Bekas pegawai khas Datok Hishamuddin Hussin Onn didakwa

 

Bekas pegawai khas Datok Hishamuddin Hussin Onn didakwa hari ni, perintah tahan reman 3 hari dikeluarkan.. kes melibatkan pengaturan pembelian alat ganti pesawat bernilai RM1.8 jota pada 2017.. Tahniah kerajaan PH dalam membenteras gajala rasuah, kerana itu pembangkang amat anti dengan PH..

Bekas pegawai khas kepada bekas seorang menteri direman tiga hari kerana disyaki mengatur projek di sebuah kementerian, termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang bernilai kira-kira RM1.8 juta pada 2017.

Perintah reman bermula hari ini hingga 2 Mei itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan terhadap lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengikut sumber, suspek ditahan pada jam 12 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.

Ini termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Difahamkan, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki ada kaitan dengan individu berkenaan.

https://www.bharian.com.my/…/bekas-pegawai-khas-direman-3-h…

MACC FORCE

#DalangAturProjek

BAHRAIN MAHU MALAYSIA JADI HAB PASARAN HALAL

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

BAHRAIN MAHU MALAYSIA JADI HAB PASARAN HALAL – REDZUAN

KUALA LUMPUR 16 April – Bahrain menyuarakan kesediaannya menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran produk-produk halal keluaran usahawan dari negara itu dan negara-negara Teluk ke rantau Asia dan China.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Putera Khalifa Salman Al Khalifa dalam perbincangan dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd. Yusof di pejabat Khalifa di Manama semalam.

“Manama berhasrat menyertai kerjasama dengan Kuala Lumpur dalam membangunkan industri halal dunia,” kata Redzuan

Redzuan berada di negara Teluk itu sejak 14 April lalu mewakili Malaysia menghadiri Mesyuarat Menteri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu anjuran Bank Dunia dan Kongres Keusahawanan Global (GEN).

Beliau yang mengakhiri lawatan kerjanya ke Bahrain, dijadual tiba di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina hari ini untuk menyambung satu lagi lawatan kerja sehingga 21 April.

Redzuan berkata, dalam pertemuan dengan Putera Khalifa yang turut disertai Menteri Industri, Perdagangan dan Pelancongan Bahrain, Zayed Rashid Al Zayani, Perdana Menteri itu turut menyuarakan hasrat untuk menyambung semula fungsi Bahrain sebagai hab pasaran kereta nasional Malaysia ke negara-negara Teluk sama ada Proton ataupun kereta nasional baharu melalui platform perniagaan ke perniagaan (B2B).

“Pada masa sama, Manama mahu menerokai secara am peluang-peluang pelaburan di Malaysia.

“Bahrain juga berhasrat mengadakan penerbangan terus Gulf Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bahrain dan bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk destinasi-destinasi Gulf Air,” kata beliau.

Dalam pertemuan sejam itu, Redzuan berkata, Putera Khalifa turut mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berjaya menukar kerajaan, sekali gus mengembalikan kegemilangan Malaysia seperti mana Perdana Menteri telah membangunkan negara semasa pentadbiran 22 tahunnya sebelum ini.

“Putera Khalifa menaruh keyakinan Dr. Mahathir mampu mengembalikan semula kehebatan Malaysia.

“Sebagai sahabat akrab kepada Dr. Mahathir, beliau berhasrat untuk mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat. Hasrat itu menurut beliau telah dikemukakan kepada Wisma Putra,” kata Redzuan. – UTUSAN ONLINE

 

RM4 Bilion Masuk SRC

Image may contain: 3 people, text

Hari ke-11: Para pegawai bank lulus pindah RM4b ke SRC

Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, dijadual meneruskan keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sehingga perbicaraan ditangguhkan petang semalam Uma Devi masih disoal balasa peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh.

Malaysiakini menyiarkan laporan langsung perjalanan kes berprofil tinggi ini di sini dari semasa ke semasa.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

1 tuduhan salah guna kuasa
3 tuduhan pecah amanah
3 tuduhan pengubahan wang haram
Klik untuk perincian lanjut hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan

5.20 petang: DPP Sithambaram memohon perbicaraan seterusnya berlangsung pada Khamis dan meminta prosiding bermula sedikit lewat kerana pada pagi yang sama telah ditetapkan untuk pendengaran permohonan pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.

