 jinak?!

Pas Kedah Merampas Kuasa Dari Sultan Kedah

#PASkantoi.. PAS sanggup perdaya umat Islam dgn mengutip zakat guna resit zakat fitrah (berlogo PAS) bukannya berlogo ‘Zakat Kedah’ serta pemungut zakat (PAS) yang tidak bertauliah dan tanpa kebenaran daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah..

Kata PAS menjunjung Raja-raja, pejuang agama Islam.. TETAPI langgar saja ketetapan yg di bawah bidang kuasa Raja-raja dan ajaran Islam.

ALASAN PAS kutip sendiri adalah.. “boleh urus sendiri , tidak pernah diseleweng..”

MASIH INGAT.. minggu lepas Mohd Amar telah sarankan SPRM tak perlu siasat skandal air Kelantan AKSB atas alasan PAS boleh buat audit sendiri..

NAMPAK TAK !!!.. #PASpenunggangAgama

https://web.facebook.com/

RM1 Juta Untuk Asnaf Muallaf- Melaka

RM1 juta untuk asnaf mualaf

BUKIT PALAH 21 Mei – Kerajaan Melaka memperuntukkan lebih RM1 juta untuk disalurkan kepada 2,500 asnaf mualaf sebagai bantuan persediaan Syawal.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, semua penerima tersebut akan menerima peruntukan itu di bawah pengendalian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Kerajaan negeri juga katanya, menaikkan kadar agihan zakat kepada asnaf mualaf berikutan peningkatan jumlah kutipan pada tahun lalu.

“Sejumlah RM87.8 juta berjaya dikutip tahun lalu berbanding RM85.6 juta pada 2017.

“Justeru, kita tingkatkan jumlah sumbangan daripada RM350 kepada RM450 bagi kategori dewasa dan RM50 kepada RM150 bagi kategori kanak-kanak tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan persediaan Syawal kepada asnaf mualaf MAIM di Auditorium Masjid Al-Azim di sini.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, Azman Aziz dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Azhan Samat.

Bagi Parlimen Hang Tuah Jaya, kata Adly, seramai 305 penerima dicatatkan tahun ini berbanding 228 penerima tahun lalu.

“Jumlah keseluruhan akan diagihkan pada tahun ini untuk Parlimen Hang Tuah Jaya berjumlah RM131,400,” katanya.

Tambahnya, bantuan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan tiada masyarakat terutama asnaf mualaf hidup daif terutama ketika musim perayaan.

https://melakakini.my/rm1-juta-untuk-asnaf-mualaf/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

60 Tahun Umno Menipu Rakyat Malaysia

Image may contain: 5 people, people smiling, text

MASIH INGAT !!.. MANIFESTO BN PRU13 “Pembinaan 1 juta Rumah Mampu Milik”.

Setelah 4 setengah tahun memerintah baru siap 255,341 rumah sahaja ??!

Baki 744,659 rumah tu bila nak siapkan ??!

BN DAH LAMA KENCING HANCING DULU, kenapa UMNO PAS jadi bisu !!

#BnLagiKuatKencingHancing #PasSapuJilat

Rakyat semakin yakin pentadbiran Warisan, PH – Jaujan

JAUJAN Sambakong (kanan) ketika hadir di Majlis Pelancaran Program Jelajah Ramadan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Kepayan. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Selepas setahun di bawah pentadbiran Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH), kedudukan kerajaan negeri semakin kukuh berikutan peningkatan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan baharu meneruskan pembangunan negeri dan negara.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong, berkata keyakinan rakyat semakin beralih kepada kerajaan baharu sejajar langkah pembaharuan yang dilaksanakan dalam pelbagai aspek.

