Gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor – Kadir

Penasihat media perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin, menggesa polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya menyiasat sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Johor.

Dalam tulisan di laman Facebooknya, bekas wartawan kanan itu menyindir Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perang mulut yang berterusan antara Putrajaya dengan Istana Johor.

Hantarannya pada jam 6 petang tadi dibuat beberapa jam selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggelar Tunku Ismail sebagai “budak kecil”.

Kadir berkata, sesuatu perlu dilakukan terhadap “budak kecil” tersebut dan tidak hanya bercakap sahaja.

“‘Little boy’ atau budak kecil macam bom atom yang meranapkan Hiroshima pada tahun 1945 ini amat berbahaya walaupun dia kecil dan tak tahu apa-apa.

“Jadi kita kenalah buat sesuatu. Tak cukup dengan cakap saja,” katanya.

“Lagipun budak kecil ini sudah alu-alukan kita untuk melakukan 110%,” kata beliau lagi merujuk kepada kenyataan Tunku Ismail pada Sabtu yang mencabar pihak yang mahu “finish” keluarga diraja itu supaya bertindak sepenuh tenaga,

Kadir berkata, “jadi kita minta ketua polis negara yang baru (Abdul Hamid Bador) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri tengok banyak mana cukai Mados Sdn Bhd bayar sejak beratus tahun berniaga.”

Beliau mengakhiri tulisannya dengan soalan kepada pembaca: “Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari setuju?”

Mados Sdn Bhd dipercayai ditubuhkan oleh datuk Tunku Ismail, iaitu almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, menurut laporan Malaysiakini pada 2014.

Bidang perniagaan syarikat tersebut termasuklah “pelaburan hartanah, khidmat pengurusan, pembalakan dan operasi kuari”, sementara pemegang saham dan lembaga pengarahnya terdiri daripada anggota keluarga diraja. – Sumber Free Malaysia Today |  Majalah Review Malaysia

https://www.malaysianreview.com/191852/kadir-gesa-lhdn-polis-siasat-syarikat-berkait-keluarga-diraja-johor/?fbclid=IwAR2O4XaZdRLcLVhesNgOhqk02xwjYJLp3Rc8lm9qQQiEXlW8bfvgQZe5Nms

Malaysia terima pemindahan pertama RM236 juta dari AS (1MDB) -Peguam Negara

 

GAMBAR fail, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung skandal 1MDB, Julai tahun lalu. – Foto Abd Rahim Rahmat

DIMANAKAH USAHA UMNOPAS,MELAYU, ISLAM YANG MENDAKWA CINTAKAN NEGARA, CINTAKAN ISLAM DAN CINTAKAN BANGSA MELAYU UNTUK MENGEMBALIKAN WANG RAKYAT YANG DICURI OLEH NAJIB ?  UMNOPAS PASTI SEMAKIN MEROYAN DENGAN KEJAYAAN INI.

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menerima pemindahan pertama dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$57 juta (RM236 juta) dari Amerika Syarikat (AS) yang disita daripada Red Granite Pictures.

Red Granite Pictures adalah syarikat pembikinan filem berpangkalan di AS yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak tirinya Riza Aziz.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang berkata, pembayaran pertama dana itu diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ).

“Pemindahan pertama dana yang dipulangkan sebanyak AS$57,036,688.68 dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB, sebuah akaun amanah yang dibuka secara khusus untuk tujuan ini.

“Dana itu turut diperoleh susulan penyelesaian sebanyak AS$60 juta (RM249 juta) yang direkodkan di Mahkamah California, baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Riza adalah Ketua Eksekutif Red Granite Pictures dan menerbitkan filem Hollywood ‘Wolf Wall Street’ yang disaman DOJ bagi tujuan memulangkan AS$1 bilion dana didakwa disalahgunakan berasal dari 1MDB.

Thomas berkata, sejumlah AS$3 juta (RM12.45 juta) ditolak untuk membayar semula kos dibelanjakan DOJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai peyelesaian bagi dana Red Granite Pictures.

Katanya, kos ini termasuk yang dibelanjakan DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara kapal layar mewah, Equanimity ketika kapal terbabit ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa ke perairan negara ini.

“DOJ kini juga dalam proses menghantar pulang sejumlah AS$139 juta (RM576.85 juta) wang yang diperoleh hasil daripada jualan kepentingan milik Jho Low dalam Hotel Park Lane di Manhattan, New York.

“Semua kos dibelanjakan DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai penyelesaian bagi aset Hotel Park Lane akan ditolak daripada wang penyelesaian berkenaan dan bakinya akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB dalam waktu terdekat,” katanya.

Katanya, DOJ baru-baru ini mengumumkan daripada AS$4.5 bilion (RM18.67 bilion) yang dipindahkan secara salah dari 1MDB, aset yang sedang diusahakan untuk disita DOJ melalui pelbagai tindakan aduan sivil yang difailkan sejak tahun 2016 sehingga tahun ini dianggarkan bernilai AS$1.7 bilion (RM7 bilion).

Beliau berkata, aset itu termasuk kapal layar mewah, Equanimity yang dijual secara kehakiman oleh Mahkamah Admiralti Malaysia bulan lalu pada harga AS$126 juta (RM522.9 juta).

Sementara itu Thomas berkata, Malaysia setakat ini berjaya mendapatkan semula dana berjumlah AS$322 juta (RM1.3 bilion) nilaian daripada aset sejak siasatan ke atas syarikat kontroversi itu bermula secara efektif selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

Beliau berkata, Malaysia juga bakal menerima SGD50 juta (RM152.5 juta) daripada dana berkaitan dengan 1MDB menerusi keputusan Mahkamah di Singapura.

“Sejumlah SGD15 juta (RM45.75 juta) dikreditkan ke dalam akaun aset pemulihan 1MDB antara September tahun lalu sehingga Mac lalu. Baki sebanyak SGD35 juta (RM106.75 juta) akan dikreditkan tidak lama lagi,” katanya.

Thomas berkata, pemulihan aset ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan dan kerjasama baik pihak berkuasa Malaysia dengan rakan sejawat di AS serta Singapura.

“Kami menyatakan terima kasih kepada mereka. Usaha mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan Malaysia yakin lebih banyak wang bakal diperoleh semula pada bulan mendatang,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/561133/1mdb-malaysia-terima-pemindahan-pertama-rm236-juta-dari-peguam-negara?fbclid=IwAR2UMKI8Kj8SOTCduqQdae2kTYDQOr_XmYtBybX0CN4rfhyF8qX71O3qI40

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit

UNITED STATES RETURNS MORE THAN RM800 MILLION TO MALAYSIA IN RECOVERED 1MDB FUNDS

PUTRAJAYA – U.S. Ambassador to Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir and Principal Deputy Assistant Attorney General John P. Cronan met today with Malaysian Attorney General Tommy Thomas and Minister of Finance Lim Guan Eng to confirm the initiation of the process to return approximately $196 million (RM 812.9 million) to Malaysia, representing the first installment of funds recovered from asset seizures related to 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Malaysia’s state-owned and controlled fund created to pursue investment and development projects for the economic benefit of Malaysia and its people.

The first tranche of returned funds includes:

• $57,036,688.68 (RM 233,701,605.23) from Red Granite Pictures, and stems from a March 2018 settlement in California courts. This amount has been received by Malaysia.

• The U.S. Department of Justice is in the process of returning $139,000,000 (RM 576,196,700) from the February 2019 sale of Manhattan’s Park Lane Hotel. This amount is in the process of being transferred from the U.S. to Malaysia.

“We are extremely pleased that this first tranche of assets from this Justice Department investigation is being transferred back to Malaysia, demonstrating the U.S. commitment to return these assets for the benefit of the people of Malaysia,” said Ambassador Kamala Shirin Lahkdhir, the U.S. Ambassador to Malaysia. “This is an important symbol of the cooperation between our two countries – a cooperation that demonstrates our shared commitment to good governance, combatting official corruption, and ensuring justice is served.”

The United States Department of Justice
Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General’s Chambers Malaysia

https://web.facebook.com/usembassykl/photos/a.139452784846/10157099935959847/?type=3&theater

 

Dr M Dalam Senarai 50 Pemimpin Terhebat Dunia

1 TUN M

Image may contain: 16 people, people smiling

Dr M dalam senarai 50 pemimpin terhebat dunia

PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad termasuk dalam senarai 50 pemimpin terhebat di dunia oleh majalah perniagaan antarabangsa, Fortune.

Beliau diletakkan di tangga 47 di belakang tokoh perniagaan Amerika Syarikat, Tricia Griffith dan di depan jurulatih bola keranjang, Tony Bennet dari Universiti Virginia.

Fortune meletakkan pengasas Microsoft, Bill Gates dan isteri Melinda di tangga pertama senarai, diikuti Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, dan Robert Mueller, seorang peguam khas di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Tokoh-tokoh terkenal lain dalam senarai itu termasuk aktivis iklim, Greta Thunberg (6), Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook (14), dan Putera Harry dan isteri, Meghan dari United Kingdom (42).