Beliau memberitahu hakim Nazlan permohonan itu merupakan notis usul supaya perbicaraan kes Najib Razak berkaitan SRC International didengar di hadapan hakim Lawrence sebelum perbicaraan tertuduh melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Pada hari Khamis, pendakwaan mempunyai notis usul sebelum Hakim Collins meminta kes ini (percubaan SRC Antarabangsa) selesai sebelum kes 1MDB.

“Pendengaran (mahkamah di hadapan hakim Lawrence) ditetapkan pada pukul 9 pagi,” kata Sithambaram (gambar).

Peguam bela Najib, Harvinderjit menyokong Sithambaram, berkata pihaknya tidak pasti berapa lama permohonan di hadapan hakim Lawrence akan diputuskan sebelum pihak terlibat boleh hadir ke Mahkamah Tinggi dengan hakim Nazlan untuk menyambung semula perbicaraan kes SRC International.

Nazlan kemudian membenarkan permohonan perbicaraan SRC International bersambung semula pada jam 9.30 pagi Khamis minggu ini.

Mengikut salinan permohonan pendakwaan yang ditetapkan untuk pendengaran di hadapan hakim Lawrence pada hari Khamis ini, pihak pendakwa berusaha untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB yang didengar hakim berkenaan (dokumen pendakwaan merujuk kepada perkara itu sebagai “perbicaraan kes Tanore”).

Sebelum ini, perbicaraan kes tersebut ditetapkan bermula pada 14 Mei ini.

Menurut kertas mahkamah, pihak pendakwa memohon penangguhan kerana ia melibatkan perkara kepentingan awam untuk kes jenayah yang melibatkan Najib agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kertas mahkamah juga menyatakan penangguhan itu perlu dilakuka supaya pembelaan tertuduh Najib tidak akan menjadi prasangka kerana beberapa perbicaraan berasingan juga menjalankan pendengaran.

4.55 petang: Saksi Wedani memberitahu mahkamah jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012.

Wedani memberi keterangan sejumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 29 Ogos 2011 dalam empat transaksi.

Jumlah yang sama dikreditkan secara sekaligus (lumpsum) dalam satu transaksi melalui Sistem Rentas (Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata) pada 28 Mac 2012.

Ketika pemeriksaan utama oleh DPP Sulaiman Kho, pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank itu menjelaskan pegawai bank yang berpengkat pengurus dan ke bawah boleh mengendalikan pemindahan maksimum sebanyak RM500 juta bagi setiap transaksi.

Jumlah melebih RM500 juta hanya boleh dilakukan oleh para pegawai bank berpengkat pengurus kanan dan ke atas, kata saksi itu memberi keterangannya.

Sulaiman: Mengapa 4 terma resit untukk pemindahan RM2 bilion ini?

Wedani: Sistem teras perbankan memerlukan surat rasmi kerana had pemindahan yang boleh dikendalikan (pegawai bank berpangkat) pengurus dan ke bawah.

Sulaiman: Maksud puan, masa pemindahan ini, kelulusan pegawai adalah pada had RM500 juta?

Wedani: Ya, betul.

Sulaiman: Untuk pindah RM2 bilion ini memang perlu empat transaksi?

Wedani: Ya, betul.

Sulaiman: Setiap satu RM500 juta?

Wedani: Ya betul.

Sulaiman: Dua dokumen dirujuk kepada puan, RM2 bilion pada SRC International, tapi satu resit. Kenapa?

Wedani: Duit masuk daripada KWAP kami terima pukul 5.40pm, Bank Negara Malaysia tutup jam 6 petang. Jadi kena masukkan sekaligus (one lump sum). Pengurus kanan dan ke atas boleh melakukan ini.

Sulaiman: Memerlukan kelulusan senior manager dan ke atas?

Wedani: Ya.

Sulaiman: Dua transaksi ini untuk KWAP telah berjaya dilakukan tindakan?

Wedani: Ya.

Sulaiman: Penyata bank SRC International ini, dikredit ke akaun SRC International?

Wedani: Ya.

Sulaiman: Puan rujuk transaksi ini… Minta puan rujuk penyata bank (P107). Penyata bank SRC International berakhir angka 9736.

Wedani: Ada.

Sulaiman: Mohon puan sahkan ada tertera pada penyata bank?

Wedani: Ada.

Sulaiman: Tarikh?

Wedani: 29 Ogos 2011.

Sulaiman: Ada berapa kemasukan duit pada tarikh itu?

Wedani: Ada empat transaksi.

Sulaiman: Jumlah?

