Antara dakwaan palsu Ashaari dan Ummu Jah bagi menarik pengikutnya:
1) Ashaari Muhammad adalah putera Bani Tamim.
2) Ashaari Muhammad bakal menjadi Perdana Menteri dan menyerahkan Malaysia kepada Imam Mahdi.
3) Imam Mahdi adalah Syeikh Suhaimi yang meninggal dunia di Singapura.
4) mereka mendakwa Syeikh Suhaimi tidak mati sebaliknya ghaib dan muncul ketika hari yang dijanjikan.
5) Ashaari Muhammad mendakwa selalu melihat Rasulullah secara yaqazah
6) Ashaari Muhammad mendakwa bahawa beliau selalu bermimpikan Rasulullah dan berkali2 menyatakan bahawa Rasulullah mengisyaratkannya sebagai Putera Bani Tamim.
6) Ummu Jah menulis buku bertajuk Satria Peningit sebelum kematian Ashaari Muhammad. Di dalam buku tersebut Ummu Jah mendakwa bahawa Tsunami di Acheh adalah merupakan “Teknologi Roh” Ashaari sekaligus merupakan bukti kekaromahan Ashaari.
7) Selepas kematian Ashaari Muhammad, Ummu Jah mendakwa bahawa walaupun Ashaari Muhammad mati tetapi rohnya masih hidup dan bergerak bebas menjalankan tugas2 pemuda bani tamim.
8 ) kumpulan Al-Arqamlah yang pertama sekali membawa teori bahawa Imam Mahdi adalah dari kalangan orang Melayu dan Tamim tu maksudnya Tanah Melayu. kemudian teori karut ini diteruskan oleh segelintir golongan sufi di Malaysia seperti Ustaz Don.
Selepas kematian Ashaari Muhammad, sepatutnya ahli jemaah menyedari bahawa segala janji2 Ashaari yang dipanggil sebagai “Jadwal Allah” itu hanya bohong semata2. tetapi kerana ketaksuban, mereka menafikan hakikat tersebut dan percaya dengan berbagai tipu daya oleh penerus kepimpinan al-Arqam.
Admin masih ingat suatu ketika dahulu admin selalu mengkaji tentang kumpulan al-Arqam ini dan admin hampir2 menyertai kumpulan tersebut. Pada hari admin sampai pertama kali ke “perkampungan” mereka iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd di bandar Country Home, Rawang, admin sempat bersembang dengan beberapa orang di sana dan membeli dua buah buku iaitu buku tentang Tsunami karya Ashaari dan buku Satria Peningit karangan Ummu Jah. Admin sampai di sana pada jam 12 tengahari. dan taqdir Allah pada jam 2 petang itu juga Ashaari Muhammad dilaporkan meningal dunia. Admin anggap hal tersebut adalah satu petunjuk bagi Allah bahawa jemaah al-Arqam ini bukan berdiri di atas kebenaran.
Kemajuan ekonomi yang dicapai oleh kumpulan al-Arqam tidaklah dinafikan. malah kehebatan kumpulan nasyid mereka seperti Nada Murni yang akhirnya melahirkan kumpulan nasyid Raihan, Hijjaz, Rabbani, Mawaddah, Diwani dan lain2 yang membawa revolusi nasyid di tanah air juga admin tidak nafikan. tetapi adakah itu semua dalil kepada kebenaran?
Kalau hal tersebut menjadi kayu pengukur kepada kebenaran, lebih patut kita mengagumi Iran. Iran adalah negara yang maju dalam bidang teknologi dan ketenteraan. Adakah itu bermakna ajaran Syiah yang dianuti secara rasmi oleh Iran itu adalah dalil kepada kebenaran?
Saya baru terjumpa laman ini. Nanti saya datang balik untuk membaca atrikel di sini.
rahamanrasid.com
LikeLiked by 1 person