Maybank diarah pindah RM27 juta ke akaun Najib – saksi

KES NAJIB | Perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ke-15 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawa anda laporan langsung.


Shafee minta saksi bawa dokumen tiga syarikat esok

3.29pm – DPP Sulaiman Kho menamatkan pemeriksaan utamanya dengan Halijah.

Ketua pasukan pembelaan Shafee Abdullah kemudian meminta mahkamah membenarkan saksi kembali ke pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen.

Shafee memberitahu hakim Nazlan bahawa beliau mahu Halijah membawa contoh tandatangan penandatangan untuk tiga syarikat – Putra Perdana Construction Sdn Bhd, Putra Perdana Development Sdn Bhd dan Permai Binaraya Sdn Bhd – untuk pemeriksaan balas dengan pasukan pembelaan esok.

Halijah berkata dia boleh membawa dokumen tersebut esok.

Shafee berkata dokumen itu diperlukan untuk membuktikan wujud persamaan antara penandatangan syarikat-syarikat itu.

Beliau juga berkata salah seorang penandatangan merupakan pengarah kepada ketiga-tiga syarikat.

Nazlan kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan perbicaraan ke 8.45 pagi esok.


RM110 juta dipindah ke akaun Putra Perdana Construction

3.10pm – Saksi ke-31 Halijah Abdul Wahab berkata RM110 juta dipindah dari akaun Maybank Putra Perdana Development ke akaun Maybank Putra Perdana Construction pada 12 Disember 2014.

Dia memberitahu DPP Sulaiman berkata ia dibuat berdasarkan surat arahan pada tarikh sama.


‘Permai Binaraya arah Maybank pindah RM27 juta ke akaun Najib’

2.40pm – Dalam keterangannya, Halijah berkata Maybank KL menerima arahan daripada Permai Binaraya Sdn Bhd pada 8 Julai untuk memindahkan RM27 juta ke akaun Ambank Najib.

Katanya, pindahan itu dibuat dari akaun Maybank Permai Binaraya (nombor akaun: 514012042754) ke akaun Ambank Najib dengan nombor akaun berakhir dengan ‘880’.

Surat arahan diterimat melalui faks pada 8 Julai 2014 dan disusuli salinan asal dua hari kemudian, katanya.

Halijah merujuk kepada dokumen bank seperti Rentas dan surat arahan dari Permai Binaraya.


Maybank diarah pindah RM140 juta ke SRC

2.10pm – Penolong Pengurus Maybank KL Halijah berkata pihak bank menerima arahan daripada Putra Perdana Construction Sdn Bhd untuk memindahkan RM140 juta ke akaun SRC International pada 12 Disember 2014.

Dia memberitahu mahkamah bahawa ia berdasarkan satu surat arahan daripada Putra Perdana Construction.

Pindahan dibuat dari akaun Maybank syarikat itu (nombor akaun: 014011327183) ke akaun Ambank SRC International (nombor akaun: 2112022010650).

Ketika Halimah mengesahkan dokumen bank berkenaan pemindahan RM140 juta, hakim Nazlan bertanya sekiranya terdapat caj perkhidmatan sebanyak RM2.

Nazlan: Ada dikenakan caj perkhidmatan RM2?

Halijah: Tiada.

Soalan yang cukup jelas itu menyebabkan hadirin di galeri awam tidak dapat menahan untuk tertawa kecil.

Pada keterangannya terdahulu, Halijah merujuk beberapa transaksi melibatkan akaun di Maybank yang mana caj perkhidmatan RM2 dilihat ditaip pada dokumen bank untuk akaun berkenaan menerima pemindahan wang yang dikatakan itu.


Hakim beri 30 minit untuk solat zuhur

1.04pm – Peguam Muhammad Shafee meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan untuk memberi laluan solat zuhur sebelum memulakan pemeriksaan balas terhadap saksi ke-31, Penolong Pengurus Maybank KL Halijah Abdul Wahab.

Muhammad Shafee memberitahu Hakim Nazlan bahawa solat zuhur akan bermula pada 1.10 petang, dan mereka ingin bersolat di Masjid Wilayah yang terletak berdekatan.

Hakim Nazlan, memberitahu Shafee bahawa masjid itu hanya di seberang jalan.

Shafee kemudian memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk sampai ke masjid.

Hakim kemudian membenarkan rehat selama 30 minit.

Terdahulu, saksi memberi keterangan bahawa Putra Perdana Construction Sdn Bhd dan Permai Binaraya Sdn Bhd mempunyai akaun bank di cawangan Maybank KL.

Dia memberitahu mahkamah bahawa pada 8 Julai 2014, Putra Perdana Construction Sdn Bhd telah mengarahkan bank itu memindahkan RM34,999,993.00 ke akaun Permai Binaraya.

Nombor akaun Maybank Putra Perdana Construction ialah 014011327183 dan nombor akaun Maybank Permai Binaraya ialah 514012042754.


Shafee persoal diari siasatan pegawai penyiasat Bank Negara

12.00pm – Pemeriksaan balas terhadap pegawai penyiasat Bank Negara Farhan diteruskan dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan kaedah digunakan Farhan untuk menyimpan rekod serbuan Bank Negara dan siasatan terhadap AmBank.

Sebelum menjurus kepada soalan yang lebih terperinci tentang fail dan telefon bimbit yang disita oleh Bank Negara semasa serbuan di cawangan AmBank Jalan Raja Chulan pada tahun 2015, Muhammad Shafee menekan Farhan berhubung diari siasatan yang digunakan penyiasat untuk mencatat butiran langkah demi langkah siasatan.