Katanya, walaupun kerajaan berdepan pelbagai kesukaran selepas mengambil alih pentadbiran negeri, tumpuan terhadap program pembangunan dan pemulihan ekonomi tidak terjejas, sekali gus meyakinkan rakyat terhadap usaha yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

“Kita baru kira-kira setahun mengambil alih kerajaan dan memulihkan ekonomi negeri dan negara. Ia memang bukan sesuatu yang mudah, namun kita dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan melaksanakan program pemulihan ekonomi yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan Program Jelajah Ramadan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah 2019 di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KKMM, Shakib Ahmad Shakir; Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nor Yahati Awang dan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata pertukaran kerajaan adalah perkara lumrah dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Soal kerajaan atau jawatan tiada yang kekal kerana kita mengamalkan sistem demokrasi. Apa yang penting ialah kita berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie dalam teks ucapannya yang dibacakan Jaujan, berkata kerajaan negeri menggalakkan amalan turun padang agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjelajah ke pelusuk kampung.

Menerusi program itu, katanya, pelbagai maklumat di peringkat akar umbi seperti masalah dihadapi rakyat dapat diketengahkan untuk tindakan pihak berkaitan.

“Saya juga berharap RTM melalui pelbagai medium penyiaran dapat membantu kerajaan negeri dan semua menteri Kabinet untuk menyebarkan visi dan misi kerajaan baharu serta kementerian masing-masing.

“Langkah ini membolehkan rakyat mengetahui secara jelas perancangan dan program yang dirangka untuk membangunkan tahap sosio ekonomi rakyat dan negeri keseluruhannya,” katanya.

Menerusi program itu, RTM Kota Kinabalu memilih Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad, Ranau sebagai destinasi jelajah yang julung kali diadakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti untuk manfaat kira-kira 40 penghuni rumah kebajikan itu.

Ia termasuk aktiviti gotong-royong membaik pulih asrama dan pendawaian elektrik dengan bantuan pelajar Akademi Binaan Malaysia (ABM), membaiki sistem perparitan, memasang lampu jalan, kipas, menyediakan almari dan rak buku serta menggantikan tikar asrama. – Berita Harian

Rakyat semakin yakin pentadbiran Warisan, PH – Jaujan

Kartel dedak: Ahli Pas yang jujur harus tinggalkan parti, kata Mahfuz

Kartel dedak: Ahli Pas yang jujur harus tinggalkan parti, kata Mahfuz

Ahli PAS yang jujur dalam perjuangan diminta meninggalkan parti itu berikutan PAS kini berada dalam kemunafikan politik selepas diperalat demi kepentingan pemimpinnya.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, berkata sebagai antara bekas pemimpin Pas, beliau sangat memahami sikap ahli parti itu yang sebenarnya mudah ditipu termasuk dalam isu ‘kartel dedak’.

Katanya, ramai ahli Pas termakan dengan penafian pimpinan parti itu selepas pendedahan menantu Presiden Pas, Zaharudin Muhammad mengenai berlaku penerimaan dana daripada Umno  oleh pimpinan Pas

“Sebelum ini Pas sendiri mengakui rakaman audio yang tersebar membuat pengakuan mengenai penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO adalah suara Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Memang jelas perkara ini berlaku, saya kasihan kepada ahli Pas, mereka sangat jujur, tetapi berada dalam lubuk kemunafikan politik parti dan berharap mereka dapat berfikir mengenai perkara itu daripada terus diperalatkan pimpinan PAS,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama ahli Kelab Media Elit Kedah (KMEK) pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zaharudin melalui beberapa catatan di Facebook membangkitkan isu ‘kartel dedak’ yang berlaku dalam parti itu.

Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut mendedahkan lima pemimpin Pas terbabit dalam penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno

Bagaimanapun, nama lima pemimpin berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas, sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama individu dimaksudkan.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membubarkan Parlimen tahun depan bagi mengelak menyerahkan jawatan itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya tindakan melagakan dua individu terbabit.

“Mereka kononnya mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan tahun depan bagi mengelak Anwar menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya, mereka hanya mahu melagakan Dr Mahathir dan Anwar.

“Saya yakin PRU-15 akan diadakan apabila sampai tempoh dan Dr Mahathir akan serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar mengikut perjanjian sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau menjangkakan PRU-15 akan diadakan tahun depan berikutan desakan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau itu yang mendakwa kenal lama dan tahu ‘gaya’ Dr Mahathir, percaya Perdana Menteri tidak akan menyerahkan jawatan berkenaan kepada bakal penggantinya.