Fortune menggambarkan Mahathir sebagai seseorang yang “menulis babak baru dalam legasinya”.

Dalam satu petikan 2 perenggan, Fortune berkata: “Sepanjang 22 tahun pertama sebagai perdana menteri, dari 1981 hingga 2003, beliau menjadikan Malaysia salah satu harimau ekonomi Asia Tenggara, tetapi ketidakpedulian terhadap badan kehakiman dan akhbar membayangkan kecenderungan autokratik.

Tahun lepas, dia kembali untuk berkempen atas platform anti-rasuah, mengetuai sebuah parti politik baru kepada kemenangan yang mengejutkan ke atas penyandang, Najib Razak.”

“Mahathir kini sedang menangani rasuah endemik yang melanda institusi negaranya, dan mengheret Najib ke mahkamah atas tuduhan berkaitan skandal 1MDB, satu kes mafesans yang telah menjerat orang-orang bank di Wall Street dan pegawai kerajaan (Najib nafi semua tuduhan).

Mahathir dan partinya kini berusaha melindungi kebebasan badan kehakiman dan akhbar, mengiktiraf mereka membantu memastikan demokrasi jujur.”

Bulan lepas, Mahathir tersenarai dalam 100 tokoh berpengaruh pada 2019 oleh majalah antarabangsa, Time.

Rahsia Besar Disebalik Istana Johor

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Image may contain: 2 people, people sitting

“Suara TMJ Suara Rakyat”

Rumah TMJ berpuluh-puluh buah kereta mewah.

Rumah kau berpuluh-puluh buah kereta mainan je.

TMJ bawa Ferrari.

Kau bawa kapcai je.

TMJ naik jet peribadi.

Kau naik Air Asia je.

TMJ naik kapal mewah.

Kau naik sampan je.

TMJ tinggal dalam mahligai.

Kau sewa rumah belum tentu mampu bayar.

TMJ round satu dunia tengok bola.

Kau duduk mamak tengok bola.

TMJ billionaire.

Kau papakedana.

TMJ duduk ruang air con tengok kau bodoh.

Kau berdiri di bawah hujan melalak macam anjing gila.

TMJ mampu.

Kau tidak mampu.

Tapi kau yg tidak mampu beria-ria membela

TMJ yg mampu.

CNP Bersatu Rakyat Malaysia

 

Mejoriti Rakyat Malaysia Menyokong Penuh Pelantikan Datuk Abdul Hamid Bador Sebagai Ketua Polis Negara

Image may contain: 2 people

Boleh dikatakan Mejoriti rakyat malaysia menyokong penuh pelantikan datuk Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara. Mungkin kerana beliau seorang yang berani.

“Andai di kerat – kerat 12 sekalipun, saya tak kan berpaling tadah pada insan yang banyak berjasa” – Datuk Abdul Hamid Badur 2015 –

Selamat menjalankan Tugas.

Kelantan Arah Tutup Kedai Makan Semasa Solat Terawih

Image may contain: one or more people, people sitting and text

Bukan DAP je yg kata,malah orang islam sendiri berkata PAS ni mengamalkan politik TALIBAN..

Benda SUNAT pun nak dipaksa buat…punca rezeki orang islam itu sendiri pun nak dihalang…..

Ni kalau puak PAS perintah negara,lebih TALIBAN dari TALIBAN mereka buat,bahaya untuk Malaysia yg mempunyai rakyat berbilang kaum….

Ingat PAS ingat TALIBAN..

ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA BERSAMA PAKATAN HARAPAN.

No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.

RM42 juta dari Ihsan Perdana masuk akaun Najib

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM42 juta dari akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd dipindahkan ke dalam dua akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengurus Affin Bank cawangan The Curve, Noorhayati Mohd Yunus, 44, mengesahkan pemindahan wang itu berdasarkan penyata akaun Affin Bank atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

“Tiga pemindahan wang dari akaun Affin milik Ihsan Perdana bernombor 106180001108 itu sebanyak RM27 juta dan RM5 juta pada 26 Disember 2014, serta RM10 juta pada 10 Februari 2015.

“Saya merujuk kepada borang Permohonan Kiriman Wang dan mengesahkan bahawa semua wang itu dimasukkan ke dalam dua akaun AmPrivate Banking 1MY dan MY yang bernombor 2112022011880 dan 2112022011906 (milik Najib),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Sulaiman Kho Kheng Fuei pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Terdahulu, ketika dirujuk kepada Borang Pembukaan Akaun Perniagaan milik Ihsan Perdana, saksi pendakwaan ke-30 itu mengesahkan penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun itu adalah Datuk Abdul Aziz Ismail, 67, dan Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman, 58.