Shafee: Adakah anda menyimpan diari siasatan semasa anda menyiasat? Apabila anda menyiasat, anda mengambil kenyataan dari saksi, anda memperoleh dokumen, apa sahaja yang anda lakukan, anda perlu mencatat dalam diari siasatan. Anda boleh memanggilnya dengan nama lain. Adakah anda mempunyai dokumen sedemikian? Sebagai sebuah sistem?

Farhan: Ya (saya lakukan), (ia dipanggil) diari siasatan.

Shafee: (Adakah dalam) format seperti Prosedur Kod Jenayah?

Farhan: Tidak, saya tidak tahu mengenai format.

Shafee: Ia diperlukan untuk diari siasatan.

Farhan: Saya tidak tahu tentang perkara itu.

Shafee: Di bawah peruntukan apakah anda memantau diari siasatan anda? Anda mesti tahu. Sebab diari siasatan anda mesti mempunyai nombor borang.

Farhan: Maaf saya tidak tahu.

Saksi keempat itu memberitahu mahkamah bahawa dia memang menyimpan diari siasatan, tetapi ia tidak dimasukkan sebagai sebahagian dari kertas siasatannya.

Farhan berkata dokumen itu ada dalam simpanan peribadinya, dan bersetuju dengan Shafee bahawa adalah untuk tidak menjadikannya terlalu bergantung pada ingatannya semata-mata.

Pemeriksaan balas itu kemudian diteruskan dengan Shafee bertanya kepada Farhan mengenai dokumen dan telefon bimbit yang disita semasa serbuan Bank Negara ke atas Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Farhan berkata serbuan itu menyita 11 fail dari bank itu, lapan daripadanya telah diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti.

Semua fail itu juga telah diserahkan kepada SPRM, katanya.

Shafee kemudiannya menghampiri Farhan dan bertanya tentang dua telefon bimbit – sebuah Blackberry dan Samsung – yang dirampas dalam serbuan Bank Negara.

Farhan memberi keterangan bahawa telefon bimbit Blackberry itu dan laporan analisisnya telah diserahkan kepada SPRM pada Ogos 2015.

Namun, dia tidak tahu apa yang berlaku kepada telefon bimbit Samsung itu.

Shafee: Adakah anda melakukan siasatan forensik sebelum menyerahkan (kepada SPRM)?

Farhan: Secara peribadi tidak.

Shafee: Bukan secara peribadi, Bank Negara?

Farhan: Saya percaya, bagi telefon bimbit Blackberry, terdapat arahan, kerana saya melihat Suzarizman menyerahkan laporan kepada SPRM

Shafee: Mereka mengeluarkan maklumat dari Blackberry sebelum memberi kepada SPRM?

Farhan: Ya

Shafee: Maklumat yang diambil dari dua telefon? Satu Blackberry, satu Samsung?

Farhan: Saya tidak maklum tentang Samsung.

Shafee: Dari Blackberry?

Farhan: Saya melihat laporan itu.

Saksi memberi keterangan bahawa dia melihat laporan itu dan barang tersebut diberikan kepada SPRM pada bulan Ogos 2015, tetapi tidak menyimpan salinan laporan pengekstrakan kerana berkata dia tidak memerlukannya bagi siasatan yang dijalankannya.

Menjawab soalan oleh Muhammad Shafee, Farhan berkata dia percaya bahawa Suzarisman menyimpan laporan berkenaan.

Shafee kemudian bertanya kepada saksi sama ada dia tahu kenapa laporan itu belum sampai kepada pasukan pembelaan.

Shafee: Anda tahu mengapa laporan mengambil masa yang lama untuk diserahkan (kepada pasukan pembelaan)? Mengapa kami tidak terima sampai sekarang?

Farhan: Saya tidak tahu.

Shafee: Anda bersetuju laporan itu diperoleh daripada serbuan berkenaan. Itulah yang membuat saya keliru. Ia diperoleh pada tahun 2015. Adakah terdapat sebab kelewatan itu?

Bagaimanapun, tidak ada jawapan daripada Farhan, sebelum DPP Sithambaram mencelah.

Shafee kemudian bertanya kepada Farhan jika dia bersetuju bahawa kandungan Blackberry itu penting untuk disimpan.

Farhan mengeyakan.


11.50am – Peguam Harvinderjit dan Pegawai Bank Negara, Farhan berbalah mengenai sama ada saksi ke-4 itu mempunyai kuasa untuk menemu buat Najib berhubung dengan transaksi yang mencurigakan yang dilihat di dalam akaun bekas perdana menteri itu di Ambank Raja Chulan sehingga 2015.

Peguam itu meminta Farhan sama ada dia, yang berkhidmat di bawah Jabatan Perisikan dan Penguatkuasaan Bank Negara, boleh menemu bual Najib mengenai urus niaga tersebut.

Transaksi yang mencurigakan itu ditemui oleh Bank Negara dalam serbuan pada 6 Julai 2015. Farhan terlibat dalam serbuan tersebut.

Bank itu kemudiannya didenda kerana tidak melaporkan transaksi yang disifatkan sebagai mencurigakan kepada bank pusat.

Harvinderjit: Anda boleh menemu bual pemegang akaun (Najib)?

Farhan: Tidak.

Apabila peguam merujuk kepada seksyen 14 dan 20 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) berhubung dengan kuasa pemeriksaan dan penyiasatan Bank Negara yang menurutnya sama dengan Farhan mempunyai kuasa untuk menemu bual Najib ke atas urus niaga, Farhan kemudian berkata:

“Kita bercakap mengenai pemeriksaan, bukan penyiasatan, wahai peguam yang bijaksana.

