Gelaran Al-Amin Kepada Rasulullah SAW

1 AL AMIN HADI BOHONG

Gelaran Al-Amin yang bererti ‘orang yang dipercayai’ diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda membesar menjadi pemuda yang dikenali dengan kejujuran.
Bagi masyarakat Kota Makkah, tidak ada orang yang boleh dipercayai lebih daripada Muhammad Al-Amin.

Ketika Kaabah rosak disebabkan banjir, orang Quraisy telah bergotong-royong untuk memperbaikinya.

Sehinggalah saat ketika sampai pada pengangkatan dan peletakan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya semula, lantas terjadinya perselisihan antara mereka.

Masing-masing suku atau kabilah ingin mendapat kehormatan untuk melakukan pekerjaan tersebut. Akhirnya salah seorang daripada mereka kemudiannya berkata:

“Serahkan keputusan ini pada orang yang pertama memasuki pintu Shafa ini.”

Mereka semua berhenti bekerja dan menunggu orang pertama yang akan memasuki pintu Shafa tersebut.

Tidak lama setelah itu, muncullah Muhammad bin Abdullah (pada ketika itu baginda S.A.W belum lagi dilantik menjadi Nabi dan Rasul).

Melihat sosok Nabi Muhammad S.A.W, mereka semua kemudian berseru:

“Itu dia al-Amin, orang yang terpercaya. Kami rela menerima semua keputusannya.”

Kunyah adalah nama yang dimulai dengan Abu atau Ummu (ayah atau ibu). Kunyah berasal dari tradisi bangsa arab.

Ibnu Qayyim juga mengatakan, “Kunyah adalah salah satu bentuk penghormatan terhadap orang yang diberi kunyah… diantara petunjuk Nabi adalah memberi kepada orang yang sudah punya ataupun yang tidak punya anak. Tidak terdapat Hadits yang melarang berkunyah dengan nama tertentu, kecuali berkunyah dengan nama Abu Qasim.” (Zaadul Maad, 2/314).

Mengapa dilarang berkunyah dengan nama Abu Qasim? Kerana Abu Qasim adalah kunyah baginda Nabi S.A.W. Anak sulung baginda bernama Qasim bin Muhammad.

Jadi baginda turut dipanggil sebagai Abu Qasim. Mengikut setengah pendapat di kalangan ulama, larangan menggunakan kunyah Abu Qasim ini hanya sewaktu pada zaman Nabi sahaja supaya orang ramai tidak keliru dengannya.

Bila disebut Abu Qasim, orang pada ketika itu tahu ia merujuk kepada baginda Nabi sahaja. Kini ia tiada masalah untuk digunakan kerana baginda Nabi sudah lama wafat.

Sudah menjadi kebiasaan para isteri-isteri pembesar Makkah selalunya akan mengupah ibu susuan yang datang dari desa untuk menyusu anak-anak mereka dan juga memelihara anak-anak mereka setelah mereka melahirkan anak.

Kita semua tahu Nabi mempunyai ibu susuan yang bernama Halimah binti Abu Zu’aib as-Sa’adiah. Beliau merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah).

Baginda Nabi S.A.W turut pernah digelar sebagai Ibnu Abi Kabsyah.

Sewaktu peristiwa pembelahan bulan. Ketika baginda menunjukkan mukjizat baginda membelah bulan kepada orang-orang Quraisy.

Telah berkata orang-orang musyrikin tersebut:

“Ibnu Abi Kabsyah telah menyihir kita”.

http://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2019/01/gelaran-al-amin-kepada-rasulullah-saw.html

Wallahualam.
___________________________
Zulfikar Egar~
Lajnah Makalah Agama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s