Siapakah pemimpin PAS terima RM3.5 juta duit UMNO ?

Image may contain: text

Siapakah pemimpin PAS terima RM3.5 juta duit UMNO ?

SPRM menyatakan sebelum ini, wang juta-juta duit UMNO tak akan masuk dalam akaun rasmi PAS, tetapi akan diselewengkan ke akaun-akaun lain bagi mengelirukan siasatan SPRM

Sekarang bekas pemimpin PAS disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima RM3.5 juta daripada Umno untuk PAS-TERENGGANU.

Bakar kereta Mufti Perlis adalah kes kecil, bakar kereta pemuda Pas adalah kes besar.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Isu bakar kereta dan bercita2 nak simbah asid pada Mufti Perlis adalah isu kecil berbanding tekanan dihadapi PAS di peringkat Nasional ?

Apa yg besar sgt tekanan PAS di peringkat Nasional tu ??.. Adakah tertekan kerana..

– Sbb dah kalah teruk hilang wang taruhan deposit lebih RM1 juta pada PRU14 ?

– PAS dah kempunan tak dapat memerintah negara ?

– Cita-cita Hadi nak jadi PM tak kesampaian ?

– atau gagal nak pertahankan UMNO/BN terus kekal berkuasa merompak, menyamun kekayaan negara ??!

#TalibanPas

 

Kenyataan Ketua Polis Perlis Berkaitan Pembakar Kereta Mufti Perlis

Image may contain: 2 people, text

TERIMA KASIH kepada polis Perlis kerana dapat tangkap & heret mereka yg bakar kereta Mufti Perlis ke muka pengadilan.

Buat masa ini hanya seorang suspek dahulu Mohd Azimar telah didakwa atas pertuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pada 22 Mac lalu.

Manakala seorang lagi dikenali Mie Tomoi masih bebas.

ADAKAH slps tertangkapnya Mie Tomoi barulah ada pendakwaan utk Mie Tomoi dan Muzaini itu nanti KERANA MUZAINI ADALAH SUSPEK & DALANG UTAMA dalam kes tersebut malah MUZAINI JUGA YANG BAYAR UPAH. Jika tiada yg bayar upah, adakah akan berlaku kejadian bakar kereta dgn secara percuma ??!

Sama2 kita tunggu tangkapan yg terakhir dan apa kesudahannya…

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-utama-bakar-kereta-mufti-perlis-ditahan-turut-terlibat-kes-cederakan-pengarah-jheaips-1.906368

Pembakar Kereta Mufti Perlis Adalah Anggota Unit Amal Pas – Ketua Polis Perlis

Image may contain: 2 people, text

BIAR GAMBAR BERBICARA..

DALANG UTAMA kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis TELAH DIDEDAHKAN, apa lagi helah walaun & lebai PAS nak putar belit pertahankan anasir2 ganas anggota Unit Amal PAS mereka ??!

#TalibanPas

#TetakPedangSamurai

#DalangBagiUpahRM500

 

SEBELAS BULAN LAGI KITA AKAN BERTEMU DENGAN RAMADHAN, JIKA ALLAH SWT IZINKAN.

No photo description available.

RINGKASAN JUZ 30

Kita telah tiba di garisan penamat, segala ayat-Nya telah kita lewati dari kulit ke kulit seakan-akan ini adalah akhir pertemuan dan kita akan berpisah. Maka al-Quran membekalkan kita dengan bekalan yang paling penting dalam perjuangan risalah al-Quran. Ia meminta kita merenungi semula hal-hal keimanan yang merupakan asas kepada seluruh emosi dan tindakan kita. Imanlah yang membentuk emosi, cara berfikir dan tindakan. Jika sejahtera iman maka sejahteralah semuanya.

PERISTIWA HARI INI

Kewafatan Imam al-Bukhari pada tahun 256 Hijrah, seorang muhaddith yang ulung hingga kini.

MERINDUIMU RAMADHAN

Kini kita benar-benar telah berada pada penghujung Ramadhan. Selamat bergraduasi peserta kem Ramadhan!

Jadikan bekal-bekal taqwa yang dikutip sepanjang Ramadhan kali ini sebagai perisai dan penguat dalam menghadapi hari yang seterusnya.

Semoga Ramadhan kali ini benar-benar menjadi milik kita!

#RamadhanMilikKita

 

PERPISAHAN DENGAN RAMADHAN DENGAN CURAHAN AIR TANPA DISEDARI

Image may contain: text

RINGKASAN JUZUK

Berdakwahlah, ajaklah mereka yang ada di sekitar kita untuk mendekati seterusnya memahami Islam dan hakikat beriman kepada Allah sebagaimana yang telah kita nikmati. Pastikan tindakan yang pertama selepas kita menikmatinya adalah berdakwah. Itulah mesej besar al-Quran kali ini. Bermula dari surah al-Mulk, juzuk yang terkandung padanya 11 buah surah ini dimulai dengan menceritakan akan kerajaan Allah s.w.t ke atas seluruh makhluk-Nya.

PERISTIWA HARI INI

Perang Medina-Sidonia di Sepanyol pada tanggal 92 Hijrah, tentera Muslim dipimpin Thareq bin Zeyad.

MERINDUIMU RAMADHAN

Satu hari sebelum berakhirnya Ramadhan, mari kita menoleh ke belakang dan merenungi diri. Di manakah kedudukan kita selepas Ramadhan ini. Adakah meningkat? Atau sekata? Atau menurun? Sekurang-kurangnya kita mempunyai satu hari untuk berbuat sesuatu pada bulan Ramadhan, yang hanya akan ditemui satu tahun selepas ini.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

RAMADHAN MADRASAH IBADAT YANG TIADA GANGGUAN SYAITAN AKAN MENINGGALKAN KITA

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Juzuk ini pula berfokuskan komitmen kepada Islam dalam segenap sudut. Setelah kita menelusuri al-Quran, bermula dari perincian berkenaan hakikat Islam sebagai cita-cita kita, hinggalah kaedah-kaedah praktikal perlaksanaannya, kini kita telah mahir dan maklum tentang makna kehidupan dan tujuan-tujuannya. Kini, kita perlu memberi sepenuh komitmen kepada tuntutan-tuntutan tersebut. Juzuk 28 dimulai dengan akhir surah al-Hasyr hinggalah surah at-Tahrim.

PERISTIWA HARI INI

Difardhukan Zakat Fitrah pada tahun 2 Hijrah, ia disabitkan oleh al-Quran, hadis dan ijma’ para ulama’.

MERINDUIMU RAMADHAN

Ramadhan umpama kem latihan yang syaitan dibelenggukan, puasa diprogramkan sebagai latihan dan ibadah-ibadah yang seumpama dengannya. Keluar dari kem ini, kita akan temui cabaran yang sebenar, bukti kejayaan kem latihan tersebut adalah apabila kita mampu mengharungi cabaran-cabaran di luar kem.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

LAMBAIAN PERPISAHAN RAMADHAN PENUH BERKAT SEMAKIN JELAS

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Surah-surah dalam juzuk ini az-Zariyat, at-Tur, an-Najm, al-Qamar, ar-Rahman, al-Waqi’ah dan al-Hadid ditambah dengan surah Qaf membicarakan berkenaan konflik memilih antara kesesatan ataupun petunjuk. Antara syurga dan neraka, antara nikmat atau siksa, kesemua hal dalam hidup ini adalah berkenaan memilih dan mengambil keputusan. Bacalah dan hayatilah juzuk ini untuk belajar memilih dan mengambil keputusan berpandukan ruh al-Quran.

PERISTIWA HARI INI

Perlantikan Abdul Malik bin Marwan pada 65 Hijrah sebagai Khalifah Kerajaan Islam Umayyah.

MERINDUIMU RAMADHAN

Kini Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagaimana dengan kita? Adakah telah terlihat kesan-kesan Ramadhan pada diri kita? Adakah kita sudah siap bersedia menjalani kehidupan tanpa Ramadhan? Mampukah kita?

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

 

DUA KEMUNCAK LAILATUL AL-QADR YANG TERLALU SINGKAT

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Surah Muhammad, al-Fath dan al-Hujurat diturunkan setelah hijrah Nabi s.a.w ke Madinah. Fokus perbahasannya ialah tentang sosok Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai sendiri, keimanan, ketaatan dan etika berurusan dengan Nabi s.a.w. Ia merupakan satu perlambangan bahawasanya Nabi s.a.w itu dicontohi dengan meneliti sirahnya secara keseluruhan, bukan secara terpotong-potong. Islam adalah negara dan kekuasaan, Islam juga aqidah dan ibadah.

PERISTIWA HARI INI

Sayidah Nafisah di Kaherah pada tahun 193 Hijrah, seorang isteri dan ibu yang mulia.

TADABBUR SURAH AL-QADR

“Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar” al-Qadr:5
Betapa terhadnya masa yang ada untuk Lailatul Qadr. Ia menandakan dua perkara. Pertamanya, alangkah pelik mereka yang tidak mampu memberi komitmen untuk ibadah. Yang kedua, rebutlah peluang yang terhad ini kerana tidak ada lagi peluang pada waktu yang lain.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

PARA MALAIKAT MENCATAT AMALAN ORANG MUKMIN DENGAN PENUH KASIH SAYANG PADA LAILATUL AL-QADR

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Menariknya, kali ini al-Quran menghimpunkan enam surah yang dimulai dengan Haa’ Miim. Seakan-akan Haa’ dan Miim adalah kod menandakan bahawa surah-surah tersebut ada persamaan mesej dan nilai. Surah-surah ini mempunyai mesej yang sepunya iaitu; Surah Makkiah, nilai al-Quran, kisah Musa a.s serta pengikutnya dari kalangan Bani Israel serta perpindahan risalah dari Bani Israel kepada legasi Nabi Muhammad s.a.w dari jalur Ismail a.s.

PERISTIWA HARI INI

Perang Ain Jalut dimenangi oleh tentera Muslimin mengatasi tentera Monggol pada tahun 658 Hijrah.

TADABBUR SURAH AL-QADR
“Pada malam itu turunlah malaikat dan ruh dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan” al-Qadr:4
Begitulah digambarkan betapa para penghuni langit bersungguh-sungguh ingin merakamkan ibadah yang dilakukan oleh kita pada malam tersebut. Ia menandakan kemuliaan Lailatul Qadr di sisi mereka, apatah lagi kita.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +6011-10619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/