MAPIM bidas langkah pengeluaran KWSP

MGF01022019_HIMPUNAN-RAKYAT-TOLAK-ISRAEL16

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

1 MALAYSIA ZALIMI RAKYAT1 BUNG KAYA
NAJIB ROMPAK KWSP.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu perkara yang tidak wajar.

Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi membantu rakyat semasa penularan Covid-19 dan bukannya menggunakan KWSP sebagai langkah separuh matang.

“Kami menyarankan pendapatan asas kecemasan ditentukan oleh kerajaan segera untuk rakyat bawahan mempunyai wang tunai untuk berbelanja.

“Dalam konteks ini, mengeluarkan wang simpanan KWSP adalah tidak wajar. Wang simpanan itu adalah untuk persiapan masa tua memandangkan simpanan rakyat secara sendiri masih rendah.

“Ini bukan masanya kerajaan hanya melancarkan langkah separuh matang, tetapi hendaklah merangka dengan segera dan menyeluruh langkah pelan ekonomi kecemasan yang mantap sebelum terlambat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin pada Isnin berkata pencarum KWSP dibenar mengeluarkan wang simpanan di Akaun 2 melalui pengeluaran i-Lestari bagi menampung keperluan keluarga berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Muhyiddin berkata, permohonan boleh dibuat bermula 1 April depan.

Ia tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion.

Dalam pada itu, MAPIM menggesa kerajaan supaya merangka segera satu pakej ekonomi khas untuk mengharungi jangkaan kegawatan ekonomi yang bakal berlaku akibat wabak Covid-19.

Ini kerana dunia dijangka mengalami kelembapan ekonomi dan keadaan itu pasti pasti akan membawa kesan kepada semua negara di dunia.

“Hanya negara yang memiliki keupayaan melindungi ekonomi domestik, terutama dalam menjamin keperluan asas untuk rakyat bawahan, akan mampu bertahan.

“Di kala ini semakan terhadap semua keperluan asas rakyat sama ada makanan mahupun perkhidmatan utama seperti rawatan kesihatan dan pengangkutan awam, perlu dilakukan segera.

“Pendapatan negara ternyata akan terjejas teruk kerana Malaysia adalah negara perdagangan. Negara yang bergantung besar kepada pelaburan luar dan perdagangan eksport pasti akan mengalami keadaan yang sangat rumit,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, kejatuhan ekonomi dunia akan memberi kesan berantai yang akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan, pendapatan dan ketidakupayaan menampung perbelanjaan harian rakyat biasa.

Oleh demikan, beliau mencadangkan agar suatu bajet baharu dirangka semula berdasarkan kos pengurusan dan pendapatan negara yang kini sudah berubah.

“Kami menyarankan negara berada pada tahap persiapan (preparedness mode) untuk menghadapi ekonomi yang sangat sukar.

“Perbelanjaan domestik perlu diurus dengan sangat cermat dan seluruh mekanisme dan prosedur perbelanjaan dinilai semula,” cadang beliau. -MalaysiaGazette

MAPIM bidas langkah pengeluaran KWSP

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan