Pas Terengganu Bila Lagi Nak Hapus PTPTN ?

1 HADI ROSAK1 HADI BIAWAK

Wajip berbohong untuk kemaslahatan umah.
Berbohong Utk selamat kan diri ke atau nak menipu.   Islam melarang ditegah berbohong.
‘Pas hapus dulu PTPTN untuk rakyat Terengganu’
27 Mar 2019
FARAH SHAZWANI
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa PH gagal melaksanakan janji untuk menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau sebaliknya berkata, Pas yang sepatutnya menunaikan janji dengan menghapuskan hutang PTPTN, sebagaimana janji dalam manifesto Pas semasa PRU14.
“Sepatutnya Hadi selaku Presiden dan Ahli Parlimen Marang memastikan Pas melunaskan janji mereka. Kerajaan Terengganu (Pas) sudah dapat bayaran royalti minyak sebanyak 5 peratus, jadi ini masanya mereka melangsaikan hutang PTPTN khas untuk rakyat Terengganu sahaja.
“Mereka melalui Gagasan Sejahtera sebelum ini berjanji nak lupuskan hutang PTPTN untuk negara kalau menang.
“Sekarang ini, Pas menang di Terengganu. Saya yakin kerajaan Pas mampu menunaikan janji itu, tetapi ia khas untuk rakyat Terengganu yang mempunyai IC 11 sahaja. Itu salah satu cara bagi membantu anak-anak negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi menyifatkan PH sebagai gagal melaksanakan agenda rakyat.
Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut mengingatkan PH supaya tidak terus menumpukan usaha mencari kesalahan kerajaan sebelum ini, sebaliknya mengotakan janji manifesto yang dibuat sebelum PRU14.
Dalam perkembangan berkaitan, Razali turut memberikan amaran kepada Pas agar penggunaan royalti minyak itu hanya khas untuk rakyat negeri Terengganu sahaja.
“Kita tidak akan sesekali bersetuju sekiranya royalti itu dibawa kepada penggunaan politik atau membantu parti Pas di negeri-negeri lain.
“Memandangkan royalti minyak itu dibayar penuh oleh kerajaan PH, yang mana tidak dilakukan oleh BN sebelum ini, kerajaan Terengganu perlu memastikan ia hanya digunakan bagi kepentingan rakyat negeri ini sahaja,” katanya.
C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s