“Pemeriksaan dan penyiasatan adalah dua perkara yang berbeza,” kata Farhan yang seterusnya mengundang ketawa daripada hadirin.

Farhan mengatakan bahawa dia hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat, bukan memeriksa Najib sebagai pemegang akaun.


11.10am – Pegawai Bank Negara Farhan mengatakan bahawa walaupun Ambank Raja Chulan telah melaporkan transaksi mencurigakan dalam akaun Najib kepada Bank Negara sebagai Laporan Transaksi Mencurigakan (STR), bekas perdana menteri tidak akan dimaklumkan tentang hal ini kerana ia sama dengan membocorkan maklumat kepada pemegang akaun.

Farhan berkata demikian ketika menjawab soalan pemeriksaan balas oleh Shafee, yang bertanya jika Ambank sudah melakukan tugas dalam menyerahkan STR ke bank pusat pada tahun 2015, maka Najib akan dimaklumkan.

Farhan memantau pasukan Bank Negara yang menyerbu Ambank Raja Chulan pada 6 Julai 2015, dan merampas beberapa dokumen bank, antaranya ialah akaun Najib.

Pada tahun itu, bank berkenaan didenda oleh Bank Negara kerana gagal menyerahkan laporan STR berhubung transaksi yang mencurigakan.

Shafee: Adakah anda bersetuju bahawa jika Ambank telah melakukan tugasnya dalam memfailkan STR, anak guam saya (Najib) telah dimaklumkan seawal tahun 2015 atau lebih awal mengenai transaksi yang mencurigakan?

Farhan: Saya tidak bersetuju kerana itu sama dengan membocorkan maklumat.

Shafee: Sekiranya Ambank telah memaklumkan (Bank Negara) mengenai urus niaga tersebut, dan mereka mendapat hukuman denda (oleh Bank Negara) maka kemungkinan siasatan Bank Negara atau mana-mana agensi penguatkuasaan lain seperti SPRM atau polis perlu memanggil akaun pemegang (Najib) untuk menjelaskan transaksi yang mencurigakan ini?

Farhan: Saya tidak mempunyai komen kerana itu merupakan soalan kesimpulan.

Apabila Shafee menekan dengan soalan yang sama, Farhan ketawa yang seterusnya turut mengundang ketawa dari hadirin lain.


10.30am: Pegawai Bank Negara Ahmad Farhan Sharifuddin memberi keterangan bahawa selepas serbuan Bank Negara ke atas Ambank Raja Chulan pada 6 Julai 2015, bank itu didenda kerana gagal menghantar Laporan Transaksi Meragukan (STR) kepada bank pusat mengenai transaksi yang melibatkan akaun Najib.

Farhan, yang merupakan saksi keempat dipanggil semula hari ini untuk pemeriksaan balas oleh pasukan pembelaan.

Harvinderjit: Dalam siasatan anda, adakah bank itu didenda?

Farhan: Ya

Harvinderjit: Oleh kerana ia berkaitan langsung dengan siasatan anda, apakah pelanggaran itu (oleh cawangan Ambank Raja Chulan di Kuala Lumpur)?

Farhan: Ia adalah untuk kesalahan gagal mengemukakan Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) ke atas akaun Datuk Seri (Najib).

Harvinderjit: Bagi urus niaga apakah itu?

Farhan: Saya tidak dapat menyatakan secara spesifik urus niaga itu.

Harvinderjit: Adakah untuk (urus niaga) sebelum atau selepas 2013?

Farhan: (Transaksi dari) Pembukaan hingga penutupan akaun. Semua transaksi (dalam tempoh itu).

Untuk rekod, Farhan terlibat dalam serbuan di Ambank pada 2015.


SRC International tak kemuka maklumat yang diperlukan, kata saksi

10.10am: Amirul Imran Ahmat memberi keterangan bahawa dalam pengalamannya sebagai pegawai KWAP, hanya SRC International yang gagal mengemukakan dokumen dan maklumat terperinci yang diperlukan oleh KWAP bagi permohonan pinjaman.

Amirul juga memberitahu pendakwa Ishak Mohd Yusoff bahawa tidak ada syarikat lain yang dikecualikan daripada mengemukakan maklumat berkenaan.

Ishak: Dalam pengalaman anda berkhidmat dengan KWAP, adakah terdapat syarikat lain yang tidak mengemukakan semua dokumen dan butiran maklumat seperti SRC, apabila mereka memohon (untuk pinjaman) dengan KWAP?

Amirul: Tidak

Ishak: Jika mereka tidak mengemukakan dokumen (dokumen), permohonan mereka tidak akan diluluskan?

Amirul: Ya

Semasa pemeriksaan balas, saksi pendakwaan ke-29 juga ditanya mengapa dia tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela Harvinderjit bahawa apa yang SRC buat dengan dana dari KWAP bukanlah urusan KWAP.

Amirul memberitahu mahkamah bahawa perjanjian aset antara KWAP dan SRC adalah “hanya kaedah syariah untuk memudahkan pematuhan syariah”.

Dia memberi keterangan bahawa inilah sebabnya perjanjian itu dipanggil antara “pembiaya dan pelanggan”.

Soalan yang diajukan Ishak adalah sebagai respons kepada soalan Harvinderjit hari ini kepada Amirul bahawa KWAP tidak perlu tahu apa yang dilakukan SRC dengan wang yang dipinjam kerana entiti itu mempunyai perjanjian berasaskan syariah di mana SRC menjual asetnya kepada KWAP untuk mendapatkan pinjaman.


Saksi tukar jawapan, kata peguam

9.30am: Harvinderjit terus menyoal Amirul, yang mencetuskan perbalahan seperti semalam.

