Lembaga Pengarah hanya dilantik selepas SRC mohon pinjaman RM3.95b daripada KWAP

1 2 MAKHLUK ASING

1 46 x BOHONG

 

1 NAJIB BELANJA ROSMAH

 

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd hanya dilantik selepas syarikat itu membuat permohonan pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Pendedahan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas itu dikemukakan melalui tujuh dokumen dalam perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC yang dihadapi Datuk Seri Najib.

Antara dokumen yang dirujuk Tommy ketika menyoal balas Najib adalah surat pelantikan tujuh pengarah SRC, Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) termasuk surat dan e-mel berhubung dua permohonan pinjaman SRC daripada KWAP.

Berdasarkan kepada dokumen berkenaan, Tommy menyatakan bahawa SRC membuat keputusan untuk memohon pinjaman daripada KWAP pada Jun dan Julai sementara Lembaga Pengarah dilantik pada Ogos tahun sama.

Najib bagaimanapun menjawab bahawa bulan Ogos adalah pelantikan rasmi Ahli Lembaga Pengarah.

“Nama mereka mungkin sudah dicadangkan Lembaga Pengarah, …saya perlu menyemaknya, tetapi pelantikan rasmi adalah pada 1 Ogos,” katanya.

Terdahulu, Najib juga turut diminta Tommy mengesahkan butiran dalam dokumen rasmi SRC dan tulisan tangan bekas presiden UMNO itu dalam empat surat yang sebelum itu dikemukakan kepada mahkamah.

Tommy : Berulang kali kamu katakan bahawa peranan kamu adalah sebagai Ketua Lembaga Penasihat SRC. Ia jawapan ‘standard’ kamu di mana semua keputusan (SRC) adalah atas nasihat Lembaga Penasihat SRC. kamu ingat?

Najib: Ya.

Tommy : Bagaimana kamu menerima nasihat berhubung tujuh dokumen (pinjaman dan lantikan pengarah) walaupun Lembaga Pengarah belum wujud lagi?

Najib: Ia dikemukakan oleh CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) pada masa itu.

Tommy kemudian mencadangkan bahawa semua keputusan dibuat atas arahan Najib secara peribadi, bagaimanapun bekas perdana menteri itu tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Sementara itu, Najib mengakui bahawa proses pembentangan Jaminan Kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion oleh SRC kepada Kabinet pada tahun 2011 dipercepatkan.

Najib berkata, ia adalah kerana terdapat terdapat peluang pelaburan yang menunggu syarikat itu selaras dengan penubuhan SRC untuk kepentingan negara.

Tommy : Saya katakan keadaan (bagi mendapatkan pinjaman KWAP) adalah tergesa-gesa dan seolah-olah ia penting. Kenapa?

Najib: Syarikat SRC ditubuhkan kerana keperluan dari segi strategi negara dan ia disokong Unit Perancang Ekonomi (EPU). Syarikat itu mempunyai peluang pelaburan jadi keperluan kewangan SRC perlu diusahakan. Sebab itu perkara ini dilakukan.

“Di sini saya mahu jelaskan bahawa ia bukan perkara luar biasa keperluan mana-mana syarikat baharu diusahakan pada masa singkat,” katanya.

https://www.bharian.com.my/…/lembaga-pengarah-hanya-dilanti…

Pendakwa asak Najib mengenai pinjaman SRC walau BOD belum wujud

1 46 X NAJIB MENIPU

KES SRC NAJIB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa SRC International telah memohon pinjaman pertama pada tahun 2011 sebelum ahli lembaga pengarah (BOD) dilantik.

Perkara itu diberitahu Peguam Negara Tommy Thomas apabila dia menyoal balas bekas perdana menteri Najib Razak, yang memberi keterangan ketika membela diri dalam perbicaraan melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International.

Menurut surat yang ditunjukkan di mahkamah, SRC International telah menghantar dua permohonan pinjaman kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada bulan Jun dan Julai 2011, untuk mendapatkan pinjaman masing-masing berjumlah RM3.95 bilion dan RM2 bilion.

Untuk rekod, semasa perbicaraan sebelum ini mahkamah diberitahu bahawa SRC memohon pinjaman RM2 bilion pada bulan Julai 2011 selepas KWAP menolak permintaan awal untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion.

