AKHIRNYA  PAS  PIKUL  JUGA BIAWAK HIDUP

1 HADI BIAWAK1 HADI BOHONG
AKHIRNYA  PAS  PIKUL  JUGA  BIAWAK  HIDUP
Tamrin Tun Ghafar
Rabu – 27/03/19
( 1 –  29 )
1.   Sejarah politik negara terukir apabila PAS bersetuju berjuang bersama UMNO dalam Barisan Nasional atau BN; ia berlaku dalam tahun  1974 dahulu.
2.  Tujuan utama Tun Razak yang memimpin UMNO dan BN ketika itu memujuk PAS untuk menganggotai BN ialah bagi menguatkan UMNO.
3.  Malangnya nyawa PAS dalam BN tidak berkekalan apabila UMNO menendang mereka keluar dari BN pada tahun 1978.
4.   Kata – kata Tuan Guru Nik Aziz ( Alfatihah ) ketika mengunjungi beliau di Rumah Kelantan di Jalan Stonor , Kuala Lumpur masih terpahat dalam ingatan.
“Ingat Encik Tamrin , UMNO bila lemah cari kita ( PAS ), bila kuat dia tendang kita”.
5.  Perjumpaan itu yang bertujuan mencari jalan agar PAS dan UMNO boleh bersama semula telah diaturkan oleh Sayuti Omar seorang sahabat dari Kelantan yang juga blogger atas nama MSO Melayu; ia adalah usaha saya sendiri.
6.  Kini segala – gala nya sudah berubah.
7.  Bagaikan orang yang hampir mati lemas , dia akan paut apa sahaja yang ada bagi menyelamatkan dirinya.
8.  Itulah keadaannya hari ini sesudah UMNO / BN kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lepas.
9.  Kalau dulu UMNO kuat kerana didokong dan disokong oleh 13 parti komponen dalam BN tapi kini kedudukannya berbalik kepada asal seperti dizaman PERIKATAN dahulu iaitu hanya bersama MCA dan MIC saja.
10.  Kebelakangan ini sudah ramai yang telah  berhijrah dari UMNO ke PH; ini pasti melemahkan lagi parti tersebut.
11.   Ibarat  ‘Tinggal Nyawa – Nyawa Ikan’ sahaja kini UMNO  TERPAKSA menebalkan muka melutut kepada musuh asalnya, PAS  bagi tujuan mendapat bekalan oksigen.
12.  Tidak boleh dinafikan  tanpa sokongan  PAS, UMNO pasti tidak akan menang di Pilihanraya Kecil Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih, baru-baru ini.
13.  Kini Pilihanraya Kecil DUN  Rantau dalam kawasan Parlimen Rembau , Negeri Sembilan akan berlangsung.
14.  Selain dari menjalankan tugas – tugas Presiden UMNO Malaysia dan selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri  dan kini sebagai ADUN kawasan Rantau itu sendiri, beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar , akan bertanding semula di kawasan DUN tersebut pada 13 April nanti.
15.  Dalam Pilihanraya  umum yang lepas atas taktik kotor, Mat Hassan telah menang tanpa bertanding tetapi bagi calon kawasan Parlimen Rembau UMNO/ BN hanya kalah di DUN Rantau itu sendiri.
16.   Tak pasti sama ada calun UMNO / BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika itu telah disabotaj oleh Mat Hassan sendiri.
17.  Dalam dunia politik seribu satu perkara boleh berlaku; di Kelantan dipanggil cah keting dan di sini ia disebut tikam belakang.
18.  Itulah sebabnya tanpa berlengah Mat Hassan  dalam keadaan terburu – buru mengumumkan perkahwinan UMNO dan PAS  ( sila lihat video ).
19.   Mengikut Timbalan Presiden PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man , UMNOlah yang sebenarnya bersungguh – sungguh mahukan kerjasama itu.
20.  Mat Hassan dan UMNO  akan buat apa sahaja asalkan menang di Rantau bagi membuktikan beliau masih popular dan terus menolak PH.
21. Dengan tahap ketidak-kepuasan majoriti rakyat terhadap Kerajaan PH , tidaklah memeranjatkan jika sekiranya keputusan Pilihanraya Rantau memihak kepada BN sekali lagi.
22. Rakyat, pada bacaan saya boleh menunggu pemulihan ekonomi tetapi Perdana Menteri harus TUKAR SEGERA  beberapa Menteri Besar dan Menteri  yang tidak tahu menjaga perasaan rakyat.
23. Jika sekiranya Perdana Menteri masih mempertahankan mereka atas alasan memberi peluang maka gelombang akan bertukar kepada Tsunami.
24. Walaupun pernah dihina dan dikafirkan , UMNO TERPAKSA  BERPAUT kepada PAS.
25. Bagi PAS pula buat ketika ini terpaksa memikul UMNO seperti MEMIKUL  BIAWAK HIDUP walaupun peperangan PAS menentang Assobiah harus diketepikan.
26. Apakah PAS kini SUDAH  BOLEH  menerima Perlembagaan dan undang – undang penjajah kafir seperti yang dilaungkan Hadi dalam AMANAT nya sendiri, hanya ahli PAS sahaja yang boleh menentukannya.
27. Tidak mustahil Hadi akan mengeluarkan AMANAT  baru bagi menghalalkan Perlembagaan dan undang – undang kafir itu.
28. Apa pun yang penting  PERISTIWA  PAS  DI TENDANG  UMNO  DIHARAPKAN TIDAK  AKAN  BERLAKU  LAGI.
29. Hanya masa yang akan menentukan bila masa PAS akan menghumbankan biawak hidup yang dipikul itu ke lubang buaya.
Terima Kasih.
 C&P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s