Perdebatan terbaru hari ini adalah berhubung pinjaman RM2 bilion oleh KWAP kepada SRC International.

Harvinderjit: Jika dana dikeluarkan pada hari yang sama dan akaun menunjukkan pengkreditan dana, ia sangat sukar untuk ditentukan kecuali mereka mempunyai laporan audit forensik?

Amirul: Bukan tugas saya tetapi ia boleh dilakukan.

Harvinderjit: Ini boleh dilakukan melalui audit forensik?

Amirul: Salah satunya.

Perbalahan itu berterusan atas isu kelulusan kerajaan yang dikaitkan dengan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM2 bilion, ketika Harvinderjit memberitahu saksi bahawa dia telah mengubah jawapannya.

Harvinderjit: Semalam anda bersetuju. Sekarang anda menukar jawapan anda.

Amirul: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan terdahulu.

Harvinderjit: Tidak mengapa kerana anda menukar jawapan anda.


9.10am: Najib dilihat memasuki ruang hadapan dan ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah mengambil tempat duduk di kerusi depan sementara hakim Nazlan melangkah masuk mahkamah untuk memulakan prosiding.


9.08am: Ahli pasukan pembelaan termasuk peguam Muhammad Shafee dan Harvinderjit Singh, mula mengisi tempat duduk.

Hakim Nazlan kemudian memasuki mahkamah dan memulakan pendengaran hari ini.


9.00am: Tampil dengan kot kelabu, Najib memasuki bilik mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan hadapan.

Bekas pegawai kanan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang juga merupakan saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat dilihat duduk di kandang saksi sambil menunggu untuk diperiksa balas oleh pasukan pembelaan Najib sebaik prosiding bermula.


8.52 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas memasuki mahkamah dan mengambil tempat duduk di hadapan dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain sambil menunggu prosiding dimulakan.


Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB


Pasukan pembelaan Najib Razak akan meneruskan pemeriksaan balas terhadap bekas pegawai Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada hari ke-15 perbicaraan bekas perdana menteri atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.

Peguam Harvinderjit Singh dijangka akan menyambung semula soal balasnya terhadap saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali pukul 9 pagi ini.

Semalam, Amirul, yang merupakan naib presiden KWAP (Jabatan Pendapatan Tetap), memberi keterangan bahawa dia telah cuba menerhadkan pinjaman SRC International kepada RM1 bilion pada 2011 dari permohonan pinjaman asal berjumlah RM3.95 bilion.

Dia berkata pada tahun itu, dia ditugaskan oleh pihak atasannya untuk menyediakan dokumen berhubung pinjaman itu bagi dijadikan pertimbangan untuk panel pelaburan KWAP.

1MDB adalah syarikat induk SRC International pada masa itu. KWAP adalah dana pencen untuk penjawat awam.

Turut menjadi sebahagian daripada delegasi 1MDB pada masa itu ialah pengarah eksekutif kewangan Terrence Geh, peguam Jasmine Loo dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.

Semalam, pertengkaran kecil antara Harvinderjit dan Amirul, saksi berusia 39 tahun itu memberi keterangan bahawa panel pelaburan KWAP akan menolak permohonan SRC International untuk pinjaman RM3.95 bilion jika diberi pilihan.

Namun SRC International akhirnya telah mendapat pinjaman sebanyak RM4 bilion dari KWAP antara Ogos 2011 dan Mac 2012.

Amirul juga memberitahu mahkamah bahawa projek-projek yang dikatakan SRC International berhubung saluran paip hanya kelihatan bagus di atas kertas apabila dibentangkan oleh pengarah urusannya Nik Faisal dan pengarah eksekutif kewangan Geh.

Nik Faisal ketika ini masih lagi sedang dalam buruan pihak berkuasa Malaysia.

https://www.malaysiakini.com/news/475278?fbclid=IwAR2fzvv6t6_vlZByVNBfE19WUB7sYu6rX507EcF2FfmMXNijUE1BS9W6JH4

PAS melantik amil sendiri untuk kutip zakat fitrah-Bukti Pas Membawa Ajaran Sesat

No photo description available.

Sudah berpuluh tahun PAS melantik amil sendiri untuk kutip zakat fitrah, atas nama PAS bukan atas nama Pusat Pungutan Zakat di bawah Majlis Agama Islam Negeri.

Persoalannya, adakah wakil PAS itu dikira termasuk dalam tujuh golongan asnaf yang layak terima zakat…? Bolehkah zakat dibayar kepada PAS…?

Kedua, ke manakah duit zakat itu disalurkan…? Setahu saya PAS tidak menyalurkan zakat kepada fakir miskin, tetapi apa yang PAS lakukan selama ini ialah memberi sumbangan untuk meraih undi sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah parti politik… Jangan-jangan duit yang orang bayar zakat bercampur-baur dengan duit derma tabung jihad, duit tin Milo, dan duit sumbangan dari UMNO…. Duit tetap duit, sama saja semua ada gambar kepala agong, TETAPI zakat tidak sama dengan derma, dan zakat dan derma tidak sama dengan rasuah.

Ketiga, kalau amil PAS tu kelepek duit yang orang bayar zakat untuk kegunaan dia sendiri, tak ada siapa pun yang tahu…. Samada dia kelepek semua atau sebahagiannya, itu atas dia sendiri lah… Tahu saja lah wala’un PAS, bab uwit dan uyit tolong jangan percaya sangat.

Dulu saya pernah juga beberapa kali bayar zakat fitrah kepada amil PAS, dan saya cukup yakin duit itu dia tak serah kepada pihak PAS pun tetapi dia sapu kat dia.