Apabila Najib mengesahkan permohonan pinjaman itu masing-masing bertarikh pada Jun dan Julai 2011, Thomas kemudian merujuk kepada surat Najib bertarikh 1 Ogos 2011 di mana beliau melantik tujuh individu dalam lembaga pengarah SRC.

Menggunakan ini sebagai hujah, pendakwa raya mengasak Najib dengan mengatakan perkara itu bertentangan dengan keterangan awal Najib yang mendakwa semua tindakan beliau selaku pengerusi penasihat lembaga SRC telah dibuat di bawah nasihat BOD syarikat.

Thomas: Kamu setuju tujuh dokumen ini menandakan keputusan berkaitan SRC, dilakukan sebelum pengarah dilantik pada 1 Ogos 2011. Semua adalah sebelum pelantikan para pengarah. Ini adalah suatu fakta.

Najib: Pelantikan Formal. Tetapi ia mungkin dicadangkan oleh Lembaga Pengarah. Saya perlu semak perkara itu. Tetapi pelantikan rasmi adalah pada 1 Ogos.

Thomas: Kamu kata banyak kali apabila saya tanya mengenai peranan kamu sebagai pengerusi lembaga penasihat SRC, jawapan standard kamu semalam adalah bahawa semua langkah-langkah yang diambil (oleh SRC) adalah atas nasihat lembaga pengarah SRC. Kamu ingat?

Najib: Ya. Jika nasihat itu dikehendaki dari lembaga.

Thomas: Bagaimana kamu menerima nasihat sedemikian yang berhubungan dengan tujuh dokumen P356 hingga P372 apabila lembaga pengarah tidak wujud?

Najib: Ia mesti dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu.

Thomas kemudian menunjukkan bahawa semua keputusan telah dibuat secara peribadi atas arahan beliau.

Bagaimanapun, Najib tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Ketika prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar daripada Najib bahawa beliau menyokong permohonan kedua SRC International untuk mendapat jaminan kerajaan bagi memperoleh RM2 bilion pinjaman lain pada tahun 2012.

Najib memberi keterangan bahawa beliau mempunyai keyakinan terhadap syarikat itu, walaupun bersetuju bahawa beliau tidak tahu ke mana perginya pinjaman RM2 bilion yang awal.

Menurut anggota Parlimen Pekan itu, beliau ada bertanya SRC apa yang berlaku kepada bahagian pinjaman pertama, dan diberitahu bahawa syarikat itu telah menetapkannya sebagai  “khas untuk tujuan pelaburan”.

“… Itulah yang saya diberitahu,” katanya.

Ini membuatkan Thomas bertanya kepada Najib jika beliau ada bertanya SRC secara khusus mengenai keberadaan RM2 bilion yang pertama.

Thomas: Adakah ia tunai di dalam bank.

Najib: Saya tidak pasti. Tetapi saya tanya kepada mereka, tetapi mereka kata ia adalah untuk tujuan pelaburan.

Thomas: Adakah kamu bertanya kepada mereka?

Najib: Saya tak tanya kepada mereka ke mana wang itu. Mereka berkata untuk pelaburan.

Thomas kemudian mengatakan bahawa Najib telah bertindak salah dengan tidak bertanya soalan lanjutan kepada SRC tetapi berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dengan pinjaman pertama.

Najib bagaimanapun tidak bersetuju.

https://www.malaysiakini.com/news/503259?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR28fSr-1oMmHWk0TzH2Fx7e3VEs6lDyH7z4428OzH3EtaVZlcuPK7ynS_w

Najib ‘balik awal’ sebelum prosiding tamat

MGF03122019_NAJIB-RAZAK-SRC-INTERNATIONAL_19-1

1 NAJIB 46 KALI MUNAFIK

JIBLIS ANGKAT KAKI CALIBUT LEPAS KENA SOAL DAN KANTOI TERUK DENGAN PEGUAM NEGARA DI MAHKAMAH PADA HARI INI 😂

KUALA LUMPUR – Akibat salah faham, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Mahkamah Tinggi petang tadi walaupun prosiding belum ditamatkan.

