Ahli Pas Seumur Hidup Menyesal

1 PAS KATA KESAT

KATA-KATA KEJI PEMUDA PAS YANG PATUT KITA RENUNGI BERSAMA

Saya sebagai ahli PAS seumur hidup berasa begitu sedih mengikuti perkembangan PAS terkini.
Dua tahun lepas bila di tuduh PAS meningalkan Pakatan Harapan kerana ingin bergabung dengan UMNO saya kurang percaya kerana ianya di nafikan oleh pemimpin PAS sebagai fitnah.
Bila ada berita bahawa PAS inging tubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO semasa krisis MB Selangor saya masih lagi yakin PAS akan berpegang pada janji dan tidak akan menikam rakan rakan dari belakang kerana PAS adalah pejuang Islam dan hanya mencari keredhaan Allah swt dan bukannya gila kuasa.
Bila PAS terlibat dalam RUU 355 saya juga menyokong PAS walau pun ramai yang mengatakan ianya hanya drama PAS dan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam.
Pada PRU 14 ramai yang menyerang PAS kerana bertanding di 158 kerusi Parlimen adalah untuk membantu BN untuk menang dengan pertandingan 3 penjuru. Seperti penyokong PAS yang lain saya berpendapat adalah mustahil PAS ingin membantu UMNO dengan bertanding kerusi parlimen begitu banyak.
Tetapi setelah melihat sendiri apa yang berlaku di Cameron Highland dan Semenyih, hati saya begitu sayu apabila perkara yang takuti benar benar berlaku. Secara terang terang PAS turun membantu BN yang dari dulu adalah musuh Islam yang telah banyak melakukan kekejaman pada PAS.
Kami orang orang kampung dah 60 tahun di pulau dari semua bantuan kerjaan samada baja atau anak ayam, malah jalan tar kampung pun di haramkan ke rumah rumah orang PAS.
Pemimpin pemimpin PAS yg terdiri dari ustaz ustaz muda tidak pernah merasa penindasan dari kerajaan BN. Lalu baru saya terfikir adakah kerana wang ringgit yang di taburkan telah meruntuhkan Iman pemimpin PAS hingga sanggup memakai baju biru BN yg kami benci dan sanggup berpayung dengan payung biru pekat yang pernah di label sebagai kafir.
Tiba tiba keluar video Nik Abduh yang kami kurang yakin suara beliau dan di nafikan juga oleh beliau. Tiba tiba dengan kuasa Allah swt suara Nik Abduh adalah tulin dan beliau sendiri mengaku. Pembohongan oleh Nik Abduh saya tak boleh terima kerana ianya bukan sifat Rasulullah saw dengan apa alasan sekali. Tuan Guru Hj Hadi tidak sepatutnya merestui perbuatan mendusta oleh Nik Abduh.
Terkini penarikan saman di London oleh Hj Hadi walau pun sebelum ini kami bersyukur kerana sudah menang. Banyak juga duit orang orang di dermakan kerana kami di suruh wala’ jika mahu ke syurga.
Tak cukup dengan penarikan saman Hj Hadi membuat pembayaran secara rahsia kepada mek saleh di London tanpa memberitahu ahli ahli PAS secara jujur.
Sentimen Perkauman yang di tolak PAS sebelum ini kerana bertentangan dengan prinsip Islam sudah di dendangkan untuk mengikut rentak UMNO. Rasulullah pun tidak pernah berjuang menegakan kaum.
Apabila melihat apa yang berlaku sejak akhir akhir ini saya beranggapan Allah telah mengaibkan pemimpin2 PAS kerana bersikap begitu angkuh, demi kuasa sanggup menyokong BN yang terkenal dengan rasuah dan penyamun harta negara.
Sekarang baru saya sedar pemimpin PAS sekarang bukanlah mencari keredhaah Allah, mereka mencari kuasa dunia dan harta dunia. Jika tidak masakan mereka sanggup mengambil wang UMNO sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan Rakyat.
Pada rakan rakan PAS insaflah dan PAS bukan lagi parti yang kita harapkan untuk menegakan Islam
Ahli Pas Seumur Hidup
Omar Mat Noor  C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s