AAM

https://web.facebook.com/WeAreAllJebonesta/photos/a.500642330320654/785778591807025/?type=3&theater

 

Kes SRC: RM170 juta dipindah dari dua syarikat pembinaan ke SRC – Saksi

Kes SRC: RM170 juta dipindah dari dua syarikat pembinaan ke SRC - Saksi

Najib menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Saksi ke-31, Halijah Abdul Wahab memberi keterangan bahawa sebanyak RM170 juta telah dipindahkan daripada akaun milik dua buah syarikat pembinaan ke akaun AmBank milik SRC International.

Halijah yang juga Penolong Pengurus Maybank Cawangan Kuala Lumpur dalam keterangannya berkata, sebanyak RM140 juta dipindahkan daripada akaun Putra Perdana Construction ke dalam akaun SRC International pada 12 Disember 2014.

Sementara RM30 juta lagi dipindahkan daripada akaun syarikat Permai Binaraya Sdn. Bhd. ke dalam akaun SRC International pada 7 Januari 2015.

Menurut Halijah, kedua-dua transaksi tersebut dibuat melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) daripada akaun Maybank milik syarikat-syarikat pembinaan tersebut.

Dalam keterangannya, beliau berkata pemindahan wang tersebut dibuat selepas pihak bank mendapat surat arahan dan melalui beberapa proses termasuk tandatangan dan kedudukan kewangan pelanggan.

BACA: Kes SRC: Ada cara untuk buktikan pinjaman RM2b KWAP digunakan untuk tujuan lain – Saksi

BACA: Kes SRC: AmBank didenda kerana gagal lapor transaksi curiga dalam akaun Najib – Saksi

Untuk rekod, Permai Binaraya Sdn. Bhd. merupakan subsidari Syarikat Putra Perdana Development Sdn Bhd (PPD) manakala Putra Perdana Construction merupakan anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.

Soal balas saksi akan diteruskan pada Khamis oleh pasukan pembelaan Najib yang diketuai ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Umnopas semakin meroyan sehingga terpaksa menggunakan agama, perkauman dan istana demi memuaskan nafsu mereka.

Perubahan sukar dilaksana kerana ahli politik PH tidak punya keazaman - Pemuda DAP

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Kabinet dan pemimpin politik tidak mempunyai keazaman untuk melaksanakan pembaharuan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) sukar melaksanakan perubahan selepas setahun mengambil alih pentadbiran, kata Timbalan Pengerusi DAPSY Chiong Yoke Kong.

Selain itu, kekurangan kesedaran politik menyebabkan mereka kembali ke sistem yang rigid atau tidak dapat mengutamakan perbezaan reformasi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata menggariskan empat cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Harapan selepas setahun menerajui Malaysia.

Yoke Kong menjelaskan parti pembangkang menjadi lebih melampau dan menggunakan 3R (Bangsa, Agama, Raja) untuk mengagalkan agenda reformasi kerajaan.

“Penjawat awam tidak bekerjasama dan semangat keluhuran undang-undang tidak sepenuhnya ditanamkan dalam masyarakat, oleh sebab itu tidak mudah menerima fungsi pemerintah tanpa rasa takut atau suka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata Yoke Kong, apabila dasar-dasar baharu menghadapi cabaran dari empat aspek, ia kadang-kadang tidak disokong anggota Kabinet dan jabatan lain.

Namun kata beliau, apabila dikaji kembali empat cabaran yang dihadapi, adalah tidak adil untuk mengasingkan dan menilai prestasi setiap kementerian.

“Contohnya, setahun selepas perubahan kerajaan, dasar baru mengenai pekerja asing masih terikat.

“Kita tidak boleh mengatakan bahawa Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran tidak bekerja, kerana untuk menyelesaikan masalah ini ia harus menyelaraskan dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri,” katanya lagi.

Beliau berkata, Kerajaan baharu perlu meninggalkan model tadbir urus rejim lama dan tidak sepatutnya mempercayai atau menerima semuda cadangan yang dibuat oleh penjawat awam.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan baharu perlu memulakan lebih banyak dialog dan berkomunikasi dengan organisasi dan kumpulan dari pelbagai bidang.

“Publisiti yang mencukupi untuk memastikan bahawa dasar itu selaras dengan konteks kebangsaan dan konteks sosial sebelum melaksanakannya.

“Ini mungkin menjadi amalan yang membosankan, tetapi cara yang lebih baik daripada bagaimana rejim sebelumnya menentukan segala-galanya tanpa berunding dengan pihak lain,” katanya.

Jelas beliau, dalam masyarakat yang bergerak ke arah pendemokrasian, bunyi, kontroversi dan rintangan seperti itu tidak dapat dielakkan, dan banyak lagi akan datang.

“Ini adalah usaha sukar untuk demokrasi lengkap yang mesti kita lalui. Lagipun, pendemokrasian tidak berlaku semalaman, tetapi perjalanan perjuangan politik yang panjang dan menyakitkan,” katanya.

Esok (Khamis) genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional.

Kata Yoke Kong, apabila dasar-dasar baharu menghadapi cabaran dari empat aspek, ia kadang-kadang tidak disokong anggota kabinet dan jabatan lain. – Gambar Facebook Chiong Yoke Kong

Siapakah Batu Api Pertembungan Putrajaya-Istana Johor – Umnopas

ULASAN | Hubungan antara Putrajaya dan istana Johor berterusan keruh.

Serang menyerang antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berterusan.

Terbaru, dalam wawancara bersama media sempena setahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir menyifatkan TMJ sebagai “budak hingusan yang bodoh“.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai sultan kerana sekiranya saya mengatakan apa-apa yang tidak baik, maka ia tidak elok kerana baginda ialah seorang sultan.