Bekas Perdana Menteri yang juga tertuduh kes SRC International Sdn Bhd menyangka arahan mahkamah menyuruh prosiding berehat beberapa minit itu ditangguhkan ke hari lain.

Sebenarnya, tujuan mahkamah ditangguhkan untuk memberi ruang pasukan pendakwaan mengadakan perbincangan selepas Peguam Negara, Tan Sri Thommy Tommas selesai menyoal balas Najib.

Kata peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib tidak boleh kembali ke mahkamah semula kerana sudah ‘terperangkap’ dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak.

“Dengan persetujuan Yang Arif, Najib akan hadir pada jam 9 pagi (selepas mahkamah menyambung perbicaraan pada Rabu depan),” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima penjelasan itu namun memberi peringatan agar perkara yang sama tidak berulang.

Terdahulu, Thommy sekitar pukul 4 petang tadi meminta prosiding berehat beberapa minit agar dapat berbincang tentang pemeriksaan seterusnya dengan rakan pasukan pendakwaannya yang lain.

Namun setelah prosiding disambung semula sebelum 5 petang tadi, Najib tiada di kandang saksi.-MalaysiaGazette

Najib ‘balik awal’ sebelum prosiding tamat

 

AmBank kata akan lawan habis-habisan saman Najib

1 NAJIB 46 KALI MUNAFIK

Kumpulan AmBank berkata akan melawan habis-habisan saman oleh bekas perdana menteri Najib Razak terhadap syarikat tersebut.

Ini selepas didedahkan semalam bahawa Najib memfailkan saman terhadap AmBank dan bekas pengurus perhubungannya, Joanna Yu kerana menerima arahan daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low serta mendedahkan maklumat perbankan kepadanya.

Kumpulan AmBank berkata firma itu dan anak syarikat milik penuhnya AmBank Islamic Bhd menerima writ saman Najib pada 9 Disember.

“Kedua-dua AMMB dan AmBank Islam telah melantik peguam untuk melawan saman itu dan telah dinasihatkan oleh peguam bahawa tuduhan itu tidak mampan (not sustainable) dan AmBank Islamic serta syarikat itu mempunyai pembelaan yang kuat.

“AMMB dan AmBank Islamic akan melawan habis-habisan tindakan itu,” katanya dalam satu kenyataan bersama Bursa Malaysia semalam.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dipercayai menjadi dalang kepada penyelewengan dana 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd, yang sebahagiannya disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Najib, yang kini sedang menghadapi perbicaraan kes penyelewengan, kekal dengan pendiriannya bahawa wang tersebut merupakan “derma” dari keluarga diraja Arab Saudi, yang dikendalikan Jho Low.

Bagaimanapun, semasa perbicaraannya, Najib telah berkali-kali memberitahu bahawa beliau tidak mengarahkan AmBank menerima arahan daripada Jho Low mengenai perkara yang berkaitan dengan akaun banknya.

Bekas perdana menteri menuntut ganti rugi daripada AmBank dan Yu kerana didakwa bertindak demikian yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan serta Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Najib kini menghadapi tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang berkaitan dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Wang itu didakwa diselewengkan daripada syarikat itu, sebelum berakhir di tiga akaun bank Najib dengan Ambank antara penghujung 2014 dan awal 2015.

Beliau juga menghadapi 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

[Baca berita asal]

https://www.malaysiakini.com/news/503248?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0O6_F1e2zwPtlqiLQuieR2xF9Zs2cM3mA6FFb3c4-gG8lMJ2z-OqDQgYc

 

Muhyiddin, Shafie dipecat kerana kritik 1MDB di luar Kabinet – Najib Munafik

1 46 x BOHONG1 NAJIB BELANJA ROSMAH1 NAJIB 46 KALI

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dipecat kerana mereka membuat kenyataan di luar Kabinet, berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendakwa pemecatan Muhyiddin yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2016 bukan disebabkan tidak bersetuju dengan beliau (Najib) mengenai 1MDB.

Menurut Najib, pemecatan itu adalah kerana Muhyiddin menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada orang ramai dan bukan kepada Kabinet

“Saya tidak pernah pecat menteri kerana dia tidak setuju tetapi kerana membuat kenyataan di luar,” katanya ketika menjawab soalan balas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib turut menafikan bahawa penyingkiran Muhyiddin dan Shafie berikutan kedua-dua mereka tidak bersetuju dengannya mengenai syarikat pelaburan negara itu.