Wedani: RM500 juta setiap kali.

Sulaiman: Mohon puan rujuk penyata bank SRC International berakhir angka 0650.

Wedani: Ada.

Sulaiman: Semak sama ada transaksi tertera pada penyata bank itu.

Wedani: Ada.

Sulaiman: Tarikh?

Wedani: 28 Mac 2012.

Sulaiman: Jumlah?

Wedani: RM2 bilion.

4.20 petang: Perbicaraan bersambung semula.

4.10 petang: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.

3.30 petang: Saksi Wedani Senen mengesahkan bahawa bahagian kedua sebanyak RM2 bilion mengalir masuk dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke dalam akaun bank SRC International pada 28 Mac 2012.

Pengurus Unit Pusat Rentas AmBank membenarkan dokumen nasihat pengesahan (confirmation advice) yang ditunjukkan oleh DPP Sulaiman Kho.

Sebelum ini, saksi R Uma Devi memberi keterangan bahawa RM2 bilion dipindahkan ke akaun SRC International pada tarikh yang sama.

Bahagian pertama sebanyak RM2 bilion telah dipindahkan dari akaun KWAP ke dalam akaun SRC International pada 26 Ogos 2011.

3.05 petang: Sejumlah RM2 bilion wang dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada akaun syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Ogos 2011.

Saksi pendakwaan yang juga pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen memberitahu mahkamah transaksi tersebut berlaku pada 26 Ogos tahun berkenaan.

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Sulaiman Kho, saksi ke-21 itu memberitahu pemindahan tersebut direkodkan melalui confirmation advice yang dikeluarkan.

Sulaiman: Boleh puan maklumkan apa dokumen ni?

Wedani: Confirmation advice. Duit masuk dari Kumpulan Wang Persaraan kepada Amislamic Bank.

Sulaiman: Jumlahnya?

Wedani: RM2 billion kepada SRC pada 26 Ogos 2011.

Sulaiman: Adakah confirmation advice ini dikeluarkan Unit Rentas Ambank?

Wedani: Ya.

Terdahulu saksi itu memberitahu mahkamah confirmation advice ialah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Rentas bank terbabit bagi melengkapkan pelaksanaan pemindahan wang dari sebuah bank ke akaun Ambank.

Katanya bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen berkenaan dikenali sebagai completion advice.

12.30pm – Ahli perniagaan Habibul Rahman tampil sebagai saksi. Dia menggambarkan dirinya sebagai perunding perniagaan dan penasihat korporat, dengan syarikatnya SKS pakar dalam urusan penggabungan dan penyerahan.

Nama Habibul sebelum ini dibangkitkan Rabu lalu apabila peguamnya Ashraf Abdul Razak tampil sebagai saksi.

Ashraf memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan cek berjumlah RM2.5 juta kepada firma guamannya untuk diberikan kepada Habibul.

Peguam itu berkata dia menerima arahan untuk mengagihkan wang berkenaan kepada isteri dan anak Habibul.

12.07pm – Pasukan pendakwaan memanggi saksi ke-22 Lew Choon Lai yang merupakan pemaju hartanah kecil-kecilan dan pemilik syarikat pengurusan majlis bernama Solar Shine Sdn Bhd.

Lew memberitahu mahkamah bahawa syarikatnya dimulakan pada 2010 dengan aktiviti utama adalah menyediakan barangan cenderahati untuk diedarkan di kawasan perumahan India.

Syarikatnya juga menguruskan majlis makan malam untuk masyarakat Cina di kawasan pedalaman, kata Lew.

Dalam sesi soal balas utama oleh DPP Saifuddn, Lew berkata dia menerima sendiri cek RM1 juta daripada Najib pada 2015.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk kempen mempromosikan agenda 1Malaysia.

Tambah Lew, kempen itu dugunakan untuk meninjau sentimen orang ramai terhadap dasar kerajaan, sebelum laporan diserahkan kepada Najib.

11.15 pagi: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.

11 pagi: Kata Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan dia mendapati transaksi untuk akaun bank Najib tiada melibatkan apa-apa yang mencurigakan sehingga ia boleh membimbangkan.

Kali ini disoal balas ketua pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah, R Uma Devi berkata dia tidak tahu lebih lanjut mengenai kemasukan dana didakwa dari Kementerian Kewangan Arab Saudi semasa ia berlaku.

Muhammad Shafee
Kata Uma Devi hanya kakitangan yang bertugas ketika itu mempunyai maklumat lebih banyak mengenainya.