“Tetapi TMJ (Tunku Ismail) ini seorang budak … Dia ini ‘budak bodoh’ kerana dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Jadi jangan cakap, kalau kamu tidak tahu apa-apa, jangan berkata-kata,” katanya.

TMJ dan Sultan Johor

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai kenyataan Tunku Ismail perbuatan baik ayahandanya, seperti mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan, tidak ditonjolkan.

Kenyataan yang dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadan itu memperlihatkan bahawa Dr Mahathir tidak akan berundur dalam perang bersama Istana Johor kali ini.

Walaupun usia tidak berpihak kepadanya, Dr Mahathir tetap menunjukkan “taringnya” sebagai seorang yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.

Sebelum itu, Putrajaya dan Istana Johor bertegang urat dalam beberapa isu seperti isu tanah Bukit Chagar, Statut Rom, pengganti menteri besar Johor dan rombakan exco kerajaan negeri.

Peta Bukit Chagar

Sebelum digelar “budak hingusan yang bodoh”, TMJ juga beberapa kali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir seoalah-olah perdana menteri itu sebaya dengannya.

Siapa batu api?

Ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya “batu api” dalam kekeruhan hubungan antara Putrajaya dan istana Johor pada hari ini.

Sebenarnya, yang perlu ditanyakan, siapa yang bakal mendapat keuntungan daripada ketegangan hubungan antara Johor dan Putrajaya?

Secara zahirnya, parti pembangkang Umno dan PAS dilihat mendapat keuntungan daripada pertembungan ini.

Antara penyokong TMJ dalam perhimpunan Ummah, pada 4 Mei

Dalam demonstrasi di ibu negara pada Sabtu, ahli-ahli Umno dan PAS secara terang-terangan menyatakan sokongan terbuka kepada TMJ.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir dihina dan dicerca dan digambarkan seolah-olah langsung tidak memberikan sebarang jasa kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Namun secara batinnya, siapa yang bakal mengaut keuntungan?

Dalam PH, siapa yang akan mendapat keuntungan sekiranya Putrajaya terus berbalah dengan istana Johor?

Apakah terdapat pihak yang mahu kekeruhan ini berterusan demi keuntungan politik mereka?

Dr Mahathir Mohamad

Apakah pertembungan ini merupakan langkah awal sebelum satu gerakan lebih besar dimulakan untuk menjatuhkan Dr Mahathir?

Dan pihak yang terlibat dengan gerakan ini dikatakan sudah mengadakan beberapa pertemuan untuk merancang gerakan menggulingkan Dr Mahathir termasuk di ibu kota dan selatan tanah air.

Gerakan ini juga dikatakan mendapatkan tajaan yang besar.

Akan tetapi pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan PH secara tidak demokratik ini diharapkan menilai fakta ini terlebih dahulu sebelum meneruskan gerakan jahat mereka:

“Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam setiap pertempuran politiknya.”


AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://www.malaysiakini.com/news/475249?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3nSlgfh4NTyufFu9LtHYLXCCQdjpyzGDYUycskFSp7yo7PjK_pTbURwyc

 

Kekayaan Dan Kemewahan Jadikan TMJ Kurang Matang

 

KUALA LUMPUR – Seorang netizen menyifatkan kekayaan dan kemewahan menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai kurang matang.

 

Ikmal Hisham Mohd Hashim menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin berkata, Tunku Ismail tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang mencabar pengkritik untuk mengemukakan usul yang memisahkan Johor dari Malaysia.

 

“Jangan sedap mulut jer cabar suruh Johor keluar Tuanku. Tuanku masih Muda, kekayaan dan kemewahan melimpah rumah menjadikan Tuanku kurang matang.

 

“Tuanku kena ingat tanpa kerajaan sekarang yang meletakan institusi kesultanan Melayu di tahap tertinggi dalam perlembagaan, Ayahanda Tuanku tidak mungkin masih dapat menjadi Sultan,”tulisnya.

 

Tambahnya, kesultanan Melayu di Indonesia tumbang selepas perang dunia kedua, malah anak Sultan dirogol dihadapan Sultan, namun Sultan tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun ditempelak oleh perogol terbabit.

 

“Mungkin Tuanku tak baca sejarah Johor, kerana berebut kuasalah moyang Tuanku menggadai Singapura kepada penjajah. Ada beza antara menjadi Sultan berperlembagaan dengan Sultan berkuasa mutlak.

 

“Tuanku tak boleh guna duit untuk beli barang mewah Bugati, Rolls Royce, kapal layar, Lori transformer dan jet mewah sahaja. Tuanku kena simpan duit untuk beli kapal Perang, jet pejuang dan senikata untuk pertahankan negara Tuanku sebagai negara berdaulat, Tuanku ada terfikir tak?,”katanya.

 

Sehubungan itu, Ikmal turut mempersoal mengenai pemerintahan yang bakal dijalankan oleh TMJ dan kesultanan Johor.
“Mampukah Tuanku memerintah secara serius? Apakah corak pemerintahan Tuanku? Monarki? Demokrasi? Raja berperlembagaan? Syariah Islam?Atau perintah sedap hati?

 

“Siapa pula Penasihat Tuanku? Melayu ke atau Cina ala DAP? Sedarkah Tuanku mereka sedang bersukaria meraikan perpecahan Melayu?
“Mereka lebih suka jika Johor bersatu dengan Singapura. Kalau jadi begitu, sudah pasti berulang tragedi Singapura ditelan kaum Cina, pasti kerabat Tuanku jadi boneka sahaja,”katanya.