Terdahulu, Najib dalam keterangan bela diri dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), berkata kuasa perdana menteri Malaysia adalah tidak mutlak.
Najib bersetuju dengan Thomas bahawa perdana menteri memegang kuasa besar dalam negara, termasuk dalam urusan melantik individu ke jawatan utama dalam syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan bahawa kuasa itu masih mempunyai batasannya.

Menjawab cadangan Thomas bahawa Najib memegang jawatan sebagai menteri kewangan ketika itu untuk membiayai dana kepada 1MDB dengan mengeluarkan jaminan kerajaan, Ahli Parlimen Pekan itu menjawab, “tidak setuju.”

Thomas: Saya cadangkan kamu menjadi menteri kewangan supaya kamu boleh menggunakan Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan dana supaya memberi pinjaman kepada 1MDB dengan mengeluarkan jaminan kerajaan?

Najib: Saya tidak bersetuju.
Thomas: Sebagai perdana menteri, kamu tidak boleh melakukannya (menggunakan perbendaharaan dan MOF untuk dapatkan dana), tetapi sebagai menteri kewangan, kamu boleh berbuat demikian?

Najib: Tidak setuju.

Sementara itu, Najib berkata beliau hanya memberikan persetujuan secara tersirat bagi jaminan kerajaan terhadap pinjaman kedua oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM2 bilion pada 2012.

https://www.bharian.com.my/…/muhyiddin-shafie-dipecat-keran…

Jam tangan RM466,000 hadiah hari jadi buat Rosmah daripada Najib

Image may contain: 8 people, people smiling, text

Penasihat BN ni tuan².. Yang walaun’s duk puja siang dan malam.. Yang duk ulang “tak tahu” 46 kali di Mahkamah.. Inilah manusia yang paling bangsat dan terbangsat yang pernah wujud di malaysia tuan²..!

Jam tangan RM466,000 hadiah hari jadi buat Rosmah daripada Najib

Menurut Najib, jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014. – Gambar fail

1 NAJIB BELANJA ROSMAH

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran isterinya pada bulan Disember.

Najib, 66, berkata jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014.

Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan perkara berkenaan semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Rahmat Hazlan.

Najib juga memberitahu mahkamah beliau membelanjakan RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand, pada Januari 2015 melalui kad kreditnya untuk percutian peribadinya di negara itu.

“Meskipun perjalanan itu percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thailand saya, Prayut Chan-o-Cha, untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir teruk yang kita hadapi.

“Pembayaran RM120,000 di Hotel Shangri-La meliputi penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuklah perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Beliau berkata, transaksi di Shangri-La itu selepas lawatannya ke Kota Bharu, Kelantan, untuk memeriksa keadaan banjir di sana dan beliau terus menyambung percutian peribadi di Bangkok.

Katanya, ia menjadi haknya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan memandangkan beliau membuat kerja sewaktu percutiannya.

“Tetapi, saya memilih untuk menanggung kesemua perbelanjaan atas diri sendiri memandangkan saya tidak mahu merumitkan perkara dan telah melakukan budi bicara saya dengan sewajarnya,” katanya.

Mengenai RM3,282,734.16 yang dikenakan oleh sebuah kedai tukang emas di Sardinia, Itali, pada 8 Ogos, 2014, Najib berkata perbelanjaan itu dilakukan untuk membeli barang kemas sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan Timur Tengah.

Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. – BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jam-tangan-rm466-000-hadiah-hari-jadi-buat-rosmah-daripada-najib-224868

Kalau RELIGION RIDERS jawab dia kata takkan nak pakai jam pasar malam.. Rosmah tu bini pm… Walaun pun bertakbir lalu

Najib tidak sahkan dengan kementerian luar berhubung derma Arab Saudi

KERLUARGA DIRAJA ARAB SAUDI TERLIBAT DENGAN ROMPAKAN 1MDB DI MALAYSIA

Bekas perdana menteri Najib Razak ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Disember, 2019.

