Tentera ‘tawan’ Jakarta

PENUNJUK perasaan Indonesia bertempur dengan polis ketika protes. – EPAAgensi

JAKARTA: Puluhan ribu tentera dikerah ke Jakarta, semalam, menjelang tarikh akhir pencabar presiden memfailkan aduan rasmi di Mahkamah Perlembagaan mencabar keputusan Joko Widodo (Jokowi) memenangi pilihan raya presiden.

AFP melaporkan, Prabowo Subianto mempunyai masa sehingga esok untuk memfailkan aduan itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Khamis lalu, mengumumkan Jokowi memenangi pilihan raya dengan meraih lebih 85 juta daripada 154 undi, mengatasi Prabowo dengan kelebihan 10 peratus.

Prabowo, 67, mendakwa berlaku penipuan undi besar-besaran dalam pilihan raya 17 April lalu.

Dalam rusuhan malam kelmarin, perusuh memecahkan konkrit pejalan kaki, merosakkan papan tanda jalan raya dan membakar gerai serta melempar batu serta mercun ke arah polis.

Jumlah perusuh pada sebelah malam bagaimanapun berkurangan dan polis membalas dengan tembakan gas pemedih mata.

Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang pelajar berusia 17 tahun terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam rusuhan antara penyokong Prabowo sejak kelmarin.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, enam kematian itu berlaku ketika rusuhan pertama pada sebelah siang, kelmarin, yang tertumpu di kawasan Tanah Abang.

Menurut pihak berkuasa, mangsa terbunuh akibat tembakan atau pukulan objek tumpul namun polis menafikan melepaskan tembakan ke arah perusuh.

Jalan raya sekitar Jakarta kembali tenang semalam, dengan kehadiran tentera yang ramai itu namun bangunan penting, termasuk ibu pejabat KPU serta istana presiden dikawal ketat.

Hampir 60,000 anggota keselamatan, sebahagian besarnya tentera dikerah ke Jakarta, hampir sekali ganda berbanding dua hari lalu selepas Jokowi menegaskan kerajaan tidak lagi akan bertolak ansur terhadap rusuhan.

Pihak berkuasa mendakwa rusuhan itu dicetuskan dalang dari luar Jakarta yang mengapi-apikan perusuh.

“Kita sudah menahan lebih 300 suspek dan mereka sedang disoal siasat,” kata Jurucakap polis, Muhamad Iqbal.

Reuters melaporkan, sebahagian besar perusuh datang dari luar Jakarta dan polis menemui sampul berisi wang daripada mereka yang diperiksa,

“Ini bukan rusuhan spontan, ia perhimpunan dan rusuhan yang dirancang. Ada bukti perusuh dibayar untuk melakukan kekacauan,” katanya.

Ketika sidang media semalam, polis menunjukkan bom petrol, panah buatan sendiri dan beberapa senjata lain serta sampul berisi wang. Malah, polis turut merampas dua raifal dengan peredam bunyi serta dua pistol. – Agensi

Tentera ‘tawan’ Jakarta

Umnopas Sama-Sama Samseng

No photo description available.

Page Liked · 20 hrs 

Dr. Mahathir bin Mohamad menteri KDN Muhyiddin Yassin carilah jalan buang nama Islam dari PAS. Hanya mengeliru memecah belahkan melayu muslim.

Anak Taib Mahmud Gagal Dapatkan Injuksi NGO Swiss

“Daripada nak menyaman sebuah badan bukan kerajaan yang bercakap benar, keluarga Taib akhirnya harus mendedahkan asal-usul kekayaan yang tidak dapat dijelaskan,” kata Lukas Straumann, pengarah eksekutif BMF dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga berkata mahkamah memutuskan Jamilah terlalu lewat memfailkan kesnya, sembilan tahun selepas hartanya dikaitkan secara terbuka oleh defendan dengan dakwaan salah laku semasa tempoh bapanya, Taib Mahmud menjadi ketua menteri Sarawak.

