30,000 Peserta yang hadir Penang Masi Magam di minta hadir saringan COVID-19

Post 135: Penganut agama hindu yang hadir di festival Masi Magam Theppa diminta menjalani saringan COVID-19

 

President Hindhu Sangam Malaysia, President RS Mohan Shan memohon agar mereka yang hadir ke festival Masi Magam Theppa menghadiri ujian saringan COVID-19 di pejabat kesihatan berdekatan. Ulasnya lagi, sekiranya mereka yang hadir mempunyai simptom seperti demam, batuk, dan selesema, tindakkan yang pantas harus diambil agar mereka tidak terkesan dengan jangkitan COVID-10.

Festival tersebut berlansung di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang, dimana festival ini dihadiri oleh 15,000 ke 30,000 pengunjung. Pada hari ini jumlah pesakit COVID-19 mencecah ke angka 1000 bagi negara ini. Oleh itu, kerajaan tidak lagi membenarkan lagi sebarang himpunan buat masa ini. Malaysia merupakan negara tertinggi jangkitan COVID-19 di asia tenggara.

Sumber:  Astro Ulagam 16 Mac 2020 (Diterjemah ke Bahasa Melayu)

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Anda berminat untuk mengiklankan produk dan jenama anda di blog Thenangmy? Hubungi team marketing kami di 0139618058. Kami membuka 10 ruang iklan di blog kami. Jadi yang terpantas untuk menjadi pengiklan di ruangan blog kami.

30,000 Peserta yang hadir Penang Masi Magam di minta hadir saringan COVID-19

MAPIM bidas langkah pengeluaran KWSP

MGF01022019_HIMPUNAN-RAKYAT-TOLAK-ISRAEL16

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

1 MALAYSIA ZALIMI RAKYAT1 BUNG KAYA
NAJIB ROMPAK KWSP.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu perkara yang tidak wajar.

Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi membantu rakyat semasa penularan Covid-19 dan bukannya menggunakan KWSP sebagai langkah separuh matang.

“Kami menyarankan pendapatan asas kecemasan ditentukan oleh kerajaan segera untuk rakyat bawahan mempunyai wang tunai untuk berbelanja.

“Dalam konteks ini, mengeluarkan wang simpanan KWSP adalah tidak wajar. Wang simpanan itu adalah untuk persiapan masa tua memandangkan simpanan rakyat secara sendiri masih rendah.

“Ini bukan masanya kerajaan hanya melancarkan langkah separuh matang, tetapi hendaklah merangka dengan segera dan menyeluruh langkah pelan ekonomi kecemasan yang mantap sebelum terlambat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin pada Isnin berkata pencarum KWSP dibenar mengeluarkan wang simpanan di Akaun 2 melalui pengeluaran i-Lestari bagi menampung keperluan keluarga berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Muhyiddin berkata, permohonan boleh dibuat bermula 1 April depan.

Ia tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion.

Dalam pada itu, MAPIM menggesa kerajaan supaya merangka segera satu pakej ekonomi khas untuk mengharungi jangkaan kegawatan ekonomi yang bakal berlaku akibat wabak Covid-19.

Ini kerana dunia dijangka mengalami kelembapan ekonomi dan keadaan itu pasti pasti akan membawa kesan kepada semua negara di dunia.

“Hanya negara yang memiliki keupayaan melindungi ekonomi domestik, terutama dalam menjamin keperluan asas untuk rakyat bawahan, akan mampu bertahan.

“Di kala ini semakan terhadap semua keperluan asas rakyat sama ada makanan mahupun perkhidmatan utama seperti rawatan kesihatan dan pengangkutan awam, perlu dilakukan segera.

“Pendapatan negara ternyata akan terjejas teruk kerana Malaysia adalah negara perdagangan. Negara yang bergantung besar kepada pelaburan luar dan perdagangan eksport pasti akan mengalami keadaan yang sangat rumit,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, kejatuhan ekonomi dunia akan memberi kesan berantai yang akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan, pendapatan dan ketidakupayaan menampung perbelanjaan harian rakyat biasa.

Oleh demikan, beliau mencadangkan agar suatu bajet baharu dirangka semula berdasarkan kos pengurusan dan pendapatan negara yang kini sudah berubah.

“Kami menyarankan negara berada pada tahap persiapan (preparedness mode) untuk menghadapi ekonomi yang sangat sukar.

“Perbelanjaan domestik perlu diurus dengan sangat cermat dan seluruh mekanisme dan prosedur perbelanjaan dinilai semula,” cadang beliau. -MalaysiaGazette

MAPIM bidas langkah pengeluaran KWSP

12 anggota tabligh pulang dari Sulawesi ditahan

Anggota tabligh tiba di CIQ Tawau selepas kembali ke Sabah selepas Ijtimak Antarabangsa kumpulan itu di Sulawesi dibatalkan.

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menahan sekumpulan 12 anggota tabligh yang kembali dari satu acara yang dibatalkan di Indonesia dan meletakkan mereka di bawah kuarantin.

Penahanan mereka berlaku serentak dengan laporan bahawa Sabah mencatatkan 22 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 158 kes.

Ketua Polis Tawau Peter Ambuas mengesahkan penahanan 12 anggota tabligh dari Tawau yang dijadualkan menghadiri satu himpunan antarabangsa di Sulawesi, Indonesia sebelum ia dibatalkan.

Mereka dilaporkan cuba memasuki perairan Sabah di luar pesisir Tawau dengan menggunakan sebuah bot, tetapi bertembung dengan pasukan rondaan bersama polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pasukan bersenjata kira-kira jam 3.20 petang.

Pihak berkuasa dimaklumkan tentang perjalanan pulang kumpulan itu pada sebelah pagi selepas mereka sampai dari Sulawesi di Sungai Pancang di Pulau Sebatik, Indonesia.

Mereka dibawa ke Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Tawau sebelum diserahkan kepada kakitangan Majlis Keselamatan Negara.

12 anggota tabligh dibawa ke pusat kuarantin di Tawau oleh anggota Majlis Keselamatan Negara.

Difahamkan 12 individu itu dikuarantin di kampus Institut Pendidikan Guru Tawau.

Baru-baru ini kerajaan negeri mengumumkan bahawa semua individu yang pulang dari Sulawesi tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Terdapat 40 kes jangkitan Covid-19 di Tawau, Lahad Datu (33), Kota Kinabalu (22), Kinabatangan dan Sandakan masing-masing (11), Putatan dan Sipitang (4), Kunak dan Kota Belud (5) Papar dan Ranau (2), Semporna (1), Beaufort (6) dan Tuaran (12).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/22/12-anggota-tabligh-pulang-dari-sulawesi-ditahan/?fbclid=IwAR2fcj_6yrbPb8kfZT9Zsw1JuwG6X8EGLrmTzc5QEIizR-w8cQA5-rFctSE

KERAJAAN PINTU BELAKANG PATUT MALU DENGAN KERAJAAN FILIPINA.

Assalamualaikum selamat pagi

Patut dicontoh keseriusan warga Filipina dalam menuruti instruksi pemerintah Filipina ini.

Di Malaysia boleh bagi cadangan macam ni, yang penting putuskan rantaian wabak Covid-19 ni.

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

No photo description available.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan