Gerakan Menolak Golongan Sesat di Malaysia

6af4d-kafirkahaku2

Semenjak akhir-akhir ni orang keliru dengan lelaki ini.

Tapi mereka yang berlajar asas-asas dalam Ugama pasti menolak lelaki ini.

Hanya orang jahil yang mengangkat lelaki ini sebagai Ulamak.

Sedangkan huraianya dalam menafsirkan ayat-ayat Al Quran bercanggah dengan syarak.

Bahkan ada fatwanya menyanggai jumhur Ulama.

Manusia hari ini disebabkan kejahilan maka bila seseorang memetik sepotong ayat Al Quran dan Hadith terus dia kata hebat Ulama ini.. auzubillaah…

Kita Ahlu Sunnah Waljamaah al Asyairah Wal Maturidiyah sudah lama menolak zakir naik ini.

Bahkan gerakan Wahabi yang dibawanya sangat radikal sehingga diburu polis india kerana dikatakan dia terlibat dengan gerakan pengganas.

Petah berkata-kata sehingga menarik si pemuja!!!

Ayuh Rakyat Malaysia kita tolak Zakir Naik Wahabiah!!!
………………….

ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI:

Jawapan: Untuk mengenali seseorang itu adalah berfahaman Wahhabi atau tidak, maka kita perlu tahu tentang aqidah dan manhajnya dengan bukti supaya kita tidak memfitnahnya. Ramai masyarakat sekarang bertanya soalan ini: BETUL KE ZAKIR NAIK WAHHABI?

Jika hendak menjawab soalan ini secara ilmiah dan bukan dengan sesuka hati, maka di sini kita bawakan beberapa perkara yang membuktikan bahawa Zakir Naik adalah seorang yang berfahaman Wahhabi dan dia cuba menyembunyikan fahamannya sendiri dengan berkata: “Tidak ada mazhab dalam Islam”, sedangkan dia sendiri mengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas pergerakan Wahhabi.

Ini antara bukti-bukti bahawa dia adalah berfahaman Wahhabi dan manhajnya bercangah dengan manhaj ulama Melayu yang berfahaman Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah👇

1⃣AQIDAH YANG DISEPAKATI OLEH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH; ALLAH ADA TANPA TEMPAT:

Antara ulama Melayu yang masyhur ialah Syaikh Zainal-^Abidin ibn Muhammad al-Fatoni yang terkenal dengan “Tuan Minal Fatoni”, dia berkata dalam kitabnya yang berjudul Irsyadul-^Ibad ila Sabilir-Rasyad: “Jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: di mana Allah? Maka jawapannya: TIADA IA PADA TEMPAT”.

Zakir Naik berkata: Allah ada di langit atas Arasy dan kerana itu kita mengangkat tangan ke langit apabila berdoa.

Lihat kenyataannya ini yang terdapat dalam dua pautan berikut:

Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

Di tempat lain:
https://youtu.be/xeZGwUm5_xI

2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.

Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.

Lihat kenyataannya pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:

Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.

Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.

Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=jSReUdbb-0o

4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:

Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.

Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=wC90bc4m6gQ

5⃣TAUHID:

AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.

Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=x051J0q2b94

📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.

 

Gerakan Menolak Golongan Sesat di Malaysia