 

Sehubungan itu, Ikmal turut mendakwa, mengenai rakan kongsi Tunku Ismail yang juga merupakan kaum cina sekali gus tidak mustahil bakal menjadikan kaum Cina sebagai penasihat baginda.
“Kalau melihat trend Tuanku sekarang yang mempunyai rakan niaga Cina, tak hairanlah Tuanku akan ambil puak ni juga sebagai Penasihat Negara.

 

“Masa tu nasib orang Melayu Johor akan sama malang merempat macam Melayu Singapura. Tapi Tuanku tidak akan nampak semua itu kerana sudah tenggalam dalam kemewahan. Malah tanpa gabungan dengan Singapura pun belum pasti nasib orang Melayu akan terbela.

 

“Ingat Tuanku mentadbir negara sebagai pemerintah yang betul- betul memerintah bukan benda main-main macam mengendalikan team bola Johor!,”akhirinya.

 

Terdahulu, Tunku Ismail mencadangkan agar mereka yang tidak senang hati dengan Johor meluahkan perasaan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali gus menggesa pengkritik boleh mengusulkan kepada Najib supaya negeri itu dikeluarkan daripada Malaysia.-SuaraTV

 

Kekayaan Dan Kemewahan Jadikan TMJ Kurang Matang

 

SEPERTI  CACING  KEPANASAN SULTAN  – ” GET LOST “

ABU SHIKE:
SEPERTI  CACING  KEPANASAN
SULTAN  – ” GET  LOST “
Tamrin Tun Ghafar
Ahad – 05/05/19
( 1 –  31 )
1.  Jika sekiranya Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri tidak bertegas berhubung sekeping tanah di Bukit Chagar,  Johor, sudah pasti kos pembinaan  Sistem Aliran  Transit atau Rapid Transit System ( RTS ) akan meningkat lagi  sekurang – kurangnya sebanyak  RM500 juta.
2.   Tanah ini asalnya kepunyaan Negeri atau State Land tetapi telah diberi kepada Kerajaan Pusat dalam tahun 2012 dengan cara tukar ganti.
3.  Mengikut bebagai laporan media,  hanya 2 hari selepas  beberapa perbincangan  termasuk yang diadakan dengan Sultan Johor, tanah tersebut telah berpindah tangan dari Tanah Kerajaan Pusat menjadi kepunyaan Sultan.
4.  Katanya bagi mendapat sokongan Sultan secara terbuka menjelang pilihanraya umum yang baru lepas, tanah seluas 4.5 hektar itu yang telah dirancang bagi projek RTS diberi kepada Sultan secara PERCUMA oleh Najib.
5. Justeru mengatakan beliau TIDAK TAHU  MENAHU  pun tanah ‘miliknya’ itu akan di bina RTS adalah suatu pembohongan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.
6.  Amat mustahil  semasa perbincangan di antara  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD  dengan Sultan, langsung tidak disentuh berkenaan tapak pembinaan, keluasan tanah dan sebagainya.
7.  Sebenarnya penglibatan  Sultan di dalam perlaksanaan projek RTS dan projek lain TIDAK  PERLU dan TIDAK  BOLEH kerana ia adalah   tanggungjawab Pentadbiran, apatah lagi ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang melarang Sultan mencampuri hal ehwal Pentadbiran.
8.  Itulah akibat  apabila Sultan tersebut tahu dimana tapak RTS akan dibina, maka dalam tempoh 2 hari sahaja selepas dipersetujui tanah tersebut dipindahmilik kepada Sultan TANPA PEDULI akibat perbuatan tersebut.
9.  Kini tak sampai pun 24 jam selepas Perdana Menteri membuat ugutan, tiba – tiba Sultan cuba menunjukan beliau  seorang pemurah (???) dengan rela hati memberi kawasan tersebut secara percuma kepada Kerajaan Pusat sedangkan umum tahu tanah yang bernilai RM500 juta itu telah diberi secara percuma  kepada beliau oleh Najib; ini satu lagi drama yang dilakukan.
10.  Mungkin ketegasan Tun Dr. Mahathir itu membuatkan  beliau dan anaknya ‘Seperti Cacing Kepanasan’.
11.  Bagi kepentingan umum, khasnya  Bangsa Johor atau rakyat Johor, Kerajaan Negeri HARUS mengeluarkan senarai tanah, projek sama ada sah atau melanggar undang – undang seperti penjualan pasir secara berluasa kepada Singapura, bauksit dan penglibatan beliau secara terus atau proksi di dalam mana-mana perniagaan di negeri itu; ini termasuklah sebidang tanah yang luas di Bandar Maharani, Muar untuk pembangunan, tanah Kuarters TNB di Stulang Laut yang dibeli dengan setengah nilai pasaran (value) kemudian dijual kepada pemaju Singapura, tanah perladangan kira-kira- kira 50 ribu ekar.
JCorp Bhd dan anak-anak syarikatnya pula TERPAKSA membantu menampung kos bola JDT.
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Kerajaan negeri juga perlu menyenaraikan tanah-tanah dan lain-lain termasuk jumlah kenderaan yang TIDAK BERBAYAR CUKAI import dan cukai jalan  yang TELAH DIPULANGKAN atau DIBERI secara percuma dan jumlah cukai kereta yang dibayar diumumkan.
12.  Baru – baru ini saya dikejutkan apabila membaca dan menonton video kenyataan yang dibuat oleh Sultan Johor pada bulan March 2017 ( sila lihat lampiran ).