“Dalam penghakiman 51 muka surat, mahkamah berkata, selama sembilan tahun, usahawan Malaysia-Kanada itu tiada masa langsung untuk memberi respons terhadap dakwaan Bruno Manser Fund, walaupun perhimpunan diadakan di hadapan kediaman peribadinya di Rockcliffe Park Ottawa bagi menggesa aset keluarga Taib dibekukan,” menurut kenyataan itu.

Pada awal Februari tahun ini, Mahkamah Sivil Switzerland mengarahkan Jamilah, suaminya dan Sakto Corporations membayar 166,000 francs Switzerland (RM673,960) sebagai ganti rugi kepada BMF.

NGO yang berpangkalan di Basel itu dinamakan sempena kehilangan Bruno Manser, aktivis yang terlibat dalam melindungi hutan dan hak-hak masyarakat pribumi di Sarawak.

BMF sebelum ini mendakwa Jamilah dan firma hartanah suaminya yang ditubuhkan pada 1983, menguasai lebih RM1 bilion aset hartanah di Kanada, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Percubaan NGO itu mengambil tindakan terhadap syarikat milik Murray melalui pendakwaan swasta gagal pada Februari 2018 apabila mahkamah Toronto enggan memberikan pendedahan mengenai rekod kewangan Sakto kepada BMF.

https://www.malaysiakini.com/news/477199

 

POLITIK PAS MENJADIKAN AGAMA DAN PERKAUMAN SEBAGAI BAHAN PROVOKASI UTAMA

Image may contain: 2 people, text

Pandai ayat politik belit lebai. Sampai ke Indonesia cuba tunjuk hero lepas bakoorrr

Umnopas Sanggup Menjadikan Agama & Perkauman Demi Nafsu Meroyan Ingin Ke Putrajaya

Itulah pentingnya pendidikan & pengetahuan. Supaya kita tak diperbodohkan oleh segelintir ahli politik yg ada kepentingan diri.. Rusuhan yg terjadi di Indonesia tidak mustahil akan berlaku di Malaysia jika provokasi perkauman & agama anjuran ISIS Malaysia (UMNO & PAS) tidak dibendung dari awal..

Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan harta dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan perolehan semua hartanya bermula dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan Rosmah untuk mengetepikan notis perisytiharan harta itu yang dikemukakan pendakwaan yang meminta beliau mengisytiharkan perolehan harta berkenaan.

Pendakwaan memohon Rosmah mengisytiharkan harta itu bersabit 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan yang dihadapinya.

Pendakwaan mengemukakan notis itu mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah mengetepikan notis perisytiharan harta itu selepas berpuas hati ia tidak akan memprejudiskan pihak pembelaan atau menyebabkan kebimbangan maklumat itu akan digunakan untuk menentangnya.

Beliau berkata, permohonan difailkan pendakwaan mengikut Seksyen 49(1) AMLATFPUAA hanya bagi siasatan dan tiada kaitan dengan 17 tuduhan dihadapi Rosmah.

Katanya, alasan Rosmah bahawa notis itu akan memprejudiskan dirinya dan beliau tidak mendapat perbicaraan adil adalah berdasarkan spekulasi dan tidak berwibawa.

“Hak berdiam diri diberikan ketika perbicaraan dan bukan dalam kes ini. Saya juga bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa hak untuk berdiam diri dan keistimewaan daripada menjawab notis itu, bukan hak dijamin Perlembagaan.

“Fleksibiliti diperlukan bagi menyeimbangkan antara kepentingan awam dan hak kepada tertuduh,” katanya.

Mohamed Zaini berkata, pihak berkuasa perlu diberi peluang menjalankan penyiasatan mereka seperti mengenal pasti aset milik seseorang disyaki dalam kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata, pendedahan aset itu tidak bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Katanya, anggapan tidak bersalah masih kekal kepada pemohon.

“Beban itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Mohamed Reza Rahim memohon mahkamah menangguhkan perisytiharan harta bagi membolehkan peguam membalas notis perisytiharan berkenaan.

