Sejarah Dunia Islam – Hadi Sanggup Makan Rasuah Umno

1 HADI MILO

1 HADI ASOBIYYAH1 HADI BIAWAK1 HADI BOHONG1 Penipu

23 March 2019
Isu RM1.4 juta: Hadi mungkin dipanggil – SPRM
Oleh Fitri Nizam
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk siasatan pembayaran wang berjumlah RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, enggan mengulas apabila ditanya bila Hadi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Beliau berkata, sehingga hari ini sekurang-kurangnya seramai 25 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kes berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan…kita tak pernah mengumumkan kata siasatan sudah ditutup. Akan ada beberapa lagi individu dipanggil untuk melengkapkan siasatan.
“Ini satu perkara saya tidak menolak kemungkinan (merujuk kepada sama ada akan memanggil Hadi untuk memberi keterangan),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Tayangan Perdana Video Pendek (PSA) Anti Rasuah bersama Lotus Five Star (LFS) Cinema di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Rewcastle-Brown mengesahkan beliau menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan di luar mahkamah Februari lalu saman difailkan Hadi terhadapnya.
Bagaimanapun, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, menafikan membuat pembayaran berkenaan sama ada daripada pihak parti mahu pun dirinya sendiri.
C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s