13. ” Get Lost ”  yang membawa maksud ” Sila Berambus ” ;  ayat ini  biasanya  di gunakan oleh kaki rambu seperti Mat Rempit dan Mat Pit ( kaki dadah ) dan orang India di estet yang mabuk todi saja, BUKAN keluar dari mulut seorang Bangsawan yang bergelar Sultan.
14.  Lazimnya mereka yang telah diberi peluang duduk di dalam istana tambah pula dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam negeri, sepatutnya cukup berhemah dalam berkata-kata atau mengeluarkan kenyataan.
15.  Bagaimana seorang Sultan nak mendidik anak dan ahli keluarganya dengan baik sedangkan dia sendiri tak ubah seperti  ‘Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus’?
16.  Mungkin akibat sifat tamak  dan benci terhadap Tun Dr. Mahathir, di tambah pu
la dengan berbagai jenis dedak  maka ayat  ‘Get Lost’  itu dengan mudah terpacul dari mulut seorang Sultan.
17.  Inilah akibat nya apabila Sultan dan bakal penggantinya TIDAK mempunyai kelayakan pelajaran yang baik, tidak seperti Raja Nazrin, Sultan Perak dan beberapa Sultan lain yang  menjadi kebangaan rakyatnya; mereka tahu peranan dan amat menghormati Perlembagaan dan Undang – Undang Negara dan mempunyai akhlak dan sopan santun yang boleh dicontohi dan diteladani; sebaik-baik Sultan biarlah yang berilmu dan berakhlak mulia.
18.  Bapa Sultan Johor sekarang iaitu Sultan Mahmood Iskandar adalah PUNCA UTAMA mengapa Perlembagaan Negara TERPAKSA di pinda sebanyak 2 kali oleh Kerajaan UMNO / BN pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu; ia disokong sebulat suara oleh Ahli – Ahli Parlimen yang menghadiri Persidangan  Dewan Rakyat.
19.  Atas  perlindungan kekebalan ( immunity ) yang ada ketika itu Sultan Mahmood Iskandar telah menggila dengan menzalimi, mencedera malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati baginda.
20.  Mengikut rekod Parlimen, Sultan Mahmood dan anaknya terlibat dengan   sekurang-kurangnya 23 kes jenayah. Wallahhualam!
21.  Sebagai salah seorang anggota EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu saya masih ingat suara – suara berang yang mahu membakar beberapa Istana tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila Dr. Mahathir sendiri menasihatkan kami agar tidak meneruskan rancangan itu.
22. Johor adalah HAK RAKYAT BUKAN HAK SULTAN, apatah lagi Sultan yang ada hari ini adalah keturunan Temenggong Daeng Abdul Rahman yang berpakat dengan penjajah British mengenepikan Sultan yang sah yang telah melantik beliau sebagai Temenggong.
23. Temenggong Daeng Abdul Rahman pula telah mewasiatkan agar anak sulung beliau, Daeng Abdullah menggantikannya selepas beliau tiada tetapi semasa Temenggong Daeng Abdullah berada di Tanah Suci Mekah, adiknya Daeng Ibrahim berpakat dengan British merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Temenggong yang baru – justeru keturunan inilah menjadi Sultan sehingga kini.
24. Berikut adalah keturunan Sultan Johor:-
i. Temenggong Daeng Abdul Rahman.
ii. Temenggong Daeng Ibrahim.
iii. Temenggong Daeng Abu Bakar atau Sir Albert Backer.
iii a. Menggelarkan diri sebagai Maharaja Johor.
iii b. Dengan persetujuan Queen Victoria, England menukar gelaran sebagai Sultan Johor dan mengisytiharkan keturunan beliaulah yang akan TERUS menjadi Sultan Johor selagi ada bulan dan matahari.
iv. Sultan Ibrahim – yang tidak mahu Merdeka dan sebaliknya mahukan British terus menguasai negeri itu.
v. Sultan Ismail – menggantikan anaknya Mahmood dengan Abdul Rahman sebagai Tengku Mahkota Johor kerana mencedera, menzalimi dan membunuh rakyat sesuka hati.
vi. Sultan Mahmood – pernah menjadi Agong.
vii. Sultan Ibrahim – kini.
viii. Ismail, TMJ bakal Sultan.
Berlandaskan kepada beberapa fakta di atas, adakah Sultan kini BERHAK menghalau ( Get Lost ) kepada sesiapa yang dia tidak suka?
Jawapannya ada pada rakyat Johor sendiri.
25. Sultan Johor dan anaknya harus meminta maaf dan berterima kasih kepada Tun kerana tanpa beliau mungkin Istana Bukit Serene dan beberapa Istana lain di Johor hari ini sudah menjadi tapak sejarah sahaja.
26. Tun dan rakyat TIDAK  berkonfrantasi dengan Sultan yang lain dan keluarga mereka – justeru jauh sekali terlintas di hati untuk mengenepikan Sultan dan keluarga mereka.
27. Jika sekiranya Sultan – Sultan TIDAK mampu menasihatkan Sultan Johor dan anaknya yang terlalu celupar itu, demi kebaikan adalah lebih baik Raja-Raja yang lain  mengasingkan diri dari mereka berdua.
28. JIKA  TAK  MAHU  MEMBALAS  BUDI ,  SEKURANG – KURANGNYA  INGATLAH  KEPADA  ORANG  YANG  TELAH  MENYELAMATKAN  KITA DAN GENERASI  SETERUSNYA.
29. ‘Kerana Pulut Santan  Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’.
30. Akhir kata, JANGAN  BIARKAN  KERANA SETITIK DUA NILA, MAKA  ROSAK  SUSU  SEBELANGA.
31. Selamat Berpuasa.
Terima Kasih.