Mohamed Zaini bagaimanapun memerintahkan peguam memfailkan permohonan rasmi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Rosmah tidak hadir ke mahkamah.

https://www.bharian.com.my/…/permohonan-rosmah-diketepi-per…

Bukti Umnopas khadam kepada MCA & MIC

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. – Arkib NSTP

MCA biadab

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, membidas tindakan biadab MCA yang mempertikai pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong yang tidak berpuas hati dalam pemberian biasiswa bagi mereka melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di 12 universiti itu disifatkan sebagai biadab.

“Pemuda AMANAH Perak menggesa supaya beliau memohon maaf dan jangan bersikap biadab dengan mempertikaikan pemberian itu.

“Umum mengetahui bahawa hubungan rapat Malaysia-Palestin terjalin begitu lama dan sikap Malaysia jelas dalam hal ini, iaitu Palestin negara yang tertindas dan perlu dibantu dalam segenap aspek, termasuk pendidikan.

“Pemberian biasiswa yang diumumkan kepada pelajar Palestin bagi meneruskan pengajian di negara ini selari dengan dasar luar Malaysia terhadap Palestin dan akan menjadi contoh kepada negara lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata, sumber peruntukan biasiswa berkenaan daripada universiti yang terbabit dan bukan daripada dana awam seperti yang digambarkan Chee Hiong.

Katanya, perkara itu jelas menunjukkan Chee Hiong tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“MCA juga dalam kenyataan itu diilihat bersikap tidak adil dan cuba memutar belit fakta sebenar apabila mendakwa kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) meminggirkan kaum Cina dan bukan Bumiputera dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Chee Hiong yang mengeluarkan kenyataan secara tergesa-gesa dan tidak berlandaskan fakta sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan perlu dikecam kerana berpotensi menimbulkan salah tanggap dalam kalangan rakyat yang rata-ratanya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Palestin dan positif terhadap pemberian biasiswa berkenaan.

Katanya, semua pihak terutamanya MCA digesa supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan menyemak semua fakta bagi mengelak daripada berlakunya sikap prejudis yang menjurus kepada sifat perkauman dalam kalangan masyarakat.

“Sehingga kini, belum ada sebarang teguran dibuat oleh PAS dan UMNO terhadap rakan sekutu mereka ini dan Pemuda AMANAH Perak mengharapkan PAS dan UMNO supaya menasihatkan MCA sebagai sekutu mereka untuk membuat permohonan maaf terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan dan mengambil iktibar agar membuat semakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/05/567609/mca-biadab?fbclid=IwAR3c1V-l–DsV05u___MHLxdwQCeFtgF_0Chq6kY6hc14VkS3bNMnu1wIPM

PDRM Beri Jaminan Keselamatan Jho Low Bila Dia Pulang – IGP

https://youtu.be/kEA1B0QypPc

 

PDRM Beri Jaminan Keselamatan Jho Low Bila Dia Pulang – IGP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan kepada ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low untuk pulang ke tanah air bagi melalui proses undang-undang berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, dakwaan kononnya Jho Low akan ditahan, diseksa dan dibunuh sekiranya pulang adalah tidak benar.

“Saya beri jaminan ke atas keselamatan dirinya (Jho Low), kalau dia dan mereka (individu lain) rasakan tidak bersalah, baliklah dan hadapi proses undang-undang negara.

“Konon ada cerita bila balik dia akan ditangkap, diseksa dan dibunuh itu mengarut. Kita ada undang-undang. Usah hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh menggunakan peguam menidakkan itu dan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 15 Sempena Hari Raya Aidilfitri, di Menara TM, Bangsar, di sini, hari ini.

Mengulas tentang lokasi di mana Jho Low berada, Abdul Hamid menegaskan pihaknya mengetahui lokasi ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkannya kepada media.

“Kita tahu di mana Jho Low dan rakan yang lain berada. Polis menggunakan semua sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesan Jho Low.