NAJIB Razak tidak membuat semakan sama ada sejumlah besar wang dari Arab Saudi yang didepositkan ke akaun AmBank miliknya adalah daripada keluarga diraja negara itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Bekas perdana menteri berkata, beliau tidak pernah membuat semakan dengan Wisma Putra untuk mengesahkan sama ada Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang memindahkan wang ke akaun bank peribadinya, kerana wang yang didakwa derma itu diterima tidak lama selepas beliau mengadakan pertemuan dengan raja itu pada awal 2010.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/205022?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3oep8GChtwr2mo0QC1s9oCUT-OH-A37rcHP7y0kf4jF6otHdwkHCze1mw

Najib belanja AS$130,000 untuk hari jadi Rosmah

1 NAJIB BELANJA ROSMAH

Rosmah Mansor dan Najib Razak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi pada perbicaraan SRC International bahawa beliau membelanjakan AS$130,625 (RM466,330.11) di Honolulu, Hawaii menggunakan kad kredit untuk membeli seutas jam tangan Chanel sebagai hadiah hari jadi untuk Rosmah Mansor, 5 tahun lalu.

Bekas perdana menteri itu membeli jam tangan untuk hari jadi isterinya iaitu pada 10 Dis, ketika mereka sekeluarga bercuti di Amerika Syharikat pada Dis 2014, dan dalam tempoh itu juga beliau bermain golf dengan presiden ketika itu, Barack Obama.

“Pertemuan sambil bermain golf itu dilaporkan dengan meluas di media,” kata Najib, dan menambah beliau pulang ke Malaysia tidak lama selepas permainan golf itu, apabila beliau diberitahu tentang banjir di Kelantan.

Terdahulu, naib presiden Ambank yang bertanggungjawab ke atas keizinan kad kredit dan pengurusan fraud, Yeoh Eng Leong dalam keterangan berkata caj RM466,330.11 dikenakan ke atas kad kredit Visa Platinum Najib di kedai jenama mewah di Honolulu.

Yeoh juga berkata caj RM127,017.46 dikenakan ke atas kad Visa sama di Hotel Shangri-La, Bangkok pada Januari 2015 dan caj RM3.3 juta dikenakan di kedai De Grisogono di Sardinia, Itali pada 8 Ogos 2014.

“RM127,017.46 itu untuk belanja penginapan saya dan kakitangan sokongan saya di Shangri-La semasa percutian saya.

“Ketika itu saya ambil peluang untuk bertemu rakan sejawat dari Thailand, Prayut Chan-o-cha untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thai boleh bantu kita dalam masalah banjir pada masa itu,” kata Najib hari ini.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau boleh meminta kerajaan membayar balik perbelanjaan hotel itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Ahli Parlimen Pekan itu juga memberitahu mahkamah mengenai pembelian daripada seorang tukang emas, mengatakan beliau membeli hadiah untuk Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie, isteri kepada perdana menteri Qatar ketika itu, Sheikh Ahmed Jassim Al Thani.

Najib berkata beliau bertemu pasangan itu semasa percutiannya.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomasi yang baik dan pasangan itu juga membeli hadiah untuk Rosmah semasa mereka melawat Malaysia.

“Ia sebagai balasan atas kemurahan hati mereka dan saya percaya pembelian daripada De Grisogono itu dibenarkan bagi tujuan diplomasi,” katanya.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussain dalam keterangan berkata suatu surat diatakan surat penghargaan, bertarikh 15 Ogos 2014 daripada Noor kepada Rosmah tidak pernah timbul dalam siasatan.

Terdahulu, Najib di Facebook berkata kad kreditnya digunakan untuk membeli hadiah untuk ahli keluarga diraja, mengatakan memberi hadiah kepada orang-orang kenamaan asing adalah perkasa biasa.

Pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan.

Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam penyaluran RM42 juta ke akaunnya daripada SRC International, bekas unit 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/09/najib-belanja-as130000-untuk-hari-jadi-rosmah/?fbclid=IwAR0GwTXoPS6OKQIcdczjHEU4RXqZdkeRdl32d03N4i-5vC9VGQFeCas-MFQ

Yaakob Azman

Najib membeli seutas jam tangan untuk isterinya 5 tahun lalu.