MCA Kapar keluar parti jika Umno bertanding Tg Piai

Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya ‘dimiliki oleh MCA’, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.

“Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!” katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily.

Jelas Song, MCA Bahagian Kapar telah mengambil langkah drastik itu bukan untuk menjadi wira tapi kerana sayangkan parti.

Iklan

Song berharap dengan mengekpresikan perasaan mereka, pimpinan pusat parti dapat mendengar suara anggota akar umbi.

Kata Song, MCA harus bersatu dalam merampas kerusi parlimen Tanjung Piai.

Dalam satu sidang akhbar petang ini, Presiden MCA, Wee Ka Siong enggan mengulas kenyataan Song, dengan mengatakan bahawa MCA akan bersama parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

“Sasaran kita adalah bersedia PKR Tanjung Piai bersama dan parti-parti komponen BN.

“Saya akan memberitahu anda jikalau anda tersasar sebarang maklumat PRK,” katanya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya Dr Mohd Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

Pakatan Harapan merampas kerusi Tanjung Piai dari MCA menerusi Mohd Farid – yang merupakan ahli Bersatu – dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mohd Farid memenangi kerusi itu daripada penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti undi kecil sebanyak 524 undi.

Beliau meraih 21,255 undi.

 

https://www.malaysiakini.com/news/493455?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3yTI-g2DB64NZC-2xAjPtrizczCM4figorW46vde-bBFwALJyvyor5MLU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s