Dalam prosiding itu, Shamsul turut hadir ke mahkamah untuk proses pengecaman oleh Noorhayati.

Terdahulu, Noorhayati mengesahkan bahawa syarikat Ihsan Perdana atau nama asalnya Gem Horizon Sdn Bhd mempunyai tiga akaun di Affin Bank dan dua daripadanya masih aktif sehingga kini.

“Akaun Gem Horizon Sdn Bhd dibuka pada 5 Ogos 2011, manakala dua akaun lagi atas nama Ihsan Perdana pada 5 Januari 2012 dan 1 Jun 2012.

“Pada 24 Oktober 2011, Gem Horizon ditukar kepada nama Ihsan Perdana. Saya mengesahkan Borang 13 Akta Syarikat 1965 (borang penukaran nama syarikat) ini diterima daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd bersama-sama permohonan syarikat untuk membuka akaun di Affin Bank pada 5 Januari 2015,” katanya.

Ihsan Perdana adalah anak syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk SRC International Berhad.

Sementara itu, Noorhayati memberitahu mahkamah bahawa wang berjumlah RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd secara berperingkat antara 2014 dan 2015.

“Saya merujuk kepada penyata akaun atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

“Saya mengesahkan kemasukan wang berjumlah RM40 juta pada 24 Disember 2014, RM5 juta pada 5 Februari 2015 dan RM5 juta pada 6 Februari 2015,” katanya.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Read yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak tahu sama ada wang yang terlibat dalam pemindahan dari Gandingan Mentari ke akaun Ihsan Perdana adalah dari SRC International atau tidak.

Farhan Read: Adakah kamu tahu sama ada sumber wang itu berasal dari SRC International?

Noorhayati: Saya tidak tahu.

Sementara itu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permintaan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan perbicaraan sedikit lewat esok oleh kerana beliau perlu hadir di Mahkamah Rayuan esok yang ditetapkan untuk keputusan rayuan Najib berhubung penolakan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pasukan pendakwaan tidak membantah permintaan Muhammad Shafee.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan bersambung esok.

– BERNAMA

RM42 juta dari Ihsan Perdana masuk akaun Najib

 

 

RM7.4 juta dana IKSIM ‘hilang’

Mujahid dakwa RM7.4 juta dana IKSIM ‘hilang’

KERAJAAN membekukan sementara akaun dan aktiviti dirancang Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), berkuat kuasa serta-merta setelah RM7.4 juta dana yang dibelanjakan tidak dapat dikesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, langkah itu bertujuan membolehkan IKSIM melalui proses pemulihan daripada unsur penyelewengan dana korporat.

“Keputusan ini dibuat selepas audit dalaman terhadap IKSIM dilakukan dan mendapati sejumlah RM7.4 juta perbelanjaan daripada RM7.6 juta yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak dapat dikesan.

“Kira-kira 97 peratus dana yang dibelanjakan IKSIM tidak diketahui atau dikesan, berapa dan bagaimana ia dibelanjakan.

“Ini bukan jumlah kecil bagi IKSIM dan yang kita tahu hanya 2.2 peratus ada butiran transaksi,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, IKSIM mendakwa kerajaan berhasrat menutup institusi itu selepas disekat menerima dana sehingga mengalami kekurangan sumber kewangan dan tidak dapat membayar penuh gaji kakitangan sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, Mujahid berkata, tunggakan gaji kakitangan IKSIM sejak Jun lalu akan diselesaikan dengan segera oleh kerajaan.

Mengulas isu berasingan, beliau berkata, kerajaan sedia berdialog dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) bagi membincangkan isu dihadapi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, ia bukan bertujuan mengiktiraf gaya hidup sedemikian.

“Setiap rakyat negara ini berhak menyuarakan pandangan selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak ada masalah berdialog dengan sesiapa sahaja, namun ia bukan bermaksud saya terima gaya dan cara, sebaliknya kerana kerana bersuara adalah hak mereka.

“Kalau lebih daripada itu, nak iktiraf gaya hidup, itu peringkat lain yang kita kena bincang,” katanya.

Beliau diminta mengulas pendirian kerajaan terhadap kenyataan aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir yang menyatakan sokongannya terhadap golongan LGBT di negara ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/365640/mujahid-dakwa-rm74-juta-dana-iksim-hilang?fbclid=IwAR2JUa1-qA4MPWI2dsq45gsL3cTeBlM8HiBCofZsMMt1qNt640RfcFVHB54