Nga Kor Ming Beri Sumbangan RM40,000 Kepada 20 Masjid Di Parlimen Teluk Intan,Perak.

Lepas sorang, sorang lagi pemimpin DAP memberikan sumbangan kepada orang Islam. Tidak pelik kerana orang Cina sudah mengamalkan pepatah melayu “ikut rasmi padi, makin tunduk makin berisi”.

Tahniah YB Nga Kor Ming 👍👍👍

-Admin Daniel-

SPRM buka kertas siasatan penyelewengan pembalakan di Mersing

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor, Mersing.

Sumber SPRM memberitahu kertas siasatan berkenaan dibuka susulan laporan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim mengenai kegiatan itu, Selasa lalu.

“Kertas siasatan memang sudah dibuka, cuma sekarang ini SPRM sedang dalam usaha mengumpul segala maklumat mengenai aduan berkenaan.

“Ia termasuk menemui beberapa pihak berkaitan bagi diambil keterangan termasuk daripada Jabatan Perhutanan negeri,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Selasa lalu, Khairuddin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Johor, mendakwa penyelewengan kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor, dipercayai menyebabkan kerajaan Johor kerugian ratusan juta ringgit.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Johor, Kempas di sini, dilaporkan mendakwa pelanggaran syarat penebangan pokok itu didapati masih berlaku berdasarkan lawatan beliau ke kawasan itu akhir bulan lalu.

Katanya, selain kehilangan hasil kerajaan, kegiatan itu turut merugikan rakyat serta menjejaskan alam sekitar.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata kerajaan negeri akan meminta Jabatan Perhutanan Johor untuk melihat semula tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu penyelewengan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor di Mersing.

Katanya, beliau akan meminta jabatan berkenaan mengemukakan kaedah terbaik bagi menangani masalah berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/564597/sprm-buka-kertas-siasatan-penyelewengan-pembalakan-di-mersing?fbclid=IwAR0nvPi1LZ3rB6gMEhP4gfe4i6dlHTjZ6Tl-yeHgyWgxFW-rJrne8jdp_Fs

Dua pegawai, lima anggota polis ditahan kes samun

Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua pegawainya berpangkat inspektor serta lima anggota bagi membantu siasatan membabitkan satu kes samun seorang ahli perniagaan, pada Ahad lalu.

Kesemua pegawai serta anggota terbabit ini ditahan kelmarin dan direman selama empat hari sehingga Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semakan mendapati dua pegawai berkenaan masing-masing bertugas di Maktab Teknik PDRM, Muar dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, lima anggota lain termasuk seorang dari IPD Petaling Jaya, tiga dari Balai Polis Sea Park dan seorang dari Balai Trafik, Jalan Bandar.

“Turut ditahan semalam (21 Mei) adalah empat orang awam termasuk seorang kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 31 hingga 41 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada Ahad lalu, kira-kira jam 4.40 petang, seorang ahli perniagaan membuat laporan polis menyatakan semasa dia berada di premisnya di Jalan Silang, Kuala Lumpur, telah didatangi sembilan individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman dari Bahagian Jenayah Perdagangan dan Pegawai BNM.

Ahli perniagaan terbabit dikatakan menjalankan perniagaan pengurup wang tanpa lesen.

https://www.sinarharian.com.my/article/29269/BERITA/Jenayah/Dua-pegawai-lima-anggota-polis-ditahan-kes-samun?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Dua%20pegawai%20lima%20anggota%20polis%20ditahan%20kes%20samun&utm_content=&utm_term=

Tahniah IGP Kerana Mengambil Tindakan tegas kes ugut penguat kuasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap samseng yang cuba mengugut pegawai dan anggota penguat kuasa sebagai amaran bagi menghentikan tindakan penguatkuasaan atau pendakwaan.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata kepada Bernama hari ini beliau memandang berat kes-kes ugutan sedemikian sejak kebelakangan ini.

Beliau telah mengarahkan pegawai dan anggota polis untuk segera menyiasat dengan menangkap penjenayah ini untuk diadili dengan memberi jaminan perlindungan keselamatan kepada penguat kuasa yang menjadi mangsa.

Pada 28 April lepas, rumah dan kereta Pengarah Penguatkuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang diserang oleh beberapa lelaki.

Dua kenderaan milik mangsa turut disimbah cat berwarna merah selain tong cat berisi paku, besi dan kertas telah dibakar dengan mercun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Pada Isnin, sebuah kereta milik timbalan pendakwa raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat kapur di pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob di Kulim, Kedah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Pada Ahad lepas Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis bagi membantu siasatan kerana mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/476943?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR22d7h2icJ5dofXO-Yukh7emVzTkZ2vJCg9nFN5sAa_ay_xNv6q5GdCblA