10.41 pagi: Ketua pasukan pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mengambil giliran menyoal balasa R Uma Devi.

Disoal Shafee, pengurus bank tersebut memberitahu setakat apa yang dia tahu tiada amaran dikeluarkan pihak Ambank untuk meneliti transaksi mencurigakan dalam akaun Najib.

Uma Devi juga memberitahu mahkamah menjadi tugas seseorang pegawai bank yang menguruskan transaksi pelanggan untuk mengesahkan tandatangan pada sesuatu cek dan surah arahan.

Katanya proses transaksi tidak akan diteruskan jika didapati tandatangan itu tidak sepadan dengan contoh yang ada dalam pangkalan data bank.

Hal itu, kata Uma Devi, kemudian akan dimaklumkan kepada pelanggan.

Menjawab soalan Shafee, Uma Devi menambah, mengikut maklumat yang ada padanya, tiada siasatan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram dijalankan bagi mana-mana transaksi membabitkan akaun Najib.

Shafee: Berapa banyak dana yang boleh membawa kepada siasatan?

Uma Devi: Biasanya apabila melebihi RM50,000 bank akan membuat pertimbangan.

Shafee: Untuk mengesan sumbernya?

Uma Devi: Ya, tujuan dan sumber dana.

Shafee: Dalam kes ini, daripada apa yang kamu lihat pada semua dokumen, kamu tidak melihat sesuatu yang tidak diingini. Kamu tidak mendapati sebarang dokumen menandakan sesuatu penelitian boleh dibangkitkan berhubung dana-dana tersebut?

Uma Devi: Tidak setakat rekod yang saya ada.

Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan itu juga memberitahu semua transaksi melibatkan dana RM10,000 atau lebih dari atau ke luar negara perlu diisytiharkan kepada Bank Negara.

Katanya perintah itu berkuat kuasa sebelum 2013 dan memerlukan pelanggan menyatakan – antara lain – tujuan dana itu dipindahkan.

Dia juga memberitahu mahkamah bank kemudian memerlukan surah kebenaran dari Bank Negara sebelum urusan itu boleh dilakukan.

9.50 pagi: R Uma Devi mengesahkan ada beberapa transaksi pantas yang menyebabkan akaun di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, KL, menjadi overdraf sepanjang tempoh 2014 dan mendorong transaksi selepasnya dikawal.

Semasa disoal balas peguam bela Harvinderjit Singh, pengurus Ambank itu mengesahkan beberapa dokumen yang ditunjukkan di mahkamah berhubung transaksi berkenaanm termasuk beberapa keping cek bernilai berjuta-juta ringgit.

Harvinderjit merujuk kepada satu penyata bank untuk Sept 2014 menyaksikan sekeping cek pembayaran bernilai RM5 juta dan menyebabkan akaun bernombor akhir 898 menjadi overdraf.

Gambar fail
Sehari kemudian didapati ada pemindahan kredit bernilai RM5 juta untuk mengimbangi akaun berkenaan.

Uma Devi juga mengesahkan dana sebanyak RM10 juta dipindahkan masuk dan keluar dari satu akaun pada hari yang sama pada 10 Feb 2015.

Transaksi itu melibatkan akaun yang bernombor akhir 880.

9.08 pagi: Najib Razak tiba dalam hujan lebat. Bekas perdana menteri itu mengenakan sut berwarna krim dan terus menuju ke mahkamah tempat beliau dibicarakan.

9.21 pagi: Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali masuk ke mahkamah dan Najib mengambil tempatnya dalam kandang tertuduh.

Semalam saksi ke-21 pendakwaan R Uma Devi memberitahu baki wang dalam salah satu akaun Ambank Najib berada pada jumlah RM1.9 bilion pada 2013. Untuk rekod Najib ialah perdana menteri Malaysia pada ketika itu.

Uma Devi ditanya mengenai beberapa prosedur yang diperlukan supaya transaksi dalam jumlah yang besar itu dilaporkan kepada Bank Negara.

Perbicaraan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu juga dimaklumkan, jumlah akaun berkenaan berada pada tahap RM756 juta pada 2012.

Kata Uma Devi kira-kira RM304 juta dimasukkan ke akaun Najib pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Selain Harvinderjit, Najib turut diwakili peguam Mohd Yusof Zainal Abiden, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, Zahria Eleena Redza dengan Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua.

