Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Doshisha

Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Doshisha

1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAM1 INFO

KYOTO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Universiti Doshisha, Jepun bagi menghargai sumbangan beliau dalam menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang serta dedikasi kepada pendidikan.

Ijazah disampaikan oleh Presiden Universiti Doshisha, Takashi Matsuoka dalam majlis yang berlangsung di Amherst House Universiti Doshisha bersempena lawatan kerja tiga hari beliau di Kyoto.

Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Matsuoka menegaskan bahawa komitmen Dr Mahathir dalam mengukuhkan kedaulatan undang-undang yang menjadi asas kepada kemakmuran demokrasi dalam era serba mencabar kini.

Tambahnya ia sejajar dengan asas prinsip yang diperjuangkan oleh pengasas universiti itu 140 tahun lalu iaitu memupuk semangat dan nilai individu yang mampu menegakkan kerajaan berperlembagaan.

“Dedikasi Dr Mahathir terhadap pendidikan dan kedaulatan undang-undang adalah selari dengan ‘pendidikan hati nurani’ yang menjadi asas semangat Universiti Doshisha.

“Kini, kita boleh belajar banyak perkara tentang dasar pendidikan tinggi yang telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir,” kata Matsuoka.

Dr Mahathir dalam ucapan selepas penganugerahan berkata beliau akan terus memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan dedikasi terhadap pendidikan.

“Saya akan cuba untuk memenuhi penghargaan ini dengan melakukan semua tugas saya dengan penuh sikap kemanusiaan. Saya akan berkhidmat untuk negara saya dengan penuh sikap berperikemanusiaan,” katanya.

Ijazah kehormat tersebut diberikan kepada individu yang merekodkan pencapaian terbaik dalam kajian akademik, seni dan masyarakat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Dr Mahathir merupakan penerima anugerah tersebut ke 68. Antara penerima terkemuka anugerah tersebut termasuk Pengasas Matsushita (kini Panasonic), Konosuke Matsushita dan Pakar Ekonomi serta pemenang Anugerah Nobel, Profesor Joseph Eugene Stiglitz.

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailang Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s