Najib terima bayaran khas RM1 juta

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada prosiding perbicaraan kes yang dihadapinya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima bayaran khas sebanyak RM1 juta pada Mei 2018 sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Timbalan Ketua Akauntan (Pengurusan) di Jabatan Perdana Menteri, Zarina Yusuf, 49, berkata pada bulan berkenaan, Najib yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, telah menerima pendapatan berjumlah RM1,017,014.39 termasuk gaji dan elaun lain.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan mengenai maksud bayaran khas itu, saksi tersebut berkata: “Saya tidak begitu pasti mengenai perkara itu.”

Zarina, yang merupakan saksi ke-27 pendakwaan berkata pada Mei 2018, Najib juga menerima gaji RM6,627.09.

Beliau berkata demikian pada hari ke-12 perbicaraan kes bekas perdana menteri itu yang berdepan tujuh pertuduhan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Menjawab soalan Muhammad Izzat mengenai sebab gaji yang diterima Najib berkurangan (RM6,627.09), Zarina berkata jumlah itu dikira dari tarikh 1 hingga 9 Mei 2018 kerana pada masa itu, beliau masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Zarina, yang bertugas di Bahagian Akauntan, berkata bekas perdana menteri itu juga pernah menerima bayaran khas sebanyak dua kali, masing-masing berjumlah RM22,826.65 dan RM11,413.30 pada Disember 2011 dan Januari 2013.

“Jumlah pendapatan yang diterima Najib bagi setiap bulan bermula Januari hingga April 2009 ialah sebanyak RM48,681.65 manakala pada Mei 2009 hingga April 2018, beliau menerima pendapatan bulanan sebanyak RM58,605.15,” katanya.

Saksi itu turut memaklumkan kesemua gaji dibayar kepada Najib melalui akaun Affin Bank miliknya bernombor 100040014008.

Muhammad Izzat: Siapa yang membayar kesemua gaji berkenaan?

Zarina: Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Farah Nurdiana Azhar, pegawai tadbir berkata Najib menerima elaun sebagai Ahli Dewan Parlimen sebanyak RM6,508.59 dan elaun sebagai Ketua Dewan sebanyak RM3,846.59 sepanjang 2011 hingga 2014.

“Jumlah pendapatan bulanan untuk tempoh 2011 hingga 2014 Najib ialah sebanyak RM10,355.18 kecuali pada bulan yang beliau layak mendapat sebarang pembayaran khas,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya hari ini.

Saksi ke-26 pendakwaan itu menjelaskan bagi tempoh Januari 2015 hingga Mac 2018, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, telah menerima elaun sebagai Ahli Dewan Parlimen sebanyak RM16,000 dan elaun sebagai Ketua Dewan sebanyak RM3,846.59.

“Jumlah pendapatan bulanan untuk tempoh 2015 sehingga 2018 Najib adalah sebanyak RM19,846.59 kecuali pada bulan yang beliau layak mendapat sebarang pembayaran khas,” katanya.

Farah Nurdiana, 42, yang bertugas di Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia, berkata pembayar kedua-dua elaun ialah Parlimen

“Berdasarkan rekod yang berada dalam milikan saya, pembayaran elaun ini dibuat kepada akaun milik Najib di Affin Bank bernombor 100040014008,” katanya.

Terdahulu, saksi ke-25 pendakwaan Daman Huri Nor, yang merupakan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen turut memberi keterangan.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/26268/BERITA/Nasional/Najib-terima-bayaran-khas-1-juta?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Najib%20terima%20bayaran%20khas%201%20juta&utm_content=&utm_term=

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s