Peguam Negara Tommy Thomas pula mengetuai pasukan pendakwaan yang dianggotai 12 timbalan pendakwa raya lain membabitkan Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.

 

Najib Rasuahkan Habibul Rahman RM2.5 Juta Untuk Menjalan Risikan

Image may contain: one or more people and text

Habibul: Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik

KES NAJIB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2.5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan.

Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk “manfaat politik BN”.

Wang berkenaan dikatakan disalurkan melalui cek yang diberikan kepada sebuah firma guaman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi: Bolehkah anda menjelaskan kenapa cek itu diberikan kepada firma guaman dan bukannya anda sendiri?

Habibul: Saya sendiri minta kerana jika di bawah nama saya ia akan dianggap sebagai hasil pendapatan saya.

Bukan untuk tujuan saya. Ia untuk operasi pertahanan politik, digunakan (untuk memperoleh) risikan politik.

Saifuddin: Risikan untuk siapa?

Habibul: Ia ada tertulis dalam sebuah senarai, semua pihak yang terima (wang). Wang itu adalah untuk bayaran balik (aktiviti) politik.

(Kadang-kadang) saya perlu guna duit sendiri. Jadi saya ambil (sebahagian wang).

Rabu lalu, peguam yang mewakili Habibul, Ashraf Abdul Razak memaklumkan mahkamah mahkamah bahawa bekas firma guamannya sebelum ini menerima cek RM2.5 juta bagi anak guamnya itu.

Ashraf juga berkata dia menerima arahan daripada Habibul untuk membuat beberapa bayaran, termasuk kepada anak dan isteri Habibul.

Hari ini, Habibul menjelaskan bahawa wang yang diagihkan kepada keluarganya adalah bayaran balik wang yang dia sudah gunakan untuk tujuan mengumpul bahan risikan politik.

Habibul juga menjelaskan bahawa Ashraf tersilap memberitahu mahkamah bahawa RM2.5 juta itu adalah bagi tujuan kontrak pertahanan.

Ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam Shafee Abdullah, Habibul bersetuju bahawa “semua” presiden Umno menguruskan wang parti.

Ketika Shafee bertanya sama ada Habibul pernah menyoal Najib tentang sumber dana itu, Habibul berkata dia percaya ia dari “sumbangan politik”.

“Sejak 1984 ketika saya sertai Umno, orang sentiasa kata bila anda jadi perdana menteri, semua orang mahu beri sumbangan politik kepada anda,” katanya.

Shafee: Apa yang anda buat adalah operasi pertahanan politik. Adakah terlalu sensitif untuk tanya tentang perkara ini? Boleh berikan gambaran kasar apa ia sebenarnya?

Habibul: Dalam politik, anda perlu pengetahuan tertentu tentang apa yang anda jangka akan berlaku, sebab itu ada risikan politik. Anda perlukan rangkaian yang akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa. Tiada sesiapa beri maklumat secara rahsia.

Shafee: Pernahkah anda terlibat dalam sebarang projek politik khusus?

Habibul: Saya tak fikir yang mahu jawab soalan ini. Saya tak kata ‘black ops’. (Tapi saya kata) ‘special ops’ (operasi khas).

Shafee: Ada melibatkan isu undang-undang?

Habibul: Tiada yang melanggar undang-undang. Ideanya adalah untuk meredakan krisis politik dan menyingkirkan seteru politik

 

https://web.facebook.com/PenyokongPPBMnegeriMelakaOfficial/photos/a.361556500842202/898334273831086/?type=3&theater

Pakatan Harapan lebih adil, bayar royalti minyak berbanding umnobn- MB Terengganu

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan lebih adil kepada kerajaan PAS di Terengganu termasuk dalam soal bayaran royalti minyak untuk negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2019

 

KERAJAAN persekutuan di bawah Pakatan Harapan lebih adil kepada kerajaan PAS di Terengganu termasuk dalam soal bayaran royalti minyak untuk negeri, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang jadi perdana menteri sekali lagi, tidak menekan Terengganu kerana ditadbir parti pembangkang, katanya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151165?fbclid=IwAR0b59CD5YZf4yBABMCVzq6woTfjBywv4CCPpTs1pqldNGCkdzevhIDj-6w

“Selamat Kembali Wahai Saudaraku,” Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam

Seperti semua sedia maklum, pengarah drama terkenal, Michael Ang telah mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu dan baru sahaja diwar-warkan secara rasmi menerusi Instagram beliau sebentar tadi.