 

Kartel dedak: Ahli Pas yang jujur harus tinggalkan parti, kata Mahfuz

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kartel-dedak-ahli-pas-yang-jujur-harus-tinggalkan-parti-kata-mahfuz/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

KEADILAN DAN KEBAJIKAN TARIK NON MUSLIM KENALI ISLAM

AYER KEROH 20 Mei – Keutamaan aspek dakwah meliputi kebajikan dan keadilan berperanan dan menjadi tarikan penting kepada masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, proses dakwah meliputi kepelbagaiannya malah ia merupakan perkara utama dalam perkenalkan Islam dan merupakan satu cara hidup bercirikan akhlak terbaik.

Katanya, pendekatan dalam memberikan maklumat berkaitan agama Islam merupakan penekanan penting dalam berdakwah malah pada masa sama umat Islam perlu menunjukkan pekerti yang baik.

“Seperti di masjid sebenarnya ia berperanan dalam berdakwah kepada bangsa lain yang bukan saja dijadikan sebagai institusi ibadah.

“Di negeri ini mengalu-alukan program sempena sambutan Ramadan seperti contoh Majlis Berbuka Puasa mahupun Program Sumbangan yang melibatkan dengan masyarakat bukan Islam.

“Melalui pendekatan ini mereka juga akan menerima bantuan daripada masjid kepada mereka yang kurang kemampuan malah memerlukan bantuan.

“Perkara ini merupakan aspek-aspek penting kerana dalam Islam itu tidak merangkumi pada batas bangsa mahupun agama terhadap kebajikan dan keadilan itu kerana ia meliputi keseluruhan kepada masyarakat.

“Penekanan ini perlu ditumpukan di setiap masjid di negeri ini supaya ia boleh dilawati masyarakat dengan mengimarahkan masjid malah pada masa sama dakwah Islam itu boleh dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Iftar Amal Perdana Hidayah Center Melaka (HCF) 2019 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, menurut beliau, sebagai negeri pelancongan tersohor penekanan dalam mengimarahkan masjid penting bagi menarik masyarakat bukan Islam termasuk pelancong asing dalam menghayati keindahan Islam yang menekankan nilai-nilai murni.

“Kerajaan negeri melalui Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan cuba perbaiki kaedah urusan dan cara dakwah ini dari semasa ke semasa.

“Cara berdakwah dalam penggunaan bahasa penting dan perlu dilaksanakan dengan bahasa ibunda mereka agar ia lebih mudah dengan kefahaman yang mereka ada sendiri.

“Penyampaian mesej Islam menggunakan bahasa sendiri mampu menyampaikan mesej terbaik khususnya terhadap saudara baharu dan konsep ini telah dimainkan HCF dan merupakan satu kaedah yang perlu kita contohi,” katanya.

Keadilan Dan Kebajikan Tarik Non Muslim Kenali Islam

Yahudi Membunuh Para Nabi – Pas Membakar Kereta Mufti

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text that says "amal"

DALIL YANG BERUBAH

Dulu dipanggil Unit Amal PAS, bila dah dinaiktaraf kpd Jabatan Amal Malaysia (JAM) boleh pula bakar kereta Mufti ??!

Dijanji RM5,000.. kenapa dapat RM500 sahaja seorang ?.. Selebihnya RM4,500 pergi mana. Itu kalau seorang, kalau **** orang berapa pulok DIA kaut untung ??!

Bila ahli DAP dituduh mesej bernada ancaman terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut, dilabel terus oleh PAS, DAP ketuai kumpulan gangster PH.

TETAPI BILA AHLI PAS DITANGKAP & DITUDUH BAKAR KERETA MUFTI PERLIS, boleh pulak kata PAS tak terlibat.. Bakar kereta tu bukan modus operandi pengganas TALIBAN ka ??!

Bila terkena batang hidung sendiri tau plok nak berdalih-dalih putar belit..

#TalibanPAS #JAM #UnitAmalPAS#BakarKeretaMufti #Pengganas