BACA: “Assalamualaikum, Doakan Yang Baik-Baik”, Michael Ang Kongsi Berita Sudah Setahun Peluk Islam

Adam Corrie Lee yang juga seorang pelakon terkenal mengucapkan syukur kepada Allah sehingga menitiskan air mata apabila mendapat berita tentang Michael Ang memeluk agama Islam. Adam menyiar semula entri dari Michael Ang ke Instagram beliau dan mengucapkan “selamat kembali wahai saudaraku dunia dan akhirat”.

“Selamat Kembali Wahai Saudaraku,” Menitis Air Mata Adam Corrie Bila Dapat Tahu Michael Ang Peluk Islam

 

Habibul Rahman sahkan terima RM2.5 juta daripada Najib

PERUNDING politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah, menjadi saksi pendakwaan pada perbicaraan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Perunding politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah, mengesahkan menerima wang RM2.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak bagi khidmat rundingan risikan dan strategi politik.

Habibul Rahman selaku saksi ke-23 pendakwaan, dalam keterangan beliau hari ini, berkata beliau menerima wang itu melalui cek daripada Najib sendiri di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Putrajaya.

Saksi yang juga pemilik HKS Consultant, kemudian dikemukakan dengan cek berkenaan bertarikh 2 Februari 2015, oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi.

Menjawab soalan Muhammad Saifuddin mengapa cek itu dikeluarkan atas nama firma guaman Zulqarnain & Co, Habibul Rahman berkata, ia bagi mengelakkan dikenakan cukai.

“Saya meminta secara peribadi atas nama firma guaman itu sebab duit bukan untuk kegunaan saya tetapi mewujudkan hubungan baik dalam parti.

“Ia tertulis dalam senarai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang ini bagi bayaran balik kerana sebelum itu saya gunakan wang saya terlebih dulu.,” katanya.

Habibul Rahman berkata, cek itu kemudian diserahkan kepada peguam dan beliau meminta disediakan cek dikeluarkan untuk isteri dan anaknya.

Katanya, ia berikutan wang yang diterima adalah bagi pembayaran balik kerana menggunakan sebahagian wang sendiri bagi kerja khidmat rundingan politik berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/558773/habibul-rahman-sahkan-terima-rm25-juta-daripada-najib?fbclid=IwAR2n0amMolfLqdDsTDX_YxAmLAVlZafAapy9zBHcRIbw4jaVRL4bUWBVZ6k

Tun M Sudah Tua Membina Negara- Najib Masih Muda Tetapi Sanggup Meruntuhkan Negara

Saya akan menjaga maruah negara selagi hidup – Dr Mahathir

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tidak akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam situasi buruk, hilang maruah dan tujuan selagi beliau masih hidup.

Perdana Menteri berkata, beliau sedar mengenai cabaran yang mendatang dan akan sedaya upaya mengatasinya sebaik mungkin.

“Malaysia sebagai sebuah negara, sudah melalui pelbagai rintangan sejak kemerdekaan. Saya berada di situ ketika negara mencapai kedaulatan dan menyaksikan perjuangannya selama ini.

“Sebab itu selagi saya masih hidup, saya tidak akan membenarkan negara ini jatuh, hilang maruah, kedaulatan dan arah tujuannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Anugerah dan Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di sini, malam ini.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas Ketua Polis Negara selaku Presiden Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Tun Mohamed Hanif Omar.

Pada majlis itu, Dr Mahathir diumumkan sebagai penerima Anugerah Pembina Negara dan Pemimpin Berwawasan AAMO atas sumbangan beliau kepada negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman beliau memimpin negara dengan mempraktikkan kepakaran dalam bidang kedoktoran yang dimilikinya.

“Saya seorang doktor perubatan. Sebagai seorang doktor, saya akan memeriksa pesakit dan melakukan diagnosis terhadap pesakit.

“Jika ia tidak berjaya, kita perlu berfikir di luar kotak dan memikirkan cara lain termasuk melakukan pembedahan atau memotong bahagian (anggota badan).

“Begitu juga sebagai pemimpin negara, kita perlu menjalankan diagnosis dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Itu yang saya praktikkan selama ini,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/558581/saya-akan-menjaga-maruah-negara-selagi-hidup-dr-mahathir?fbclid=IwAR0Awe-B9zgaCt08zUebQM-7KSYCvTH9QZMph2gFhFDpsBfyqpp1cuSiHtg